Wednesday, 18 December 2019

Perlancaran Hairy Mary bersama Ardell Aryana (Hair Removal Expert)

Pada 14hb Disember lepas, saya sempat menghadirkan diri ke pelancaran rasmi pembukaan pusat pembuangan bulu badan Hairy Mary yang ketiga di Publika.

Ketika pelancaran

Perasmian dimulakan dengan persembahan tarian singa dan ucapan oleh Dr Por dan Ardell Aryana. Sedikit pengenalan mengenai Hairy Mary, sambutan yang agak memberangsangkan daripada dua cawangan sebelum ini membuahkan hasil untuk pembukaan cawangan yang ketiga dalam masa yang singkat iaitu 6 bulan sahaja.



Cawangan pertama dibuka di One City, USJ 21, cawangan kedua di Midvalley dan yang ketiga di Solaris Publika. Namun untuk yang ketiga ini, pembukaan ini merupakan kolaborasi antara Ardell sendiri bersama pihak Hairy Mary iaitu Dr Por sebagai pemilik jenama ini.

Menariknya, Dr Por merupakan sepupu dua kali Ardell sendiri sebelah ibunya yang memang berketurunan cina dan seorang mualaf. Gabungan ini adalah untuk perniagaan tambahan Ardell disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka.

Dr Por, Nadzmi Adhwa dan Ardell

Dr Por juga merupakan seorang doktor berlesen dan ahli American Academy of Aesthetic Medicine. Asalnya Hairy Mary ini merupakan servis tambahan kepada klinik kecantikkan beliau iaitu YS Clinic. YS Clinic berfokuskan kepada servis kecantikkan aestetik manakala Hairy Mary ini berfokus kepada pembuangan bulu secara pakar sahaja.

Oleh kerana permintaan meningkat, beliau memutuskan untuk menjadikan jenama Hairy Mary ini berdiri tegak dengan sendirinya. Menggunakan slogan "Holy Grail for Hair Removal", Hairy Mary memastikan servis yang ada adalah lebih cepat, murah dan tidak menyakitkan dengan menggunakan teknologi korea terkini.

Teknologi tersebut ialah THOR laser technology yang menggabungkan cooling system yang mengurangkan kerosakkan ke atas persekitaran tisu yang di laser. Ini akan menjadikan rawatan kurang sakit, lebih tepat dan cepat berbanding rawatan melalui IPL.

Lebih menarik, teknologi THOR ini sesuai untuk semua jenis kulit dan sangat sesuai untuk orang asia dan yang pelanggan yang mempunyai bulu tebal dan kasar. Efek pembuangan ini bersifat kekal dan semi-kekal mengikut jenis rawatan yang dipilih oleh pelanggan.

Sempena pembukaan cawangan terbaru di Publika dan jualan hujung tahun, Hairy Mary turut melakukan beberapa promosi seperti:



1. Pakej setahun RM 118 untuk pembuangan bulu di beberapa bahagian tertentu
2. Year-End-Sale / Jualan Akhir Tahun dengan diskaun 70% daripada harga asal rawatan
3. Cabutan bertuah untuk pembelian rawatan

*Kesemua promosi diatas tertakhluk kepada Terma dan Syarat Hairy Mary. Sila hubungi pihak Hairy Mary untuk tempoh sah.

Nak dapatkan promosi kena lah segera ke cawangan publika atau hubungi mereka di https://wa.me/60105502888 untuk mengetahui lebih lanjut promosi di atas.

Hairy Mary (Publika) beralamat A4-1-6, Solaris Dutamas, No.1 Jalan Dutamas, 50480, Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Hairy Mary boleh lah layari pautan di bawah:

Laman rasmi: www.hairymary.com.my/
Facebook rasmi: www.facebook.com/hairymary.co/
Instagram rasmi: www.instagram.com/hairymary.co


No comments:

Post a Comment