![]() |
| CakeChela 5.0. |
Cakechela 5.0
Cakechela 5.0 – Christmas Picnic Edition menerapkan gaya hidup perayaan AEON MALL dengan menyediakan ruang yang mesra dan selesa untuk komuniti berkumpul.
Cakechela 5.0 – Christmas Picnic Edition menerapkan gaya hidup perayaan AEON MALL dengan menyediakan ruang yang mesra dan selesa untuk komuniti berkumpul.
Acara ini telah berlangsung pada 20hb Disember lepas di AEON MALL Shah Alam dengan menarik ramai peserta yang membawa kek masing-masing. Dengan sambutan yang sangat menggalakkan, peserta yang datang lebih daripada yang dijangkakan dengan beberapa peserta turut datang secara datang-terus apabila mereka mengetahui acara ini berlangsung ketika berkunjung ke AEON MALL Shah Alam.
Pengunjung yang datang menikmati:
1. Kek yang dihasilkan dengan indah, mencerminkan semangat Krismas.
2. Suasana berkelah santai yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.
3. Momen bergambar yang menarik serta dekorasi perayaan yang imersif.
4. Peluang interaksi komuniti dan perkongsian keceriaan bersama.
Pengunjung yang datang menikmati:
1. Kek yang dihasilkan dengan indah, mencerminkan semangat Krismas.
2. Suasana berkelah santai yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.
3. Momen bergambar yang menarik serta dekorasi perayaan yang imersif.
4. Peluang interaksi komuniti dan perkongsian keceriaan bersama.
![]() |
| Peserta mengambil kek yang terhidang. |
Pengalaman unik ini direka untuk mencipta kenangan manis dan bermakna buat para pengunjung, menjadikannya aktiviti hujung tahun yang ideal bagi mereka yang meraikan musim perayaan.
DC Chibi Super Heroes
Selain itu, AEON MALL meneruskan sambutan perayaan di peringkat nasional merangkumi kesemua 27 cawangan, menampilkan konsep imersif seperti paparan DC Chibi Super Heroes dan hiasan bertemakan Christmas Market. Acara ini turut menampilkan ikon utama yang menjulang tinggi sebagai tarikan foto 360°, eksklusif sempena kempen Krismas 2025.
![]() |
| Hiasan DC Chibi Super Heroes Christmas. |
Juga, AEON MALL dengan bangganya turut mempersembahkan inflatable DC Chibi Super Heroes jelajah pusat beli-belah yang pertama di Malaysia pada skala ini, menggabungkan ikon budaya pop global dengan sambutan perayaan tempatan — satu kolaborasi Krismas yang pertama seumpamanya di Malaysia, direalisasikan dengan kerjasama Warner Bros. dan Pacific Licensing Malaysia.
Balloon Drop
Pada hari yang sama juga, telah berlangsung aktiviti Balloon Drop. Ratusan belon digugurkan dan pengungjung boleh mengambil peluang untuk merebut seberapa banyak belon yang ada. Aktiviti ini telah menarik ramai pengunjung pelbagai peringkat usia dan bangsa. Semua yang mendapat belon dapat menebus hadiah yang telah disediakan oleh pihak AEON MALL Shah Alam.
Musim Perayaan AEON MALL
Jom bawa rakan dan keluarga ke AEON Mall berdekatan pada musim perayaan dan cuti sekolah ini. Banyak aktiviti, promosi dan hiburan menanti anda.
Untuk maklumat lanjut:
Laman web: www.aeonmallmy.com Facebook: https://www.facebook.com/aeonretail.my
Instagram: @aeonmallmalaysia

.jpeg)




No comments:
Post a Comment