Salam Ramadan
2019 semua.
Bila bulan puasa
datang mula lah nak mencari sesuatu yang istimewa untuk berbuka kan? Ha
sekarang ni terbaru daripada ShellOut iaitu Pakej
Bulan Ramadan iaitu Makan Mana? Terdapat dua pilihan untuk pakej ini
iaitu Makan Syiok (makan 4 orang) dan Makan Sedap (makan 2 orang).
Di apit oleh isteri orang. Haha. Dari kiri
Ain, saya dan Beto.
Patutnya belah Ain tu ada Wani tapi tengah
main dengan
anak Beto kot?
|
Istimewa juga,
ShellOut memperkenalkan sos terbaru mereka iaitu Sos Selera Nyonya!
Sos Selera Nyonya
ini anda boleh pilih untuk makan sekali dengan Pakej Bulan Ramadan
tau. Makan Mana dan Sos Selera Nyonya sudah boleh dipesan di ShellOut bermula
6 Mei yang lepas tapi dalam tempoh yang terhad je sehingga 23 Mei! (Harap
Sos Selera Nyonya boleh jadi menu kekal, saya terlajak cinta!)
Berbalik kepada pakej ramadan Makan Mana? Ada dua set Makan Syiok dan Makan Sedap. Pakej dia seperti berikut:
Makan Syiok RM 382.90
|
Beza antara
kedua-dua pakej ini ialah kuantiti, kehadiran lobster dan udang sahaja. Pilihan
sos untuk ShellOut boleh dipilih seperti biasa. Tapi direkomendasikan untuk
mencuba Sos Selera Nyonya terbaru.
Makan Sedap RM 179.90
|
Meski rekomendasi
mengatakan makan untuk empat atau dua orang, makanan yang dijamu sebenarnya
terlajak banyak tau. Bawalah ekstra seorang sehingga tiga orang kawan tau!
Lelebih lagi kalau ada yang tak kuat makan, orang kuat makan pun tak boleh
tampung!
Serius sangat
banyak!!!!
Saya sendiri dah cuba pakej Makan Syiok sebab tu tau jumlah banyak mana, siap bawa lebih kawan lagi! Pun masih tak habis, saya bungkus lelebih tu. Hehe. Sekarang, jom saya bawa anda ke ulasan tulus dari jiwa sanubari!
Ini lah dia kesayangan saya~ Menggunakan sos
selera nyonya.
|
Ini
baru bahagian utama 'ShellOut' tau. Baru satu set!
Saiz:
Banyak dan besar sangat
Kesegaran:
Ya!
Sos
Selera Nyonya: Sedap!
Kalau
siapa dah pernah pergi ShellOut kan, selalu mesti ambik sos chili crab tu kan.
Bagi saya sos chili crab lebih kepada manis lemak-lemak, tapi Nyonya Sos ni
berbeza sangat! Rasa masin, masam, pedas, manis-manis kicap serta kepadatan sos
dengan bawang-bawang cili kisar tu boleh rasa!
Sos
ni tak menyebabkan anda berselera lebih lagi sebab dia tak memuakkan pun.
Mungkin sebab ada rasa masam tu, saya boleh makan banyak! Jujur eh, 'the
best ShellOut sauce everrrrrrrrrrr'!
Puji-puji
jugak, sos ni tak pedas sangat dan masih ada rasa manis-manis sikit~
Besar ya lobster dan ketam tu. Isi dua-dua
penuh. Bukan kosong! Tak berebut pun nak makan~
|
Lobster
dan ketam gedabak ya, isi pun padat penuh. Belum lagi dengan udang dia
gemuk-gemuk. Kenyang makan isi je! Belum lagi makan nasi. Sayur lain pulak
dicelur dan rebus tak terlalu empuk masih ada keras-keras sedap digigit. Haip!
Tahan
puasa~
Nasi kerabu!!!!! Nasi kerabu dia pun
sedapppppp! Fillet ikan cecah dengan sos tartar terbaik!
|
Fillet
ikan dia pun segar, tak rasa berminyak. Paling sedap bila cecah dengan sos
tartar tu. Uiiiiiii, sos tartar dia sedapppppp. Colek dengan benda lain pun
padu! Kuih pula bagi saya pun sedap. Tak rasa kurang perisa ke, tak terlalu
diubah sangat dan sebagainya. Masih boleh rasa seperti kita beli kuih sendiri kat
Bazar Ramadan~
Kurma dan kuih melayu seperti kuih pelita,
kuih lapis dan agar-agar pun
disediakan. Ni konon nak makan 4! Tapi makan
6 orang pun tak apa!
|
Air Ribena dan Oren Soda! Ni serius minum
tekak rasa gulup gulup ahhhh~
|
Air
yang istimewa untuk Pakej Bulan Ramadan Makan Mana? ialah Air Ribena dan Oren
Soda. Air ni sejuk-sejuk memecah anak tekak terbaik! Rasa dia manis masam jugak
tau, boleh bagitau untuk kurang manis sesiap. Hehe, sebab saya memang jenis tak
minum manis. Tapi masa makan banyak makanan kat atas, bila teguk air ni nikmat
dia lain macam!
Boleh
makan lagi dan lagi~ 'so refershing'
Secara
keseluruhan agak berbaloi dan puas hati walaupun nampak macam eh mahalnya
beratus, tapi benda boleh kongsi kenapa nak makan sorang kan~ Jadi bila makan
ramai-ramai sebenarnya lebih seronok dan jimat. Rasa semua cukup daripada ke
makanan laut, sos, minuman, makanan sampingan termasuklah layanan elok yang
diberikan. Anda patut cuba walaupun sekali waktu bulan puasa ni tau.
Selain
tu jugak, ShellOut turut menyajikan menu baru yang lain tau. Seperti Gojijang
Chicken Wings, Cheese Mayo Mussels dan Parmesan Breadcrumbs Mussles. Boleh cuba
jugak ya!
Dari kiri Gojijang Chicken Wings, Cheese
Mayo Mussels dan Parmesan Breadcrumbs Mussles.
|
Terliur
kan? Rasa nak pergi lagi lahhhhh! Sesambil tu saya sisipkan ruangan deko
ShellOut cawangan G-Village Desa Pandan yang saya pergi hari tu.
Luaran dia gini. Sangat luas. Senang nak
bawa keluarga dan sahabat handai.
|
Setiap sudut tu ada 'instaworthy'
wall!
|
Bersama kawan dan keluarga ShellOut. Mak
ayah Qis (tidung merah angkat baby) segan nak bergambar.
|
Sekian
saja untuk ShellOut Pakej Ramadan 2019 kali ini. Sebarang info lanjut boleh
rujuk kat bawah ya.
Maklumat
lanjut:
ShellOut
Malaysia
16-1
Jalan Pju 5/15, Dataran Sunway Damansara
Petaling
Jaya, Malaysia 47810
Laman
rasmi:http://www.shellout.com.my
Laman
Facebook:https://www.facebook.com/theshellout/
Instagram:https://www.instagram.com/shellout/
Cawangan:
Kota Damansara Setia Alam, Publika, G-Village Desa Pandan, Ayer 8 Putrajaya,
Main Place USJ 21 dan Vista Alam Shah Alam (Baru).
Masa
Operasi: Mengikut cawangan masing-masing rujuk disini.
Ralat*
Pembukaan ShellOut di Vista Alam, Shah Alam & Pakej Mana Makan?
Dibuka 12 Mei ini!
|
Selamat
berpuasa dan menjamu selera. Sehingga berjumpa di lain entri. Tata~