Saturday 21 December 2019

HSA Trading - Pasaraya Tempatan, Produk Makanan, Latihan Keusahawan dan Pusat Tahfiz

Jika ingin menguatkan ekonomi sesebuah negara, adalah digalakkan untuk menyokong jenama tempatan. Sokongan itu datang daripada pembelian, hebahan dan penggunaan daripada peniaga tempatan sendiri.

Bersama produk keluaran HSA Trading.

Oleh itu saya nak perkenalkan seorang usahawan bumiputra muslim serba boleh tempatan sendiri iaitu Datuk Muhamad Riduwan sebagai pengasas dan pemilik HSA Trading Capital Bhd. (HSA Trading). HSA Trading ini merupakan syarikat induk yang memiliki beberapa perniagaan dan servis yang berlainan. Bahkan boleh dikira sebagai pusat A-Z keusahawanan.

Datuk Muhamad Riduwan bersama produk daripada HSA Trading.

Di bawah HSA Trading ini terdapatnya beberapa komponen utama yang berperanan besar iaitu Pasaraya Tempatan, Produk Makanan, Latihan Keusahawanan dan Pusat Tahfiz.

Pasaraya Tempatan - HSA Cheaper Mart

HSA Cheaper Mart ini merupakan penjenamaan semula Sherwanis Halal Mart yang telah pun dibuka sebanyak 10 cawangan di selatan tanah air. Dengan penjenamaan semula ini, HSA Cheaper Mart baharu yang dalam proses pembukaan terletak di Ukay perdana, Ampang akan beroperasi pada bulan hadapan pada 5hb Januari 2020.

Pembukaan premis ini pula telah menelan kos beranggaran RM 80,000!

Sumber Suara Merdeka

HSA Cheaper Mart sebagai pasaraya mini tempatan akan memasarkan barangan tempatan yang memperkasakan ekonomi orang tempatan sendiri secara langsung dan tidak langsung. Sebanyak 10,000 jenis produk jualan dan berfokus kepada 60% produk bumiputra tempatan yang dijual di pasaraya ini.

Barangan yang dipasarkan termasuklah barang basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran selain daripada barang kering seperti sos, kicap dan rempah ratus.

Manakala untuk jangka masa panjang pula, Datuk Muhamad Riduwan telah meluahkan niat ingin membuka sebanyak 200 lagi cawangan HSA Cheaper Mart di seluruh negara secara berperingkat.

Selain daripada pasaraya mini HSA Cheaper Mart ini, HSA Trading sebenarnya turut mempunyai pasaran rangkaian sebanyak 7000 kedai runcit. Kedai-kedai runcit ini memasarkan produk HSA Trading sendiri iaitu Sherwanis Food dan peniaga yang bernaung di bawah Sherwanis Academy (Latihan Keusahawan).

Ehsan gambar daripada fotografer rasmi.


Jika ada perniaga yang berminat untuk memasarkan produk mereka juga sangat dialu-alukan dan boleh lah hubungi nombor tertera di bawah bahagian maklumat.

Produk Makanan - Sherwanis Foods

Salah satu komponen utama untuk HSA Trading ialah Sherwanis Foods. Sherwanis Foods terkenal dengan produk rempah ratus berpaket. Bukan sahaja berkualiti dan sedap (Saya dah cuba rasa sendiri), bahkan harga jualan yang berbaloi dalam RM 5 sepaket saiz sederhana adalah sangat mampu milik.

Di bawah jenama Sherwanis Foods, terdapat lebih 100 jenis produk yang dipasarkan sejak tahun 2007 lagi. Bahan yang digunakan dan kualiti adalah dijamin terbaik untuk kepuasan hati pelanggan. Bak kata pengasasnya, "Kualiti yang baik adalah untuk memastikan kesetian pelanggannya".

Antara produk jualan Sherwanis Food beserta masakan yang menggunakan
produk tersebut.

Ini adalah 'top seller' bagi produk Sherwanis Food iaitu rempah kurma.
Rasanya cukup pekat dan cukup rasa.


Latihan Keusahawan - Sherwanis Academy



Selain daripada penjualan produk, Datuk Muhamad Riduwan merasakan bahawa lagi ramai usahawan dan bakal usahawan bumiputra yang mempunyai ilmu perniagaan baik, maka lagi kukuhlah ekonomi bersama.

Oleh itu, beliau turut berkongsi kejayaan serta ilmu yang beliau gunakan sendiri untuk mendidik individu yang berminat untuk belajar bagaimana cara beliau membuat perniagaan sehingga mampu membina empayar jutaan ringgit.

Program ini terbuka kepada individu tidak kira peringkat umur serta tahap mana keusahawanan mereka. Jika anda belum ada produk atau tidak ada produk atau ingin menambah ilmu adalah dialu-alukan. Bahkan di bawah program ini, individu yang mengikuti Sherwanis Academy boleh bernaung dibawah HSA Trading sebagai peniaga.

Keistimewaan program ini, anda boleh belajar ilmu pernigaan dan akan dibimbing dari awal pembinaan jenama, pembungkusan hinggalah ke pelan pemasaran. Malahan anda juga akan diajar untuk menjual secara lisan. Bukan setakat teori ya!

Bagi yang sudah ada perniagaan tapi ingin menambahbaik lagi perniagaan seperti pembungkusan penjenamaan atau untuk pemprosesan secara besar-besaran juga boleh dibantu oleh Sherwanis Academy. Senang cerita apa-apa yang berkaitan dengan perniagaan akan dibantu di sini.

Ini bukti pembabitan praktikal dalam dunia perniagaan sebenar. Barulah ilmu itu boleh dipakai dengan sebetulnya. Katanya lagi adalah penting untuk seorang bumiputra Islam itu kaya untuk membantu yang memerlukan. Lagipun beliau berpegang kepada prinsip, "Kita kena kaya bukan nak senang tapi kita kena kaya untuk kestabilan hidup".

Pusat Tahfiz - Akademi Huffaz International Assyakirin


Tidak sahaja berfokuskan kepada duniawi, Datuk Muhamad Riduwan telah membeli banglo 3 tingkat di Taman Melati, Kuala Lumpur yang bernilai RM 2.8 juta untuk dijadikan sebagai Pusat Tahfiz. Pusat Tahfiz ini diberi nama Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin atau Akademi Huffaz International Assyakirin.

Akademi ini juga membuka pusat pembelajaran agam percuma kepada orang ramai. Manakala untuk pelajar tahfiz yang berminat juga sudah dibuka pendaftaran bagi tahun 2020. Jika mereka cemerlang dalam ujian yang diadakan, mereka boleh mendapat biasiswa penuh daripada Pusat Tahfiz.

Sebarang maklumat lanjut rujuk dibahagian bawah ya.

Projek Lain Mendatang

Sebagai info tambahan, terdapat beberapa projek lain yang mendatang dan tengah diusahakan oleh HSA Trading bagi memudahkan orang awam untuk berurusan dengan mereka.



1. Rumah Mampu Milik Bumiputra di bawah HSA Property

Di bawah HSA Property yang juga bakal dilancarkan pada awal bulan januari tahun depan, beliau ingin menyediakan tempat tinggal yang boleh dimiliki oleh orang yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ini kena tunggu pelancaran untuk maklumat lanjut ya. Kita tunggu sama-sama.

2. Pembangunan aplikasi dan sistem jualan atas talian e-commerce

Seiring dengan teknologi kini, tidak ketinggalan juga HSA Trading tengah dalam perbincangan teliti untuk mewujudkan platform belian atas talian yang memudahkan para pelanggan. Bahkan apps HSA Trading juga dalam rangkaan perbincangan perniagaan gaya baru ini.

Barulah mudah bagi orang jauh nak beli produk daripada HSA Cheaper Mart nanti sambil-sambil mengetahui promosi apa yang berlangsung~

3. Pembentukkan laman sesawang rasmi

Buat masa sekarang, kesemua komponen di bawah HSA Trading termasuk syarikat induk hanya berfungsi secara rasmi di Facebook rasmi yang saya kongsikan di bahagian maklumat lanjut di bawah. Laman sesawang rasmi juga akan dijangka siap pada tahun hadapan 2020.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum menutup entri, saya kongsikan sedikit ucapan buat orang ramai di luar sana termasuk anak muda yang ingin menimba pengalaman bersama HSA Trading oleh Datuk Muhamad Riduwan.


Buat pengetahuan semua, Datuk Muhamad Riduwan adalah seorang usahawan yang rajin turun ke padang sendiri untuk menyelia kesemua komponen di bawah syarikat induk beliau. Hal ini adalah untuk memastikan kesemua komponen berjalan dengan lancar tanpa kompromi. 

Beliau juga tidak segan untuk turun padang sendiri menjual produk jualan di bawah HSA Trading secara bersemuka dengan orang awam. Patutlah Datuk pun pernah menjadi berlakon tambahan sebagai gangster ya di drama Maria Terindah! Ini baru versatil!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang maklumat lanjut, pertanyaan atau berminat dengan mana-mana servis dan barang di atas boleh lah rujuk perkara di bawah.

Maklumat lanjut:

HSA Trading Capital Bhd

Laman Facebook Rasmi: www.facebook.com/HSA-Trading
No telefon: 019 400 8966 / 013 927 2499 (Pentadbiran)

Sherwanis Academy

Laman Facebook Rasmi: www.facebook.com/Sherwanis-academy

Sherwanis Food

Laman Facebook Rasmi: www.facebook.com/sherwanisfood
Instagram: www.instagram.com/sherwanisfoods/
Facebook Sherwanis Halal Mart: www.facebook.com/Sherwanis Halal Mart (Yang bakal dijenamakan sebagai HSA Cheaper Mart)

Akademi Huffaz International Assyakirin

Laman Facebook Rasmi: www.facebook.com/Akademi-huffaz

HSA Property (bakal dilancarkan)

Facebook rasmi: www.facebook.com/HSA-Trading-property

Alamat urusniaga (HSA Trading Capital Bhd, Sherwanis Academy dan Pusat Tahfiz) : 46, Jalan G 2, Taman Melati, 53100, Kuala Lumpur, Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan itu, diharapkan artikel ini boleh membantu anda di luar sana. Moga rezeki anda dipermudahkan dan niat yang baik dimakbulkan. Marilah kita sama-sama memperkasakan ekonomi tempatan kita dengan membeli barangan tempatan.

Saja nak letak gambar Kak Faz. Hehe.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri!



No comments:

Post a Comment