Thursday, 25 August 2022

GIANT Malaysia Mensasarkan 500,000 Sumbangan Makanan Kepada Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 — Giant mensasarkan sebanyak 500,000 sumbangan makanan kepada golongan yang memerlukan dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP) menjelang akhir tahun depan. Sasaran ini akan dilaksanakan melalui pelancaran Kempen "Have You Eaten?" atau “Sudah Makan?” .

Gimik Pemberian Sumbangan Kepada Keluarga yang memerlukan.

Wakil Giant Malaysia & The Lost Food Project di Kempen
“Sudah Makan?”.

Kempen yang dinamakan "Have You Eaten?" ini berkaitan dengan sebuah frasa yang sering digunakan di Asia bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan terhadap orang lain. Maka kempen ini memaparkan salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia.

Kempen “Sudah Makan?” atau “Have You Eaten”

Melalui kempen ini, peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli, akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan. Lebih tepat lagi 10sen daripada setiap KG beras Meadows akan disumbangkan ke The Lost Food Project.

Poster rasmi.

Komitmen ini meliputi seluruh produk beras Meadows yang boleh dibeli di Giant, serta semua pasaraya di bawah GCH Retail yang turut menyokong pengembangan Program sumbangan makanan Giant, dengan kerjasama TLFP. 

Pada pelancaran hari ini, Giant juga telah mengumumkan kerjasama baharunya dengan TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant, bersama dengan 4,000 kg makanan keperluan atau anggaran bersamaan dengan 11,430 hidangan makanan, kepada 200 buah keluarga yang terdiri daripada PPR Seri Semarak dan PPR Sg Bonus. 

Ketika Majlis Penyerahan kepada 200 buah keluarga di Masjid berdekatan dengan Giant Setapak.

Majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna itu turut disaksikan oleh En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Diantara barangan makanan yang sempat disumbangkan oleh Giant, terdiri daripada barangan keperluan seharian seperti Beras Meadows, Minyak Masak, Tepung, Gula, Kit Ujian Kendiri C-19 dan beberapa barangan runcit. Baucar tambahan bernilai RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga, bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka perlukan.

Lori sumbangan sedah diisi dengan sumbangan makanan.

Objektif Kempen

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran Giant, SEA (Makanan) yang turut datang ketika pelancaran berkata, “Giant sedang berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik untuk membantu pelanggan kami meningkatkan nilai mata wang mereka pada masa yang mencabar ini. Kami sedar bahawa semakin ramai dalam komuniti setempat yang mungkin tidak mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sehari sekali, apatah lagi tiga kali sehari bagi menampung kehidupan seharian mereka.”

Perlepasan lori dan van sumbangan makanan.

“Oleh itu, selari dengan misi kami untuk menyediakan pelanggan apa yang mereka perlukan, kami juga perlu berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.”


Derma makanan sahaja adalah tidak memadai, kerana terdapat juga keperluan untuk mengagihkannya dengan cepat, terutamanya barangan segar. Oleh itu, Giant mengambil satu lagi langkah untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan menderma sebuah lori penghantaran Giant. Lori ini bertujuan untuk mengumpul dan mengagih lebihan makanan, di kawasan sekitar pasaraya Giant di Lembah Klang. Lori ini dihiasi dengan penjenamaan kempen dengan terang. 

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menimbulkan kesedaran tentang inisiatif ini, Giant juga telah mengubah penampilan semua kenderaan penghantarannya untuk memaparkan mesej kempen tersebut, sebagai jemputan dan galakkan kepada pelanggannya untuk turut serta dalam membantu memberi makanan kepada mereka yang kelaparan. 

Encik Lee menyimpulkan bahawa, "Kami ingin menggalakkan pelanggan kami dan orang ramai untuk menyertai kami dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, serta menangani masalah kelaparan di Malaysia. Walaupun dengan hanya membeli sekilo beras, anda sudah boleh membuat satu perubahan. Lagipun, kami benar-benar percaya bahawa “If's The Little Things That Will Make a Giant Difference!”.

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran Giant, SEA (Makanan)

En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, ketika menyaksikan penyerahan lori penghantaran Giant kepada TLFP serta majlis penyerahan sumbangan makanan kepada wakil keluarga jemputan yang turut hadir mengulas, “Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat yang mengalami krisis kekurangan makanan. Jalinan kerjasama antara Giant bersama The Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),"

En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sememangnya perubahan iklim merupakan salah satu cabaran terbesar pada generasi kini. Kesan buruknya semakin ketara daripada gelombang haba Eropah kepada banjir dan musim kemarau yang berulang di Malaysia. Kesannya terhadap tanaman, perikanan dan ternakan hanya dapat dibayangkan, yang mana ia mungkin dengan secara tidak langsung, boleh mengakibatkan peningkatan kelaparan.

Gas rumah hijau (GHG) daripada industri makanan sahaja, menyumbang 344 daripada jumlah pelepasan yang telah mengakibatkan krisis iklim hari ini.

“Kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Giant bagi memberikan sebahagian daripada penyelesaian bagi pengurangan perubahan iklim. Tindakan untuk meminimumkan lebihan makanan di mana perlu dan mengelakkannya daripada berakhir di tapak pelupusan sampah, sebaliknya menjadikan ia sebagai pemberi harapan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, dengan membantu memenuhi meja makan mereka dengan makanan," jelas Zaiwiyah binti Saimon, Presiden The Lost Food Project. 

Giant Food Rescue x TLFP

Giant telah mula merintis dan bekerjasama dalam program Selamatkan Makanan dengan TLFP pada 2018, dengan hanya 12 cawangan yang mengambil bahagian. Kini dengan kerjasama yang lebih kukuh bersama TLFP, Giant bakal menambah bilangan pasaraya yang mengambil bahagian kepada 12 buah pasaraya Giant yang akan turut memberi sumbangan bagi kategori makanan Segar & Kering.

Antara van untuk pengagihan sumbangan.

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) berkata: “Penambahan ini adalah perlu kerana kini terdapat lebih banyak keluarga yang memerlukan bantuan, terutamanya pasca pandemik, di mana ianya telah menjejaskan lebih ramai orang dalam komuniti di sekeliling kami.”

“Matlamat kami adalah untuk sentiasa menambahbaik serta mengembangkan program ini ke seluruh negara, walau bagaimanapun dua tahun kebelakangan ini sememangnya mencabar. Kami amat bersyukur kerana kini kami dapat meneruskan niat murni kami untuk mengembangkannya ke seluruh negara, dengan tujuan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat di kawasan lain yang mempunyai operasi pasaraya Giant.”

Maklumat lanjut mengenai kempen boleh layari dipautan ini -> https://www.giant.com.my/campaigns/

No comments:

Post a Comment