Wednesday 11 December 2019

Pengembaraan Treasure Hunt : Kedah Tua bersama Tourism Malaysia Kedah

Pada 16 dan 17 hb November lepas saya telah mengikuti pengembaraan Treasure Hunt : Kedah Tua yang telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia Kedah.

Program kali ini berfokuskan kepada penjelajahan ke kawasan Kedah Tua untuk menyelusuri sejarah lama di Kedah, kehidupan ekosistem di Kedah serta merasai keunikan yang ada di Kedah. Program ini juga secara tidak langsung membuka ruang kepada saya untuk mengenali negeri Kedah dari sisi yang lain.

Buat program ini, saya disatukan dengan Justin dan Keanu. Justin merupakan fotografer freelance manakala Keanu merupakan pengendali jualan Mercedez Benz di bawah Cycle & Carriage merangkap pilot kami.

Dari kanan: saya, Keanu dan Justin (yang paling tinggi)
Tresure Hunt : Kedah Tua yang berlangsung selama sehari setengah ini di taja oleh Cycle & Carriage - Mercedez, MLS Holiday, Canon dan Cinta Sayang Resort.

Jom saya bawakan ke program Pengembaraan Treasure Hunt: Kedah Tua!

Hari Pertama 16hb November 2019

- Tempat bermula di Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Kami berkumpul seawal 8.30 pagi di sini dan diberikan sedikit penerangan tentang program yang berlangsung.


Ini adalah kereta untuk kumpulan saya. Team 1.
Di pusat arkeologi Lembah Bujang ini, terdapatnya pelbagai sejarah mengenai agama hindu, hindu-buddha, pendatang arab, pendatang china, pendatang India dan sebagainya. Bahkan terdapatnya tapak candi dan kesan sejarah asli di dalam muzium ini!




Di bahagian luar pula terdapat tapak arkeologi yang boleh dijelajah.



- Tapak Arkeologi Sungai Batu

Salah sau tugasan ialah untuk mengecat papan tanda Sungai Batu.



Maklumat: http://arkeologi.usm.my/archaeotourism/en/sungai-batu.html

- Mangrove Walk @ Chalet Terapung







- Street Art Sungai Petani




- Kompleks Perlancongan Hutan Paya Laut Sungai Merbok




- The Carnival Water Park


Ini merupakan gambar terbaik yang dimenangi oleh Justin!
Maklumat: http://cintasayangresort.com/waterpark/

- Bermalam di Homestay Kampung Sungai Badak di Gurun

Ini merupakan destinasi terakhir kami memandangkan setiap peserta akan bermalam di rumah angkat masing-masing.



Kredit gambar: group whatsapp

Kredit gambar: Encik Yap Li Lung

Maklumat: https://www.facebook.com/homestaykgsgbadak/

Hari Kedua 17hb November 2019

Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi di Homestay. Kemudian berarak terus ke Gunung Jerai.



Kredit gambar: group whatsapp








Maklumat: https://thejerai.com.my/
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kredit gambar: Semua gambar hasil profesional yang tidak di kredit bawah gambar adalah ditangkap dan dimiliki oleh Justin. Jika anda ingin menggunakan gambar-gambar tersebut haruslah memberi kredit kepada Justin. Jangan suka-suka main pakai tanpa kredit atau izin tau, tak berkat dunia akhirat. Ingat benda ringan macam ni tak kena hisab kat akhirat ke? Haha.

Lagipun, sebarang hasil kerja orang tidak patut kita pandang enteng. Apatah lagi jika kita mengakui hasil kerja orang sebagai hasil kerja sendiri. Tak senang tau Justin tangkap gambar-gambar menarik macam ni.

Mankala gambar lain di ambil oleh beberapa peserta, jurugambar terlibat dan dari whatsapp. Siapa tertinggal nama sila tampil ya untuk saya kreditkan nama anda.

Praktis minta izin dan beri kredit kepada orang lain ya!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut mengenai Tourism Malaysia boleh rujuk di bawah:

Tourism Malaysia
Laman rasmi: https://www.malaysia.travel/ms-my/my
Instagram: https://www.instagram.com/malaysia.truly.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/malaysia.travel.my/

Sehingga berjumpa lagi!

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete