Tuesday, 5 April 2016

Logo Halal yang diterima seluruh dunia - GAMBAR

Salam, saya nak kongsi pasal logo halal yang diiktiraf dunia.

Selalunya kita tak perlu risau kalau ada logo halal dari Malaysia, Brunei dan Thailand sebab dah biasa. Tapi bagaimana pula dari negara lain?

Bawah ni gambar logo halal yang diterimapakai:





Sumber: Facebook Brunei fm yang memberi kredit kepada Hazeeq

Semak logo halal yang berada dipakej sebelum membeli produk tersebut supaya tak tertipu dengan logo buatan/tiruan mahupun produk yang tidak sah.

Tata!

Monday, 28 March 2016

Peringatan Solat untuk Kaki Daki Bukit!

Peringatan buat kaki-kaki "hikers" kental dan kaki-kaki "camping" abadi!!!

Kongsi gambar beriang ria dengan kejayaan diri mendaki hingga ke puncak namun perkara wajib boleh lupa!

Di petik daripada FB Hiking & Camping Around Malaysia oleh Nur Muhamad Fansuri
Dalam petikan itu, Nur Muhamad Fansuri ada berkongsi mengenai solat bersama rakan-rakan di Hiking & Camping Around Malaysia:

Ini mungkin sekadar perkongsian. Maaf kawan -kawan kalau ini menyakitkan. Ini nasihat untuk diri saya. Seringkali kita mendaki, perkara solat kita abaikan. Ada yang buat lupa, ada yang memberi alasan, dan ada yang menjadi tabiat meninggalkan solat tanpa rasa apa-apa. Kita tahu, pendakian itu menyihatkan tubuh, tetapi bukannya pada bahagian rohani atau kalbu. Tidak cukup dengan kepuasan hanya semata-mata berada di puncak, walau bergambar 100 keping.
Pentingnya amalan solat ini kerana merupakan amalan yang pertama sekali dihisab oleh Allah SWT di akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang pertama dihisab daripada seorang hamba pada hari Kiamat ialah solat. Jika baik (solatnya), maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak (solatnya), maka rosaklah seluruh amalannya. (riwayat al-Thabarani)
Mati tidak mengira usia dan waktu. Sekian.


Ramai yang suka mendaki bukit dan gunung mempunyai alasan untuk tidak bersolat contohnya:

Berpeluh walhal bukan najis
Betanah walhal bukan najis
Susah walhal ada tayamum dan berbekal air
Tak sempat walhal ada masa rehat antara perjalanan
Jamak walhal boleh fardhu terus
Tak menutup aurat walhal tuntutan tutup aurat tetap berjalan ketika mendaki

Bukan lah nak jadi alim, tapi apa yang saya nampak ramai yang buat riadah sukan semua benda kadang-kadang atau selalu lupa solat dan mengabaikan penutupan aurat lebih-lebih lelaki. Sebab bila sukan je lelaki memang borong seluar pendek nampak lutut. Perbaiki lah kalau dapat perbaiki jangan nak ikut "trend" semasa ambik gambar beriadah tapi lupa Allah nampak kita yang abaikan suruhan wajib. Wanita kalau boleh pakai biar sempurna sepertimana kita diwajibkan.

Antara teguran lain:
- Jangan buang sampah merata-rata
- Main "Flare" sukahati (Ini untuk kecemasan sahaja takut sesat)
- Mulut dan perangai kena jaga bersopan
- Baca doa sebelum memulakan perjalanan
- Jangan gatal tangan nak ambik tanah, nak patahkan ranting sesuka hati!
- Jangan bising-bising buat parti tak senonoh

"Mencuba untuk menyempurnakan ibadah lebih baik daripada tak mencuba langsung!"


THE MISSING HIJABI MODEL CASTING 17.0 - Bahasa Melayu

 Salam semua :)

Memang nama entri kali ni omputih tapi entri dalam bahasa Melayu ya. Jadinya hari ni saya nak kongsi pasal The Missing Hijabi Model Casting 17.0 yang dianjurkan oleh majalah Hijabista, Dara.com dan Nur dengan kerjasa Guardian Malaysia.

Anda boleh singgah ke pautan asal iaitu http://www.hijabista.com.my/trending/the-missing-hijabi-model-casting-17-0-for-the-hijabis-who-want-to-be-a-model-1.492296

Kawan saya masa photoshoot hari tu dok rajin lah kongsi benda macam ni, jadi saya pun cubalah jugak. Akhirnya pada tarikh 26 March hari tu saya bertandang lah ke IOI City Mall Putrajaya sebab tu yang paling dekat berbanding nak pergi "Casting" kat Johor ataupun Pulau Pinang akan datang kan. Saya pergi sorang masa tu jadi tak ada yang nak ambik kan gambar "full body" untuk kongsi kat sini. (T^T)

Ig @hijabistamag

Ni saya ya no.95. Hehehehehehehehehehehe..
saya baru datang dari Bangsar terus zassss ke IOI! Bagi besar sikit gambar!
:P

Betapa baiknya @hijabistamag ni rajin "repost"
semua orang yang "mentioned" dorang kat Instagram!
Ni "repost" dari instagram saya ler.
Mula-mula tu datang berhajat lah jugak nak dapat satu tudung percuma. Tup tup datang dorang bagi dua. Macam tak percaya pun ada. Hehe siap tanya lagi kakak atau adik yang kat kaunter pendaftaran tu, tudung mana yang cantik. Heh heh heh.. Akhirnya pilih yang berkotak sebab nampak "glamorous" gitu.


Tadadadada.. Majalah RM 20 combo dapat TIGA. Percuma 2 TUDUNG! Berbaloi!
Tudung pertama dari Sincerely By Us X Hijabista. Kedua dari Sofia Ellen.

Tempat dia pulak macam ni:

Guardian tu setepek besar kat tengah-tengah IOI tu ha..
Ramai sangat yang datang masa tu.

Kemeriahan hari "casting" . Saya rakam tempat yang lama tu maksudnya
tu lah tempat The Missing Hijabi Model Casting ya.

Macam ni la rupa tempat casting. <3 Depan tu daftar.
Lepas tu sebelah tempat isi borang (Tak nampak pulak kan).
Boleh tahan lah jugak kan meriahnya? Kalau rasa tak sempat beli awal pun tak apa. Boleh je beli terus barang kat Guardian dan Majalah Combo tempat yang sama. Lagipun Guardian ada buat "SALE" macam "WOW". Murah sangat! Kebetulan tak tau nak beli apa, kebetulan tu Sensodyne jual murah. Hehehehe.. masa tu lah beli Sensodyne! [IKLAN KEJAP]

Balik rumah tu saya pun lega dapat jugak pergi benda macam ni ambik pengalaman masa muda. Heh heh heh. Insha Allah kalau ada rezeki dapat lah jugak, kalau tak pun dah dapat Tudung Free tu memang redha~ Alhamdulillah.. rezeki lah jugak kan!

Sebelum habis, saya kongsi pasal satu artikel yang dikongsi di majalah dara edisi mac:

Kelas Model Muslimah! Tengok punya tengok macam kenal je orang kat dalam tu.. rupanya saya nampak Kak Ida, Kak Reen, Kak laila dan Kak Zue! Uiseh.. saya pun terus kongsi kat "whatsapp group" pasal benda ni. Hehehe.. ni lah antara kakak-kakak yang ada masa "photoshoot" hari tu! Ingat lagi tak entri ni http://thirteenpersona.blogspot.my/2016/03/so-i-just-attend-photoshoot.html Dorang ada jugak dalam entri tu. :D

Akhir sekali saya nak kongsi pasal: 

Source: Hijabi

Pencarian seterusnya akan dijalankan di:

“PENANG MAMI JARUM”WE WOULD LIKE TO SEEK FOR EXOTIC & UNCONVENTIONAL LOOKS!
WHEREBOUT: QUEENSBAY MALL, PENANG
GROUND FLOOR, SOUTH ATRIUM
DATE: 2-3 APRIL 2016 (SATURDAY/SUNDAY)
TIME: 10AM-5PM [COPY and PASTE]

Siapa yang tak sempat singgah atau berada di Pulau Pinang jangan lupa ya! Krew-krew pendaftaran dan jurugambar semua baik-baik belaka! Jadi jangan gemuruh! Semoga berjaya! 

Tata~~

Thursday, 17 March 2016

Resepi mudah "Bolognese Linguine" + gambar tak boleh blah

Salam semua,

Hari ni saya nak kongsi resepi "Bolognese Linguine". Konon nak masak spagetthi tapi yang jumpa ada conchiglie (macam bentuk kerang berketam tepi pantai - Hee) dan linguine je ada. Dah yang paling dekat rupa spagetthi tu linguine sebab sejenis "pasta noodle" tapi lain rupakan, ambik je lah.

Resepi nya seperti di bawah:

Bahan-bahan:

1/4 linguine yang dah direbus, dicuci dan ditoskan
1 sudu besar minyak masak
4 batang sosej di hiris bulat-bulat (Hmm tengok gambar~)
2 keping keju cheddar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kering (kalau tak tahan pedas kurangkan dan tambah lebih sos tomato)
1/3 gelas air
1 sudu kecik basil (atau ikut suka)
Garam secukup rasa (saya tak tambah garam pun sebenarnya sebab dah rasa cukup masin)

Kaedah:









Panaskan minyak

Masukkan potongan sosej untuk ditumis/goreng



Goreng sampai kembang dan perang sedikit

Masukkan sos cili kering dan sos tomato, gaul bersama
sosej sampai pecah minyak


Masukkan air dan biarkan mendidih.  Kat sini nak tambah garam pun boleh.

Setelah mendidih msaukkan dua keping keju cheddar
Gaulkan keju sehingga dapat rupa macam ni


Lepas tu dah boleh masukkan lingunie. Gaul serata, tutup api dah boleh hidang.



Tabur dengan daun basil kat atas. :) Dah siap boleh makan!

Harap mencuba.. Muehehehe.. 

p/s: Gambar tu, sebab guna kamera telefon tu yang buruk, nak edit bagai pun dapat buat macam ni sebab dah buruk asalnya kan. Hahaha.. Insha Allah lain kali saya rajin-rajinkan diri pakai DSLR. Haha kebetulan masa nak masak tu terus nak kongsi kat blog, tu lah pasal. :p

Tata