Tuesday, 15 March 2016

Pencarian Model - Pencarian Model Muslimah - HATI-HATI!! + TIPS

Salam semua,

[IKLAN - Kelas Model Muslimah click here ]

[IKLAN - Buat compcard click here]

Hari ni saya nak kongsi pengalaman sendiri dalam mencari kerja jadi model. Dah dapat comp card atau resume, tak kan tak nak pakai kan? Hahaha rasanya macam baru lepas selesai pengajian dapat sijil terus nak mohon kerja kan? Nasib baik Alhamdulillah syukur sangat kat Allah yang saya ni masih mempunyai rasional dan tidak terhegeh-hegeh nak jadi model. Hahaha.. Ye lah kot, saya nak jadi "Usahawan Berjaya Kaya Raya". :P

Alkisahnya bermula, bila dah dapat comp card tu, saya pun dok fikir punya fikir. Saya dah bayar comp card, dah tu tak kan nak biar. Masa tu jugak ambik laptop terus "google" kalau ada apa-apa projek perlu kan model tambahan, model separuh masa atau pelakon iklan. Tapi mula-mula tu saya taip ni je:

"Pencarian model muslimah 2016"

"Model diperlukan"

"Pencarian model Malaysia"

Dan sebagainya lah. Tu bebarapa kata kunci yang saya guna. Lepas tu saya dapat lah nampak byk iklan-iklan menakjubkan ni. Ada iklan yang bagi emel tu saya emel je terus. Ada yang iklankan kat FB.
Masa tu saya tengok lah kan beberapa post ni, siap kata mesti "like" page lah, "share" post lah dan mesti taip "done" untuk ke proses seterusnya. Saya pun inbox je terus. Admin terus tanya saya ada buat semua tu ke tak? [sambungan kat bawah]

Jadinya kat sini saya nak kongsi gambar dan tips agar mengelakkan diri anda ditipu. Terima kasih juga kepada En Syifak Fisal, photographer dari Simplepix Photography untuk tambahan serta pembetulan tips.

[UNTUK SEMUA ORANG-LELAKI PEREMPUAN / ISLAM ATAU BUKAN ISLAM]

FB page pertama: Saya tak kata ni tipu, cuma lebih baik anda terus berhubungan dengan pengiklan tersebut. Sebab admin ni dah cukup baik untuk beri maklumat tambahan kat situ bagi anda "deal" terus. Anda hanya perlu usaha lebih sikit je, tak perlu nak susahkan admin ya. Lagipun beberapa iklan dalam ni memang dah ada kat laman web pengiklan original.


6K lebih orang Like dah!!

Bukan untuk model je, bagi kerja untuk
jadi PA jugak. Ni sendiri kena hubungi
"dealer" sebab admin tu dah bagi dah .


Sambungan yang di atas.

Google dulu talentmalaysia@gmail.com
memang ada ke tidak ya. Kalau "legit"
proceed je.

Sebagai profesional, selalunya mereka suruh
orang emel je terus ni dia suruh komen kat post.
Wallahhualam~ Perigatan: Bila korang dah bagi,
dorang kiranya boleh guna gambar korang sukahati
sebab anda dah "bagi" hak kepada mereka tanpa anda
sedari. "Saya budak undang-undang!"

FB page kedua: Yang ni saya terus terang ada ragu lebih sebab saya sempat ber"inbox" dengan admin. Seperti di atas, saya menyarankan anda benda yang sama, pergi "deal" terus dengan pengiklan. 

Kalau boleh elak PM mereka. Tengok iklan dorang
boleh tapi perlu hati-hati jugak.



Iklan ni sah, anda hanya perlu ikut je arahan
iklan tu, tak perlu nak mesej admin!

Salah satu iklan yang dikongsi oleh page ni.
Kalau nak tau ni sah ke tak, cuba google
PhotobumperCreativity. Ada ke tidak?

Gambar ni contoh "shared post" yang wajib. Tak tau lah dah memang "trend" ke semua benda nak "share" untuk cari model. Sesetengah tu saya tau sebab "Marketing" tapi yang gunakan orang untuk "share" sebab tambah "follower" tu memang tak betul. Dorang ni kadang-kadang dah tau nak pilih siapa model, tapi saja nak suruh orang "like". BUKAN SEMUA ya.

Ni lah yang saya maksudkan. Nama PENGIKLAN
TIADA! Maksudnya admin tu buat sendiri. Hati-hati kat sini.

Banyak kan orang berminat?

Bayangkan orang dok kongsi benda ni siap ajak kawan dia.
Kalau kawan dia nak jugak? dua-dua terjebak masuk dalam. Adoi!
Belum lagi termasuk orang lain yang kongsi benda sama!

Saya kongsi sendiri pengalaman "deal" dengan admin page:

Menyesal pun ada bagi comp card tu. Hahahaha..
Moga saya dilindungi Allah!

Kan admin siap tanya. Mula-mula tu jawab je sebab
budak mentah macam saya ni kadang-kadang terlebih jujur.

Belum ada curiga lagi masa ni,

Bagi je lah gambar saya tu. Hahaha asal muka tutup?
Malu kot!

Ni dah mula hati tak senang. Sebab kenapa sis admin ni
nak sembang masa tengah malam buta. Kenapa tak terus jumpa
bagi tarikh bagai.

Dah bagi comp card tapi sis admin tak perasan. Dan bila
dah perasan sis admin pun terus kan perbualan. "Suspicious much?"

Ni dah pelik sangat dah. "Like seriously" Rasanya
tak pernah profesional buat macam ni. Tapi layan je,
nampak tak otak kurang berfungsi waktu malam buta? HAHAHA
Korang jangan percaya tau kalau ada orang nak deal
waktu nak tidur!

Bapak ah.. free hair pun xpe kot dia kata. Katanya sis admin
gitu. Untuk model muslimah gitu. Tapi? Sis admin ni patut
tahu yang sesama perepmuan lain benor cara dia cakap.
Waktu ni dah baru sedar sikit, masa tu saya dah buat lawak dan tau
sis admin ni sebenarnya lelaki~~~ Hahahaha Alhmadulillah
Allah tetapkan hati saya tak buat benda munkar. 

Untuk mendapatkan bukti, saya terus je layan~

Nampak tak mula-mula guna "sis" lepas tu guna"i"

Selalunya yang cari bakat ni lah waktu hujung minggu ya "sis admin".
Bayangkan banyak model kerja masa hari biasa bekerja, dan jadual
untuk industri peragaan adalah berbeza ya dengan jadual kerja pejabat.
Masa hujung minggulah depa banyak kerja~

Sekian tu saja~ *Saya tak nak*

Ni pulak masa kantoi dengan pengiklan sendiri:

Saya emel je terus sebab tak nak kena tipu kan. Hasilnya...
TADADADA..

Terima kasih sebab bagitau benda macam ni~ Dan Incik Baha
pun simpan comp card saya tu. Yeay!

Bila emel, pastikan anda bagitau kat mana anda nampak
iklan tersebut ya! Supaya pihak pengiklan sedar iklan mereka
di salah guna dan pengiklan sekalian boleh bersatu mebanteras
penipuan yang semakin menjadi-jadi! Lagipun memang formal
nya anda kena bagitau mana anda nampak tawaran tersebut!
Tambahan pula, bila anda sebut sumber, anda sebenarnya merisik
kebenaran gitu!


[IKLAN - Kelas Model Muslimah click here ]

Tips nya adalah seperti berikut:

1. Model tidak perlu bayar upah "audition". Sebab "audition adalah untuk mencari bakat bukan cari duit lebih. Bila terpilih, meraka yang bayar anda. Bayaran yuran pula adalah berbeza dan bayaran ini dibayar kepada agensi yang menguruskan bakat baru tersebut. Itu pun kalau anda berada di bawah agensi mana-mana. 

Kalau pergi sendiri memang tak adalah bayar yuran bagai. 

2. Tiada langsung syarat untuk mendedahkan aurat bagi model muslimah. Ramai yang tertipu oleh "ejen palsu" yang memerlukan mereka untuk mendedahkan rambut, payudara, badan tanpa seurat benang mahupun bentuk badan berlebihan iaitu memaksa anda membuat aksi-aksi tak sopan.

Alasan mereka,"nak tahu awak ni macam mana orangnya" "boleh pose ke tidak" "nak tengok natural beauty" "boleh ke tidak pose" "ala, nanti masa photoshoot memang pakai tudung tutup aurat pun"

Kalau dah profesional, dorang tak kan suruh korang buat benda pelik-pelik macam ni. Even Victoria Secret pun tak suruh model dorang tayang satu badan, apa lagi  pencarian model muslimah kan? Tak ada nya istilah nak tengok gaya model. Selalunya mereka dah cukup dengan comp card anda. 

Bila mereka minat, baru mereka hubungi anda untuk temuduga atau photoshoot terus. Jangan sesekali sesukahati nak hantar comp card anda pada pihak mana-mana tanpa siasatan anda sendiri. Nanti silap haribulan dia boleh guna comp card awak untuk tipu orang lain. Masa photoshoot diingatkan agar tidak pakai yang ketat nak mampuih atau longgar nak mampuih biarlah berpada-pada asal nampak kecantikan anda kat situ. (Ni Mr Syifak yang cakap, dah photographer yang cakap jangan kata saya memandai pulak. Cuma bab-bab mampuih tu saya tambah sendiri. Haha)

3. Jangan sesekali mesej terus kepada FB "inbox". Kebanyakkan mereka menggunakan iklan agensi/syarikat/fotografi/individu tanpa kebenaran. Sebaiknya siasat dulu iklan tersebut wujud ke tak baru lah anda hubungi terus pengiklan menggunakan emel dan nombor telefon yang tertera.

4. Tiada istilah model harus bersendirian. Mereka boleh mebawa teman bersama ketika temuduga atau photoshoot. Kalau mereka bagi alasan yang mencurigakan, ketahuilah bahawa mesti ada udang di sebalik batu. Cepat-cepat tarik diri.

Walhal model ni mesti ada peneman untuk bantu dia tukar baju, ambik minuman dia dan sebagainya untuk keselamatan, kesenangan dan melancarkan proses photoshoot. Bayangkan model dok haus tapi dia jugak yang kena jalan sendiri ambik air, kan dah tunggu proses dia berjalan dengan kain berheret tu dah lama. Lebih mudah lagi kalau teman dia tu yang bawa kan air kan?

Jangan sesekali pergi seseorang lebih-lebih lagi jika ada photographer ajak shooting win-win di tempat mencurigakan. Contoh: shoot kat tengah-tengah hutan simpan Royal Belum konon tema kehutanan dengan haiwan liar. 

Kalau tak terpikiaq jugak tak tau la nak.

5. Janganlah hang taksub bagai nak rak jadi model. Sebab nak terkenal? Simpan niat tu bagus-bagus, niat nak terkenal ni lah yang banyak menjeratkan orang untuk buat benda tak elok, tergadai maruah, tertipu dan cenderung untuk ditinggalkan peneman sejati!

Terlajak perahu boleh undur jauh-jauh, terlajak perbuatan hang tanggunglah sampai jenuh.

Kena pastikan tau benda yang awak nak ikut tu betul, ada bukti ke tidak dan sebgainya. Semak! Semak dan Semak semua benda! Kalau ragu baik tak payah. 

Harap anda memanfaatkan entri ini sebaik mungkin. Dan sebagai tanda "disclaimer", saya tidak menuduh cuma hanya sebagai peringatan kepada anda agar terus berhubung dengan saluran betul. Tak kisah lah anda islam ke tak, perempuan ke tak, ANDA HARUS BERHATI-HATI.

Sebelum pergi, baca dulu kisah penipuan nak jadi model supaya jadi pengajaran:




Gambar memang ada seksi tapi dikaburkan. Anda juga boleh mencari sendiri sumber-sumber bekenaan di google!


[TAMBAHAN] Memandangkan ada yang masih ragu-ragu sebab nak bayar individu, fotografi atau syarikat mengenai portfolio. Ni ulasan yang saya boleh beri.

1. Dalam bidang peragaan, resume tu bentuk comp card. Kalau dorang mention "portfolio" yang mesti dibayar, tanya mereka apa menatangnya "portfolio" ni dan kenapa kena buat?
Kalau dia terangkan yang "portfolio" tu sebijik macam comp card, hati-hati. Boleh jadi dia nak ambik duit lebih. Selalunya kalau syarikat nak ambik pekerja, tak de nya dia susah-susah nak buatkan orang resume pas tu suruh bayar kan??
Paling tak pun suruh isi borang PERCUMA! Fikir logik kat sini.

Lagipun comp card ni boleh buat sendiri kat luar, google je. Harga dorang caj dalam RM 50-500! Tengok kriteria ini:

- Kualiti gambar

- Servis yang ditawarkan. (MUA free ke, makan free ke, dorang terus print comp card ke, dorang pun tolong bagi comp card kat klien ke, terkenal ke tidak photographer tu, hasil kerja dia cantik ke tidak, ada baju sponsor ke tidak dan sebagainya)

- Bagi yang baru mula, jangan ambil lebih dari RM 200 (Tak ada MUA ya). Caj MUA pun kalau nak ambik jangan lebih RM 100! Jadi bajet korang kalau boleh RM 300! Ingat buat comp card je bukan gerenti bagi korang kerja modelling. Kalau nak ambik lebih, "go ahead", ini cuma saranan.

- Dapat gambar photoshoot berapa banyak (Penting sebab bila korang nak buat comp card "design" lain pun boleh, mana tau tak suka bentuk comp card yang photographer bagi kan)

2. Bayar sebelum mula sesi photoshoot? Untuk apa benda? Awak yang patut kena bayar bukan awak yang patut bayar dorang. 

3. Bila kena tipu, LAPOR KAT POLIS dengan kadar segera. Sebab:

- Mana tau dia tak sempat lari kan, polis sempat serbu! 

- Bila lapor kat Polis, tak lah dia dapat menipu lagi. Awak dapat pahala percuma dan moga ada rezeki yang lain terbuka untuk awak. :)

- Duit selalunya memang tak kan dapat balik, polis pun acah-tak acah, yang penting dah lapor. Ketahuilah kalau kita ada Tuhan, Tuhan tau lebih lagi dari kita, bagi yang perlekeh dan tak tolong tu mana tau esok lusa dia pulak yang kena kan! Padan muka (Tak baik kot mengutuk!)

4. HARUS menyimpan BUKTI!

- Resit
- "Screenshot" Perbualan
- "Screenshot" iklan 
- Simpan nombor telefon
- Minta perjanjian bertulis
- Perlu jumpa depan-depan bagi iklan atas talian!

Penting sebab takut korang kena tipu pulak ya. Dan kalau dorang tak dapat beri, maksudnya dorang tak profesional berkemungkinan kaki tipu orang. 

p/s: Saya rasa entri ni agak panjang sebab saya sedih sangat sebab ramai anak muda sekarang ni terpengaruh dengan media sosial. Hendak menjadi terkenal sampai semua benda dia nak cuba asal orang kenal. Bagi yang bertudung (walaupun saya ni tak lah alim atau bajet suci), bila dah bertudung tu pastikan anda jangan lah senang-senang nak tanggal asal dapat tawaran jadi model ni. 
Ingat, bila terkenal awak tu senang orang nak aniaya dan senang orang nak manipulasikan gambar. Lepas tu tak ada privasi. 
"Let me remind you guys something", kalau macam nampak susah je korang nak jadi model, lepas tu banyak berhabis duit tapi tak jugak dapat jadi model, maksudnya Tuhan dah tolong korang untuk elakkan benda korang tak nampak! "Think positive". Tembak guna kamehameha baru tau!
Kemaruk ramai orang suka, banyak "followers", banyak "likers" dan nak jadi kaya cepat je dorang ni kebanyakkannya. Nak jadi model tak salah, nak jadi orang riak tu salah ya!
Dah, yang penting bila dah buat silap jangan buat lagi. Bila belum buat silap janganlah korang nak buat silap pulak!


Terima Kasih. Tata!

KEMASKINI - Minta maaf semua, saya tak boleh reply semua email anda kerana ramai yang email saya dengan soalan yang sama.  Jawapan semua boleh didapatkan dalam ni. Jika ragu-ragu tak sedap hati jangan pergi itu je yang paling selamat. Kalau nak semak benda tu sah ke tak, sila cari di Google atau mana-mana search engine. Kalau tak ada, pelik-pelik, semua orang tak pernah dengar atau senang cerita entah muncul kat mana, terus je abaikan.

45 comments:

  1. Salam sis. Saya nak tanya...sis buat comcard pd siapa ye ? Saya ade kenal satu agen modelling ni iaitu "Entriport Entertaiment". Not sure afen ni betul atau tak. Mcm mana nak check ya ?..They ask me to make payment thru bankin utk portfolio. Harap sis boleh respond..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,
      Boleh emel x kat thirteenpersona@yahoo.com ?
      Saya jawab lebih details kat situ and suggest mana yg patut okay. Sebab ada details yg sy kena kongsi tak boleh dedah. :)

      Delete
    2. Hye , saya dah email awak pasal model ni tp awak tk reply huhuu pls reply

      Delete
    3. Sorry terlalu banyak email. I will try my best to reply mana yang sempat je. So sorry.

      Delete
    4. i da bayar kat entriport entertainment but ad rumors cakap dy buat servis tak ok then i nam refund dy tak kasi.herm. sedih

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hye sis :) best baca.. hehe.. btw, boleh sy taw mana awk buat comp card tu? sbb dah sah2 tempat awk buat tu sahih.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya baru je reply email. :)

      Delete
    2. Hai sis,saya nak buat com card macam tu. How?

      Delete
  4. Hai,saya tahu nak awak buat comp card tu kat mana and details price yang trusted. Ini email saya puteri.farihah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi boleh email sy dulu x? My email thirteenpersona@yahoo.com

      Kat situ you can ask me anytg. If I were to email first, nanti I can't answer your questions betul2. Sorry ya..

      I will reply yours. Just ask me in details.

      Delete
  5. sis sy pernh tkne dgn pencarian model tu and i xtahu lgsg dy lelaki so mcm mne ni sis lma2 bru i prasn dn jdi hairn sbb i mula2 kan.. so how?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I got your email and dah reply. Just block and report fb tu. Once dia dah download we can't do anything nak ambik balik gambar tu. I'm sorry, this one mmg org pakar hack je dapat buat.
      In Sha Allah doa byk2 supaya dia tak buat apa2 kat gambar2 tu.

      Delete
  6. Hi ive email you regarding some question. Please do reply asap. Thanks

    ReplyDelete
  7. Salam sis , nak Tanya kat mana buat comp cord ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. boleh emel saya kat thirteenpersona@yahoo.com?

      Bagitau cik area mana jugak okay baru senang nak recommend. :)

      Delete
  8. I had emailed u just now , thankss sis

    ReplyDelete
  9. bags posting ni,agar semua dap at manfaat,bukan judah utk jade muslimah model, ban yak yg harus dipelajari, alhamdulillah,bila alangraphystudio buat kelas muslimah model ,bnyk dapat sambutan,dan diorang tau kita bukan just buat comcard sahaja,kita juga bagi tips marketing mcm mana nak bermula jadi muslimah model.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, thanks for the comment and dropping by!

      Saya ada nampak jugak hasil kerja alangraphystudio, it is nice. (y)

      Delete
  10. Hai assalam awak , sye pon berminat sbnarnyaa nak jdi model muslimah.. Ade jugak dapat offer photoshoot tshirt local brand dorg . Tapi masih ragu ragu 😓 . Awak boleh suggest kan tak mana mana ig/fb/blogspot yang dipercayai ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. I dont know nak sggst mana2 ig, fb atau blogspot dipercayai. Sebab saya tak berapa nak tau pasal benda tu. But if you terjumpa and tak sure boleh percayai ke tak, yang tu saya boleh tlg tengok.

      If anything boleh email me at thirteenpersona@yahoo.com if you nak give me any links atau nama apa2 yg cik ragui okay. :)

      Delete
  11. assalam hai sis. sy pn da bnyk kli kne tipu mcm tu. tp nsib xobses sngt jdi model.wsp tu msh sy simpan.so lpas ni memg kne hati2x. bnyk btul kes cmtu. perasan n tidak je . thanks for information.. berguna..

    ReplyDelete
  12. assalam hai sis. sy pn da bnyk kli kne tipu mcm tu. tp nsib xobses sngt jdi model.wsp tu msh sy simpan.so lpas ni memg kne hati2x. bnyk btul kes cmtu. perasan n tidak je . thanks for information.. berguna..

    ReplyDelete
  13. sis! saya baru je chat dgn admin pencarian model tu. rasa fishy gak so i left him/her hanging then block terus hahah.. sbb sy asyik reply lambat, so dia mcm "still interested" "dik" "hai dik" hahaha nampak sgt desperate. hey, nak tanya cane nak buat comp card. reply to @hazs_95aa@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry if keep you hanging. Maybe saya terlepas pandang. Too many emails. So sorry

      Delete
  14. Good sharing, dear..
    Nak share ye..
    Sharing is caring.. (^.-)v

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Huhu.. Saya pun pernah kena tipu untuk jadi model marykay.. Hahaha.. Dia nak bayar rm3k untuk saya yg langsung xdek pengalaman? Wow! Saya terus email dekat marykay company untuk dptkn pengesahan.. And, marykay ckp itu semua dusta! 😢😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. your way is a correct way. kena dapatkan pengesahan dulu!

      Delete
  17. hye sis, com card tu utk ape??
    sebelum nk jadi modelling kena ade com card eh..
    com card tu mcm resume ke

    ReplyDelete
  18. hye sis, com card tu utk ape??
    sebelum nk jadi modelling kena ade com card eh..
    com card tu mcm resume ke

    ReplyDelete
  19. Hai sis sy nk tny,baru semalam sy inbox 1 page di fb..nama dia Pencarian model muslimah 2016/2017 sy terlalu obses untuk tahu tntg modeling ni..mula sy ingtkan perempuan, tp die bahasakan diri die I n U..sy layankn je.. Die minta sy posing gamba mcm2 utk tayang body shape wlupon btudung.. Sy dah terbuat ape yg die sruh buat tuh sblm terjumpa blog sis ni.. Sy dah lapor pada fb.. Tapi Sis boleh tolong cekkan x page ni betol ke tidak..

    ReplyDelete
  20. Hai sis sy nk tny,baru semalam sy inbox 1 page di fb..nama dia Pencarian model muslimah 2016/2017 sy terlalu obses untuk tahu tntg modeling ni..mula sy ingtkan perempuan, tp die bahasakan diri die I n U..sy layankn je.. Die minta sy posing gamba mcm2 utk tayang body shape wlupon btudung.. Sy dah terbuat ape yg die sruh buat tuh sblm terjumpa blog sis ni.. Sy dah lapor pada fb.. Tapi Sis boleh tolong cekkan x page ni betol ke tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun kena sama mcm tu. Tapi I tak reply pun lepas dia mintak gambar pakai legging inner and tudung. Lain mcm jer

      Delete
    2. I pun ada kena yang ni. Dia suruh pakai legging inner dan bertudung. Sama 100% ! i tak bagi terus ignore je inbox dia.

      Delete
    3. Haa dia ada pernah minta saiz bra saya

      Delete