Friday 6 December 2019

Vivo S1 Pro - Telefon pintar dengan rekaan unik dan fungsi menarik

Pada 3hb November lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri pelancaran rasmi bagi telefon terbaru daripada Vivo iaitu Vivo S1 Pro di Puchong.


Pelancaran tersebut berfokuskan kepada kelebihan Vivo S1 Pro, fungsi tambahan berbanding Vivo S1 dan beberapa program menarik daripada Vivo Malaysia. Pada kali ini, fokusnya lebih kepada gabungan antara ciri rekaan unik telefon, ciri kamera yang menakjubkan, teknologi in-display imbasan cap jari dan direka khas buat pengguna yang muda dan berfesyen.


Spesikasi Vivo S1 Pro

Plaform dan Memori

Processor: Qualcomm Snapdragon 665
RAM: 8GB RAM
Storage: 128GB ROM
Bateri: 4500mAh (Pengecasan pantas dengan Dual-Engine)
Operating System: Funtouch OS 9.2 (berdasarkan Android 9.0)

Erti kata lain, S1 Pro ini telah ditingkatkan pembinaan processor, RAM dan ROM untuk berfungsi seiring dengan tahap kelajuan penggunaan 'gamers'. Bahkan telefon ini dilengkapkan dengan 'Game Center' yang membenarkan pengguna menyemak prestasi telefon agar mereka boleh merasai pengalaman yang lebih hebat.

Sama juga seperti telefon Vivo baharu lain, telefon ini juga dilengkapi dengan mode 'Voice Changer' agar pengguna boleh merasai keseronokkan berbeza ketika bermain 'game'.

Badan dan Warna


Warna yang dipaparkan dan dalam dunia sebenar.


Dimensi: 159.25 x 75.19 x 8.68 mm
Berat: 186.7g
Warna: Knight Black and Fancy Sky

Paparan

Skrin: 6.38" FHD + (1080 x 2340) , Super AMOLED
Paparan sesentuh: Capacitive multi-touch

Skrin Vivo S1 Pro mempunyai ratio skrin ke badan sebanyak 90% untuk pengguna lebih merasai pengalaman melihat skrin tanpa had.


Kamera

Rekaan bentuk diamond.


Kamera hadapan: 32 MP (f/2.0)
Kamera belakang: 48MP

AI stickers kamera hadpan

"Selfie Camera dengan skrin ratio 9:16"

Kamera hadapan dengan AI Stickers.

Selain itu, terdapat beberapa mode menarik di dalam Vivo S1 Pro ini yang boleh digunakan. Saya senaraikan beberapa mode yang saya kira menarik dan tidak boleh didapati di beberapa model telefon jenama lain.

Kamera hadapan: Palm capture, voice control, selfie frontlight, Video Face Beauty, Camera Filters, Pose Master, Potrait light eddects, AI Makeup.

Kamera belakang: Palm Capture, Voice Control, PRO, SLO-MO, Bokeh, Camera Filters, AI Face Beauty, Super Wide-Angle, Super Macro, Burst, Pose Master, PDAF, AI Makeup, Potrait light effect

Harga




Harga bermula dari RM 1, 199.

Bakal secara rasmi di buka untuk jualan pada esok sabtu, 7hb Disember 2019 di seluruh Malaysia.
Review peribadi

Bagi saya, Vivo S1 Pro ni macam versi anak kepada Vivo V17 Pro ( Review saya di sini ). Maksudnya kedua-duanya hampir mempunyai fungsi dan target pengguna yang sama meski Vivo S1 Pro ini sepatutnya untuk pengguna yang muda bergaya. Kurang jelas dari segi level mana telefon tersebut. Contoh premium, exclusive ataupun ekonomi.

Umpama kalau nak beli V17 Pro tapi bajet kurang, ambil je S1 Pro tapi kurang 'sharp' dari segi gambar menggunakan kamera hadapan dan beberapa fungsi lain. Tapi 'not so bad' sebab tak jauh beza pun.

Namun, Vivo S1 Pro masih lagi sesuai untuk dijadikan sebagai telefon harian terutama untuk orang yang gemar mengambil gambar dan masih ingin kelihat trendy.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan mengikuti perkembangan Vivo Malaysia boleh rujuk di bawah:

Facebook rasmi: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Di harap artikel ini dapat membantu serba sedikit pemilihan anda dalam membuat pembelian telefon pintar. Di harapkan juga agar jenama telefon pintar membuat rekaan dan perisian yang boleh membantu orang kurang upaya, orang tua dan orang yang memerlukan.

Jadi, apa yang anda fikir mengenai telefon pintar terbaru ini?
Sebelum menutup entri ini, anda semua dijemput hadir ke S1 Pro Superday Sales Event di Central i-City pada 7hb Disember ini. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti cabutan bertuah, dan promosi rebat esklusif untuk direbuti.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri.


1 comment:

  1. Sally suka betul dengan fungsi AI Makeup dia, lepas tu ada bantuan Pose Master lagi...Auranyaaaaa~

    ReplyDelete