Friday 2 December 2022

AEON Buat Pencarian Duta Kanak-Kanak KIDS REPUBLIC 2023 (AEON KIDS REPUBLIC CHILD AMBASSDOR SEARCH 2023)

Kuala Lumpur, 1 Disember – AEON Malaysia telah mengumumkan pencarian duta kanak-kanak bagi jenama fesyen di bawah AEON iaitu Kids Republic untuk tahun 2023. Kids Republic merupakan seksyen fesyen bagi kanak-kanak merangkumi pelbagai jenama dan jenis untuk setiap majlis dan aktiviti. 

Pencarian Duta Kanak-Kanak Kids Republic 2023.

Low Ngai Yuen selaku Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia dalam ucapan pelancarannya berkata, “Kids Republic sedang mencari kanak-kanak yang aktif dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini. Kami mahu mengetengahkan impian dan aspirasi mereka! Kami mahu memaparkan cerita mereka untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak. Lagipun, Kids Republic adalah untuk Kanak-kanak Yang Mencipta Masa Depan!”. 

Low Ngai Yuen dalam ucapan pelancaran.

Pencarian ini juga bertujuan untuk AEON mengikuti perkembangan kanak-kanak itu secara terus agar dapat menzahirkan fesyen yang lebih tepat dengan kegiatan harian mereka. Pencarian ini sudah mula dibuka dan akan berakhir ketika pengumuman pemenang pada Februari tahun depan ketika AEON Fashion Previu mendatang.

Hadiah untuk duta kanak-kanak Kids Republic adalah seperti berikut:

1. Pemenang Utama akan mendapat baucar AEON Gift bernilai RM2000 dan elaun pakaian setahun bernilai RM1200.
2. Pemenang Kategori akan mendapat baucar AEON Gift dan hadiah istimewa berjumlah RM1500.
3. Hadiah saguhati istimewa pula akan diberi kepada peserta yang disenarai pendek.

Kriteria untuk penyertaan sebagai duta ialah:

1. Kanak-kanak mesti warganegara Malaysia.
2. Borang penyertaan KR Child Ambassador Search mesti diisi dan dihantar sebelum 27hb Disember 2022.
3. Borang penyertaan mesti dikepilkan TIGA (3) gambar kanak-kanak terkini.
4. Kanak-kanak harus berpakaian sopan dan elok.
5. Kanak-kanak mesti menggayakan pakaian yang memperlihatkan karakter dan personality mereka.
6. Pencarian ini hanya terbuka kepada AEON members sahaja seperti ibu, bapa atau penjaga kanak-kanak.
7. Ibu bapa atau penjaga mesti setuju dengan terma dan syarat penyertaan.
8. Peserta Top 10 yang disenarai pendek daripada setiap kategori akan diumumkan pada 30hb Disember.
9. Peserta yang disenarai pendek harus hadir untuk panggilan pemilihan atau casting call dan interview pada januari 2023.
10. Peserta yang terpilih harus menghadiri AFP (AEON Fashion Previu) pada 9hb Febuari 2023 pada untuk pengumuman pemenang.

*Terma dan syarat penyertaan adalah dalam borang penyertaan.
* Pastikan gambar yang dimuat naik pada borang penyertaan ialah gambar anak anda seorang tanpa ditemani orang lain.


Pencarian duta kanak-kanak Kids Republic ini terbuka untuk kanak-kanak berusia 5 tahun sehingga 12 tahun bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kemudian, kategori ini akan dipecahkan lagi kepada dua kategori umum iaitu kumpulan 5 hingga 8 tahun dan kumpulan 9 hingga 12 tahun. Jumlah pemenang dan kategori penuh akan diumumkan kemudian.

Jadi anda boleh mula hantar pemohonan sekarang di Borang Penyertaan Duta Kids Republic atau anda boleh imbas QR Code di bawah: 

Imbas QR Code untuk borang penyertaan.

Ingat, hantar borang penyertaan sebelum 27hb disember dan ikuti perkembangan di AEON Retail Malaysia.

3 comments: