Salam semua,
Ini pun saya masak untuk dua orang tau, terlajak banyak.
Hehe. Yang lebih simpan untuk sahur pulak. Berbaloi pulak rasanya tak sampai
Dua puluh ringgit pun jamuan saya untuk berbuka kali ni. Berbeza sungguh kan
nilai nya berbanding makan kat luar. Fuhhh jimat banyak masak sendiri ni!
Mari tengok dekat-dekat barangan apa yang saya guna untuk memenuhi dapur kat rumah.
Sebab tu lah saya sarankan anda boleh lah ke Segi Fresh yang
berdekatan sebab harga dia murah gemalai! Hehe. Barangan yang dijual dengan
harga rendah dan berpatutan. Ini baru beli barang kering, barang basah pun
boleh tahan ‘fresh’ dan murah jugak tau.
Jumpa lagi di lain entri!
Hari ni dah puasa ke enam kan. Cepat sangat masa berlalu
pejam celik pejam celik kan dah hampir 1/4 ramadan nak habis. Sedih pulak.
Ha sedih-sedih tu nak bagitau lah jugak pasal membeli
barangan dapur untuk berbuka dan sahur ni. Anda semua suka beli luar ke masak
sendiri? Kalau saya, saya memang suka masak sendiri je tapi itulah atas
tuntutan kerja, baru hari ni berpeluang untuk masak ketika berbuka.
Saya masak ringkas je bihun goreng, ikan sardin tin dan sayur. Tu ha kiri tu bukti haha. Saya masak okay! |
Mula-mula nak bagitau, percaya tak nilai RM 100 tolak tambah
boleh penuh satu beg hijau ni termasuk dengan tisu muka serta tisu dapur? Penuh
tau!
Nampak tak dalam dia macam mana? Banyak tu. Sekarang ni
bukan mudah tau nak bayar seratus banyak gini. Tapi In Sha Allah kalau beli kat
Segi Fresh dengan jenama yang ada ni anda pasti boleh dapat buat. Berani sahut
cabaran ‘RM100 penuh dapur’?
Sepenuh ni RM 100? Mestilah boleh! |
Inilah didalam dia. Abang saya susun bagi cantik. Walhal ada lagi beberapa tin dan bihun dia sorok kat belakang. Dia kata lawa lagi gini. |
Berbalik kepada cerita puasa ni, saya nak kongsi lah jugak
saya masak apa. Memandangkan ini pertama kali memasak ketika berbuka sejurus
balik daripada kerja, saya sempat masak bihun goreng, sardin dan sayur sawi.
Siap buat koktail laici lagi. Rindu pulak masa berbuka kecik-kecik, koktail ni
minuman kegemaran bulan puasa.
Bihun tu kat kuali ada lagi. Makan masa sahur pulak ~ |
Mari tengok dekat-dekat barangan apa yang saya guna untuk memenuhi dapur kat rumah.
Jam pun ada. Cuma tak beli roti je nak sapu lagi~ |
Bukan satu bukan dua tapi empat jenama ikan sardin dalam tin yang ada boleh pilih mana suka. Rasa dia pun sama je dengan yang jenama terkenal lain. Hehehe. Tak tipu tau! |
"Sardin tin pun sudah, kini masa untuk susu. Susu tak segar tapi susu tin ada. Susu macam-macam ada. Boleh pilih adik manis~" |
Sos cili dan bihun Berkat. Harap-harap berkat lahhhhh~ |
Tisu dapur ni ialah barang yang saya suka nak beli sebab kat dapur kalau goreng ke, nak lap cepat ke atau nak berbekal benda ni tak boleh tak ada! Nasib lah murah je kat Segi Fresh. |
Premix Coffee jenama Segi Fresh sendiri pun ada. Saya tak minum sangat. Ni untuk abang saya yang tolong angkat barangan dapur ni. Hahaha. |
Tisu selembut sutera pun hado. Eh hardsell nya! Haha tapi kan, tisu muka ni saya masukkan dalam bilik, tak bagi letak luar. Anak kucing suka rembat! |
Cukelat~~~~~ Ha, nak minuman cukelat murr murr boleh cuba ni. Boleh tahan rasa cukelat dia! |
Paling suka~ Saya ada lah cuba kan jenama ni. Semua saiz gedebak isi padat. Murah pulak tu. Berbaloi lah untuk saya cuba masa buat koktail tu. Nak buat lagi esok esok. Sukaaaaa! |
Mengancam tak? Kalau nak tau Segi Fresh mempunyai antara
cawangan seperti berikut:
- Subang
- Jalan Kebun
- Seri Kembangan
- Subang
- Jalan Kebun
- Seri Kembangan
Nak tau maklumat lanjut boleh rujuk kat bawah:
Laman rasmi: http://segifresh.com/
Laman sosial: https://www.facebook.com/Segifresh dan https://www.instagram.com/segifreshmarket
Laman sosial: https://www.facebook.com/Segifresh dan https://www.instagram.com/segifreshmarket
Akhir kata, selamat menunaikan ibadah berpuasa dan semoga
puasa kita semua ni diberkati Allah swt. Aammin In Sha Allah.
Jumpa lagi di lain entri!
No comments:
Post a Comment