Sunday 8 January 2023

Tupperware Rekaan Ulang Tahun Disney Ke 100 Tahun Untuk Ganjaran AEON STAR REWARDS Awal Tahun 2023.

KUALA LUMPUR, 7 Januari –AEON secara rasminya memperkenalkan kolaborasi pertama tahun ini bersama Tupperware untuk program ganjaran pembelian Star Rewards. Program ini terbuka untuk semua pelanggan AEON dan penebusan ganjaran telah berjalan sehingga bulan jun tahun ini atau sehingga stok habis. Penebusan boleh dibuat di semua AEON, AEON BiG dan MaxValu Prime.

Pelancaran AEON Star Rewards bersama Tupperware Rekaan Disney 100 Tahun.

Tupperware menampilkan rekaan berkaitan sambutan ulang tahun ke 100 The Walt Disney Company dengan karakter Disney yang popular seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Winnie The Pooh, Snow White, Mulan dan karaketer Pixar seperti Finding Nemo, Toy Story dan lain-lain lagi.

Penebusan ganjaran Tupperware ini adalah seperti berikut:





Menurut Low Ngai Yuen, AEON's Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON, “Kami berasa amat gembira dan teruja untuk memulakan 2023 ini dengan memberi kegembiraan dan senyuman di wajah pelanggan kami melalui produk terbaharu Tupperware yang bertemakan Disney untuk program Star Rewards kami.” 

Munirah Azmi, Ketua Operasi Mall, Pemasaran dan Pajakan
AEON, Low Ngai Yuen dan Lily Loo, Pengarah Urusan
Tupperware ketika sidang media.

“Di AEON, kami sentiasa ingin bekerjasama dengan rakan kongsi yang hebat yang dapat turut sama membantu misi kami untuk berkongsi keceriaan di samping melindungi alam sekitar. Tupperware merupakan salah sebuah syarikat antarabangsa yang tersohor dan mempunyai reputasi yang baik dengan penghasilan produk-produk mesra alam.”, tambahnya lagi.

Menutup ucapannya, Low Ngai Yuen berharap pelanggan AEON yang mengumpul barangan Tupperware yang bertemakan Disney ini dapat turut mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar, serta menggunakannya apabila mengunjungi pasar raya AEON.

Untuk makluman, kesemua produk AEON Star Rewards Disney100 Tupperware boleh ditebus oleh ahli AEON dan juga bukan ahli AEON. Caranya adalah seperti berikut:

1. Untuk AEON Member, 2 setem akan diberikan untuk setiap pembelian RM30 dalam satu resit. Jika pembelian dilakukan dengan AEON Member Plus Visa Card / AEON Credit Card / AEON Wallet, pelanggan akan diberikan 3 setem.

2. Untuk bukan AEON Member, 1 setem akan diberikan untuk setiap pembelian berjumlah RM30 dalam satu resit,

3. Untuk tebusan, AEON Member perlu mengumpulkan sejumlah 20 setem, manakala bukan ahli perlu mengumpulkan 40 setem. 

Dapatkan stiker pada setiap pembelian minimum RM30
di AEON dan kumpul.

Berita baik buat peminat Disney kerana AEON membuka “Disney100-themed retail pop-up” yang menampilkan jenama tempatan seperti Forest, Giomax, Pustaka Sri Dunia dan banyak lagi, di Concourse AEON Mall Shah Alam bermula 7 Januari sehingga 5 Februari 2023. Reka bentuk serba baharu produk pelbagai seperti pakaian dan kasut, mainan, makanan sihat dan kecantikan, hiasan rumah, alat tulis dan banyak lagi yang berinspirasikan Disney100 daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars juga boleh didapati di pop-up ini. 

Bergambar di "Pop up" Disney 100 Tahun di AEON MALL
Shah Alam yang terletak di Cente Court.

Untuk maklimat lanjut berkenaan program ganjaran AEON Star Rewards anda boleh layari https://aeonretail.com.my/AEONStarRewards/.

Tuesday 27 December 2022

Review Jenis Tisu Jenama Carina

Kita sering bawa tisu ke mana-mana. Malah budaya menggunakan tisu ini sebati dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahkan bukan setakat untuk penggunaan diri sendiri malahan digunakan di tempat awam seperti tandas, tempat makan, salon dan lain-lain lagi. Tahu tak negara kita Malaysia sendiri sebenarnya mempunyai syarikat tempatan yang mengeluarkan pelbagai jenis produk tisu? 

Bersama produk Carina.


CARINA, Jenama Tisu Tempatan

Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia. Tujuannya adalah untuk memenuhi permintaan negara tropika kita. Penghasilan tisu Carina hanya menggunakan 100% pulpa dara (virgin pulp) dan 100% kapas tulen asli. Ini membuatkan produk Carina selesa untuk digunakan oleh orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. Tambahan pula produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak. Secara tidak langsung, produk ini juga sesuai digunakan untuk pengguna yang berkulit sensitif.

Selain itu, produk Carina dicipta untuk penduduk Asia Tenggara yang sinonim dengan kehidupan yang penuh pelbagai dari segi gaya hidup, permakanan, budaya dan cuaca panas lembab semula jadi. Jadinya, dengan penghasilan tisu berkualiti, Carina percaya tisu sedemikian adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra pengguna segenap lapisan. Menariknya lagi, tisu Carina adalah mesra alam kerana tisu organik Carina boleh larut dalam air, melindungi bukan sahaja anda tetapi juga alam sekitar.

Jenama Carina yang bertapak di Lembah Klang ini kekal utuh menghasilkan produk berkualiti dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna dengan harga yang berpatutan agar mampu dimiliki oleh orang ramai.

4 Siri Utama dan Jenis Produk CARINA Di Pasaran

Produk Carina yang sinonim dengan produk tisu ini sebenarnya mempunyai empat siri utama. Kesemua siri tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehingga yang lebih besar. Ini untuk memastikan produk mereka sesuai untuk digunakan oleh individu mahupun seisi keluarga.

Empat siri utama tersebut ialah:

1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care)Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya terjamin menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit termasuk kulit sensitif.

Produk:

CARINA HANDKERCHIEF Tissue - Carina Handkerchief Tissue dalam saiz sederhana menjadikannya ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. 

Tisu kering bersaiz padat dan mudah dibawa.


CARINA WALLET Tissue - Carina Wallet Tissue dengan pembungkusan yang mengikut trend masa kini, juga membolehkan anda menggunakannya sebagai on-the-go wallet atau dompet harian anda. 

Tisu kering bersaiz 'wallet'.

CARINA Box Tissue

Tisu kotak Carina.

Ulasan:

Saya suka semua siri ni sebab tak ada bau wangi-wangi atau pelik-pelik. Haha. Sebab banyak saiz, beg saya paling kecil pun masih boleh bawa tisu Carina ni. 

Yang penting, tak senang koyak walaupun bila pegang alahh lembut jugak tisu ni eh gituh!

Manakala, Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli. Carina Cotton pula juga diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi.

Produk:

CARINA Cotton Bud 

Putik kapas Carina.


CARINA Facial Cotton

Kapas wajah Carina.

Ulasan:

Saya cuma cuba putik kapas je untuk siri kapas ni. Ni paling lembut yang saya pernah guna. Bila guna untuk mekap atau cuci luar telinga, dapat rasa kapas tu lembut tapi lagi bersih dari guna putik kapas lain. Kadang-kadang putik kapas lain dia macam keras, guna untuk mekap terpaksa tonyoh sikit. Berbeza dengan ni, putik kapas lebih cepat 'tangkap' apa yang kat atas kulit.

Sangat sesuai untuk guna pada bayi nak cuci pusat ke, belakang telinga atau celah jari. Tak merengsa. Sangat berbaloi!
 
2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) – Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.

Produk:

CARINA Value Deluxe Soft Bathroom Tissue Toilet Roll

Tisu gulung untuk kegunaan di tandas.



3. Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.

Produk:

CARINA Kitchen Tissue

Tisu dapur Carina.

Ulasan:

Tisu dapur Carina ni sumpah lembut. Rasa takut terkoyak pun ada bila nak pakai. Haha. Tapi tak lah koyak, lembut macam ni la senang air dan minyak meresap. Bila guna untuk lap minyak di tangan atau sebagai alas goreng, tisu Carina ni paling terbaik.

Untuk lap air pulak, saya guna dalam dua helai untuk lap sebab tisu ni meresap air banyak sangat. Pakai satu memang cepat penuh tisu tu. Nasib baik jenis tak cepat koyak je.

4. Penjagaan Kesihatan (Health Care) – Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan. Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan.

Produk:

CARINA Wet Wipes 

Tisu basah Carina.

CARINA Antibac Wipes

Tisu antibakteria Carina.
Ulasan:

Bagusnya kedua-dua tisu basah Carina di atas ni tiada wangian tambahan. Kedua-duanya mengandungi kelembapan yang secukupnya. Tisu tak terlalu basah sampai menitis, tak terlalu kering sampai tak cukup nak guna untuk lap. Tak bocor dibawa masuk ke beg!

Carina Wet Wipes biasa juga adalah sesuai untuk digunakan pada bayi kerana tiada kandungan alkohol serta paraben. Siap ada aloevera lagi agar kulit tak rasa kering kontang.

*Ulasan bentuk video di bawah.

Kempen CARINA 2023 – “We Care, We Love” 

Untuk tahun baru mendatang, CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep baharu telah dihasilkan dengan tema "We Care, We Love" iaitu:
  • Menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran.
  • Berazam untuk menjaga kulit pengguna dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit.
  • Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
  • Fokus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
  • Mewujudkan 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran
Rekaan tema "We Care, We Love" Carina.

Dengan tema "We Care, We Love", Carina menyatakan kepercayaan bahawa mereka berazam untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi agar produk ini serasi untuk pengguna seisi keluarga. #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda.

Beg Carina “We Care, We Love”.

Beg edisi khas dengan rekaan Carina “We Care, We Love” juga boleh didapati dengan pembelian produk Carina dengan minimum pembelian RM40 dan ke atas.

Gift Box Carina

Carina juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan Carina Gift Box yang datang dengan kotak khas kempen “We Care We Love”. Di dalam kotak tersebut mengandungi pelbagai jenis produk dan kejutan istimewa iaitu:

Set Gift Box dari Carina.
  • Carina Facial Cotton 160's
  • Carina Box Tissue 90's c Carina Handkerchiefs Tissue
  • Carina Cotton Buds 400 tips
  • Carina Wallet Tissue
  • Carina Antibacterial Wipes 70's
  • Carina Cotton Bud 480's
  • Carina Wet Wipes 30's
  • Voucher Shopee Carina official Store RM 5
  • Review & Win campaign flyer
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG 
Dalam giftbox Carina ada flyers pertandingan, baucar Shopee dan Surprise Angpao.

Harga asal Carina Gift Box ialah RM35. Harga promosi sekarang ialah RM29.90.

Anda boleh dapatkan Carina Gift Box secara pembelian melalui plaatform beli belah atas talian dan di kedai fizikal iaitu Aeon Big (Cawangan terpilih), Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall) , Hot Market @ Berjaya Times Square dan Tong Hup Trading, Melaka sahaja.

Beli Produk CARINA Di Pusat Beli Belah dan Atas Talian

Semua produk Carina boleh diperolehi di pasaraya mahupun atas talian. Contoh pasaraya yang terbabit ialah Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Hot Mart dan banyak lagi pasaraya dan farmasi yang berdekatan dengan anda.

Pada masa yang sama, anda juga boleh mendapatkan Carina menerusi platform e-dagang rasmi seperti seperti Shopee Carina , Lazada dan TopzMall.

Pertandingan Review & Menang Carina

Carina sekarang ini melangsungkan pertandingan review dan menang di media sosial sehingga 30hb April. Sebanyak 300 pemenang akan memenangi 3 bulan produk barangan rumah yang kesemuanya bernilai RM45,000!

Poster rasmi pertandingan review dan menang.

Caranya:

1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok
2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok
3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).

*Terma & Syarat:

1. Tempoh kempen: SEKARANG- 30 April 2023
2. #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Kami akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook kami bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!
3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.
5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.
6. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.
7. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.
8. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
Mudahkan? Pastikan gambar dan video review anda dimuatnaik dalam mode umum atau ‘public’ agar pihak Carina dapat melihat post anda!

Maklumat lanjut mengenai pertandingan review dan menang boleh imbas QR Code dalam gambar tertera.


Sosial Media CARINA

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk, promosi, pertandingan dan sebagainya anda boleh layari sendiri laman web rasmi sosial media Carina seperti berikut:

Carina MY Facebook: FB Carina
Carina MY Instagram: IG Carina
Carina MY Tiktok: TIKTOK Carina



#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove

#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Wednesday 21 December 2022

Skin Dessert Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap SIRIM Pasal Isu Tular

Kuala Lumpur, 21 Disember 2022- Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert telah membuat sidang media di restoran di ibu negara untuk menjelaskan isu tular berkenaan produk tersebut bersama SIRIM serta beberapa perkara berkaitan dengan produk mereka.

Dari kiri: Peguam mewakili Ailezee Rich Sdn Bhd, Nur Nazuha
dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, Zirra Abdullah
dan Mohd Aliff Abd Kadir (suami isteri pengasas Skin Dessert.)

Pihak Ailezee Rich Sdn Bhd telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini.

Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.

Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua (2) kali bayaran kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer.’

Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut: "SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menialankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my.”

Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan Puan Zirra dan En Alift menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai is berkenaan. Perkara tersebut juga telah membuatkan mereka mengalami kerugian dan gangguan emosi kepada Puan Zirra dalam ucapannya pada sidang media yang sama.

Zirra Abdullah ketika berkongsi kenyataan.

Malah komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

Pengujian Produk Oleh SIRIM

SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert. Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM.

Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu periumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan is yang timbul.

Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan adalah permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan ujian keberkesanan produk 'Skin Dessert Repair Moisturizer'.

SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk 'Skin Dessert Repair Moisturizer' seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM.

Hasil laporan uilan daripada SIRIM menyatakan bahawa 'Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai: "Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as NON-IRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24.

‘Test Report’ daripada SIRIM dari halaman 15.

Skin Dessert ketika ini masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM mash dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022 penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum.

Kenyataan dibuat SIRIM telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.

Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai.

Produk Telah Lama Dihentikan Pengeluaran

Untuk makluman juga, produk Skin Dessert Moisturizer Treatment' yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021.

Skin Dessert sudah menarik balik produk 'Skin Dessert Moisturizer Treatment' daripada pasaran dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui sat MEMO yang disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.

Produk 'Skin Dessert Repairing Moisturizer' adalah produk baharu yang menggantikan 'Skin Dessert Moisturizer Treatment' iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan.

Pelan Penstrukturan Semula

Menerusi Pelan Penstrukturan Semula Jangka Masa Panjang Skin Dessert, kesemua produk akan dihantar untuk ujian makmal secara berperingkat bermula dengan 'Skin Dessert Repairing Moisturizer'. Skin Dessert juga turut menghantar ENAM PRODUK untuk ujian makmal di Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia. Ini bermaksud kesemua tunjuk produk yang terkini masuk dalam perancangan Skin Dessert agar terus diuji oleh badan yang berkaitan.

Menerusi hasil ujian ini, kesemua produk yang dihantar diklasifikasikan sebagai Not Detected atau diuji bebas daripada kandungan logam berat. Ujian produk telah dijalankan di Makmal Toksikologi Pusat Racun. Disebabkan Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia memberikan terma dan syarat yang perlu dipatuhi pihak Skin Dessert, hasil ujian tidak dapat dikongsikan kepada umum. Orang ramai bagaimanapun boleh menyemak hasil ujian ini dengan menghubungi Makmal Toksikologi PRN dengan menggunakan nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian.

Carian menggunakan nombor rujukan.

Dibawah merupakan sedikit detik sidang media berkenaan Skin Dessert dan SIRIM.
@zandra.zane Peguam Skin Dessert buat kenyataan ketika sidang media hari ini. Penjelasan lanjut baca di thirteenpersona.blogspot.com #skindessert #skindessertsirim #sirim @Skin Dessert Hq @Skin Dessert Official ♬ original sound - zandra.zane

Penafian: Artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk mempromosi produk serta jenama terbabit. Artikel ini hanya berkongsi isi sumber sidang media yang dihadiri oleh penulis.

Lagu & MV Selimut Kasih Untuk Misi Kemanusiaan Peduli Insan Dilancarkan.

SHAH ALAM, 20 Dis 2022 - Pertubuhan Kemanusiaan, Peduli Insan meneruskan misi bantuan musim sejuk tahun 2022 yang mensasarkan tiga negara iaitu, Syria, Palestin dan Yaman.

Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) iaitu  Ustaz Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan dalam kenyataan hari ini berkata melalui Ikon Kemanusiaan mereka, Inteam, berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk Syria sebanyak RM1,025,252.75 sepanjang tahun 2022.

Ikon Kemanusiaan Peduli Insan, Inteam bersama Pengerusi Peduli Insan,
Ustaz Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan  (Ditengah).

“Dana yang terkumpul itu telah dimanfaatkan kepada 10,000 pelarian Syria sepanjang tahun 2022 di dalam bentuk bantuan berupa kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan serta alat pemanas dan bahan bakar yang amat penting untuk mengharungi musim sejuk,” katanya.

Pengerusi Peduli Insan juga turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua kumpulan media yang telah menyokong kempen-kempen kemanusiaan yang dilaksanakan Peduli Insan dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya nilai ihsan demi insan dapat diterapkan kepada masyarakat.

Inteam yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Lagu & Muzik Video Selimut Kasih menzahirkan rasa syukur di atas sokongan peminat yang turut sama menyumbang bagi membantu pelarian Syria berharap agar kerjasama yang terjalin bersama Peduli Insan ini dapat diteruskan dengan usaha yang pelbagai di masa hadapan yang mampu memberikan impak positif melalui nilai kreatif. Lagu Selimut Kasih telah tercalon di dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) pada September lalu.

“Alhamdulillah Inteam telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Selimut Kasih yang menceritakan keperitan hidup sebagai seorang pelarian melalui bait lirik tulisan yang diilhamkan oleh air tangan Fedtri Yahya. Muzik video lagu ini juga dirakamkan ketika Inteam menyertai misi kemanusiaan Musim Sejuk Syria bersama Peduli Insan pada awal tahun ini,” kata Syah selaku ketua kumpulan dan pencipta lagu Selimut Kasih.

Inteam ketika sesi soal jawab.

 “Pengalaman menyertai misi kemanusiaan di kem pelarian Syria yang terletak di kawasan utara Syria di mana Inteam dapat melihat dan merasai sendiri kesusahan dan penderitaan yang dialami pelarian menjadikan kami semakin menghayati tiap bait lirik lagu ini,” kata Hazamin pula.

Melihat kepada muzik video yang dikongsikan secara rasmi buat pertama kali kepada pihak media, jelas menimbulkan rasa simpati terhadap pelarian Syria yang hilang segalanya dalam sekelip mata akibat dari kesan peperangan dan krisis ini telah berlanjutan sehingga hampir 12 tahun.

Perasmian lagu & muzik video Selimut Kasih.

Dalam pada itu, Inteam berharap melalui lagu Selimut Kasih ini mampu meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk terus membantu pelarian Syria serta pelarian yang menghadapi nasib serupa di Palestin dan Yaman. Pengerusi Peduli Insan juga menzahirkan rasa terima kasih kepada semua kumpulan media yang telah menyokong kempen-kempen kemanusiaan yang dilaksanakan Peduli Insan dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya nilai ihsan demi insan dapat diterapkan kepada masyarakat.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan pelarian Syria, Palestin dan Yaman boleh menyumbang ke dalam akaun rasmi Bank Islam 0704 3011 06 2019 di atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Ihsan Demi Insan

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia 

www.peduliinsan.org