Majlis pelancaran Lewré Bespoke Galleria. |
Pelancaran kedai flagship in selari dengan ulang tahun ke-25 jenama itu. Jenama ini mempunyai matlamat yang menyasarkan untuk menubuhkan lebih 100 kedai di seluruh Asia menjelang tahun 2025, sebagai usaha untuk memulikan ekonomi negara dan bertindak sebagai pemangkin dalam mempromosikan sektor runcit Malaysia; yang merupakan komponen penting yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.
Lewré Bespoke di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur. |
Selain itu, pelan ini selaras dengan visi Lewré untuk menjadi syarikat pengeluaran kasut bertaraf dunia yang mampu bersaing di antara jenama kelas tinggi pada skala antarabangsa dan menyumbang kepada agenda Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) dalam meniadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang keusahawanan.
Dato Lewré Lew, Pengasas Lewré Bespoke berkongsi, "Kami membina Lewé Bespoke untuk mempamerkan bahagian runcit yang mewah. Kami mahu pelanggan kami datang ke Lewé Bespoke dan dapat pengalaman yang tiada tandingan di mana-mana sahaja di dunia.
Pelancaran kedai flagship in menandakan peristiwa penting yang aka terus memacu kami untuk menerajui industri fesyen Malaysia pada skala antarabangsa. Kami berharap rancangan kami untuk menubuhkan lebih banyak kedai di negara ini dan di seluruh rantau akan memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat Malaysia dengan minda keusahawanan dan member inspirasi kepada mereka untuk mempamerkan bakat, kemahiran, dan dedikasi yang ditawarkan ole usahawan Malaysia kepada dunia."
Dato Lewré Lew, Pengasas Lewré Bespoke. |
YBhg. Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) berkata, "Saya faham bahawasanya dengan pelancaran kedai flagship ini, Lewré berhasrat untuk memacu lagi industri dengan menubuhkan 100 kedai di seluruh Asia menjelang 2025, yang akan meneroka dari Malaysia ke Australia, China, India, dan sebagainya. Ini akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di dalam pelbagai disiplin untuk peminat fesyen menimba pengalaman dan pengetahuan dalam industri, di samping mendorong jenama tempatan lain untuk berusaha dan membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara keusahawanan yang unggul."
YBhg. Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP). |
Pada majlis yang sama, Lewré turut memperkenalkan teknologi terbaharu mereka iaitu Lewré-I atau Lewré Intelligent dan Siri Koleksi Garden of Eden terbaharu. Lewré-I merupakan teknologi berpaten untuk mengenal pasti jenis tapak kaki pengguna. Melalui teknologi ini, Lewré akan membuat lapik tapak kaki (insoles) yang dibuat mengikut acuan pengguna sepenuhnya. Maka pengguna akan rasa lebih selesa menggunakan Lewré Bespoke.
Teknologi Lewré-I. |
Untuk Siri Koleksi Garden of Eden, terdapat lima jenis kasut yang ditampilkan. Bertepatan dengan jenama Lewré Bespoke, semua kasut ini dibuat khas dengan lebih anggun dan mewah melambangkan kewanitaan yang berkelas.
Pelancaran Siri Koleksi Garden of Eden |
Lewré Bespoke mengutamakan peningkatan kemahiran industri fesyen secara keseluruhan, di samping menggalakkan usahawan Malaysia yang sedia ada dan aka datang untuk mencabar dir mereka dan menghasilkan karya yang akhirnya akan menjana permintaan yang luar biasa untuk jenama milik Malaysia di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Lewré Bespoke di https://lewrebespoke.com/about-us/.
No comments:
Post a Comment