Assalammualaikum semua,
‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY?’ !!!! Adakah anda yang dicari oleh
Guardian ni?
Adakah anda boleh menjadi penghias wajah Guardian seterusnya? |
Pencarian bagi EMPAT Wanita untuk mengisi kekosongan ‘The Face of
Healthy Beauty’ untuk menjadi duta yang membawa nama Guardian. Pencarian secara
besar-besaran ini bermula hari ini 20 Mei secara atas talian!
Pencarian ini ialah tidak kena mengena pun dengan pertandingan ratu cantik bak kata Guardian CEO South East Asia iaitu Soren Lauridsen.
Encik Soren Lauridsen |
Katanya lagi, “Definisi Healthy
Beauty bagi kami, adalah seorang yang benar-benar menikmati hidup dengan
cara yang sihat, dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang
menyenangkan. Dia juga mempunyai sikap yang positif, memberi keutamaan kepada
kesihatan dan juga kecantikan diri.”
Senang cerita, Guardian ingin mencari pemenang yang menepati ciri kecantikan
sebenar dengan kesihatan yang baik. Ini adalah untuk membawa imej yang boleh
dicontohi oleh orang lain juga. Bahkan pelanggan Guardian percaya bahawa
kecantikan sebenar datang daripada jasmani dan mental yang sihat.
Namun, jika anda kurang dari segi tersebut tapi anda berkeyakinan
untuk membawa perubahan. Anda sangat dialu-alukan. Saya pun nak join sekali
tau!
I Am Healthy Beauty! Adakah anda? |
Jom saya bawa
anda kepada hadiah, syarat, cara penyertaan dan lain-lain yang perlu diberi
perhatian buat anda.
Hadiah ‘The Face
of Healthy Beauty’
1. SATU TAHUN KONTRAK menjadi duta Guardian
2. Menjadi penghias wajah di Guardian di dalam
majalah, katalog, banner dan lain-lain
3. RM 10,000 wang tunai
4. RM 10,000 baucar tunai Guardian
5. Produk daripada pihak penaja
6. RM 5,000 tunai
untuk disumbangkan kepada organisasi kebajukan yang dipilih oleh pemenang.
Setiap habuan di
atas ialah untuk setiap pemenang! Pihak penaja ialah Bio-Essece, Blackmores,
Garnier, Loreal, Maybelline, Nivea, Safi dan TRESemme.
Penaja untuk Pencarian kali ini. |
Siapa yang layak
mengikuti pencarian ini?
1. WANITA
2. Warganegara Malaysia
3. Berusia 18 tahun dan ke atas
4. Boleh berbahasa Malaysia dan Inggeris atau
Inggeris dan Mandarin
5. Tidak menjadi
duta kepada mana-mana produk terutama untuk produk kecantikkan dan kesihatan
Tak kisah bujang
ataupun dah berkahwin ataupun yang dah ada anak mahupun cucu tau! Setiap wanita
layak menyertainya.
Semua layak menghantar penyertaan! Ayuh satu Malaysia wanita kita bergabung! |
Cara penyertaan:
1. Pastikan anda sudah menyediakan dan muat
naik video 30 saat ke Youtube mengenai:
- Pengenalan diri
- Mengapa anda ingin menjadi ‘The Face of
Healthy Beauty’
2. Anda mempunyai 1 gambar full body dan 1
gambar berukuran passport/close up
3. Membeli barangan di Guardian serta
mendapatkan resit tersebut. Tangkap gambar resit sebagai bukti. Tiada pembelian
minimum.
4. Melakukan
pendaftaran di https://theface.guardian.com.my.
Pendaftaran nanti
memerlukan anda untuk mengisi maklumat peribadi anda, memuat naik gambar yang
dipinta, memuat naik resit pembelian di Guardian, memilih tempat casting
separuh akhir jika terpilih.
Selain itu anda akan dipinta untuk mengisi pautan
atau link Youtube Video 30 saat anda, pautan Facebook dan Instagram anda.
Perjalanan
pertandingan
1. Penyertaan
Online : 20 Mei – 12 Jun (3 Minggu)
Penyertaan akan
dibuka selama 3 Minggu sahaja terbuka untuk satu Malaysia. Namun hanya 100
penyertaan akan dipilih untuk menghadiri peringkat seterusnya.
2. Casting + Separuh
Akhir: 15 Jun – 7 Julai (4 Minggu)
Johor Bahru City Square
15 Jun (Sat) – Casting
16 Jun (Ahad) –
Separuh Akhir
Gurney Plaza Penang
22 Jun (Sat) – Casting
23 Jun (Sun) –
Separuh Akhir
Central I-City, Shah Alam, Klang Valley
29 Jun (Sat) – Casting
30 Jun (Sun) –
Separuh Akhir
1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah
6 Julai (Sat) – Casting
7 Julai (Sun) –
Separuh Akhir
25 peserta
daripada setiap lokasi akan di senarai pendek untuk memasuki separuh akhir.
Setalah itu mereka akan berentap untuk
merebut 4 kedudukan ke Final di Klang Valley. Jumlah peserta yang akan
memasuki ke Final ialah sebanyak 16 orang peserta!
3. Final, The
Beauty Final: 27 Julai 2019 ( 1 Hari)
16 Peserta yang
terpilih akan berentap di Final Round di Klang Valley. Di jangka akan dilakukan
di Central I-City, Shah Alam.
Empat pemenang
akan diumumkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’. Selain
daripada empat pemenang, terdapat lapan pemenang lain akan diumumkan! Pemenang
kategori ini akan dinobatkan oleh para penaja mengikut kriteria produk mereka.
Antara kategorinya adalah Paling Sihat (Blackmores), Paling Elegan
(Bio-essence), Paling Kelihatan Muda (Garnier), Mata Paling Menawan (L'Oréal), Paling
Bersemangat (Maybelline), Paling Yakin (Nivea), Paling Ceria (Safi) dan Paling
Menawan (TRESemmé).
Poster rasmi Pencarian. |
Agak mendebarkan kerana ini kali pertama di Malaysia apabila jenama sebesar Guardian mencari duta mereka secara besar-besaran yang terbuka untuk satu negara! Bahkan mereka mengalu-alukan orang sebenar untuk menyertainya.
Berbalik kepada pencarian ini, orang luar
juga boleh mengundi finalis kegemaran mereka yang dirasakan layak untuk menang.
Undian dibuka bermula 8 Julai – 24 Julai 2019 di laman mikro. Undian yang
diperolehi oleh setiap finalis akan menyumbang sebanyak 50% daripada jumlah
keseluruhan dalam pertandingan akhir.
Caranya, mereka
diberikan satu undi percuma di laman mikro terebut. Namun untuk mengundi lebih
banyak iaitu 5 undian, mereka perlu membeli sebarang barangan daripada Guardian
dan untuk 10 undian, mereka perlu membeli sebarang produk daripada jenama
penaja dalam satu resit.
Ohoh semakin hebat!
Jika peserta berkenaan
menang dalam pertandingan akhir, peserta tersebut boleh memilih seorang
pengundi bertuah. Setiap pemenang akan memilih seorang pengundi maka empat cabutan
bertuah akan diadakan.
Pengundi terpilih akan menerima baucar Guardian bernilai
RM500.
Selain itu, terdapat juga peraduan Scan & Win untuk pelanggan bermula 10 Jun hingga 7 Julai 2019.
Kod QR akan diletakkan di stor-stor Guardian untuk diimbas oleh pelanggan.
Setelah imbasan dibuat, mereka perlu menjawab empat soalan berkenaan kecantikan
sihat.
Selesai menjawab, mereka akan menerima baucar segera untuk
pembelian seterusnya.
Baik hati sungguh Guardian ya!
Maklumat lanjut tentang pencarian ini serta terma dan syarat penuh
untuk penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.
Selamat maju jaya semua! Kalau saya join, doakan saya menang ya!
Hehe.
Tadaaaa antara produk penaja yang ditampilkan! |
#guardianmalaysia
#FACEofguardianMY