Tuesday, 22 October 2019

Pengalaman Berjalan di Tree Top Walk Sungai Sedim - (Siri Pengembaraan South Eco Kedah bersama Tourism Malaysia)

Hai,

Entri kali ni saya kongsikan lebih spesifik mengenai pengalaman saya sendiri di Tree Top Walk Sungai Sedim dan informasi penting yang boleh saya kongsikan. Jika anda sudah membaca entri saya mengenai Siri Pengembaraan South Eco Kedah bersama Tourism Malaysia , ini merupakan salah satu entri susulan.

Ya, saya kesini bersama rombongan Tourism Malaysia untuk program #VisitMalaysia2020. Untuk tidak membuang masa jom saya kongsikan pengalaman saya sendiri.

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak di Daerah Kulim di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas. Jadinya kawasan ini penuh dengan kehijauan semula jadi yang mempunyai sejarah lama.

Ini saya tengah tunjuk ketinggian pasak ni kat mana.
Panjang Tree Top Walk dari mula hingga hujung ialah 950m dengan ketinggian berbeza-beza di mana ketinggian tertinggi direkodkan ialah 26M dari atas bawah. Bahan binaannya terdiri daripada besi panel yang disaluti aluminium. Manakala untuk tapak pula adalah lebih fleksibel.

Maksimum untuk satu kumpulan berjalan di satu ruang yang sama ialah 10-15 orang dewasa. Hal ini ialah untuk menjaga keselamatan pengunjung dan menjaga panjang hayat panel.

Ini adalah perjalanan masuk ke ruang pejabat dan laluan Tree Top Walk

Papan tanda Tree Top Walk

Ini lah ofis mereka, yang besi tu ialah jambatan Tree Top Walk.

Sedikit penerangan dan sejarah Tree Top Walk Sungai Sedim.
Sebelum itu, kami sempat di berikan penerangan dan menonton sejarah bagaimana Tree Top Walk Sungai Sedim ini dibina. Saya rasa agak menakjubkan apabila melihat pembinaan Tree Top Walk secara berperingkat. Menariknya lagi, harga tiket masuk tidak pernah berubah sejak pembukaannya!

Oh, pembinaan dan pemasangan panel dan pasak Tree Top Walk dilakukan secara berhati-hati untuk mengekalkan keindahan asal alam sekitar. Kerosakkan dikawal dan diminimakan agar tidak merubah struktur Hutan Simpan ini. 

Ini ialah bahan panel pembinaan jambatan dan pasak Tree Top Walk.

Ketenangan yang menjengah sebaik sahaja memasuki ruang pejalan kaki
yang redup ini.
Di atas ni cuaca selalunya cerah namun tak rasa panas pun lebih-lebih lagi di kawasan yang redup dengan dilindungi hidupan flora. Angin kejap-kejap sepoi-sepoi bahasa, kejap kuat dan adakalanya tiada langsung. 

Selain kehidupan flora, kawasan hutan simpan ini merupakan tempat tinggal binatang liar yang tidak diusik pun. Jika anda bertuah, anda boleh nampak beruk, ungka dan binatang liar lain. Tips daripada pengemuda kami, kalau ke mari mata kena sentiasa melihat di pokok-pokok dan di bawah. Anda pasti dapat melihat binatang yang luar biasa.

Ini lah belacannya haha.
Kalau nak tau juga, di beberapa papan akan ada simpulan bewarna merah jambu umpama 'sihir'. Hehe. Tapi semua simpulan comel ini ialah belacan yang dibalut kemas. Hal ini kerana untuk mengelakkan beruk daripada merosakkan papan yang dipasang di tiang-tiang sepanjang jambatan ini.

Siapa sangka beruk ni tak suka belacan!

Papan yang mempunyai tulisan memberi deskripsi mengenai pokok
dihadapannya.
Antara papan yang boleh dilihat ialah papan deskripsi tumbuhan. Setiap papan akan memberi nama, asal usul dan sejarah pokok-pokok tersebut. Sambil-sambil berjalan boleh belajar nama pokok dan kegunaannya sekali.

Diingatkan agar tidak memetik mana-mana tumbuhan ya. Sebab ini ialah kawasan Hutan Simpan yang dipelihara. Mulut pun harus dijaga jangan cakap benda bukan-bukan. Tapi kat sini tak menakutkan pun sebab setiap pagi petugas akan memeriksa serta membersihkan pejalan kaki daripada tumbuhan dan binatang yang berbahaya.

Jambatan yang merentas sungai pada aras tertinggi 26M

Bersama Ira di tengah-tengah jambatan atas sungai.
Kawasan ini tinggi ya, kalau gayat tu, tutup mata jalan perlahan-lahan sebab lantai ni dia fleksibel. Ada rasa lembut-lembut dipijak selesa gitu. Haha.

Binatang liar yang boleh dilihat.
Tahu tak, meskipun kami ketika itu tidak dapat melihat bintang buas, binatang liar yang lebih besar, kami dapat melihat ular yang sangat berbisa! Ular kapak ini baru je lepas makan dan berehat sekejap. Saiznya tak lah terlalu besar tapi boleh membawa maut ya. Kedudukan ini jauh di bawahkami jadi agak selamat.

Nampak tak sepasang kat situ? Perhatikan betul-betul.
Cuba teka binatang apa kah itu?

Ini namanya semua buat hal sendiri. Haha. 

Ini bernama pose ala artis. Antara cara gambar yang boleh anda tiru untuk dapatkan shot terbaik.

Ini lah rombongan Tourism Malaysia yang ke Tree Top Walk Sungai Sedim
Diikutkan perjalanan kami yang kejap berhenti ambil gambar dan sebagainya memakan masa selama 40 minit. Tapi tak letih langsung sebab berhenti sekejap-sekejap dan mengambil gambar. Hehe.

Sebagai langkah keselamatan extra:

- Anda digalakkan untuk memakai topi atau penutup kepala untuk keselamatan ekstra kot kot terjatuh daun atau serangga. 
- Anda digalakkan untuk memakai kasut berstokin di atas.
- Anda digalakkan menyembur diri dengan semburan anti serangga (kat sini ada jugak yang nak gigit tau! Haha).
- Gunakan tali harness untuk gadget anda.

Ini sungguh 'Instaworthy' ya! 
Akhir sekali, abadikan perjalanan anda di Tree Top Walk Sungai Sedim. Hehe. Gambar kat atas ni sebenarnya ada kisah dia. Rasa nak sangat gambar lawa ha merasa ya kaki 'cramp' di tengah-tengah pejalan kaki tu. Hahaha.

Sedikit pesanan, marilah kita menyokong industri pelancongan tanah air kita. Jika diri penat dengan kerja, stress dan rasa tidak bermaya, datanglah alami kehijauan semulajadi di sini. Percayalah, anda serba sedikit rasa ringan dan bertenaga.

Kredit gambar secara pukal: Abam-abam Denaihati (@denaihatinetwork) Aryl ( IG @aryl_je ) , Halim dari Harian Metro (@allimsllh), Ika & Ira dari Backpackers, Irfan, En Jefry dari KTMB dan lain-lain lagi yang nama  tak disebut. Nanti saya tuntut takut-takut tertinggal.

Maklumat lanjut mengenai Tree Top Walk Sungai Sedim boleh rujuk dibawah:

Tree Top Walk Sungai Sedim
Hari operasi: Isnin - Ahad
Masa operasi: 9.00am - 5.30pm
Harga tiket: RM 10 (Dewasa) dan RM 6 (kanak-kanak berusia 7-17 tahun)

Peringatan: Masa operasi adalah mengikut cuaca pada hari kunjungan. Jika cuaca hujan, angin kuat dan teruk, operasi akan ditutup untuk keselamatan pengunjung. Adalah digalakkan untuk membuat panggilan terlebih dahulu untuk bertanyakan cuaca di atas kerana cuaca di bawah kadang-kadang berbeza dengan cuaca di bahagian atas meski di kawasan yang sama.

Harga tiket terpakai kepada warganegara dan bukan warganegara. Harga promosi korporat untuk kumpulan yang berkunjung turut diberikan namun harus membuat temu janji terlebih dahulu.

Emel: hello@treetopwalk.com.my
Nombor telefon: +60 4490-1588
SMS/Whatsapp: +60 1945-0-1588
Fax: +60 449-588

Laman sesawang rasmi: http://treetopwalk.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/TreeTopWalkSgSedim/
Instagram: https://www.instagram.com/treetopwalksgsedim/

Diharapkan entri ini memberi manfaat dan selamat bercuti ke Tree Top Walk Sungai Sedim!

Jumpa di lain entri dan jaga diri.

20 comments:

  1. hahahahaa~ serius lah gantung belacan ? adei.. ni kalau tak tau ni mesti fikir bukan2..

    ReplyDelete
  2. dah lama x pergi tempat macam ni.. cuma part gantung2 tu je lah yg gayat haha

    ReplyDelete
  3. Baru tahu beruk tak suka belacan. So paa ni bolelah gantung belacan kat pokok rumah jika ada yang sering digangu beruk kan?

    ReplyDelete
  4. Nampaknya memang best lar tempat ni. Boleh dekati alam sekitar. :) Ouh...monyet tak suka belacan? Mungkin belum cuba betul betul lagi :D

    ReplyDelete
  5. Kita duk dekat pun xpernah pi lagi.. Sebenarnya Sejenis manusia gayat... Boleh mgigil atas tu.. Huahua...

    ReplyDelete
  6. Wah....... Dah lame saya x Sergei activity outdoor macam nie. Thank you for your review and recommendation. Insya’Allah, one day I will try this.

    ReplyDelete
  7. Seronok dapat menikmati keindahan alam macam ni. Pernah juga tree top walk tapi di Queensland Australia. Jalan2 atas titi tu saya seram sikit sebab berlubang. Saya sejenis yang gayat tapi selesai juga menaiki titi tu.

    ReplyDelete
  8. Ok baru tahu tak suka belacan ye hehe.. Best jugak tempat ni sesuai untuk relaxing. Harga pon murah je. Kalau ena dah gayat tu

    ReplyDelete
  9. Okay tips letak belacan utk halau beruk tu bagus haha. Boleh la lepasni try. Tempat ni bestnyaaa. Seronok buat activity mcmni. Back to nature.

    ReplyDelete
  10. Rasanya belacan tu beruk tak suka sebab bau. Haha. Tapi nampak best treetop ni. Nnt anak2 dah besar boleh bawa

    ReplyDelete
  11. Menarik! Baru tahu kewujudan tempat ni. Harus di pertengahkan sebagai tempat tarikan pelancong terutama bagi mereka yang cintakan alam semulajadi

    ReplyDelete
  12. Tak pernah sampai sini lagi. Kalau balik utara boleh singgah sini lah nanti. Best pulak tengok Zandra jalan atas jambatan tu. Bab ular kapak tu macam scary je..

    ReplyDelete
  13. Seronoknya. Saya yg stay kulim dah lama pun tak pernah lagi naik sini. In shaa Allah nnti kalau balik rumah parent bolehlah pi sini.

    ReplyDelete
  14. Wah bestnya jalan-jalan dalam nature macam ni. Bagus usaha membina tree walk macam ni. Yang belacan tu memang saya tahu. Sebab tu ada pepatah Melayu “seperti kera terkena belacan”. Kera memang sangat tak suka belacan. Kalau melekat bau belacan tu kat tangan dia, boleh mati dia sebab dia asyik cuba nak buang bau belacan tu je.

    ReplyDelete
  15. Masa study di Penang dulu, pernah la jalan sampai Kedah lepastu mandi sungai dekat Sedim ni. Nak naik tree tp walk tutup pulak

    ReplyDelete
  16. JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  17. saya tak baper suka sangat kalau masuk dalam hutan. cuma memang tak dinafikanla pengalaman macam ni memang menarik. close to nature gitu. satu hari saya kena cuba juga

    ReplyDelete
  18. mesti best.. dah lama x buat aktiviti gini

    ReplyDelete
  19. patut laaa..ade peribahasa macam berok kene belacannn...hahaaa...org dulu dulu mmg hebat pemerhatian nye....saluttt....

    ReplyDelete
  20. Informasi anda sangat berguna untuk kami yang belum sampai ni. Terimakasih banyak atas info ini.

    ReplyDelete