Thursday 28 March 2019

Korset Bengkung Letop Pilihan Selebriti, Hushworx Fitness Wear (Combo Raya 1+1)

Salam semua,

Bulan puasa dan raya bakal nak tiba ramai lah nak meramping kan segala bentuk tubuh badan yang ada ni. Sampai satu masa kita terfikir nak beli "shapewear" untuk membantu dari segi luaran. Jadi pilihan anda mesti nak cari korset kan? Hehe.

Saya bersama Puan Rizlin, pemilik dan pengasas Hushworx Fitness yang berusia 37 tahun. Eheks Saya lagi besar
dan gelebeh. Hehehehehe. Mampuihhh kalah teruk! Puan Rizlin mengamalkan bengkung ciptaan beliau sendiri tau!

Tadaaaaaa memperkenalkan Hushworx Fitness Wear!

Hushworx Fitness Wear memperkenalkan korset dan bengkung atau juga dikenali sebagai 'waist trainer' untuk tujuan estetik, aktiviti senaman dan sokongan postur badan/tulang belakang. Menariknya terdapat ENAM saiz daripada XS hingga XXXL! Bahkan Puan Rizlin bercadang untuk mencipta sehingga LAPAN saiz pada masa hadapan.

Antara korset yang ada.

Kenapa harus banyak saiz? Sebab pemilik dan pengasas jenama Hushworx Fitnesswear iaitu Puan Rizlin ingin semua orang dapat sokongan yang sepatutnya tanpa perlu risau dengan saiz badan mereka. Ye lah beli kat luar kadang-kadang datang dengan satu saiz. Pakai sekejap dah longgar. Eh! Macam kisah saya nak jimat je beli yang murah lepas tu 3 bulan macam tak dak kesan. Hehe.

Boleh beza ya antara yang tak berjenama kita beli murah dan Hushworx Fitnesswear. Beli murah Kena tukar lepas longgar lepas tu kesan pun lambat atau tak nampak. Bayangkan lah bengkung Hushworx Fitnesswear tahan sampai 3 tahun? 3 tahun tu tak lah nampakmacam baru, nampak jugak lah warna pudar bagai tapi kain masih elok tak longgar? Haaaaaa.
Pengalaman Puan Rizlin membawa jenama Hushworx Fitnesswear daripada 2012 lah dijadikan sebagai penambahbaikkan pembuatan customade produk beliau. Daripada pengalaman sendiri memakai bengkung hinggalah masalah orang ramai dititikberatkan sehingga menjadi kelebihan yang tak dapat ditiru oleh bengkung komersil lain.

Kalau dah ada minat dan ilmu dalam bidang shape wear ni, memang hasilnya bagus. Sebab tu boleh faham kenapa Hushworx Fitnesswear ni banyak jenis korset dan bengkung serta fungsi. Bukan satu produk pukul rata aje. Ini untuk menyelesaikan masalah kita hadapi yang lain-lain jugak~

Dari kiri, premium latex, latex, latex dan cotton. Nampak macam kurang lebih je. Tapi bila tengok depan-depan
boleh rasa ada banyak beza dari segi warna, kilatan, regangan kain dan rasa pembentukkan ke badan bila pakai.
Terdapat beberapa jenis korset dan bengkung serta variasi setiap jenis yang ada di Hushworx Fitnesswear  iaitu:

1. Abdomen Focus (Bengkung dengan tulang besi spiral dan kancing tiga garis
- Violet, Amber, Topaz
2. Full Back Support (Korset dengan tulang besi spiral, kancing tiga garis beserta penyandang bahu)
- Sapphire, Pearl, Ruby
3. Extra Boost (Korset dan bengkung daripada premium latex)
- Diamond, Opal, Crystal
4. Latex Fit (Bengkung waist tariner)

*Lebih lanjut kena tanya konsultant Hushworx.

Jom lihat apa kelebihan material Korset dan bengkung Hushworx Fitnesswear:

1. Customade di reka bentuk ilham daripada Puan Rizlin sendiri dengan binaan material Itali.
2. Mempunyai pelbagai jenis fabrik seperti cotton, latex dan premium latex untuk fungsi tersendiri agar tidak mudah kendur dan regang
3. Mudah dijaga dan cepat kering
4. Material pendiang haba dimana akan memerangkap haba serta mempercepatkan pembakaran lemak
5. Menyerap peluh
6. Tidak bergelung atau berlipat ke atas 
7. Tidak menyakitkan badan pengguna
8. Material tahan lama tidak cepat rosak

Sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan.
Siapa sesuai nak pakai?

1. Orang nak berbentuk badan ramping
2. Pesakit tulang belakang
3. Ibu berpantang
4. Orang bersukan
5. Orang yang memerlukan sokongan postur badan

Cara penjagaan sangat-sangat mudah. Macam ni je:

1. Hanya bersihkan guna air dan sabun sedikit. Lap-lap je.
2. Keringkan didalam rumah / dibawah kipas
3. Tunggu beberapa minit sahaja untuk kering

Jangan rendam, jangan cuci pakai mesin dan jangan jemur dibawah matahari. Ini akan menyebabkan besi cepat rosak bengkok dan sebagainya bahkan menyebabkan kompres fabrik menjadi kurang efektif.

Ha, dah tahu pasal Hushworx Fitnesswear jomlah ke Combo Raya 1+1

Combo raya yang dimaksudkan ialah Bengkung Violet + Baju Kurung Lace dengan harga RM 290 SAHAJA. Semua saiz ya. 

Harga asal Bengkung Violet (RM 170) dan Baju Kurung Lace (RM 199), penjimatan sehingga RM 79! Baju Kurung Lace hanya datang dengan warna hitam dan krim. Untuk siapa yang ada alergik Lace (seperti saya), jangan risau Lace ni jenis berkualiti tak nipis berbulu pun. Jenis solid tak cepat koyak, terkena kulit pun tak gatal. Sebab tu saya sendiri nak beli. Hehe.

Anda boleh mulakan tempahan bermula 1 April ini sehingga hampir raya menjelang~

Ini ialah bengkung Violet 'short torso'. Ya kat Hushoworx Fitness ada normal saiz dan saiz 'short torso' bagi sesiapa yang
ada 'short torso'. Pastikan waktu order kena bagitau betul-betul tau. Kalau kebetulan anda short torso, pakai saiz normal,
bengkung tu nanti melanggar peha anda ketika duduk.

Ini lah Combo Raya (1+1) Baju Kurung Lace dan Bengkung.

Kain Baju Kurung Lace ni tebal tak jarang namun masih tak panas nak pakai. Sesuai pakai selepas raya pun. Disertakan sekali dengan lining. Boleh pakai macam tu je tanpa pakai lapisan sendiri. Saiz baju kurung sehingga saiz 4XL dan cutting slim fit.

Kalau berminat boleh beli je atas talian atau nak datang ke kedai fizikal pun boleh. Sebab boleh bersemuka dengan konsultan untuk meminta tips tambahan. Boleh 'try test' lagi. Tempat persalinan dan ruang menunggu juga disediakan.

Kemudahan kedai fizikal Hushworx Fitnesswear di Amerin Mall. Terdapat ruang persalinan dan tempat menunggu.
Oh sebelum menghabiskan entri, selain Combo Raya (1+1),  Hushworx juga membuat 'Sale' untuk produk yang lain. Boleh usha jugak. Bermula 1 April hingga menjelang raya, anda boleh menikmati potongan harga sebanyak RM 50 untuk pembelian korset dan bengkung terpilih. Ha banyak jimat tu RM 50.

Bayangkan nak beli paling mahal iaitu premium latex Diamond harga RM 350 sebab nak sokong tulang belakang dan nak kurus cepat heh heh, bayar RM 300 je dah boleh dapat, tahan lama pulak tu. Berbanding beli murah tapi 3 bulan kendur, rugi jugak~

Ada berita baik jugak buat pelanggan, jikalau lah bengkung atau korset Hushworx yang anda pakai terdapat sedikit kerosakkan seperti besi terpatah selepas zumba huha huha, anda boleh menghubungi Hushworx untuk menukarkan besi baharu dengan kos yang minimum. Tak perlu lah beli baru~ Dah jimat.

Antara beberapa jenis korset dan bengkung yang ada.
Tips terakhir Pn Rizlin: Jangan pakai korset/bengkung ketika tidur. Badan anda perlu rehat. Bahkan anda tidak digalakkan memakai korset terlalu lama sangat sehingga badan anda tidak mampu bernafas dan rehat.

Dekat Hushworx Fitness, pemakaian korset dan bengkung akan diberikan tips ya. Untuk maklumat lebih lanjut. Anda boleh ke lokasi fizikal dan lokasi maya seperti tertera di bawah.

Hushworx Fitness Wear

Lokasi fizikal: Lot 1-17A ,Level 1, Amerin Mall, Jalan Impian Indah, Taman Impian Indah, 43300, Seri Kembangan.

(Bila datang kat level bawah naik satu tingkat guna eskalator, jalan terus pegi depan je. Kedai nanti terletak sebelah kiri. Mall ni baru dibuka area Balakong tengah-tengah antara KTM Serdang dan Columbia Asia Cheras

Nombor telefon: 018-256 4437 / 018-382 4437

Facebook rasmi: https://www.facebook.com/hushworx/
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/hushworx_fitnesswear/

Dapatkan lah produk Hushworx Fitness Wear untuk lebih penjimatan dalam jangka masa yang panjang serta boleh membantu postur badan anda. Mesti baca sampai bawah cari Selebriti mana ni pilih jenama letop letop. Mari saya kongsikan sebelum entri sampai ke penghujung.

Dato Seri Siti Nurhaliza

Anis Nabilah dan Nora Danish

Jihan Muse
Heee okay dah payung dah. Nak usha lebih boleh pergi ke IG story Hushworx Fitnesswear ya!
Saya nak beli bulan depan, tunggu duit masuk. Hehehe. Bulan ni terlajak beli barang lain~ Sebab saya pun perlu
korset baru sebab sakit tulang belakang. Ye lah sebab tu makin melengkung badan~ Walhal masih muda~ Tapi gatai
nak beli combo raya. Tengok lah nanti, antara satu mesti saya akan beli.

Sehingga berjumpa di entri lain lagi~ Tata~

19 comments:

  1. Wahh sume nak bersiap sedia beraya raya ya, badan nak ramping cam kerengga hihi, tapi kalau akak yang pakai korset tu memang lah jadi bini popeye huhu

    Jom Belajar Buat Blog Untuk Jana Pendapatan

    ReplyDelete
  2. akak dah lama tak pakai korset..perut pon dah muncit ni..nampak gaya ni kena pakai lagi korset..raya dah dekat ni..

    ReplyDelete
  3. Tapi awak kurusssss dah! Hahah. So far Nad tak pernah lagi la pakai korset ni. Tapi biasa dah tengok my mom pakai. Yang paling pening korset kena selesa! Kalau tak habis sakit badan oi.

    ReplyDelete
  4. Pakai korset barulah nampak ramping kannn. Hehe lagi-lagi pulak kalau time raya. Kita pun tengah cari korset jugak ni. Tapi nak cari yang murah sikit harganya.

    ReplyDelete
  5. First time ni tengok orang laki pakai korset. Kan biasa korset ni sinonim dengan perempuan kan. Teringin pulak nak cuba nak nak lagi baru lepas bersalin ni kan

    ReplyDelete
  6. tu dia rahsia badan ramping dan cantik kalu bergambar. Eh orang lelaki pun boleh pakai jugak ye..sesuai sangat beli satu untuk cover mana yang patut hehe dah la ada promosi beli 1 + 1 ni

    ReplyDelete
  7. Amboi yang pergi kat kedai tu semua letop-letop hehehehe level selebriti kita ni mampu tengok jer tapi nak juga pakai nak rasa kurang buncit kat perut ni wakakakak malu juga kadang-kadang orang tengok perut kedepan sangat wakakakaka..

    ReplyDelete
  8. wah semua pinggang macam kerengga. Memang seronok la nak pakai korset macam ni. Dah nak raya ni masing-masing berlumba nak kurus. Bijak idea satu kan baju raya dengan korset. Jimat dan berbaloi set tu.

    ReplyDelete
  9. Wah saiz xs pun ada.. Best ni... Walaupun pinggang ku dah ramling tapi nak betulkan postur tulang belkng ni. .Tapi harga boleh tahan. .kene kumpul duit ler..

    ReplyDelete
  10. nampak bagus lah bengkung nie. memang sangat trend pakai bengkung dan bengkung nie memang bagus sebabnya ia bantu mengekalkan struktur badan kita dengan betul. di samping dapat tampil kurus dan memberikan bentuk tubuh yang menarik.

    ReplyDelete
  11. Kita tertarik laaa dengan korset ni. Nampak sungguh selesa material nya. Lembut! Tentu pakai seharian pun tak senak. Bagusnya ia akan mengekalkan posture badan. Dah berumur ni, badan memang perlukan sokongan. Nak beli satu laa

    ReplyDelete
  12. Sis memang teringin nak beli set kombo dia tu..tunggu bila sis free nak ke sana semula n rembat korset n baju kurung tu. Boleh melaram time raya nanti dgn pinggang ramping cam Saloma..:)

    ReplyDelete
  13. looking so good dear. the Hushworx Fitness Wear sounds good for all woman. Especially the Combo Raya 1+1 deal, that is superb deal for everyone.

    ReplyDelete
  14. wahh boleh jadi pinggang kerengga lepa spakai produk ni heheheh..tapiu memang cantik berkebaya kalau pakai korset kat dalam..barulah nampak mcm melayu terakhir hehehe

    ReplyDelete
  15. Mmg dok mencari korset cenggini.. Boleh la beli satu.. Harga berpatutan n nmpk selesa bila dipakai.. Nak kena kurus nie.. Raya semakin dekat.. Nak berkebaya thn nie..

    ReplyDelete
  16. Suka pulak tengok model-model bengkuk kat atas ni... hehehe.. memang beri effect langsing betul ye.. nak cuici pun senang.. tu ada combo tu.. boleh lah beli

    ReplyDelete
  17. Makin rampinglah pinggang you, raya ni dah blh pakai baju kebaya

    ReplyDelete
  18. Frankly speaking this is not expensive at all compare to those outside mainly price and some more not comfortable. This is good.. no problem when sitting up and down. This is the most important one!!!

    ReplyDelete

  19. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete