Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Friday 7 July 2023

Ayam Bakar Oh-Semm The Chicken Rice Shop Jadi Menu Kekal!

Kuala Lumpur, 4 July 2023 - The Chicken Rice Shop (TCRS) menjangkau ulang tahun yang ke-23. Sempena sambutan ulang tahun ini, TCRS sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya Ayam Bakar Oh-Semm (ABOS) yang sangat dinanti-nantikan dan hidangan ini akan kekal dalam menu. Ini tidak lain tidak bukan kerana permintaan peminat yang menggalakkan, hidangan istimewa ini kini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun! 

Ayam Bakar Oh-Semm

Ayam Bakar Oh-Semm ialah karya kulinari yang dicipta dengan adunan rempah ratus dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan aroma yang menggiurkan dan kelazatan yang tak terhingga. Digabungkan dengan ‘Ayam Bakar Oh-Semm Sauce’ yang lain daripada yang lain, hidangan ikonik ini menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan yang pasti membuat anda inginkan lagi.

Demi memenuhi permintaan pelanggan, Ayam Bakar Oh-Semm kini tersedia dalam tiga set berbeza yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan atau individu. Sama ada anda makan bersama-sama para sahabat dan ahli keluarga atau pun bersendirian, pilihan menu yang tersedia pasti memuaskan citarasa semua.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa tahun ini sangat istimewa kerana restoran tempatan tersebut kini meraikan ulang tahun yang ke-23 dalam industri F&B. Untuk menambahkan kemeriahan, TCRS mengambil peluang ini untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan mengembalikan hidangan yang sangat digemari ramai.

“Di TCRS, kami menghargai maklum balas pelanggan dan kami komited untuk menyediakan pengalaman santapan yang terbaik bagi mereka. Permintaan yang memberangsangkan untuk Ayam Bakar Oh-Semm telah mendorong kami untuk menjadikannya sebagai item tetap dalam menu TCRS dan kami sangat teruja untuk mengembalikan hidangan ikonik ini supaya pelanggan kami dapat ‘eat like a boss’ with ABOS,” kata Kah Yong.

Sempena sambutan ulang tahun ke-23 dan pengumuman menu Ayam Bakar Oh-Semm, TCRS mengadakan peraduan yang sangat mudah buat pengunjung. Caranya hanya menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik sehingga berjumlah RM50,000 dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023!

Ini pula langkah penuh peraduan Ayam Bakar Oh-Semm sempena ulang tahun yang ke-23:

1) Belanja minimum RM30 dalam satu resit di mana-mana cawangan TCRS
2) Imbas kod QR yang ada di menu Ayam Bakar Oh-Semm di TCRS dan isi google form dan muat naik foto resit & profil sedapZ anda.
3) Lengkapkan slogan “Saya suka Ayam Bakar Oh-semm & TCRS kerana ___” dan hantar penyertaan anda.

Terma dan syarat boleh rujuk di sini -> https://bit.ly/3MX5fOs 

Mudahkan? Lepas bayar dapat resit, bagitau je juruwang untuk ikut peraduan atau minta menu balik untuk imbas kod QR. Terus sertai dengan cepat! Atau boleh je rujuk poster kat bawah ni.

Menu Ayam Bakar Oh-Semm



Baru cuba di cawangan Midvalley, saiz ayam besar. Sangat mengenyangkan!

Ini pula review ringkas saya mengenai menu Ayam Bakar Oh-Semm. Ayam Bakar tak kering tak keras, masih lembut di luar. Rasa ayam pun cukup rempah yang diperam. Tak lokek dari segi rasa serta tak masin. Cukup rasa dari segi masin, manis yang tak seberapa dan tak memuakkan. Bila gabung dengan sos ‘Ayam Bakar Oh-Semm sauce’, terus rasa macam makan kat kedai Melayu betul. Sedap! Sos ni saya rasa macam air asam dengan sedikit manis sos cili. Patut lah banyak peminat sampai jadi menu kekal kan!

Apa lagi? Jom kita sama-sama menikmati warisan masakan tempatan yang pasti menambat hati dan menjamu selera macam bos dengan ABOS!

Untuk maklumat lanjut mengenai menu & peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, boleh layari pautan di bawah:

Laman web rasmi: www.thechickenriceshop.com 




Saturday 8 April 2023

Ayam Kilau - Menu The Chicken Rice Shop Sempena Bulan Mulia

Sabtu, 8 April - The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan berbesar hati memperkenalkan menu baharu sempena bulan ramadan dan raya ini iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup. Ayam Kilau ini sudah pun tersedia sejak bulan lepas sehingga 21 Mei 2023 di semua cawangan TCRS.

Ayam Kilau The Chicken Rice Shop

Ayam Kilau ini terinspirasi daripada perkataan kilau yang berkaitan dengan seni pertahanan diri kaum Melayu iaitu silat. Ayam Kilau ini dimasak dengan gabungan tempahan perapan secukupnya dengan rasa yang melambangkan keberanian, digandingkan pula dengan sambal Hijau Kilau yang mengasyikan.

Menu Ayam Kilau

Ayam Kilau TCRS ini datang dengan 3 set berbeza seperti dibawah:

Meal A (Set 1 orang)
  • Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (saiz kecil)
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 sup
  • 1 air minuman Slurpp Bandung*
  • Harga: RM28.90
Meal B (Set 2 orang)
  • Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
  • Satu ayam hidangan saiz individu (Pilihan roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (saiz biasa)
  • Sup Sai To Fish Ball (saiz biasa)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (biasa) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (biasa)
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 sup
  • 2 Slurrrp Bandung*
  • Harga: RM63.90
Meal C (Set 4 Orang)
  • Ayam Kilau (saiz 1/2 ayam)
  • Ayam saiz 1/4 (Pilihan: roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (besar)
  • Penang Rojak (besar)
  • Penang Famous Chicken Rolls (3 keping)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (besar) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (besar)
  • 4 mangkuk nasi
  • 4 sup
  • 4 Slurrrp Bandung*
  • Harga: RM114.90
*Slurrrp Bandung ala carte beharga RM10.90 satu gelas
*Tambah boba untuk minuman pilihan anda dengan harga RM3 segelas

Untuk lebih berbaloi, guna aplikasi sedapZ untuk pembayaran dan jimat RM5 untuk pilihan set Meal B dan set Meal C. Aplikasi sedapZ ni juga menawarkan pelbagai tawaran hebat selain berfungsi untuk pengumpulan mata ganjaran.

Ini pula review saya:

Saya beli set Meal A untuk seorang dan tambah lagi satu Sambal Hijau ala carte.


Sirap bandung ada sedikit karbonat/gas. Ada cincau sikit dan beberapa agar-agar atau jelly yang warna warni tu. Saya kurang sikit dengan ni. Hehe.


Walaupun anda beli set Ayam Kilau, tetap akan dapat cili dan bawang TCRS. Set Meal A ni kira sangat sangat mengenyangkan untuk makan seorang. Harga RM28.90 lebih jauh berbaloi daripada bufet ramadan!


Saiz ayam yang diberikan memang 1/4. Perapan ayam memang rasa sampai ke dalam isi. Kriuk kriuk sedap, ayam pun rangup di luar lembut di dalam. Saya suka!

Oh ye, ayam ni rasa macam diperap dengan kunyit dan bahan ayam berempah sikit. Macam rasa ayam goreng ala Indonesia. Rasa ‘deep’ gitu.

Tauhu dan tempe pun digoreng segar. Semua rasa cukup. Siap dengan ulam segar. Lebih banyak sayur!

Sambal hijau bagi saya sedap tapi tak pedas. Sesuai lah untuk dimakan bagi semua. Berbaloi juga untuk tambah satu sambal hijau ala carte sebab satu tak cukup. Haha.

Banyak pujian kan? Sebab memang sedap~


Apa lagi? Jom ke The Chicken Rice Shop terdekat untuk mendapatkan Ayam Kilau ini! Berbaloi!

Maklumat lanjut:

IG: @thechickenriceshop https://www.instagram.com/thechickenriceshop/
FB: @The Chicken Rice Shop https://www.facebook.com/thechickenriceshop
TCRS website: https://www.thechickenriceshop.com/

#thechickenriceshop
#tcrsmy
#AyamKilau
#SambalHijauKilau

Sunday 12 February 2023

Bufet Ramadan 2023 Hotel Royal Kuala Lumpur Dengan Citarasa Desa Bersama Kelly Azman dan Ani Maiyuni

Kuala Lumpur 10hb Februari 202 - Hotel Royal Kuala Lumpur kembali dengan Bufet Ramadan untuk tahun 2023 yang bertemakan CITARASA DESA. Hotel Royal Kuala Lumpur terkenal dengan sajian makanan yang cukup enak dan berbagai citarasa sebelum ini. Namun sajian kali ini juga menepati citarasa masyarakat Malaysia sempena bulan Ramadan kali ini. 

Berbuka di Hotel Royal Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang.

Menu Bagi Citarasa Desa

Memandangkan tema tahun ini ialah Citarasa Desa, menu yang ditawarkan betul-betul mengimbau kenangan balik di kampung. Antara 150 menu yang menarik pada kali ini adalah:

- PEMBUKA SELERA Aneka Ikan Masin Ikan Sepat Ikan Masin Bulu Ayam, Ikan Gelama,telur Asin Keropok Udang, Keropok Pedas Papadom, Keropok Pedas Keropok Ikan, Belinjo Lemang Kampong, Ketupat Palas, Serunding Daging, Serunding Ayam.

- PILIHAN CHEFS - Rojak Buah 

- JEROK BUAH-BUAHAN Kedondong, Cermai, Mangga, Kelubi, Betik, Anggur Muda, Jeruk Jambu. 

- ANEKA KERABU Kerabu Ikan,Bilis, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga Muda Kerabu Tomato, Kerabu Ayam .

Aneka kerabu.

- ANEKA SAMBAL Sambal Belacan, Sambal Mangga, Cincalok, Sambal Tempoyak,Sambal Tumbuk Ikan Bilis, Budu, Sambal Kicap .

Aneka sambal.

- ANEKA SUP Ekor Sapi, Tulang Rawan & Ayam Berempah Bubur Lambuk with Condiment & Beraneka Roti .

- GORENG - GORENGAN STATION Cucur ikan bilis. Pisang goreng, Keladi, Keledek, jemput pisang .

- ANEKA IKAN BAKAR Aneka Ikan Bakar – Pari, Ikan Kembong, Cencaru, Bawal & Air Asam, Chilli Kicap. 

Ikan bakar.

- SIGNATURE STALL 1 Roti Canai, Roti Telur, Roti Bom, Dhall Curry Sambal Sardine 

- SIGNATURE STALL 2 (PILIHAN CHEF) · Nasi Briyani & Daging Masak Hitam Nasi Kandar (Dihidangkan Bersama) Papadom, Acar Jelatah & Air Asam Tomato 

Kiri: Nasi Briyani, Kanan: Daging Masak Hitam.

- STALL NOODLE STATION (PILIHAN CHEF) Asam Laksa, Mee Curry, Bihun Sup Utara, Mee Kuah Wantan Mee with Condiment .

- STALL STATION Roasted Whole Lamb, Black Pepper Corn Mint Sauce, Mushroom Sauce 
Kambing bakar.

- PENCUCI MULUT 2 Jenis Agar-agar buah & Agar-agar Cendol, Sago Gula Melaka, Cream Caramel Bread Butter Pudding, 10 Jenis Kuih Melayu dan Nyonya kuih Bahulu, Tapai Pulut,tapai Ubi, Kurma, Ice Kacang Stall .

Kuih-kuih Melayu.

- PENCUCI MULUT PILIHAN CHEFS · 1 jenis Pilihan chefs - Fruit Tartlets, Pineapple Tart, Cherry Tart, Éclair · 3 Cake Pilihan Chefs - Pandan Kaya Cake Slice, Black Forest Cake, Chocolate Cake, 3 Jenis Pilihan Chefs - Mini French Pastries 

- BUBUR PILIHAN CHEF Bubur Pulut Hitam 

- BUAHAN BERMUSIM Lychee Whole, Longan, Rambutan.

Buah-buahan.

- MINUMAN SEJUK Air tebu, Ice Lemon Tea, Soya Cincau, Air Longan, Lime Juice, Air Sirap Bandung Air Cincau, Air Jagung, Air sarsi, Air Lychee, Air Nenas, Air Tembikai Air Sirap Selasih, Air Barli, Air Limau, Air Sirap limau, Air Soya, Air Asam boi .

- MINUMAN PANAS kopi & teh tarik

Menurut Mohd Hafif bin Mohd Saleh selaku Executive chef Hotel Royal, "Saya gabungkan kesemua hidangan makanan dengan berdasarkan masakan – masakan ibunda kita dari semua rantau kampung. Manakala hidangan (HIDANGAN UTAMA) Setanak Nasi Putih ,Char Kway Teow, Ayam Percik Kuah Kacang, Kambing Masak ,Kuzi Daging, Masak Lemak Dengan Kacang Panjang Udang Masak Lemak & Nenas + Kacang Buncis Kari Ikan Masin & Nangka Muda Kupang Berlada Pucuk Manis Masak Lemak Putih & Keledek menjadi pilihan ramai."

Hidangan lauk utama.
Dari kiri atas: Daging salai masak lemak, pucuk ubi masak lemak putih bersama keledek, kupang masak cili.
Dari kiri bawah: Udang petai, ayam percik, daging masak kuzi

Penampilan Istimewa Kelly Azman dan Ani Maiyuni

Kelly Azman, Chef Hafif dan Ani Maiyuni.

Hotel Royal Kuala Lumpur juga menampilkan Dua Artis Tanah Air Kelly Azman dan Ani Maiyuni akan menghiburkan para tetamu sepanjang Ramadan nanti. Antara aktiviti yang akan menghiburkan tetamu ialah seperti berkenalan, menyanyi dan sebagainya. Berbagai hadiah cabutan bertuah dan aktiviti menarik juga akan di berikan kepada para pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Harga Bufet Ramadan
Penjualan akan bermula pada 15hb Februari sehingga 15hb Mac 2023. Harga bufet Hotel Royal Kuala Lumpur pula adalah seperti berikut:

- RM88.00Nett (Dewasa)
*Untuk pembelian kumpulan 10 orang, percuma 1
* Early bird RM75.00 Nett
- RM58.00Nett (Kanak-kanak 5-12 tahun)
- RM58.00Nett (Warga Emas 60 tahun keatas)

Maklumat lanjut

Hotel Royal Kuala Lumpur
T: (603) 2148 6888 /2855/2813
F: (603) 2142 5359
E: info@hotelroyalkl.com / fb.coordinator@hotelroyalkl.com

Atau

Kelly Azman
T: 012 2473105

Saturday 11 February 2023

KAMYA FEST 2023 di Stadium Bukit Jalil Meriah!

Kuala Lumpur, 10 Februari 2023 – Kamya Festival atau Kamya Festival 2023 telah memulakan penganjurannya di Stadium Bukit Jalil pada hari pertama hari ini. Penganjuran oleh Kamya selaku jenama produk kecantikan dan kesihatan yang meningkat naik ini turut disertai oleh 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Dihadapan gerbang pintu masuk Kamya Fest yang terletak di Parking B, Stadium Bukit Jalil.

Kamya Fest dilangsungkan dengan objektif berhibur sambil menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawan yang didorong oleh Puan Erna Elliyana atau lebih dikenali sebagai Erna iaitu pengasas Kamya. Penganjuran Kamya Fest ini turut mendapat sokongan selebriti dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu selaku penganjur bersama.

Tarikan Kamya Fest

Berlangsung selama tiga hari, festival ini menyediakan pelbagai tarikan buat pengunjung terdiri daripada pelbagai jenis vendor iaitu produk Kamya itu sendiri, makanan, minuman, fesyen, automotif, sukan, permainan kanak-kanak serta dewasa dan aktiviti gaya hidup yang sesuai untuk seisi keluarga. Bahkan ada khemah Lifestyle yang dilengkapi dengan pendingin hawa untuk pengunjung berasa selesa. Tambahan pula, tempat makan yang luas turut disediakan di bawah khemah besar untuk pengunjung menikmati pembelian mereka.

Khemah makan.

Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle, aktiviti kecergasan dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.

Antara gambar sekitar Kamya Fest:

Khemah Lifestyle berpendingin hawa.

Aktiviti kecergasan ditengah festival.

Antara vendor makanan.

Permainan kanak-kanak.

Peragaan automotif.

Pada masa yang sama terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air menghadiri Kamya Fest untuk menghibur pengunjung. Antara barisan selebriti yang ada ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi.

Majlis Pelancaran Kamya Fest

Majlis pelancaran Kamya Fest 2023 telah disempurnakan oleh Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular seperti Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.

Menurut Erna, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan, “Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan.

Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada."

“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.

“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.

Pelancaran Sabun Kamya

Pada hari pertama festival, Erna berbesar hati melancarkan produk terbaharu daripada Kamya iaitu Kamya Soap. Pelancaran diadakan meriah dengan kehadiran Vee Abdullah selaku pengacara pelancaran, Mya Zulkifli, para blogger, pempengaruh dan pengunjung.

Erna dikiri bersama pengacara Vee Abdullah.

Kamya Soap ialah sabun pencuci wajah yang mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu masalah kulit seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera, Madu dan Titanium. Sabun ini sesuai buat pengguna yang mempunyai pelbagai jenis kulit seperti sensitif, kering, berminyak dan kombinasi.

Para pempengaruh yang memperagakan Kamya Soap.

Sabun ini juga dipercayai dapat membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit, mengurangkan kemerahan dan kerengsaan dan menanggalkan sel kulit mati. Selain itu sabun ini dapat membantu memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan liang pori tersumbat, mencegah pertumbuhan jerawat, menyokong struktur kulit serta memberikan penampilan yang lembut dan tampak lebih muda.

Kamya Soap terbaharu.

Kamya Soap yang bertulisan Cantik Itu Kamu.

Sabun ini hanya boleh didapatkan di Kamya Fest dengan harga RM19.90 sahaja sebelum memasuki pasaran secara rasmi dengan harga yang lain. Jualan harga pelancaran ini juga terhad untuk 1000 unit sabun untuk tiga hari festival berlangsung.

Hadiah Cabutan Bertuah

Pengunjung yang hadir juga boleh mencuba tuah memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot.

Salah seorang pengunjung yang bertuah.

Jangan lepaskan peluang ini dan anda semua dijemput hadir ke Kamya Fest 2023!

Kamya Fest

Tarikh : 10th – 12th Feb 2023
Lokasi : Carpark B, Stadium Bukit Jalil
Masa : 10am – 10pm

Peta Kamya Fest 2023.

Masuk adalah percuma kecuali kemasukkan ke khemah Lifestyle dengan tiket masuk berharga RM5 dewasa.

Laman web dan sosial media

Thursday 20 October 2022

MAGGI® Sambut 51 Tahun di Malaysia Penuh Meriah Dengan Acara MAGGI® SAH Malaysia di Ibu Negara.

KUALA LUMPUR, 19hb Oktober - Mi MAGGI® telah menyambut ulang tahun ke 51 tahun bertapak di Malaysia dengan kempen tahunan MAGGI® SAH Malaysia! Kempen ini turut dianjurkan bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke 65 tahun dan Hari Malaysia yang ke 59 tahun. Acara ini diadakan di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) dengan kolaborasi serta kehadiran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS), selebriti tempatan dan pempengaruh makanan.

Dari kiri : Merasmikan Final MAGGI® SAH Malaysia Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (M) Berhad; Mr Chew Soi Ping,  Pengarah Eksekutif Jualan Nestle Malaysia dan Singapore; Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Business MAGGI®, Nestlé (M) Berhad dan Madam Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Pernigaan Bahagian Profesional Nestlé.


Sambutan ini juga disambut meriah dengan kemunak final MAGGI® SAH Malaysia ; Kembara Duniaku dalam menerokai ciptaan Mi MAGGI® paling ‘viral’. Pada masa yang sama, MAGGI® menganjurkan acara terbesar tahun ini dengan kehadiran ramai pengunjung dan tetamu yang sama-sama meraikannya dengan berpakaian tradisi Malaysia.

Kehadiran yang memberangsangkan daripada tetamu dan orang awam.

Mi MAGGI® yang telah diperkenalkan sejak 1971 ini telah sebati dengan rakyat Malaysia. Tidak lengkap sesebuah rumah itu tanpa semangkuk Mi MAGGI® yang mengenyangkan dan tidak lengkap lah tiada sepinggan MAGGI® Mi Goreng di mamak.

Oleh itu, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad dalam ucapannya berkata, "Kempen MAGGI® SAH Malaysia! dengan tema DuniaKu Bersama MAGGI® merupakan sambutan ke atas kekayaan dan kelangsungan sejarah MAGGI® dari rumah ke kedai makan serta memberi penghargaan kepada kulinari kreatif datang daripada warung, mamak dan trak makanan seluruh negara. Semua ini membentuk corak bewarna warni kehidupan rakyat Malaysia."

Juan menambah, "MAGGI® SAH Malaysia! yang juga telah memasuki tahun ke-tiga bertekad dalam mencari budaya makan rakyat Malaysia seperti makan bersama-sama di kedai makan tempatan dengan hidangan MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengendali makanan telah berhadapan dengan kesulitan ketika pandemik melanda tapi kini dengan ramai rakyat Malaysia yang sudah mula bersosial dan makan di luar seperti biasa, kempen ini ingin menyambut hidangan Mi MAGGI® paling unik dan viral mereka !"

Pada sesi ucapan yang sama, Geetha Balakrishna selaku Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad berkata, "MAGGI® mengakui bahawa pengendali makanan di Malaysia mempunyai banyak sejarah bersama MAGGI® dengan menghidangkan juadah pelbagai kepada pelanggan pelbagai latar belakang. Hidangan yang dinikmati ini menjadi momen indah yang mencipta kehangatan dan jalinan mesra. Oleh itu, MAGGI® SAH Malaysia ! merupakan sambutan untuk hubungan bersama rakyat Malaysia yang sudah lama."

''Dengan semangat “You and MAGGI®, Cook The Difference”, kami cuba untuk memberi inspirasi dan dokongan kepada rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan melalui masakan sama ada untuk mereka, untuk orang tersayang di rumah mahupun dalam perniagaan dalam mencipta hidangan MAGGI® yang memikat."

Kempen ini turut melaksanakan rancangan ‘travelogue’ melalui Kembara DuniaKu MAGGI® SAH Malaysia! yang bersiaran setiap sabtu 7.30 malam di TV3. Rancangan ini menampilkan duta MAGGI® Sheila Rusly, duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan duta MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique dalam pengembaran mencari 12 warung tempatan seluruh Malaysia yang mempunyai resepi MAGGI® ‘viral’. Kesemua pengendali makanan ini turut dijemput datang pada majlis kemuncak untuk diberikan plak pengiktirafan atas hidangan MAGGI® mereka.

Sembang-Sembang MAGGI dengan pengendali majlis Nazrudin Habibur Rahman bersama hos Kembara Duniaku duta MAGGI®, Sheila Rusly dan duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman.

Menariknya lagi, MAGGI® turut menganjurkan cabaran atas talian buat pengendali makanan iaitu ResepiKu KreatifKu yang memberi inspirasi kepada pengendali makanan diluar sana dalam memperlihatkan resepi kreatif mereka. Dengan acara kemuncak ini, sebanyak lapan orang finalis telah bertanding untuk mendapatkan hadiah berjumlah RM10,000 kesuluruhan.

Pada masa yang sama juga, kempen ini turut mengajak pengguna untuk mengikuti cabaran ResepiKu DuniaKu juga secara atas talian dengan acara kemuncak menyaksikan 12 finalis bertanding untuk mendapatkan tiga hadiah utama bernilai RM5,000 setiap seorang.

Pemenang memasak ResipiKu KreaktifKu dan ResipiKu DuniaKu di final MAGGI® SAH Malaysia!


Acara turut menyaksikan penyerahan plak kehormat kepada PRESMA dan PRIMAS atas pengiktirafan mereka dalam sumbangan dan usaha menyelia serta menghidupakan semula perniagaan pengendali makanan seperti sedia kala. Plak ini juga merupakan tanda penghargaan MAGGI® atas sokongan yang utuh kepada mereka dengan vendor yang mencapai sebanyak 4500 di PRESMA dan 1500 di PRIMAS.

Penyerahan plak kehormat kepada C. Krishnan, Timbalan Presiden PRIMAS (dua dari kiri) dan Dato’ Hj Jawahar Ali, Presiden PRESMA (dua dari kanan)

Acara yang meriah dihadiri tetamu berpakaian tradisi  turut berpeluang merasai masakan oleh pengendali makanan yang terlibat, menjamah produk daripada Nestlé dan mengambil gambar menarik sekitar acara MAGGI® SAH Malaysia.

Antara konsumer MAGGI® datang dari Malaysia!


Antara pengendali makanan yang turut berkongsi
hidangan percuma bersama tetamu.

Salah satu sudut bergambar.

Acara meriah diadakan di Lanai, MaTiC.

Juan Aranols selaku salah seorang juri masakan.

Finalis ResepiKu KreatifKu

Finalis ResepiKu DuniaKu

Acara diakhiri dengan beberapa persembahan dan sesi bergambar bersama pemenang dan peserta yang terlibat dalam acara Acara MAGGI® SAH Malaysia.

1 Malaysia Drum Symphony dan penyanyi Ms Evie Feroza. 

Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® SAH Malaysia ! anda boleh layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/

Saturday 8 October 2022

Makanan Jalanan Korea Sedia Dimakan Kini di AEON Delicatessen dan La Boheme Kolabarasi Khas AEON X DAEBAK.


KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2022 – AEON CO. (M) BHD. (AEON) dengan MAMEE-DOUBLE DECKER DISTRIBUTION (M) SDN BHD melalui MAMEE FOOD SERVICE di bawah DAEBAK Foods telah bekerjasama untuk menghasilkan pilihan produk makanan bertemakan rasa Korea hebat yang mudah dinikmati serta lazat untuk AEON Delicatessen melalui kempen AEON x DAEBAK.

Majlis perasmian AEON X DAEBAK di AEON Lounge.

Pelancaran telah dilangsungkan secara rasmi di AEON Lounge Mid Valley, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh  Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON dan Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE. Tidak lupa juga, majlis turut diserikan dengan kehadiran mascot rasmi Mamee iaitu Mamee Monster yang cukup menceriakan suasana.

Menurut Azidah, “Kami berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan MAMEE, iaitu jenama snek tempatan terkemuka yang dikenali dengan pelbagai rangkaian produk. Melaluinya, AEON dapat menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang mudah dan cepat kepada pelanggan, di samping mengekalkan citarasa Korea dalam rangkaian produk ini”.

Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON

“Demografi pelanggan kini semakin dinamik dan ini mempengaruhi permintaan mereka. Oleh yang demikian, AEON mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi pilihan dengan kolaborasi bersama MAMEE agar pelanggan AEON boleh menikmati aneka makanan ala Korea,” katanya lagi.

Kolaborasi antara AEON dan DAEBAK (atau MAMEE) ini bertujuan menggiatkan lagi pertukaran budaya makanan Korea di AEON Delicatessen. Tambahan pula, permintaan terhadap makanan Korea di Malaysia juga semakin meningkat. Oleh itu, AEON tidak melepaskan peluang untuk memberi kepuasan kepada pelanggan mereka.

Dalam kolaborasi khas ini AEON dan MAMEE telah bekerjasama bersama Chef mereka untuk menghasilkan sos Korea yang sesuai dengan tekak orang Malaysia. Bahkan AEON juga memastikan makanan dari rangkaian ini mengikut piawaian halal JAKIM iaitu halal untuk di makan serta bersih dalam penyediaannya.

Sebanyak lapan jenis makanan telah dihasilkan melalui AEON X DAEBAK yang boleh di dapati di AEON Delicatessen dan La Boheme. Lapan jenis makanan tersebut ialah:

Pita Ayam Bulgogi Spice + Pita Ayam Kimchi (1set) 

Harga: RM8.90 untuk satu set

Sosej Jagung Mini 

Harga: RM 18.90 untuk satu set

Satu set ada 3 jenis sosej jagung. Sosej jagung original, sosej jagung berkeju dan sosej jagung kentang goreng. Sosej jagung mini adalah paling sedap dan kegemaran saya dalam rangkaian makanan AEON X DAEBAK. Walaupun nama sosej ni mini, tapi saiznya tak mini pun. Kenyang jugak makan satu sosej tu. Tak panas pun masih boleh rasa sedap garing tak keras. Harga pun lebih berbaloi daripada yang lain!

 Peha Ayam Suku BBQ Kogi 

Harga: RM8.90

Tak sempat nak rasa tapi tengok depan-depan boleh tahan besar saiz peha ayam ni. Harga yang dipaparkan tu memang sepotong peha ayam tu ya!

Set Ayam Korea 

Harga: RM18.90 untuk satu set

Satu set ada soy sauce tak pedas dan sos gochujang pedas. Nak kata pedas sangat tak tapi kalau tak tahan pedas tu memang boleh rasa sos gochujang tu pedas. Ayam ni memang rangup. Kedua paling saya gemar dalam rangkaian ni.

K-Spiced Sup Oden 

Harga: Harga ikut setiap bahan/cucuk

Ikutkan dekat AEON Delicatessen memang dah ada oden cuma kuahnya kuah tomyam. Kalau perasan ada satu bahagian kita boleh ambil cucuk-cucuk sendiri ambil kuah sendiri dalam mangkuk baru bayar. Kali ni tambah satu jenis sup je iaitu K-Spiced. Sup ni sup kimchi pedas-pedas ada masam sikit.

Ban Ayam Kimchi 

Harga: RM4.50

Ban ayam kimchi ni intinya ayam dan kimci. Luarnya pula sos gochujang. Bagi bebudak, ban ni agak pedas buat mereka lah bahagian luar. Bagi saya lah kan, intinya ada lah rasa sikit ayam dan kimchi. Tapi kimchi dia tak rasa masam sangat. Saya pun ambil masa jugak baru ada rasa nak makan ban ni. Haha.

Ban Ayam Bulgogi

Harga: RM4.50

Ban ni ini isi ayam cincang bulgogi. Inti boleh tahan banyak. Sedap tak pedas. Boleh dinikmati pelbagai peringkat umur. Yang penting, tak suka makanan Korea boleh cuba ini sebab kena dengan tekak orang Malaysia.

Piza Ayam DAEBAK

Harga: RM4.24 per slice (1/6)

Tak makan makanan Korea? Boleh cuba piza Daebak. Satu potongan pun boleh tahan mengenyangkan tau. 'Topping' nya ialah ayam, sos korea dengan lada capasicum hijau. Tak pedas dan rasanya boleh tahan. Makan panas-panas lagi sedap. Boleh cuba panaskan guna 'microwave' ataupun 'airfryer'. Lagi sedap!

Semua makanan ini sudah boleh didapati di semua outlet AEON Delicatessen dan La Boheme di AEON mulai 3 Oktober 2022. Manakala makanan ini juga boleh didapati di AEON BiG bermula 17 Oktober 2022. Menakjubkan lagi apabila makanan ini mendapat sambutan diluar jangka pada beberapa hari lepas sebelum pelancaran rasmi. Beberapa jenis makanan cepat terjual hingga membuatkan AEON dan MAMEE telah meningkatkan produksi pemprosesan makanan. Ini bermaksud makanan yang dihasilkan sedap dan mampu dinikmati oleh orang ramai.

Jennifer Chee selaku wakil MAMEE turut berkata, “MAMEE FOOD SERVICE berbangga kerana dapat bekerjasama dengan peruncit gergasi seperti AEON untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan makanan berasaskan Korea kepada peminat Mamee serta pelanggan AEON. Yang lebih menarik, konsep produk yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak adalah makanan yang ringkas dan boleh terus dimakan. Maka, kolaborasi ini menjadi lebih menarik dan seterusnya mampu menggamit peminat Mamee untuk menikmati tawaran di AEON Delicatessen ini.”

Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE.

Untuk informasi tambahan, lapan rangkaian makanan yang sedia ada merupakan fasa pertama dalam kolaborasi AEON X DAEBAK dalam menyediakan makanan sedia dimakan. Ada beberapa makanan lain yang masih lagi dalam proses penyelidikan dalam memberikan lebih banyak pilihan makanan Korea kepada pengunjung.

Makanan kat sini memang halal sebab La Boheme dan AEON Delicatessen memang ada sijil halal dan setiap proses makanan mereka diselia. Jadi tak perlu ragu dah kalau nak cuba makanan Korea di AEON. Yang penting, akan ada lagi rangkaian makanan tambahan kolaborasi AEON X DAEBAK ni, mungkin mi? mungkin kimbap? Ha kena tunggu sama-sama.

Apa-apa boleh ke AEON dan AEON BiG cari makanan Korea siap dimakan!