Showing posts with label Ralat. Show all posts
Showing posts with label Ralat. Show all posts

Saturday 29 October 2022

Raihan, Ustaz Don Daniyal dan Naim Daniel Antara Barisan Selebriti Konsert Amal Agungnya Cinta Disember Ini.

PERHATIAN!! - Konsert & makan malam ini sudah diubah menjadi konsert sepenuhnya. Sila layari artikel terbaharu mengenai maklumat baru dan harga tiket yang lebih rendah di sini Konsert Penuh Agungnya Cinta Baharu.

Kuala Lumpur, 28hb Oktober – Yayasan UNITI dan Afocus Media Ventures (AMV) telah bekerjasama dalam menganjurkan konsert amal hibrid yang dinamakan Agungnya Cinta yang akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada ambang tahun baru.

Majlis Perasmian Konsert Agungnya Cinta.

Yayasan UNITI telah ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan yayasan gerak kerja amal yang telah banyak membantu ramai orang yang berkeperluan termasuk para pelajar dalam melahirkan 1 Graduan dalam 1 Keluarga. Oleh itu, melalui Konsert Agungnya Cinta, Yayasan UNITI dijangka mensasarkan sumbangan kepada:

-          Feet 4 Life

Program ini merupakan program pemberian kaki palsu prostetik percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Uniti Waqi Sdn. Bhd. dan Kedidi Global Sdn. Bhd.

-          1 Keluarga 1 Graduan

Program ini menampilkan beberapa siri program pendidikan yang khusus ditujukan kepada pelajar daripada golongan keluarga B40. Melalui program ini, mereka berharap agar sekurang-kurangnya seorang pelajar daripada setiap keluarga ini layak melanjutkan pelajaran sehingga ke IPT.

-          Tuisyen Percuma

Program Tuisyen Khas telah dijalankan sejak tahun 2010 lagi. Tujuan tuisyen percuma ini diwujudkan adalah untuk meringkan beban keluarga dengan membiayai sebagaian kos pendidikan serta menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik.

-          Waqaf Tunai ASEAN Mall

Pusat beli-belah yang terletak di Pattani ini merupakan ASEAN Mall yang berfokuskan dalam memasarkan produk dan makanan halal untuk masyarakat tempatan serta bertindak sebagai gerbang produk halal wilayah ASEAN atau secara ringkasnya pusat sehenti barangan halal ASEAN. Melalui ASEAN Mall juga, usahawan Malaysia boleh memasarkan produk mereka di tahap antarabangsa.

ASEAN Mall ditubuhkan oleh Kumpulan UNITI Asia iaitu kumpulan induk bagi Yayasan Uniti, Pattani Holdings dan Koperasi Islam.

Bagi pihak AMV pula selaku produser media Islamik kontemporari pula menjayakan konsert dalam pemilihan penyampai cerita dan penyanyi bertepatan dengan demografik bakal penonton dalam menjayakan konsert ini kelak. AMV juga memastikan susun atur program konsert berjalan lancar serta menghiburkan.

Sesi soal jawab media bersama penganjur dan selebriti terlibat.

Berkenaan dengan Konsert Agungnya Cinta, konsert amal hibrid ini amat berbeza daripada konsert amal lain kerana konsert ini adalah sebuah makan malam dengan hidangan ala mediterranean yang dilengkapi pengisian sirah Nabi Muhammad SAW diselang-selikan dengan persembahan nasyid dan sebagainya. Tidak seperti konsert lain juga, konsert ini tidak menetapkan had umur di mana konsert ini sesuai buat seisi keluarga termasuk kanak-kanak.

Konsert yang dijangka dihadiri 800 orang ini bakal dihiburkan dengan riwayat Rasullah dalam bentuk tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal yang juga pengacara majlis dan Imam Muda Megat Mohd Zaid. Melengkapi konsert, penyanyi yang turut hadir ialah Raihan, UNIC, Mirwana dan Naim Danial. Juga, terdapatnya persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak dan persembahan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.

Ustaz Don ketika menyampaikan sedikit sirah Nabi yang bakal diceritkan pada hari Konsert.

Tambahan pula Konsert Agungnya Cinta ini merupakan alternatif terbaik dalam meyambut ambang Tahun Baru 2023 tanpa hiburan yang melaikan.

Butiran konsert pula adalah seperti berikut:

                Konsert Agungnya Cinta

                Tarikh: 30 Disember 2022
                Masa: 8.00pm -11.30pm
                Lokasi: Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur dan Siaran Langsung Berbayar

                Tiket (Sumbangan):

Pakej SUMBANGAN 1 - RM250

1 x Bahagian Sumbangan
1 x Cenderahati Eksklusif
1 x Pas Maya #KAC2022

Pakej SUMBANGAN 2 - RM500

2 x Bahagian Sumbangan
2 x Cenderahati Eksklusif
2 x Pas Maya #KAC2022

**Pakej SUMBANGAN 1 & 2 Hanya mendapat akses kepada Siaran Langsung Berbayar sahaja.

Pakej INDIVIDU - RM1,100

1 x Bahagian Sumbangan
1 x Cenderahati Eksklusif
1 x Tiket ke #KAC2022

Pakej BRONZE - RM10,000

10 x Bahagian Sumbangan
10 x Cenderahati Eksklusif
10 x Tiket ke #KAC2022
1 x Meja di BRONZE Zone

Pakej SILVER - RM20,000

20 x Bahagian Sumbangan
20 x Cenderahati Eksklusif
20 x Tiket ke #KAC2022
1 x Meja di SILVER Zone

Pakej GOLD - RM30,000

30 x Bahagian Sumbangan
30 x Cenderahati Eksklusif
30 x Tiket ke #KAC2022
3 x Meja di GOLD Zone

Pakej PLATINUM - RM50,000

30 x Bahagian Sumbangan
30 x Pas Meet & Greet
30 x Cenderahati Eksklusif
30 x Tiket ke #KAC2022
3 x Meja di PLATINUM Zone
Perletakan Logo & Penghargaan Lisan

***Tiket atau sumbangan boleh mengikuti harga pakej atau ditambah mengikut keikhlasan.
****Tiket juga boleh dipindah milik atau diwakafkan oleh penyumbang. 

Segala maklumat lanjut mengenai Konsert Agungnya Cinta, Yayasan UNITI, AMV, kempen dan urusan pembelian tiket boleh lah layari di pautan https://kac.amv.events/ .

 

Thursday 25 August 2022

GIANT Malaysia Mensasarkan 500,000 Sumbangan Makanan Kepada Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 — Giant mensasarkan sebanyak 500,000 sumbangan makanan kepada golongan yang memerlukan dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP) menjelang akhir tahun depan. Sasaran ini akan dilaksanakan melalui pelancaran Kempen "Have You Eaten?" atau “Sudah Makan?” .

Gimik Pemberian Sumbangan Kepada Keluarga yang memerlukan.

Wakil Giant Malaysia & The Lost Food Project di Kempen
“Sudah Makan?”.

Kempen yang dinamakan "Have You Eaten?" ini berkaitan dengan sebuah frasa yang sering digunakan di Asia bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan terhadap orang lain. Maka kempen ini memaparkan salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia.

Kempen “Sudah Makan?” atau “Have You Eaten”

Melalui kempen ini, peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli, akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan. Lebih tepat lagi 10sen daripada setiap KG beras Meadows akan disumbangkan ke The Lost Food Project.

Poster rasmi.

Komitmen ini meliputi seluruh produk beras Meadows yang boleh dibeli di Giant, serta semua pasaraya di bawah GCH Retail yang turut menyokong pengembangan Program sumbangan makanan Giant, dengan kerjasama TLFP. 

Pada pelancaran hari ini, Giant juga telah mengumumkan kerjasama baharunya dengan TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant, bersama dengan 4,000 kg makanan keperluan atau anggaran bersamaan dengan 11,430 hidangan makanan, kepada 200 buah keluarga yang terdiri daripada PPR Seri Semarak dan PPR Sg Bonus. 

Ketika Majlis Penyerahan kepada 200 buah keluarga di Masjid berdekatan dengan Giant Setapak.

Majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna itu turut disaksikan oleh En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Diantara barangan makanan yang sempat disumbangkan oleh Giant, terdiri daripada barangan keperluan seharian seperti Beras Meadows, Minyak Masak, Tepung, Gula, Kit Ujian Kendiri C-19 dan beberapa barangan runcit. Baucar tambahan bernilai RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga, bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka perlukan.

Lori sumbangan sedah diisi dengan sumbangan makanan.

Objektif Kempen

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran Giant, SEA (Makanan) yang turut datang ketika pelancaran berkata, “Giant sedang berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik untuk membantu pelanggan kami meningkatkan nilai mata wang mereka pada masa yang mencabar ini. Kami sedar bahawa semakin ramai dalam komuniti setempat yang mungkin tidak mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sehari sekali, apatah lagi tiga kali sehari bagi menampung kehidupan seharian mereka.”

Perlepasan lori dan van sumbangan makanan.

“Oleh itu, selari dengan misi kami untuk menyediakan pelanggan apa yang mereka perlukan, kami juga perlu berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.”


Derma makanan sahaja adalah tidak memadai, kerana terdapat juga keperluan untuk mengagihkannya dengan cepat, terutamanya barangan segar. Oleh itu, Giant mengambil satu lagi langkah untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan menderma sebuah lori penghantaran Giant. Lori ini bertujuan untuk mengumpul dan mengagih lebihan makanan, di kawasan sekitar pasaraya Giant di Lembah Klang. Lori ini dihiasi dengan penjenamaan kempen dengan terang. 

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menimbulkan kesedaran tentang inisiatif ini, Giant juga telah mengubah penampilan semua kenderaan penghantarannya untuk memaparkan mesej kempen tersebut, sebagai jemputan dan galakkan kepada pelanggannya untuk turut serta dalam membantu memberi makanan kepada mereka yang kelaparan. 

Encik Lee menyimpulkan bahawa, "Kami ingin menggalakkan pelanggan kami dan orang ramai untuk menyertai kami dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, serta menangani masalah kelaparan di Malaysia. Walaupun dengan hanya membeli sekilo beras, anda sudah boleh membuat satu perubahan. Lagipun, kami benar-benar percaya bahawa “If's The Little Things That Will Make a Giant Difference!”.

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran Giant, SEA (Makanan)

En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, ketika menyaksikan penyerahan lori penghantaran Giant kepada TLFP serta majlis penyerahan sumbangan makanan kepada wakil keluarga jemputan yang turut hadir mengulas, “Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat yang mengalami krisis kekurangan makanan. Jalinan kerjasama antara Giant bersama The Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),"

En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sememangnya perubahan iklim merupakan salah satu cabaran terbesar pada generasi kini. Kesan buruknya semakin ketara daripada gelombang haba Eropah kepada banjir dan musim kemarau yang berulang di Malaysia. Kesannya terhadap tanaman, perikanan dan ternakan hanya dapat dibayangkan, yang mana ia mungkin dengan secara tidak langsung, boleh mengakibatkan peningkatan kelaparan.

Gas rumah hijau (GHG) daripada industri makanan sahaja, menyumbang 344 daripada jumlah pelepasan yang telah mengakibatkan krisis iklim hari ini.

“Kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Giant bagi memberikan sebahagian daripada penyelesaian bagi pengurangan perubahan iklim. Tindakan untuk meminimumkan lebihan makanan di mana perlu dan mengelakkannya daripada berakhir di tapak pelupusan sampah, sebaliknya menjadikan ia sebagai pemberi harapan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, dengan membantu memenuhi meja makan mereka dengan makanan," jelas Zaiwiyah binti Saimon, Presiden The Lost Food Project. 

Giant Food Rescue x TLFP

Giant telah mula merintis dan bekerjasama dalam program Selamatkan Makanan dengan TLFP pada 2018, dengan hanya 12 cawangan yang mengambil bahagian. Kini dengan kerjasama yang lebih kukuh bersama TLFP, Giant bakal menambah bilangan pasaraya yang mengambil bahagian kepada 12 buah pasaraya Giant yang akan turut memberi sumbangan bagi kategori makanan Segar & Kering.

Antara van untuk pengagihan sumbangan.

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) berkata: “Penambahan ini adalah perlu kerana kini terdapat lebih banyak keluarga yang memerlukan bantuan, terutamanya pasca pandemik, di mana ianya telah menjejaskan lebih ramai orang dalam komuniti di sekeliling kami.”

“Matlamat kami adalah untuk sentiasa menambahbaik serta mengembangkan program ini ke seluruh negara, walau bagaimanapun dua tahun kebelakangan ini sememangnya mencabar. Kami amat bersyukur kerana kini kami dapat meneruskan niat murni kami untuk mengembangkannya ke seluruh negara, dengan tujuan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat di kawasan lain yang mempunyai operasi pasaraya Giant.”

Maklumat lanjut mengenai kempen boleh layari dipautan ini -> https://www.giant.com.my/campaigns/

Monday 6 June 2022

AEON X KLOTH CARES Melancarkan Tong Kitar Semula Kain dan Barang Harian

Pada hari ahad bersamaan 5hb Jun lepas, AEON CO. (M) BHD (AEON) telah bekerjasama dengan KLOTH CARES untuk  meneruskan usaha kemampanannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022. Kerjasama ini telah membentuk inisiatif untuk menyediakan  tong kitar semula di cawangan AEON Mall dan AEON BiG terpilih.

Sesi pelancaran tong kitar semula.

Pelancaran kerjasama di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju ini turut dihadiri oleh Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur & Putrajaya; Ummi Kalthum Shuib, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON; Azli Mohamed  dan Pengasas Bersama KLOTH CARES  Nik Suzaila. Majlis juga diserikan dengan penampilan adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.

Dalam majlis pelancaran ini, Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON turut berucap “AEON komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu membawa impak positif kepada komuniti. Kami kekal komited untuk mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah kami selaraskan dengan prinsip teras kepada Manusia, Keamanan dan Komuniti,”

Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama 
dan Kelestarian AEON

“AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka. Dalam melaksanakan inisiatif pada hari ini, kami bersyukur kerana kami dapat bekerjasama dengan Kloth Cares dan rakan pengasas mereka, Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk membantu kami menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan kami,”

Tong kitar semula yang  bakal ditempatkan ini boleh menerima pelbagai jenis barangan yang boleh dikitar semula. Barangan tersebut ialah kain, kasut, barangan rumah, anak patung, topi, beg dan tali pinggang. Barangan yang boleh didermakan pula boleh dalam keadaan yang masih elok, terpakai, lusuh ataupun dalam bentuk cebisan asalkan barang-barang ini dalam bungkusan yang elok bertutup.

Tong sampah kitar semula yang bakal ditempatkan
di AEON amal & AEON BiG terpilih.

 Untuk makluman semua pihak, sebanyak 38 tong kitar semula akan ditempatkan di 24 cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menerusi inisiatif ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun. Sebagai tambahan, angka 38 tong sampah dan 380,000 kg fabric ini dijadikan angka keramat permulaan inisiatif ini kerana tahun ni AEON Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke-38 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON, Azli Mohamed lagi, tong kitar semula ini akan diletakkan di kawasan yang mudah diakses oleh orang awam. Dalam pelan masa hadapan dalam lokasi dan tempat letak tong kitar semula, Azli Mohamed ingin mengembangkan lagi inisiatif ni dengan mendengar pendapat orang ramai kelak.

Pengarah SWCorp, Ummi  Kalthum Shuib turut menyampaikan beberapa ucapan, “Kami di SWCorp telah melakukan tugas kami sebaik mungkin. Ramai yang beranggapan bahawa kami tidak menjalankan tugas. Namun anggapan itu salah kerana kami setiap hari mengutip sisa pepejal yang banyak setiap hari. Bahkan ketika banjir pada hari itu, kami menemui sebuah patung anak beruang yang besar menyekat laluan longkang.”

Pengarah SWCorp, Ummi Kalthum Shuib

“Ini yang kita mahu warga Malaysia terutamanya warga Kuala Lumpur untuk menguruskan sampah mereka dengan terurus. Asingkan mana yang boleh dikitar semula. Lagi-lagi yang berdekatan dengan AEON Mall, datang berkunjung untuk mendermakan barangan terpakai anda ke tong kitar semula. Kurangkan sampah anda di tapak pelupusan yang seluas enam padang bola itu.”, tambahnya lagi.

Sebagai pengetahuan tambahan semua, barangan yang didermakan ke dalam tong simpah ini akan dibawa ke pusat pengumpulan dan pengasingan bahan alam sekitar. Barangan ini akan diasingkan sebanyak 400 kategori. Dalam pada masa yang sama barangan ini juga akan dibahagikan mengikut barangan yang boleh didermakan, barangan yang dibaik pulih, barangan yang diberi nafas baru dan barangan yang boleh menjadi sumber tenaga baharu.

Nik Suzaila sebagai Pengasas Bersama Kloth Cares dalam menjawab soalan yang ditujukan mengenai nilai kitar semula, “Nilai barangan kitar semula ini sangat subjektif dan tidak boleh dianggarkan kerana lain-lain orang akan menderma barang yang lain. Namun sebagai contoh, kasut wanita mempunyai nilai yang lebih rendah berbanding selipar jepun dalam dunia kitar semula. Ini adalah kerana selipar jepun senang mempunyai padanan dan mempunyai permintaan yang tinggi oleh itu nilainya tinggi.”

Pengasas bersama Kloth Cares, Nik Suzila

Tambahnya lagi, “Barangan kitar semula ni bukan sahaja baju yang boleh digunakan. Baju lusuh yang koyak rabak juga diterima. Itu juga merupakan sejenis fabrik. Manakala anda boleh dermakan apa jenis beg termasuk bagasi, beg tangan dan beg sekolah yang sudah koyak rabak dan rosak. Kami menerima semuanya.”

Dengan inisiatif ini, diharap orang ramai untuk mendukung program ini dengan menderma apa sahaja yang boleh diderma. Bersama-samalah kita memilih penyelesaian bijak dalam mengurus sisa pepejal kita. Jom dermakan barang terpakai di tong kitar semula AEON Mall dan AEON BiG terpilih.

Hanya masukkan barangan terpakai
yang sudah dibungkus elok ke dalam tong.

Untuk  mengetahui lebih lanjut melalui kerjasama ini serta mendapatkan maklumat terkini boleh singgah ke Facebook https://www.facebook.com/aeonxklothcares . Anda juga boleh menghubungi 1300-22-2258 untuk mendermakan barangan terpakai yang banyak dan besar.

Tuesday 10 May 2022

Gadis Terkejut Badan Menyusut Banyak Dalam 4 Bulan

KUALA LUMPUR:  Fizikal diri Sofea, 25, dianggap berat 'terlebih muatan' acap kali dijadikan modal kecaman dan dipersenda mereka yang memerhatinya atas bawah.

Gadis terkejut badan menyusut banyak

Lebih sadis, fizikal Sofea atau nama penuhnya, Nurhidayah Ismail yang bergelar suri rumah ini juga pernah disamakan dengan tayar lori selepas empat bulan melahirkan anaknya.


Berat badan Sofea melebihi 79 kilogram ketika itu. Malah pada satu tahap, dia mengakui hampir membuat keputusan bodoh untuk membunuh diri kerana teruk berdepan 'body shaming' atau perbuatan mengejek fizikal seseorang dalam media sosial.


Namun, jauh di sudut hatinya, dia juga mahu dipandang istimewa dan rasa dihargai.


"Saya sampai tahap nak tengok diri sendiri depan cermin pun tak sanggup. Saya dibandingkan dengan mereka yang mulut ibarat tak ada 'insuran'. Malah yang mengejek fizikal saya pun ada di kalangan teman rapat.


"Sekali dua diejek, mungkin saya boleh tebalkan muka dan tahan malu. Tapi apabila banyak kali diulang ejekan sama, ia terngiang-ngiang.  Lebih kronik di depan orang ramai, saya sampai takut nak keluar rumah. 


"Nak pandang muka orang pun jadi segan. Saya banyak habiskan masa meraung dan menangis di rumah. Suami ajak beli baju pun, saya menolak kerana takut saiz baju tak ada," kata Sofea.


Berat Sofea asalnya hanya 57 kilogram (kg) sebelum hamil. Selepas berpantang, berat badannya membesar bagai 'juara'.


"Satu tahap saya cuba bersenam dan berpuasa, tapi tak menjadi. Berat badan tetap naik mendadak. Saya putus asa. 


"Saya cuba diet makan buah dan sayur. Dijadikan cerita saya ke farmasi dan memberanikan diri mencuba nasib dengan amalkan minuman kesihatan, Nuetraa Fiber D+.

Nurhidayah binti Ismail

"Tak sangka, percubaan amalan minuman itu buat saya berjaya turun ke angka 75.8 kg dalam masa dua minggu. Kemudian selepas enam minggu seterusnya, berat saya mencecah 69.2 kg. Saya jaga waktu makan, kurangkan garam dan gula juga. Saya sekarang pakai saiz baju L. Dulu 2XL," kata Sofea.

Berat Badan Sebelum dan Selepas mengambil minuman nuetraa selama 2 minggu

Jenama minuman fiber prebiotik itu  sudah tiga  tahun dan diformulasi ahli farmasi dengan 19 tahun pengalaman.


Ia berjaya membantu ramai yang berdepan masalah usus dan sembelit, membuang toksin, menurunkan berat badan dan merawat kulit bermasalah.


Jenama produk minuman berkenaan yang sudah berada di pasaran Malaysia selama 3 tahun, terus dipercayai dan unggul apabila menerima pengiktirafan Superbrand Award.


Malah dalam tempoh kehadirannya di pasaran, jenama yang beribu pejabat di Subang Jaya, Selangor itu berjaya menggembirakan ramai testimoni termasuk Sofea yang berpuas hati dengan kesan penggunaan produk itu.


Diasaskan dua individu Dato Dr Raja dan Siti Nazurah Mohd Nasir, produk itu berhasil mengembalikan keyakinan dan keceriaan individu.

Pengasas Nuetraa Dato Dr  Ilaiaraja Sagadewan & Siti Nazurah bt Mohd Nasir

Kata Siti Nazurah, Nuetraa Fiber D+ membantu melindungi sel kita daripada pendedahan toksin harian sambil membaik pulih usus dan hati.

Neutraa Fiber D+

"Ia produk pertama seumpamanya dikilangkan di Malaysia dan diformulasi di Kanada.   


"Ramai wanita mahupun lelaki berdepan masalah sama seperti Sofea. Produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dibawah kategori makanan yg diselia oleh Akta Makanan 1983 dan ianya mempunyai sijil Halal.


"Ia menjimatkan ribuan ringgit kos rawatan penyakit  berpunca daripada keradangan sel dan usus," kata Siti Nazurah.


Sementara itu, Dato Dr Raja berkata, produk berkenaan disasarkan untuk mereka berusia dari 25 hingga 55 tahun ke atas.


"Kajian terhadap kebaikan dan manfaat prebiotik, milk thistle dan akar dandelion yang amat baik untuk penjagaan hati dan usus. Ia bukan sahaja membantu menyokong kesihatan hati dan usus malah turut mengandungi manfaat lain.


"Termasuk menguatkan sistem pertahanan badan, kaya dengan antioksidan, membantu mengurangkan keradangan sel dan memberi perlindungan terhadap pendedahan toksin harian daripada pelbagai aktiviti serta makanan


"Ia dihasilkan daripada bahan semulajadi yang bagus untuk sistem pencernaan. Ia mengandungi khasiat akar dandelion, campuran buah beri, susu 'thistle', inulin dan serat larut air yang datang daripada sekam biji psyllium.


"Ia juga sesuai untuk wanita hamil selepas fasa tiga bulan kehamilan, pesakit kanser, darah tinggi dan diabetes pun boleh minum. Kecuali pesakit yang sedang menjalani dialisis. 

Neutraa Fiber D+ shaker

"Pembelian di nuetraasihat.myshoppegram.com, layak mendapat diskaun harga RM79.90 sekotak. Kita juga ada harga penjimatan dengan pek kombo ditawarkan," kata Dato Dr Raja.

Friday 29 April 2022

AEON Malaysia Beri 10 Ribu PERCUMA NFT 'Kuih Raya Kita'

Pada 27hb April 2022, telah berlangsungnya pelancaran siri pertama NFT oleh AEON CO. (M) BHD. (AEON) yang berinspirasikan Raya sempena kempen 'Raya Penuh Makna' pada tahun ini.

Bersama 8 rekaan Edisi Pertama Percuma.

Siri NFT pertama yang diberi nama Kuih Raya Kita ini berfokuskan kepada lapan jenis kuih raya utama yang sering boleh dijumpai acap kali raya. Lapan jenis kuih tersebut ialah Tart Nanas, Biskut Mazola, Biskut Coklat Almond London, Biskut Makmur Daun, Biskut Cornflakes, Biskut Dahlia, Biskut Bebola Suji dan Biskut Mentega Semperit.

8 Rekaan Edisi Pertama yang Percuma.

Ketika Sesi Pelancaran

Siri pertama NFT Kuih Raya kita ini secara tidak langsung ingin menunjukkan kepada dunia bahawa ini lah kuih-kuih tradisi Malaysia yang sering kita boleh jumpai ketika Raya. Sebab itu lah siri NFT ini diberi nama Kuih Raya Kita.

Bercakap mengenai NFT pertama ini, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata, "Hasrat Kolaborasi ini bukan setakat menyerikan sambutan Hari Raya di dalam ruang digital, malah ianya untuk menyokong karya artis tempatan. Kami menghargai bakat mereka dan ingin mempromosikan hasil kerja mereka seiring dengan tema kesuluruhan kempen Raya kami iaitu Raya Penuh Makna."

Low Ngai Yuen.

Tambahnya lagi, "Apabila kita memperkenalkan teknologi 'blockchain' bagi memelihara tradisi, seni dan budaya yang kita amalkan selama ini, kita sebenarnya telah memberi nafas baharu terhadap cara sambutan yang selama ini tidak pernah kita fikirkan".

Apabila ditanya mengenai pemilihan lapan kuih raya ini, Low Ngai Yuen menjawab, "Kami juga ingin memuatkan lebih banyak kuih raya lain lagi seperti kuih bahulu. Namun untuk siri pertama ini kami hanya fokus kepada lapan kuih raya sahaja. Pada masa hadapan, mungkin kita akan buat siri seterusnya dengan memasukkan kuih-kuih yang lain".

Berbalik kepada NFT Kuih Raya Kita, siri pertama ini direka oleh Afi Sulaiman iaitu seorang artis dalam bidang makanan. Afi juga merupakan seorang ilustrator dan penulis yang pertama mendapat pengiktirafan di dalam persada krearif Malaysia pada tahun 2019 sebagai Usahawan Seni Muda, Balai Seni Negara.

Afi Sulaiman bersama hasil rekaannya.

Afi Sulaiman turut berkongsi serba sedikit mengenai koleksi kerjasama ini bersama AEON, "Ciri seni yang saya hasilkan adalah unik, nostalgia, gembira dan penuh warna warni dengan penekanan kepada budaya tempatan. Saya merasa amat teruja untuk mengetengahkan kuih tradisi Melayu melalui kerjasama dengan AEON. Saya berharap rakyat Malaysia dapat menikmati kuih raya digital yang unik ini sebagaimana saya suka membuatnya".

Sebagai tambahan, pelancaran siri pertama NFT Kuih Raya Kita ini juga mendapat kerjasama daripada Meta Universe Sdn. Bhd (MU). Ini adalah kerana MU mempunyai manfaat tekonologi dan elemen Web3 daripada metaverse iaitu aset digital dan infrasturktur maya. Ini merupakan manfaat besar kerana NFT ini bukan sahaja didagangkan di platfrom semata-mata untuk teknologi 'blockchain' tapi juga dijadikan utiliti dalam dunia metaverse.

Ketua Pegawai Esekutif MU, Khalid Gibran berkara, "Siri NFT ini akan menginovasikan cara AEON berkomunikasi dengan pelanggan mereka. Secara tidak langsung, AEON telah mencipta sentuhan kesetiaan yang berbeza dengan memberikan pelanggan pengalaman terkini  untuk memiliki aset digital dalam ruang digital."

Khalid Gibran.

Low Ngai Yuen juga menambah, "Kami mahu melakukan lebih banyak lagi. Ekosistem peruncitan merupakan himpunan produk ikonik terkenal di dunia ini dengan pelbagai kisah dan kenangan yang perlu diabadikan. Sekiranya kita boleh mendigitalkan pengalaman ini, kita akan membawanya kepada sebuah realiti baru secara maya."

Berbalik kepada NFT Kuih Raya Kita, siri ini mempunyai 16 rekaan. 16 rekaan ini dipecahkan kepada 8 rekaan untuk Eidisi Pertama dan 8 selebihnya untuk Edisi kedua. Edisi pertama boleh ditebus secara percuma oleh semua ahli member AEON sehingga 1 Mei 2022. Manakala edisi kedua akan dijual RM80  untuk 1 rekaan di Opensea pada 2 Mei nanti. Setiap rekaan adalah terhad kepada 1250 keping sahaja.

Antara lain, AEON juga memperkenalkan NFT edisi istimewa dan terhad melalui Discord yang juga di bawah siri 'Kuih Raya Kita'. Untuk NFT melalui discord ini, rekaan ini adalah berasaskan balang kuih raya yang dihasilkan oleh Izzati Suza. Izzati Suza merupakan artis dan pemilik Kedai Suza di Melaka. 

Izzati Suza bersama rekaannya.

Untuk NFT yang dihasilkan Izzati, NFT dihasiljan berinspirasikan balang kuih raya dengan tiga rekaan yang berlainan tema. Tema tersebut ialah 'Alas Meja Nenek', 'Quarantine Raya' dan 'Raya Penuh Makna'. Untuk rekaan Izzati, hanya 10 keping sahaja dihasilkan bagi setiap rekaan.

Izzati berkata, "Saya benar-benar cenderung kepada tema Raya AEON untuk tahun ini iaitu Raya Penuh Makna. Ianya amat bermakna apabila kira dapat menyambut Raya bersama yang tersayang apabila telah melalui perintah berkurung selama dua tahun. Semenjak pandemik melanda, ramai daripada kita telah mengamalkan cara hidup digital lantas kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan siri NFT Raya yang unik ini untuk mebjadikan sambutan tahun ini lebih diingati."

Kesimpulan yang boleh saya rumuskan untuk siri pertama AEON NFT Kuih Raya Kita:

Edisi pertama: 

- Koleksi percuma untuk ahli member AEON sehingga 1 Mei. 8 rekaan daripada 16 rekaan siri Kuih Raya Kita.

Edisi kedua:

- Penjualan di OpenSea bermula 2 Mei hingga 13 Mei dengan harga RM80 untuk 1 rekaan. Baki lagi 8 rekaan daripada 16 rekaan NFT Kuih Raya Kita.




Edisi Discord:

- NFT istimewa yang boleh didapati apabila anda mengikuti discord AEON. Ada tiga rekaan sahaja dengan tema berbeza-beza. Terhad kepada 10 keping bagi 1 rekaan.


Nak tahu bagaimana nak tebus NFT edisi pertama percuma dan cara mendapatkan NFT edisi kedua & edisi discord boleh lah layari laman web https://aeonretail.com.my/promotion/kuihrayakita2022/NFT/ . Dapatkannya segera sementara masih ada ya. 

Untuk melihat lebih banyak kempen dan promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna', boleh layari www.aeonretail.com.my .

Selamat memiliki NFT dan memasuki dunia digital. Juga saya ucapkan Selamat Hari Raya.

Monday 18 April 2022

AEON x JOVIAN Nusantara koleksi raya premium esklusif hanya di AEON.

Pada 16 April 2022, AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah memperkenalkan kolaborasi Koleksi AEON Raya 2022 terkininya bersama pereka fesyen dan usahawan terkemuka, Dato’ Jovian Mandagie dalam pelancaran media eksklusif di AEON Mall Shah Alam. Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara ialah hasil daripada kolaborasi ini.

Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN

Sempena raya tahun ini, Jovian telah mendalami asal-usul Nusantara. Nusantara pula adalah nama Jawa Kuno yang pada asalnya merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit yang bermula pada abad ke-13. Manakala, wanita di kepulauan nusantara ketika itu telah sebati dalam sejarah dan budaya sebagai simbol kecantikan. Maka tercetusnya inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini. 

Sebagai tambahan, Koleksi AEONxJOVIAN Nusantara ini turut mengambil tema serta idea daripada asal usul keturunan Dato’ Jovian sendiri iaitu Malaysia dan Indonesia. OIeh hal itu, potongan kain bercirikan Malaysia dan corak kain bercirikan Indonesia mampu dilihat di koleksi ini. 

Antara ciri tersendiri rekaan koleksi ini.

Potongan Malaysia, Corak Indonesia.

Bercakap berkenaan koleksi ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata, “Sesebuah perayaan itu  secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden – sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato’ Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya. Akhirnya terhasil lah senarai pra-pesanan yang panjang di platfom iAEON Lifestyle kami. Harapan kami agar pelanggan setia kami akan berpuas hati sebagaimana usaha keras yang kami laksanakan semasa persediaannya sejak Oktober tahun lepas.”

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran
AEON, Low Ngai Yuen di tengah-tengah diapit orang kuat kolaborasi ini.

Sebagai pengenalan ringkas, Dato’ Jovian Mandagie merupakan salah seorang pereka paling berjaya di Malaysia. Beliau terkenal dengan pengaruh Mal-Indo merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen yang bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie house (JM).

Dalam ucapan Dato’ Jovian, “Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ianya telah memenuhi keperluan wanita di Malaysi dan memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN juga direka dengan pendekatan yang sama.”

Dato' Jovian Mandagie ketika ucapan
majlis pelancaran.

Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara ini bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, koleksi ini juga dilengkapi dengan pelitup muka tiga lapis dan KF94 dengan rekaan unggul Jovian Mandagie. Pelitup muka dalam rekaan Nusantara baharu ini dibuat untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan khusunya koleksi ini sendiri.

Untuk pengetahuan semua, koleksi Nusantara ini mempunyai 12 rekaan kesemuanya. Manakala setiap rekaan hanya dihasilkan sebanyak 200 helai sahaja. Ini adalah untuk memastikan koleksi premium ini tetap esklusif. Adalah digalakkan untuk membuat pembelian awal memandangkan stok semakin cepat habis.

Antara Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN:





Sebagai tambahan, pakaian ini direka khas sesuai dengan iklim di Malaysia yang sentiasa panas. Oleh itu, material yang digunakan ialah campuran polister untuk membuatkan kain baju ‘sejuk’ dan selesa digunakan walaupun sepanjang hari. 

Tambahan pula, meskipun rekaan ini bersifat premium dan esklusif dengan corak dan potongan unik, koleksi baju raya ini senang untuk dicuci dengan tangan tanpa perlu dihantar ke servis dobi. Manakala harga koleksi ini pula amat berpatutan dengan harga koleksi bagi kanak-kanak bermula dari RM139, harga bagi koleksi lelaki bermula dari RM179 dan koleksi wanita bermula dari RM229. 

Koleksi ini sudah boleh didapatkan bermula pada 15hb April tersedia secara di tujuh buah cawangan AEON iaitu AEON MALL Shah Alam, AEON MALL Wangsa Maju, AEON MALL Taman Maluri, AEON Mid Valley, AEON Queensbay, AEON MALL Kota Bharu dan AEON MALLTebrau City. Koleksi Nusantara AEON X JOVIAN juga boleh didapatkan secara atas talian untuk semua pra-pesanan iAEON Lifestyle di iAEON Lifestyle - JOVIAN .

Koleksi ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna.  Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di www.aeonretail.com.my .

Tuesday 5 April 2022

Ejen2U Bantu Usahawan Mengurus Ribuan Ejen

Malaysia merupakan sebuah negara yang penuh dengan usahawan daripada pelbagai perniagaan dari sekecil-kecil untung hinggalah untung yang berjuta-juta. Sejak kebelakangan ini pula, munculnya pelbagai perniagaan dan penampilan usahawan baru umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satu modus operasi perniagaan yang paling banyak diguna pakai pula ialah sistem ejen.

Pegawai Eksekutif Operasi Ejen2U, Sheik Ezaiddin

Namun, jumlah ejen bagi satu-satu perniagaan cepat berkembang sehingga ramai usahawan dan bahagian pengurusan syarikat tidak menang tangan untuk mengawal ejen-ejen mereka. Belum lagi wujudnya pelbagai ketidakadilan dalam pengurusan komisen dan sebagainya. Akhirnya ramai yang cepat naik, ramai juga yang cepat turun.

Hal ini lah yang Ejen2U mahu selesaikan. Ditubuhkan oleh Sheikh Ezaiddin selaku Pegawai Eksekutif Operasi Ejen2U, beliau merupakan seorang bekas jurutera sistem yang kemudian menerokai alam  Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS). Di sini beliau berjumpa pelbagai usahawan dan ahli perniagaan yang tidak arif mengenai data apa yang perlu didigitalkan. Bahkan apabila ditanya apa itu perniagaan secara digital, kebanyakkan mereka hanya mengetahui perniagaan digital ini ialah dengan menggunakan laman web ataupun pemasaran iklan.

Sheikh Ezaiddin

Daripada sini beliau mempunyai buah fikiran, “Jika jualan melalui cara lama masih mampu mencatat keuntungan berjuta, apa lagi kalau sistem perniagaan mereka dijalankan secara digital?”.

Beliau juga turut berkata, “Ketika COVID melanda, ramai usahawan makanan menceburi bidang atas talian dan usahawan ini mula menyesuaikan sistem ejen ini dalam perniagaan mereka. Memandangkan makanan mempunyai kadar pembeli ulangan yang tinggi serta menjana untung yang berbaloi, peningkatan ejen juga ketara. ”

Tambah beliau lagi, “Dalam peningkatan ejen dan jualan makanan pada musim pandemic ini, ramai antara mereka merupakan wanita dan suri rumah”.

Di situ Sheikh Ezaiddin turut berniat untuk menubuhkan Ejen2Uuntuk membantu usahawan yang menggunakan sistem ejen untuk lebih melancarkan urusan perniagaan mereka di samping membantu para ejen khususnya wanita ini menjana pendapatan dengan sistem yang adil. Melalui program yang ditawarkan, sistem ini boleh dibuat berdasarkan permintaan usahawan seperti penetapan pangkat, komisen, pengiraan stok, gerbang pembayaran dan pelbagai lagi.

Sistem di hujung jari menggunakan peranti pintar

Apa yang membezakan pengurusan menggunakan sistem Ejen2U dan cara tradisi ialah Ejen2U membolehkan usahawan serta peniaga masih dapat berhubung terus dengan ejen di bawah sekali. Ini untuk mengelakkan ada ejen yang terabai dek kerana jumlah ejen yang kian berkembang. Antara itu, Ejen2U dapat menampung pertambahan jumlah ejen yang pelbagai lapisan tanpa berkompromi dengan sistem sokongan. Paling utama ialah sistem ini disukai para ejen kerana hak mereka tidak tertindas dengan permainan harga, sistem komisen yang adil, pembayaran komisen yang konsisten serta menghalang perbuatan sailang pembeli daripada pihak syarikat itu sendiri.

Ejen2U ini juga tidak mahu sistem ejen ini menjadi ‘Multi-level Marketing’ ataupun singkatannya MLM kerana perniaga boleh dikenakan akta jualan langsung serta tidak mahu ejen-ejen yang ada terkontang-kanting diabaikan apabila sudah berada di level paling bawah.

Oleh itu, Ejen2U turut memberi latihan perniagaan dan penjelasan analitik daripada sistem data mereka kepada usahawan yang menyertai mereka. Ini adalah untuk membantu usahawan mengenali pasaran mereka serta memberi perhatian yang cukup kepada ejen mereka dari segi latihan, perhatian dan pemasaran.

Sheikh Ezaiddin bersama bahagian IT dan sokongan

Selain itu Ejen2U memberi 3 jaminan perniagaan. Pertama, memberikan sistem sokongan yang baik di mana mereka akan menyelesaikan masalah jika timbul serta sentiasa membantu untuk menyelia sistem pelanggan. Kedua, harga mampu milik serendah RM 700 sebulan tanpa kontrak berbanding bayaran lunas berpuluh hingga ratusan ribu untuk sistem yang sama. Ketiga pula berkenaan dengan menjanjikan integriti data pelanggan serta keselamatan web melalui Infra Amazon Web Service.

Atas: Antara pelanggan dan pengguna Ejen2U 
Bawah: Gerbang bayaran yang ditawarkan dalam sistem Ejen2U

Syarikat yang masih hijau ini turut melangkah lebih jauh apabila baru-baru ini mereka telah menerima sumbangan daripada 500 Global yang berasal daripada Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Adalah sedia maklum bahawa pelaburan daripada Lembah Silikon ini bukti bahawa sesuatu syarikat mempunyai potensi yang lebih besar untuk dikembangkan. Namun tidak lupa juga Ejen2U sebelum ini juga telah mendapat dana daripada Cradle iaitu syarikat daripada Malaysia yang tidak kurang hebatnya kerana Cradle turut terkenal dengan syarikat yang memberi batu loncatan terhadap syarikat-syarikat lain sehingga mampu berkembang hingga ke luar negara.

Para usahawan dan peniaga yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau berminatu untuk menggunakan khidmat Ejen2U boleh lah lawati laman web Ejen2U.

 

Wednesday 30 March 2022

RM600 Ribu Zakat Perniagaan McDonald’s Diterima Lembaga Zakat Selangor, Mangsa Banjir Terima Sumbangan

Majlis penyerahan zakat perniagaan oleh McDonald’s Malaysia dan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir telah berlangsung di McDonald’s Banting baru-baru ini. Sejumlah RM600 ribu telah dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan tahun 2021 berjumlah RM600 ribu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), jumlah yang tertinggi sejak McDonald’s mula membayar zakat kepada LZS. Sehingga tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Jumlah bayaran ini juga telah merekodkan dua pencapaian yang mengagumkan kerana ini merupakan jumlah zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor dan jumlah tertinggi secara keseluruhan bagi McDonald’s Malaysia sendiri sejak mula membayar zakat perniagaan enam tahun lalu. 

Pembayaran zakat perniagaan ini bermula apabila syarikat utama McDonald’s yang bertapak di Amerika Syarikat telah diambil alih oleh Lionhorn Pte.Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 1hb Disember 2016. Ini menjadikan McDonald’s sebagai syarikat khidmat segera yang terkenal ini dimiliki oleh majoriti pemegang saham dan pelabur islam.


Selain daripada bayaran zakat, McDonald’s Malaysia juga turut menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar. Penerima terdiri daripada 50 buah keluarga terpilih sekitar Banting yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.


McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada setiap keluarga yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.


Majlis pembayaran zakat perniagaan dan penyerahan sumbangan ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, yang menyaksikan sumbangan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia, kepada  En. Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor.


Dalam ucapan pembukaan, Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia turut berkata ,“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald’s Malaysia, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat. Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bermakna di mana kami mampu menyumbang zakat sebanyak RM600 ribu bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya, khususnya golongan yang terjejas akibat banjir di daerah Banting, Selangor,”


Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia ketika ucapan pembukaan

Beliau turut berkata lebih tujuh ribu aktiviti komuniti dibawah seliaan Rumah Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dijalankan di seluruh negara untuk membantu lebih banyak lagi orang yang memerlukan. Bukan setakat itu sahaja, McDonald’s komited dalam membantu anak-anak asnaf di bawah program pembiayaan pelajar kolej komuniti hingga SKM Tahap 3 terutama bidang pemakanan dan telah memanfaatkan 46 anak asnaf setakat ini. 


Dengan sokongan yang terus menerus daripada penduduk Malaysia, McDonald’s Malaysia masih mampu berdiri teguh meski turut berhadapan dengan situasi COVID-19. Ini membuatkan McDonald’s Malaysia ingin terus-menerus menyumbang kepada komuniti setempat.


Setakat tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. McDonald’s Malaysia juga merupakan antara pembayar zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor. Tambahan pula, sumbangan zakat perniagaan bagi negeri-negeri lain pula akan menyusul tidak lama lagi.


Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen Halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.


Oleh kerana McDonald’s Malaysia menunjukkan suri teladan perniagaan yang baik, Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor turut berkongsi beberapa kata, “LZS amat mengharapkan sumbangan berterusan daripada syarikat korporat di luar sana seperti McDonald’s Malaysia demi menyantuni kelangsungan asnaf di Selangor. Lebih-lebih lagi jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin dijangka meningkat kesan daripada situasi ekonomi sekarang. Ini bermakna keperluan agihan zakat juga akan turut meningkat seiring dengan pertambahan asnaf di Selangor.” 


Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan,
Lembaga Zakat Selangor ketika berucap di majlis.


Dengan itu diharapkan agar penduduk Malaysia akan dapat terus menerus menyokong McDonald’s Malaysia serta percaya bahawa makanan dan minuman yang disediakan di seluruh McDonald’s di dalam Malaysia ini terjamin halal toyyiban.