Friday, 12 December 2025

AEON MALL Festive Season is here with DC Chibi Christmas!

AEON MALL proudly presents Merrier Christmas Ever, a festive celebration filled with colour, joy and unforgettable experiences for families and shoppers, happening now till 1st January 2026. This year, AEON MALL brings an exciting highlight—Exclusive Limited-Edition DC Chibi Heroes Premiums, a must-have collectible series that shoppers will definitely want to grab before they’re gone!

DC Chibi Heroes Christmas at AEON Mall Malaysia

Shoppers can redeem these exclusive premiums with 3 combined same-day receipts:

     Limited Edition DC Chibi Heroes Premium with spending of RM1,000 (Non-AEON    Member / Non-UOB Card Holder) or RM600 (AEON Member / UOB Card Holder).
    Unicorn Dessert Forks Set with spending of RM600 (Non-AEON Member / Non-UOB Card Holder) or RM400 (AEON Member / UOB Card Holder).
    Special Santa Paper Bag with spending of RM250 (Non-AEON Member / Non-UOB Card Holder) or RM150 (AEON Member / UOB Card Holder).

Exclusive Premium to Redeem

These seasonal collectibles are limited, premium and absolutely unmissable — a must-grab for every fan and festive collector!

Adding excitement to the celebration, AEON MALL is also hosting a special Count & Win Contest where shoppers stand a chance to win prizes worth RM30,000 by simply spending RM50 in a single receipt at any AEON MALL tenant and count the number of santas at the display board.

This year’s Christmas atmosphere takes a new level of wonder with different themed setups across AEON MALL nationwide — from vibrant DC Heroes zones to charming Christmas Market concepts, offering unique photo spots and heartwarming experiences with loved ones.

One of DC Chibi Attraction

One of the Chrismast Vibrant Attraction

To elevate the festive joy, AEON MALL presents an exciting line-up of activities including the enchanting Fairy Dance, adorable Little Heroes Parade, energetic Mochi Parade, and many more cheerful performances throughout the campaign.




Shoppers are invited to dress up with their loved ones as their favourite superheroes and experience the 1st ever Chibi Heroes Meet & Greet exclusively at AEON MALL — a magical moment not to be missed!


This Christmas, let AEON MALL light up your holidays — more colour, more joy, more magic. Come celebrate the Merrier Christmas Ever and create memories that shine brighter than the season itself. 

Terms and conditions apply.

For more information, please visit:
• Facebook: @AEONMallMY
• Instagram: aeonmallmalaysia
• Tik Tok : aeonmall.malaysia
• Website : www.aeonmallmy.com

Sunday, 7 December 2025

Musim Perayaan Disember Meriah dengan DC Chibi Super Heroes di AEON Mall Seluruh Malaysia

Tahun 2025 bakal melabuhkan tirai maka bermulalah musim perayaan dan musim cuti sekolah pada bulan disember, dengan itu AEON Mall tidak melepaskan peluang ini untuk menyambut musim ini dengan tema DC Chibi dan Krismas di 27 cawangan AEON Mall seluruh Malaysia.

Pelancaran majlis DC Chibi Super Heroes Krismas di AEON Mall

DC Chibi Super Heroes

DC Chibi Super Heroes merupakan karakter ikonik dengan kepala besar yang comel pasti memikat penggemar pelbagai usia dan AEON Mall merupakan yang pertama membawa Belon DC Chibi Super Heroes berskala besar mengelilingi AEON Mall sempena musim perayaan ini.

Hiasan meriah yang pasti membuatkan pengunjung tertarik.

Belon besar yang dibuat khas untuk AEON Mall ini memastikan pengunjung berpeluang untuk melihat dan bergambar sehingga 360 darjah. Pasti ibu bapa dan kanak-kanak turut teruja.

Jangan lepaskan peluang keemasan apabila ke AEON Mall untuk berjumpa dan bermesra dengan watak DC Chibi Super Heroes seperti Wonder Woman dan Superman. Pengunjung boleh berpeluang untuk bergambar mengabdikan kenangaan manis ini.

Kotak Misteri DC Chibi Super Heroes

Berita baik juga buat pengunjung dan peminat DC Super Heroes, pengunjung yang berbelanja minimum RM800 bagi ahli AEON dan pemegang kad UOB atau belanja minimum RM1,000 bagi bukan ahli AEON dan bukan pemegang kad UOB boleh mendapatkan kotak misteri DC Chibi Super Heroes!

Kotak Misteri di AEON Mall

Kotak Misteri mengandungi DC Super Heroes Plush Pillow dengan karakter krismas Wonder Woman, Batman, Superman, Aquaman dan Super Girl. Anda boleh sertai dengan gabungan maksiumum 3 resit bertarikh sama daripada mana-mana kedai di AEON Mall termasuk AEON Retail sendiri!

Pasar bertemakan perayaan Krismas

Disember juga mengalu-alukan kedatangan Krismas maka AEON Mall juga menyerikan pusat beli-belah dengan pasar bertemakan Krismas dengan hiasan yang menarik. Juga, terdapatnya promosi perayaan, hadiah dan aktiviti menarik menunggu pengunjung yang sesuai untuk seisi keluarga.

Karusel dan gashapon yang ada di ruang utama AEON Mall

Antara yang menarik ialah Karusel (Carousel) Krismas seperti di AEON Mall Shah Alam, gashapon, majlis Light-Up Countdown dan macam-macam lagi.

Jom ke AEON Mall!

Jom ramai-ramai ke AEON Mall sekarang!

Mari kita ke AEON Mall pada bulan disember ini dan saksikan sendiri konsep menarik yang pertama menggabungkan DC Chibi Super Heroes dan Krismas.

Friday, 5 December 2025

Butik Evita Mairesse Kini Buka di Kuala Lumpur!

Pereka fesyen kelahiran Indonesia, Evita Mairesse, hari ini mengumumkan pembukaan butik persendirian pertamanya di Heritage House, Kuala Lumpur. Butik eksklusif ini beroperasi melalui janji temu, menjadi satu lagi simbol pencapaian penting dalam perjalanan lima tahun Evita membina jenamanya yang kini diiktiraf di Malaysia dan rantau Asia. Rekaan beliau telah digayakan oleh selebriti terkenal seperti Whulandary, Aishah Sinclair, Ruhainies, serta wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik antarabangsa termasuk Miss Universe, Miss World, Miss Grand dan Miss Charm.

Evita Mairesse (dua dari kiri) ketika upacara memotong riben.

Evita kini dikenali dalam dunia ratu cantik melalui rekaan busana pentas yang anggun dan penuh glamor. Dedikasi dan kreativiti Evita telah melayakkan beliau digelar Dressmaker to the Beauty Queens, sebagai pengiktirafan terhadap kehalusan perincian dan rekaan busana yang menggabungkan keanggunan, keyakinan dan unsur budaya.

Majlis pelancaran yang penuh classy ini disertai ratu cantik, selebriti dan pempengaruh, ramai di antaranya mengenakan rekaan Evita Mairesse. Antara tetamu yang hadir termasuk Eshwin Kaur, Miss Supranational Malaysia 2025, pelakon Natasya Mahyan, model Sharwita, penyanyi Syada Amzah, serta personaliti media Sunshine Kelly dan pengacara televisyen Fiera Afendi.

Tetamu datang menggayakan rekaan Evita Mairesse

Acara ini dihias dengan palet hitam dan putih, identiti signature Evita, serta instalasi bunga di segenap ruang butik yang mencerminkan motif floral berstruktur yang sering digunakan dalam rekaan beliau. Pelancaran ini turut memberi peluang kepada tetamu menghargai kehalusan dan perincian setiap helaian busana couture rekaan Evita. Beberapa busana pertandingan yang pernah digayakan di pentas antarabangsa turut dipamerkan, menonjolkan seni dan ketelitian Evita.

Antara rekaan yang ada di butik.

“Pembukaan butik ini adalah detik istimewa bagi saya. Saya mahu ia menjadi ruang di mana wanita merasa dihargai, mendapat ilham dan di mana setiap rekaan menjadi sebahagian daripada kenangan berharga mereka. Ia juga langkah untuk memperkukuh hubungan dengan pelanggan sambil mengembangkan jenama saya ini dengan cara yang lebih organik dan telus”, jelas Evita.

Evita bersama suami beliau, Fabien
Mairesse

Butik baharu di Heritage House ini bukan sahaja bakal menjadi pusat couture, tetapi juga ruang kreatif untuk prebiu eksklusif, sesi penggayaan dan pertunjukan fesyen. Ia memberi peluang kepada pelanggan memahami visi kreatif Evita dan seni di sebalik setiap helaian rekaannya.

Butik ini menawarkan suasana eksklusif untuk konsultasi tempahan couture, gaun perkahwinan dan gaun karpet merah. Evita Mairesse juga mempunyai satu lagi outlet di Fahrenheit Bukit Bintang yang menampilkan koleksi ready-to-wear termasuk busana tradisional dari label keduanya, Mirnasari.


Monday, 17 November 2025

Ahli Farmasi Guardian Kini Pakar Kulit! Dapatkan Analisis Kulit Percuma Dalam 3 Minit di Guardian Malaysia.

Kuala Lumpur, 15 November 2025 – guardian Malaysia mengumumkan bahawa ahli farmasinya di seluruh negara kini bergelar Pakar Derma Bertauliah. Dengan pengetahuan yang lebih mendalam dan tepat, mereka kini lebih bersedia untuk memberikan rundingan profesional serta menjawab persoalan pelanggan berkaitan penjagaan kulit, terutamanya dalam aspek penjagaan kulit derma dan keperluan kulit sensitif. 


Satu sesi ‘previu’ eksklusif telah diadakan dengan menghimpunkan hampir 150 wakil media, pempengaruh dan tetamu jemputan khas. Para tetamu berpeluang merasai sendiri sesi rundingan peribadi secara bersemuka bersama Pakar Derma Bertauliah. Kaunter pemeriksaan kesihatan kulit dan reruai penyelesaian penjagaan kulit turut disediakan di samping sesi bengkel interaktif. 


Peningkatan pengetahuan ahli farmasi guardian yang diperkasakan dengan penggunaan alat Pemeriksaan Kesihatan Kulit Berasaskan AI kini diperkenalkan di stor-stor Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 seluruh negara. Peranti Pemeriksaan Kesihatan Kulit yang direka dari Korea itu membantu pelanggan mengenal pasti  keperluan kulit mereka menerusi 12 parameter, antaranya kedutan, lingkaran gelap, cela, liang pori dan jerawat, SEMUANYA dalam hanya 3 minit. 


Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, berkata: “Sebagai destinasi pilihan utama untuk semua keperluan penjagaan kulit, guardian Malaysia berbangga menjadi peruncit kesihatan dan kecantikan pertama di negara ini yang mengetengahkan kepakaran ahli farmasi sebagai pakar kulit derma.” 


Beliau menambah bahawa inisiatif ini direalisasikan melalui Akademi Radiance oleh guardian, yang bekerjasama dengan rakan-rakan jenama untuk menyusun dan membangunkan kurikulum yang memfokuskan kepada isu-isu kulit yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk ekzema, jerawat, hiperpigmentasi dan kulit sensitif. 



Sebagai sebahagian daripada kurikulum berstruktur itu, ahli farmasi juga didedahkan kepada pelbagai topik mengenai penjagaan kulit yang disampaikan oleh pakar dan pelatih daripada rakan jenama serta pakar-pakar dermatologi terkemuka Malaysia. 



Kata Pakar: Penjagaan Kulit dan kaitannya dengan Kesihatan Menyeluruh


Turut hadir pada acara tersebut ialah Dr Ch’ng Chin Chwen, pakar dermatologi yang menegaskan: “Kebanyakan orang ‘terlupa’ bahawa kulit merupakan organ terbesar tubuh manusa. Ia berfungsi sebagai ‘perisai’ penting yang melindungi tubuh, organ sensori, membantu dalam sintesis vitamin D dan mengawal suhu badan seseorang. Oleh itu, amatlah penting untuk menjaga kesihatan kulit memandangkan peranannya yang besar dan pelbagai dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan individu.” 


Melihat kepada peningkatan ketara masalah kulit derma dan keperluan kulit sensitif, timbul persoalan sama ada rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang tepat untuk menjaga kesihatan kulit mereka?


Akses kepada nasihat pakar boleh terus dipertingkatkan, dan pengetahuan adalah kuasa. Apabila rundingan dan analisis kulit dilakukan dengan betul, kesedaran terhadap kesihatan sebenar kulit akan membantu individu memilih penyelesaian yang tepat untuk menangani masalah kulit mereka,” tambah Dr Ch’ng. 


Ahli Farmasi guardian: Pakar Derma Mesra Kejiranan Anda


Nasihat pakar tidak seharusnya disamakan dengan maklumat rambang dari Internet atau petua turun-temurun daripada keluarga, sahabat dan rakan sekerja. “Terlalu banyak maklumat terdapat di luar sana dan sebahagiannya tidak tepat. Ini menyebabkan pelanggan keliru atau tersilap faham,” jelas Priscilla. 


Hasrat untuk menawarkan analisis kulit peribadi menggunakan peranti berkuasa AI di samping memastikan pelanggan mendapat akses kepada ‘maklumat yang betul’, telah menjadi pencetus kepada penubuhan Akademi Radiance. Dengan sokongan rakan-rakan jenama dalam menyusun kurikulum komprehensif untuk ahli farmasi guardian, inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran ahli farmasi guardian Malaysia, malah ia menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan profesional berterusan yang membolehkan mereka memperoleh mata CME (Continuous Medical Education).


“Pelancaran Pemeriksaan Kesihatan Kulit Berasaskan AI dan Pensijilan Kepakaran Derma untuk ahli fasmasi kami menegaskan komitmen guardian Malaysia untuk memperkasakan ANDA dengan pengetahuan dan panduan yang tepat ke arah kulit yang lebih sihat,” kata Priscilla.




Mereka yang mempunyai kebimbangan tentang kesihatan kulit digalakkan untuk mendapatkan rundingan daripada Pakar Derma Bertauliah kami. Ahli MYguardian Rewards berpeluang menikmati baucar ganjaran dan kit sampel. Ketahui lebih lanjut di Derma Skin Lab guardian Malaysia

#guardianNo1

#guardianSkinHealthCheck

#MYguardian