Sebelum tu mari lihat gambar dari cerita tersebut:
Tanda Putera!! Terbaik |
Rushdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak yang merasmikan FELDA |
Ini babak cemas!!! |
Faezah Elai sebagai isteri Tun Abdul Razak |
Cerita ini keseluruhannya agak menarik dan penuh dengan info-info sejarah. Biarpun banyak babak yang dianggap kontroversi namun berjaya disampaikan dengan penuh berhati-hati. Bagi pandangan saya cerita ini agak seimbang dan tidak berat sebelah seperti yang dikatakan segelintir pihak. Hal ini kerana cerita ini turut mengkritik semua pihak secara langsung dan tidak langsung berkenaan tragedi 13 Mei 1969. Sebagai contoh Tun Dr Mahathir yang lantang bersuara sehingga dipecat dari UMNO dan komunis yang memenggal kepala seorang lelaki cina.
Cerita ini juga ada berunsur ganas di mana kanak-kanak harus ditemani oleh penjaga. Namun masih memberi pengajaran. Tidak lekang dari kritikan juga cerita ini kerana teknik CGI and 'green screen' yang agak lemah. Ini juga termasuk teknik editan dan mutu pelakon tambahan. Agak ketara penggunaan CGI yang kurang berkesan, lakonan 'green screen' dan editan yang tidak mahir serba sedikit mengurangkan emosi penonton.Yelah, ketara sangat latar belakang tu kelihtan palsu dan kartun. Selain itu, pelakon tambahan yang tidak dalam keadaan terbaik menghambarkan situasi. Siap pula ada babak ganas-ganas pelakon tu senyum-senyum.
Gambar di atas ni menyebabkan segelintir pihak mempertikaikan Shuhaimi Baba sebab ada CCTV zaman dulu. Pertama sekali, saya sudah menonton Tanda Putera, tak pernah pun terlintas atau ternampak hatta sekalipun babak ini. Kedua, tak ada nya babak yang terlampau sempurna, memanglah ada kesilapan. Cerita hollywood yang meletup dan terbaik dipawagam pun boleh ada salah, inikan pula filem Malaysia (Bukan nak menyindir filem Malaysia ye). Kesimpulannya, kalau dah nak kutuk tu memang kutuk habis kan. Tengok lah dulu jangan nak main jaja je cerita dongeng, katanya nak Malaysia bersifat liberal~~ Mana pulak unsur liberalisme nya??
Sebelum pergi dengan lebih jauh, di bawah ini saya sertakan satu gambar tipu... Heh heh heh..
Gambar yang dicanang-canang dalam usaha memboikot filem Tanda Putera |
Lagi satu, ada pulak beberapa pengkritik kata cerita ini rasis. Mereka (Seperti biasa nama tidak akan disebut) boleh nak kata wujudnya dialog "oh cina potong" dan "oh melayu mengamuk" yang sengaja melaga-lagakan kaum dan membakar sifat perkauman. Apa kes mereka ini,tak ada langsung wujudnya dialog tersebut. Bak kata Johan yang selalu jadi Awie-----> INI SEMUA POYO!!! Yang ini memang sah-sah kena "beli" ni~ Ketara sangat tak menonton..
Jadinya, kalau tak tengok cerita tu, jangan nak meyampuk serta berlagak nak jadi pengkritik bebas. Buat panas antarabangsa je. Katanya tak nak rakyat diperbodoh-bodohkan sedangkan dia yang membodoh-bodohkan rakyat.. Ohhh betapa ironinya orang-orang sebegini. Dah lah tak tengok siap nak boikot cerita ini pula. APAKAH KEJAHILAN perlakuan mereka ini. Satu lagi hal, yang selalu saya tengok di Facebook tu, mereka yang anti TANDA PUTERA ni main kongsi je gambar dan fakta yang tak betul. Padahal tak melihat mahupun menontonya pun. Memalukan saya je melihat perangai yang serba tak moden ini.
Walauapapun saya tetap berbangga menjadi Rakyat Malaysia sebab menayangkan lagu Negaraku di panggung wayang. Biarlah segelintir orang mempertikaikan namun kena ingat, kita rakyat Malaysia dah tak hormat lagu negaraku, tak kan nak suruh orang luar yang berdiri tegak bukan??
Tidak kisah lah membenci parti politik mana-mana pun tapi Malaysia ini tanah tumpahnya darah kita. Sayanglah negara kalau pun benci sesetengah pihak. (Saya tak sebut sebab tak elok~)
Bagi sesiapa yang belum menonton, pergi lah menonton. Sebab cerita ini bukan berkisarkan perkauman cuma hendak bercerita tentang tragedi rusuhan kaum 13 MEI 1969.
Walauapapun saya tetap berbangga menjadi Rakyat Malaysia sebab menayangkan lagu Negaraku di panggung wayang. Biarlah segelintir orang mempertikaikan namun kena ingat, kita rakyat Malaysia dah tak hormat lagu negaraku, tak kan nak suruh orang luar yang berdiri tegak bukan??
Tidak kisah lah membenci parti politik mana-mana pun tapi Malaysia ini tanah tumpahnya darah kita. Sayanglah negara kalau pun benci sesetengah pihak. (Saya tak sebut sebab tak elok~)
Berbangga lah berdiri mendegar lagu Negaraku |
Bagi sesiapa yang belum menonton, pergi lah menonton. Sebab cerita ini bukan berkisarkan perkauman cuma hendak bercerita tentang tragedi rusuhan kaum 13 MEI 1969.
Jangan cepat melenting kalau tengok cerita ini. Sebab cerita ini memang kisah benar kalau tak percaya jangan jaja cerita yang bukan-bukan. Pergi kaji semula sejarah lama dari pelbagai sumber. Biar bagi terang sikit fikiran. Sebelum itu saya berbangsa Melayu-Cina yang sokong cerita ini!!! Anda mesti ingat yang ini kisah lama dan tak semua yang hidup di zaman itu masih berpegang dengan prinsip perkauman mereka.
Itu saja, selamat menonton.
Tata.
No comments:
Post a Comment