Saturday, 8 October 2022

Makanan Jalanan Korea Sedia Dimakan Kini di AEON Delicatessen dan La Boheme Kolabarasi Khas AEON X DAEBAK.


KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2022 – AEON CO. (M) BHD. (AEON) dengan MAMEE-DOUBLE DECKER DISTRIBUTION (M) SDN BHD melalui MAMEE FOOD SERVICE di bawah DAEBAK Foods telah bekerjasama untuk menghasilkan pilihan produk makanan bertemakan rasa Korea hebat yang mudah dinikmati serta lazat untuk AEON Delicatessen melalui kempen AEON x DAEBAK.

Majlis perasmian AEON X DAEBAK di AEON Lounge.

Pelancaran telah dilangsungkan secara rasmi di AEON Lounge Mid Valley, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh  Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON dan Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE. Tidak lupa juga, majlis turut diserikan dengan kehadiran mascot rasmi Mamee iaitu Mamee Monster yang cukup menceriakan suasana.

Menurut Azidah, “Kami berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan MAMEE, iaitu jenama snek tempatan terkemuka yang dikenali dengan pelbagai rangkaian produk. Melaluinya, AEON dapat menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang mudah dan cepat kepada pelanggan, di samping mengekalkan citarasa Korea dalam rangkaian produk ini”.

Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON

“Demografi pelanggan kini semakin dinamik dan ini mempengaruhi permintaan mereka. Oleh yang demikian, AEON mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi pilihan dengan kolaborasi bersama MAMEE agar pelanggan AEON boleh menikmati aneka makanan ala Korea,” katanya lagi.

Kolaborasi antara AEON dan DAEBAK (atau MAMEE) ini bertujuan menggiatkan lagi pertukaran budaya makanan Korea di AEON Delicatessen. Tambahan pula, permintaan terhadap makanan Korea di Malaysia juga semakin meningkat. Oleh itu, AEON tidak melepaskan peluang untuk memberi kepuasan kepada pelanggan mereka.

Dalam kolaborasi khas ini AEON dan MAMEE telah bekerjasama bersama Chef mereka untuk menghasilkan sos Korea yang sesuai dengan tekak orang Malaysia. Bahkan AEON juga memastikan makanan dari rangkaian ini mengikut piawaian halal JAKIM iaitu halal untuk di makan serta bersih dalam penyediaannya.

Sebanyak lapan jenis makanan telah dihasilkan melalui AEON X DAEBAK yang boleh di dapati di AEON Delicatessen dan La Boheme. Lapan jenis makanan tersebut ialah:

Pita Ayam Bulgogi Spice + Pita Ayam Kimchi (1set) 

Harga: RM8.90 untuk satu set

Sosej Jagung Mini 

Harga: RM 18.90 untuk satu set

Satu set ada 3 jenis sosej jagung. Sosej jagung original, sosej jagung berkeju dan sosej jagung kentang goreng. Sosej jagung mini adalah paling sedap dan kegemaran saya dalam rangkaian makanan AEON X DAEBAK. Walaupun nama sosej ni mini, tapi saiznya tak mini pun. Kenyang jugak makan satu sosej tu. Tak panas pun masih boleh rasa sedap garing tak keras. Harga pun lebih berbaloi daripada yang lain!

 Peha Ayam Suku BBQ Kogi 

Harga: RM8.90

Tak sempat nak rasa tapi tengok depan-depan boleh tahan besar saiz peha ayam ni. Harga yang dipaparkan tu memang sepotong peha ayam tu ya!

Set Ayam Korea 

Harga: RM18.90 untuk satu set

Satu set ada soy sauce tak pedas dan sos gochujang pedas. Nak kata pedas sangat tak tapi kalau tak tahan pedas tu memang boleh rasa sos gochujang tu pedas. Ayam ni memang rangup. Kedua paling saya gemar dalam rangkaian ni.

K-Spiced Sup Oden 

Harga: Harga ikut setiap bahan/cucuk

Ikutkan dekat AEON Delicatessen memang dah ada oden cuma kuahnya kuah tomyam. Kalau perasan ada satu bahagian kita boleh ambil cucuk-cucuk sendiri ambil kuah sendiri dalam mangkuk baru bayar. Kali ni tambah satu jenis sup je iaitu K-Spiced. Sup ni sup kimchi pedas-pedas ada masam sikit.

Ban Ayam Kimchi 

Harga: RM4.50

Ban ayam kimchi ni intinya ayam dan kimci. Luarnya pula sos gochujang. Bagi bebudak, ban ni agak pedas buat mereka lah bahagian luar. Bagi saya lah kan, intinya ada lah rasa sikit ayam dan kimchi. Tapi kimchi dia tak rasa masam sangat. Saya pun ambil masa jugak baru ada rasa nak makan ban ni. Haha.

Ban Ayam Bulgogi

Harga: RM4.50

Ban ni ini isi ayam cincang bulgogi. Inti boleh tahan banyak. Sedap tak pedas. Boleh dinikmati pelbagai peringkat umur. Yang penting, tak suka makanan Korea boleh cuba ini sebab kena dengan tekak orang Malaysia.

Piza Ayam DAEBAK

Harga: RM4.24 per slice (1/6)

Tak makan makanan Korea? Boleh cuba piza Daebak. Satu potongan pun boleh tahan mengenyangkan tau. 'Topping' nya ialah ayam, sos korea dengan lada capasicum hijau. Tak pedas dan rasanya boleh tahan. Makan panas-panas lagi sedap. Boleh cuba panaskan guna 'microwave' ataupun 'airfryer'. Lagi sedap!

Semua makanan ini sudah boleh didapati di semua outlet AEON Delicatessen dan La Boheme di AEON mulai 3 Oktober 2022. Manakala makanan ini juga boleh didapati di AEON BiG bermula 17 Oktober 2022. Menakjubkan lagi apabila makanan ini mendapat sambutan diluar jangka pada beberapa hari lepas sebelum pelancaran rasmi. Beberapa jenis makanan cepat terjual hingga membuatkan AEON dan MAMEE telah meningkatkan produksi pemprosesan makanan. Ini bermaksud makanan yang dihasilkan sedap dan mampu dinikmati oleh orang ramai.

Jennifer Chee selaku wakil MAMEE turut berkata, “MAMEE FOOD SERVICE berbangga kerana dapat bekerjasama dengan peruncit gergasi seperti AEON untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan makanan berasaskan Korea kepada peminat Mamee serta pelanggan AEON. Yang lebih menarik, konsep produk yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak adalah makanan yang ringkas dan boleh terus dimakan. Maka, kolaborasi ini menjadi lebih menarik dan seterusnya mampu menggamit peminat Mamee untuk menikmati tawaran di AEON Delicatessen ini.”

Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE.

Untuk informasi tambahan, lapan rangkaian makanan yang sedia ada merupakan fasa pertama dalam kolaborasi AEON X DAEBAK dalam menyediakan makanan sedia dimakan. Ada beberapa makanan lain yang masih lagi dalam proses penyelidikan dalam memberikan lebih banyak pilihan makanan Korea kepada pengunjung.

Makanan kat sini memang halal sebab La Boheme dan AEON Delicatessen memang ada sijil halal dan setiap proses makanan mereka diselia. Jadi tak perlu ragu dah kalau nak cuba makanan Korea di AEON. Yang penting, akan ada lagi rangkaian makanan tambahan kolaborasi AEON X DAEBAK ni, mungkin mi? mungkin kimbap? Ha kena tunggu sama-sama.

Apa-apa boleh ke AEON dan AEON BiG cari makanan Korea siap dimakan!

No comments:

Post a Comment