Monday, 20 May 2019

Pencarian 'The Face of Healthy Beauty' oleh Guardian. Empat wanita bakal begelar duta Guardian dan memiliki RM 10,000 tunai!

Assalammualaikum semua,

‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY?’ !!!! Adakah anda yang dicari oleh Guardian ni?

Adakah anda boleh menjadi penghias wajah Guardian seterusnya?
Pencarian bagi EMPAT Wanita untuk mengisi kekosongan ‘The Face of Healthy Beauty’ untuk menjadi duta yang membawa nama Guardian. Pencarian secara besar-besaran ini bermula hari ini 20 Mei secara atas talian!

Pencarian ini ialah tidak kena mengena pun dengan pertandingan ratu cantik bak kata Guardian CEO South East Asia iaitu Soren Lauridsen.

Encik Soren Lauridsen
Katanya lagi, “Definisi Healthy Beauty bagi kami, adalah seorang yang benar-benar menikmati hidup dengan cara yang sihat, dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menyenangkan. Dia juga mempunyai sikap yang positif, memberi keutamaan kepada kesihatan dan juga kecantikan diri.”

Senang cerita, Guardian ingin mencari pemenang yang menepati ciri kecantikan sebenar dengan kesihatan yang baik. Ini adalah untuk membawa imej yang boleh dicontohi oleh orang lain juga. Bahkan pelanggan Guardian percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada jasmani dan mental yang sihat.

Namun, jika anda kurang dari segi tersebut tapi anda berkeyakinan untuk membawa perubahan. Anda sangat dialu-alukan. Saya pun nak join sekali tau!

I Am Healthy Beauty! Adakah anda?

Jom saya bawa anda kepada hadiah, syarat, cara penyertaan dan lain-lain yang perlu diberi perhatian buat anda.

Hadiah ‘The Face of Healthy Beauty’

1. SATU TAHUN KONTRAK menjadi duta Guardian
2. Menjadi penghias wajah di Guardian di dalam majalah, katalog, banner dan lain-lain
3. RM 10,000 wang tunai
4. RM 10,000 baucar tunai Guardian
5. Produk daripada pihak penaja
6. RM 5,000 tunai untuk disumbangkan kepada organisasi kebajukan yang dipilih oleh pemenang.

Setiap habuan di atas ialah untuk setiap pemenang! Pihak penaja ialah Bio-Essece, Blackmores, Garnier, Loreal, Maybelline, Nivea, Safi dan TRESemme.

Penaja untuk Pencarian kali ini.

Siapa yang layak mengikuti pencarian ini?

1. WANITA
2. Warganegara Malaysia
3. Berusia 18 tahun dan ke atas
4. Boleh berbahasa Malaysia dan Inggeris atau Inggeris dan Mandarin
5. Tidak menjadi duta kepada mana-mana produk terutama untuk produk kecantikkan dan kesihatan

Tak kisah bujang ataupun dah berkahwin ataupun yang dah ada anak mahupun cucu tau! Setiap wanita layak menyertainya.

Semua layak menghantar penyertaan! Ayuh satu Malaysia wanita kita bergabung!
Cara penyertaan:

1. Pastikan anda sudah menyediakan dan muat naik video 30 saat ke Youtube mengenai:
- Pengenalan diri
- Mengapa anda ingin menjadi ‘The Face of Healthy Beauty’
2. Anda mempunyai 1 gambar full body dan 1 gambar berukuran passport/close up
3. Membeli barangan di Guardian serta mendapatkan resit tersebut. Tangkap gambar resit sebagai bukti. Tiada pembelian minimum.
4. Melakukan pendaftaran di https://theface.guardian.com.my.

Pendaftaran nanti memerlukan anda untuk mengisi maklumat peribadi anda, memuat naik gambar yang dipinta, memuat naik resit pembelian di Guardian, memilih tempat casting separuh akhir jika terpilih. 

Selain itu anda akan dipinta untuk mengisi pautan atau link Youtube Video 30 saat anda, pautan Facebook dan Instagram anda.

Perjalanan pertandingan

1. Penyertaan Online : 20 Mei – 12 Jun (3 Minggu)

Penyertaan akan dibuka selama 3 Minggu sahaja terbuka untuk satu Malaysia. Namun hanya 100 penyertaan akan dipilih untuk menghadiri peringkat seterusnya.

2. Casting + Separuh Akhir: 15 Jun – 7 Julai (4 Minggu)

Johor Bahru City Square
15 Jun (Sat) – Casting
16 Jun (Ahad) – Separuh Akhir

Gurney Plaza Penang
22 Jun (Sat) – Casting
23 Jun (Sun) – Separuh Akhir

Central I-City, Shah Alam, Klang Valley
29 Jun (Sat) – Casting
30 Jun (Sun) – Separuh Akhir

1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah
6 Julai (Sat) – Casting
7 Julai (Sun) – Separuh Akhir

25 peserta daripada setiap lokasi akan di senarai pendek untuk memasuki separuh akhir. Setalah itu mereka akan berentap untuk  merebut 4 kedudukan ke Final di Klang Valley. Jumlah peserta yang akan memasuki ke Final ialah sebanyak 16 orang peserta!

3. Final, The Beauty Final: 27 Julai 2019 ( 1 Hari)

16 Peserta yang terpilih akan berentap di Final Round di Klang Valley. Di jangka akan dilakukan di Central I-City, Shah Alam.

Empat pemenang akan diumumkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’. Selain daripada empat pemenang, terdapat lapan pemenang lain akan diumumkan! Pemenang kategori ini akan dinobatkan oleh para penaja mengikut kriteria produk mereka.

Antara kategorinya adalah Paling Sihat (Blackmores), Paling Elegan (Bio-essence), Paling Kelihatan Muda (Garnier), Mata Paling Menawan (L'Oréal), Paling Bersemangat (Maybelline), Paling Yakin (Nivea), Paling Ceria (Safi) dan Paling Menawan (TRESemmé).

Poster rasmi Pencarian.
Agak mendebarkan kerana ini kali pertama di Malaysia apabila jenama sebesar Guardian mencari duta mereka secara besar-besaran yang terbuka untuk satu negara! Bahkan mereka mengalu-alukan orang sebenar untuk menyertainya. 

Berbalik kepada pencarian ini, orang luar juga boleh mengundi finalis kegemaran mereka yang dirasakan layak untuk menang. 
Undian dibuka bermula 8 Julai – 24 Julai 2019 di laman mikro. Undian yang diperolehi oleh setiap finalis akan menyumbang sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan dalam pertandingan akhir.

Caranya, mereka diberikan satu undi percuma di laman mikro terebut. Namun untuk mengundi lebih banyak iaitu 5 undian, mereka perlu membeli sebarang barangan daripada Guardian dan untuk 10 undian, mereka perlu membeli sebarang produk daripada jenama penaja dalam satu resit. 
Ohoh semakin hebat!

Jika peserta berkenaan menang dalam pertandingan akhir, peserta tersebut boleh memilih seorang pengundi bertuah. Setiap pemenang akan memilih seorang pengundi maka empat cabutan bertuah akan diadakan. 
Pengundi terpilih akan menerima baucar Guardian bernilai RM500.

Selain itu, terdapat juga peraduan Scan & Win untuk pelanggan bermula 10 Jun hingga 7 Julai 2019. Kod QR akan diletakkan di stor-stor Guardian untuk diimbas oleh pelanggan. Setelah imbasan dibuat, mereka perlu menjawab empat soalan berkenaan kecantikan sihat.

Selesai menjawab, mereka akan menerima baucar segera untuk pembelian seterusnya.

Baik hati sungguh Guardian ya!

Pengacara bagi pelancaran pencarian. Meraka akan menjadi pengacara bagi Pencarian kali ini. Naz dan Nadia Heng.
Manakala untuk juri bakal diumumkan secara rasmi kemudian. Namun yang rasmi sekarang ini ialah Jen Chia,
Mawar Rashid dan seorang pakar fitness Asia. Tunggu ya~
Maklumat lanjut tentang pencarian ini serta terma dan syarat penuh untuk penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

Selamat maju jaya semua! Kalau saya join, doakan saya menang ya! Hehe.

Tadaaaa antara produk penaja yang ditampilkan!
#guardianmalaysia
#FACEofguardianMY

11 comments:

  1. Wahhh menarik sungguh hadiah dia..dah lah tu dapat jadi duta pulak. Bukan calang2 jenama ni, Zandra joinlah..sis doakan zandra menang kalau join.

    ReplyDelete
  2. woww.. bestnya jadi duta Guardian selama 1 tahun.. meriah gitu dapat produk dan menjelajahi pelbagai tempat nanti utnuk tujuan promosi.. kan

    ReplyDelete
  3. Oh yes.
    I have a few friends yang saya suka sebut Healthy and Beauty with Brain.
    Nak suruh diorang apply la.

    ReplyDelete
  4. Tahniah awak hehehe belum yer hehehehe kita tak layak lah nak masuk hehehe bila nak cari yang lelaki pula wakakakaka good luck awak ok....

    ReplyDelete
  5. Wow bestnya jadi official face. Menarik sangat hadiah yang ditawarkan. Idaman semua gadis tu

    ReplyDelete
  6. Zandria masuklah! Wajah awak sesuai sangat tau. Hehehehe. Akak doakan awak terpilih. Datang audition tau!

    ReplyDelete
  7. why not u cuba, semua kelayakkan lepas tu. nak masuk, tp kita nie lelaki pulak. hahahhaa. kalau masuk nanti, good luck tau. dapat hadiah lumayan pulak tu. untungnya sapa yang terpilih

    ReplyDelete
  8. yang berani, yang yakin dna pandai berkta bolehla cuab ni..hadiah dia memang lumayan tu...kalau kita memgtakla..tergagap-gagap..hahaa...

    ReplyDelete
  9. Wah hadiah yang bakal dimenangi semua menarik menarik. Wajah wajah bakal duta guardian pun cantik cantik belaka. Nampaklah kredibiliti mereka sebagai duta .Siapa pun bakal duta guardian diucapkan ribuan tahniah

    ReplyDelete
  10. hadiah kalau dapat menang ni memang best nak pulak boleh dapat benefit dari guardian. Nak cuba tapi tak confident langsung haha good luck and all the best sis!

    ReplyDelete
  11. Saya tak pasti jika saya layak... Maklumla saya ni orang kampong English pun out...tapi ada impian yg tinggi. Kan bagus klu boleh ckp malay je.. 😂😂😂...

    ReplyDelete