Wednesday 30 March 2022

RM600 Ribu Zakat Perniagaan McDonald’s Diterima Lembaga Zakat Selangor, Mangsa Banjir Terima Sumbangan

Majlis penyerahan zakat perniagaan oleh McDonald’s Malaysia dan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir telah berlangsung di McDonald’s Banting baru-baru ini. Sejumlah RM600 ribu telah dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan tahun 2021 berjumlah RM600 ribu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), jumlah yang tertinggi sejak McDonald’s mula membayar zakat kepada LZS. Sehingga tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Jumlah bayaran ini juga telah merekodkan dua pencapaian yang mengagumkan kerana ini merupakan jumlah zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor dan jumlah tertinggi secara keseluruhan bagi McDonald’s Malaysia sendiri sejak mula membayar zakat perniagaan enam tahun lalu. 

Pembayaran zakat perniagaan ini bermula apabila syarikat utama McDonald’s yang bertapak di Amerika Syarikat telah diambil alih oleh Lionhorn Pte.Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 1hb Disember 2016. Ini menjadikan McDonald’s sebagai syarikat khidmat segera yang terkenal ini dimiliki oleh majoriti pemegang saham dan pelabur islam.


Selain daripada bayaran zakat, McDonald’s Malaysia juga turut menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar. Penerima terdiri daripada 50 buah keluarga terpilih sekitar Banting yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.


McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada setiap keluarga yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.


Majlis pembayaran zakat perniagaan dan penyerahan sumbangan ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, yang menyaksikan sumbangan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia, kepada  En. Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor.


Dalam ucapan pembukaan, Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia turut berkata ,“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald’s Malaysia, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat. Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bermakna di mana kami mampu menyumbang zakat sebanyak RM600 ribu bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya, khususnya golongan yang terjejas akibat banjir di daerah Banting, Selangor,”


Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia ketika ucapan pembukaan

Beliau turut berkata lebih tujuh ribu aktiviti komuniti dibawah seliaan Rumah Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dijalankan di seluruh negara untuk membantu lebih banyak lagi orang yang memerlukan. Bukan setakat itu sahaja, McDonald’s komited dalam membantu anak-anak asnaf di bawah program pembiayaan pelajar kolej komuniti hingga SKM Tahap 3 terutama bidang pemakanan dan telah memanfaatkan 46 anak asnaf setakat ini. 


Dengan sokongan yang terus menerus daripada penduduk Malaysia, McDonald’s Malaysia masih mampu berdiri teguh meski turut berhadapan dengan situasi COVID-19. Ini membuatkan McDonald’s Malaysia ingin terus-menerus menyumbang kepada komuniti setempat.


Setakat tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. McDonald’s Malaysia juga merupakan antara pembayar zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor. Tambahan pula, sumbangan zakat perniagaan bagi negeri-negeri lain pula akan menyusul tidak lama lagi.


Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen Halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.


Oleh kerana McDonald’s Malaysia menunjukkan suri teladan perniagaan yang baik, Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor turut berkongsi beberapa kata, “LZS amat mengharapkan sumbangan berterusan daripada syarikat korporat di luar sana seperti McDonald’s Malaysia demi menyantuni kelangsungan asnaf di Selangor. Lebih-lebih lagi jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin dijangka meningkat kesan daripada situasi ekonomi sekarang. Ini bermakna keperluan agihan zakat juga akan turut meningkat seiring dengan pertambahan asnaf di Selangor.” 


Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan,
Lembaga Zakat Selangor ketika berucap di majlis.


Dengan itu diharapkan agar penduduk Malaysia akan dapat terus menerus menyokong McDonald’s Malaysia serta percaya bahawa makanan dan minuman yang disediakan di seluruh McDonald’s di dalam Malaysia ini terjamin halal toyyiban.

No comments:

Post a Comment