![]() |
| Pelancaran majlis DC Chibi Super Heroes Krismas di AEON Mall |
DC Chibi Super Heroes
DC Chibi Super Heroes merupakan karakter ikonik dengan kepala besar yang comel pasti memikat penggemar pelbagai usia dan AEON Mall merupakan yang pertama membawa Belon DC Chibi Super Heroes berskala besar mengelilingi AEON Mall sempena musim perayaan ini.
Belon besar yang dibuat khas untuk AEON Mall ini memastikan pengunjung berpeluang untuk melihat dan bergambar sehingga 360 darjah. Pasti ibu bapa dan kanak-kanak turut teruja.
Jangan lepaskan peluang keemasan apabila ke AEON Mall untuk berjumpa dan bermesra dengan watak DC Chibi Super Heroes seperti Wonder Woman dan Superman. Pengunjung boleh berpeluang untuk bergambar mengabdikan kenangaan manis ini.
Kotak Misteri DC Chibi Super Heroes
Berita baik juga buat pengunjung dan peminat DC Super Heroes, pengunjung yang berbelanja minimum RM800 bagi ahli AEON dan pemegang kad UOB atau belanja minimum RM1,000 bagi bukan ahli AEON dan bukan pemegang kad UOB boleh mendapatkan kotak misteri DC Chibi Super Heroes!
![]() |
| Kotak Misteri di AEON Mall |
Kotak Misteri mengandungi DC Super Heroes Plush Pillow dengan karakter krismas Wonder Woman, Batman, Superman, Aquaman dan Super Girl. Anda boleh sertai dengan gabungan maksiumum 3 resit bertarikh sama daripada mana-mana kedai di AEON Mall termasuk AEON Retail sendiri!
Pasar bertemakan perayaan Krismas
Disember juga mengalu-alukan kedatangan Krismas maka AEON Mall juga menyerikan pusat beli-belah dengan pasar bertemakan Krismas dengan hiasan yang menarik. Juga, terdapatnya promosi perayaan, hadiah dan aktiviti menarik menunggu pengunjung yang sesuai untuk seisi keluarga.
Antara yang menarik ialah Karusel (Carousel) Krismas seperti di AEON Mall Shah Alam, gashapon, majlis Light-Up Countdown dan macam-macam lagi.
Jom ke AEON Mall!
Mari kita ke AEON Mall pada bulan disember ini dan saksikan sendiri konsep menarik yang pertama menggabungkan DC Chibi Super Heroes dan Krismas.





No comments:
Post a Comment