Subang Jaya, 6 Disember 2024 — Pendidikan adalah kunci untuk memperkasa wanita dan mengubah kehidupan mereka. Sebagai jenama yang komited kepada pemberdayaan wanita, SAFI, jenama Halal No. 1 di Malaysia, bangga menyokong wanita Malaysia dalam membentuk masa depan mereka melalui Program Biasiswa Siswi SAFI.
Edisi pertama program ini memberikan biasiswa kepada enam siswi cemerlang dari 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Langkah Memperkasa Wanita
Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat
SAFI, berkongsi bahawa Program Biasiswa Siswi SAFI adalah kesinambungan misi
dan visi jenama ini. “Sebagai jenama penjagaan kulit halal tempatan yang telah
berada di pasaran lebih 30 tahun, kami ingin terus menjadi rakan setia kepada
setiap wanita, bukan hanya dengan meningkatkan keyakinan diri mereka melalui
produk SAFI yang diformulasikan khas untuk wanita Malaysia, tetapi juga dengan
membantu mereka mencapai potensi terbaik dan kejayaan yang lebih tinggi,” jelas
beliau.
Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI |
Dilancarkan pada April 2024, program ini mendapat sambutan
yang luar biasa dengan lebih daripada 900 penyertaan melalui laman web Biasiswa
Siswi SAFI. Untuk melayakkan diri, setiap peserta diminta menghantar video
pengenalan diri, selepas itu 40 siswi yang memenuhi kriteria dan aspirasi
jenama SAFI disenarai pendek untuk menyertai bootcamp dalam talian.
Dalam bootcamp ini, mereka dinilai berdasarkan kemahiran
komunikasi, kreativiti, dan kerjasama melalui cabaran penyediaan proposal.
Akhirnya, enam siswi yang menunjukkan dedikasi luar biasa dipilih sebagai
penerima biasiswa.
Memperkasa Wanita Muda Malaysia
Kazlina turut menekankan visi program ini untuk memperkasa
wanita muda, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan. “Matlamat kami adalah
untuk menyokong wanita muda dalam usaha mereka menuntut ilmu di peringkat
universiti, memastikan mereka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai
kejayaan akademik dan profesional,” katanya.
Beliau juga menegaskan komitmen SAFI terhadap tanggungjawab
sosial korporat: “SAFI percaya dalam memberi kembali kepada masyarakat, dan
Program Biasiswa Siswi SAFI adalah bukti dedikasi kami untuk membantu
membangunkan komuniti serta menyokong masa depan generasi muda.”
Seminggu Bersama SAFI: Pembangunan Kerjaya dan
Perkembangan Diri
Sebagai sebahagian daripada program ini, penerima biasiswa
juga diberi peluang untuk menyertai inisiatif "Seminggu bersama
SAFI", yang termasuk lawatan sambil belajar untuk menyokong perkembangan
kerjaya dan pembangunan diri.
Kenali Penerima Biasiswa Siswi SAFI
Enam siswi yang terpilih untuk menerima Biasiswa Siswi SAFI
adalah:
Aishah Umairah Binti Ariffin dari Universiti Putra Malaysia
(UPM) Serdang
Alia Lai Binti Mohd Fikri Lai dan Nurfadhilah Binti Ab Hamid
dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak
Puteri Nurdiayanatul Akmal Binti A Rahman dari Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Johor
Nurul Fatihah Binti Suhaimi dari Universiti Malaya (UM)
Petaling Jaya
Nor Alya Farisah Binti Nor Azman dari Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) Bangi
Untuk layak menerima biasiswa ini, para siswi perlu
mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan aktif dalam aktiviti yang seiring
dengan misi SAFI untuk memperkasa wanita serta memacu masa depan mereka.
Suara Penerima Biasiswa: Cerita Inspirasi
Aishah Umairah Ariffin, seorang penerima dari Universiti
Putra Malaysia, berkongsi bahawa Biasiswa Siswi SAFI telah membantu meringankan
beban kewangan keluarganya. Dengan biasiswa ini, beliau merasa lebih yakin
untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran. “Selain itu, biasiswa ini
juga memberi saya motivasi untuk belajar dengan lebih efisien dan selesa,”
katanya.
Bagi Nor Alya Farisah Nor Azman dari Universiti Kebangsaan
Malaysia, program ini menawarkan peluang yang sangat berbeza. “Apa yang menarik
minat saya untuk menyertai program Biasiswa Siswi SAFI adalah misi dan visi
jenama ini yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita dan menguatkan keyakinan
diri secara menyeluruh,” ujarnya. “Sebagai seorang wanita yang berwawasan dan
bercita-cita tinggi, saya sangat bersyukur kerana SAFI memberi peluang untuk
saya merealisasikan impian dan mencapai kejayaan.”
Masa Depan Penuh Peluang
SAFI berharap Program Biasiswa Siswi SAFI ini akan terus
menjadi sumber inspirasi kepada wanita muda untuk membentuk masa depan mereka,
cemerlang dalam pelajaran, dan menjadi contoh kejayaan serta perubahan dalam
komuniti mereka.
Dengan inisiatif seperti ini, SAFI bukan hanya sekadar jenama produk kecantikan—SAFI adalah pembawa harapan dan peluang kepada setiap wanita di Malaysia. Melalui program biasiswa ini, SAFI membuktikan bahawa apabila wanita diberi peluang pendidikan, mereka boleh mencapai kecemerlangan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan melihat lebih produk daripada SAFI Malaysia boleh layari https://safi.com.my/
No comments:
Post a Comment