Salam dan hai semua,
Kali saya nak bawa anda menerjah ke satu lokasi baharu bagi
penggemar makanan pemanis mulut dan aiskrim. Perkenalkan Crème De La Crème,
dalam bahasa melayu bermaksud terbaik dalam apa yang dilakukan.
|
Dari ruang dalam CDLC |
Pada hari selasa yang lepas saya berpeluang untuk ke
jemputan esklusif sesi merasa aiskirm dan pemanis mulut Crème De La Crème di
Damansara Uptown sebelum pembukaan rasmi mereka pada 18 Mac 2018, Isnin depan
ni. Sebelum tu sedikit pengenalan daripada CDLC, kedai pemanis mulut dan
aiskrim ini diasaskan oleh Lio Lim seorang pencinta aiskrim yang ingin membawa
misi untuk menghasilkan ais krim buatan tangan yang terbaik ke Malaysia.
Selain itu, Chef Pastri CDLC merupakan chef yang terlatih di
bawah pakar sebenar iaitu Christy Tania. CDLD juga sangat yakin akan kemahiran
dan pengetahuan chef pastry mereka untuk mencipta pint aiskrim yang sempurna
bahkan mereka tidak kedekut untuk menggunakan bahan berkualiti yang 100% semula
jadi, segar serta berkhasiat. Maka tiada unsur pengawet, perisa tiruan ataupun
pewarna dalam pembuatan mereka.
Mereka menyediakan sebanyak 18 perisa aiskrim yang menarik
dan mempunyai profil rasa yang sangat unik dan nostalgia seperti musang king,
pandan kaya toast, barley lime, teh tarik dan banyak lagi. Aiskirm yang
disediakan diperbuat daripada krim yang sangat-sangat terasa lemak namun masih
ringan dari segi rasa dan teksturnya bahkan tidak terlalu manis.
|
18 perisa aiskrim yang dimaksudkan. Warna dia semua menarik dan semulajadi. |
|
Ini ialah Petits Gateaux (kek ais krim) yang artistik. Juga dikenali sebagai aiskrim artisan. |
|
Petits Gateaux (Kek Aiskrim) Longevity
Gambar ehsan CDLC |
|
Petits Gateaux (Kek Aiskrim) Forest Log
Gambar ehsan CDLC |
|
Petits Gateaux (Kek Aiskrim) Unicorn
Gambar ehsan CDLC |
Berita baik juga, CLDC berkomitmen untuk memperkenalkan
perisa baru setiap bulan untuk menyesuaikan cita rasa semua. Wah sangat komited
pengasas CLDC ni!
Jom saya bawa ke sesi merasa.
|
Ini ialah sorbet.
Atas dari kiri: Dragon Fruit Strawberry dan Barley Lime
Bawah dari kiri: Unicorn Dream dan Limau Assam |
Rasa sorbet yang ditampilkan adalah memang betul-betul seperti nama tertera. Dragon fruit strawberry tak manis pun tapi rasa dia sangat-sangat ringan, bila gabung dengan coklat kon pula rasa dia lebih timbul. Manakala Limau Assam ni ialah rasa limau kasturi dengan asam boi tu memang sebiji betul, penggemar asam patut cuba ni.
Barley lime pula rasa macam barley tapi tak kuat pun rasa dia dan ada sikit rasa lemon. Tak manis pun. Sangat-sangat ringan sesuai untuk yang nak makan sorbet tapi tak nak rasa lelebih.
Mankala minuman Unicorn Dream diperbuat daripada air bunga telang, lemonade dan sorbet dragon fruit strawberry. Pastikan kacau dulu kalau tidak masam nak minum, tapi sangat sesuai bila dah makan benda manis seperti dibawah ni, terus rasa 'refreshed'.
|
Da Bomb! Kek Ais Krim coklat. Rasa dia sangat-sangat pekat sangat sesuai bagi peminat coklat tegar.
Kek Coklat Hazelnut dengan pelbagai lapisan. Bunga api akan disediakan untuk 'instamoment' anda. |
Jujur saya cakap, Da Bomb! memang meletup sebab coklat dia sangat-sangat pekat tapi sedap sebab gabung dengan rasa vanilla dan hazelnut tu buatkan anda rasa puas! Oh akan ada rasa masin-masin sikit yang membuatkan coklat dia jadi lemak dan tak terlalu muak.
|
Atas: Lady Pearl
Bawah: Bunny |
Lady Pearl menggabungkan profil rasa berlapis. Susah nak jelaskan sebab dia ada masam manis. Setiap lapisan dan warna tu pulak mempunyai tekstur berbeza seperti berkrim, rangup dan kenyal.
Bunny ni pula berasaskan kelapa, mango, limau, nenas, serai dan pineapple dan buah markisa (passionfruit.). Bawah tu pula ala biskut coklat hazelnut. Nampak macam wow apa benda semua nak campur dalam satu kek kan, apa rasa dia. Ni paling saya suka dan saya pun tak sangka saya boleh suka kelapa! Rasa kesemua ni digabungkan sangat-sangat sedap manis yang 'refreshing', masam dia sangat sederhana, siap boleh makan banyak walaupun dah makan benda manis kat atas-atas tu! Macam tu lah rasa dia. Sedap lah senang cerita. Ni wajib cuba!
|
Beauty & the Beast - aiskrim ni menampilkan nostalgia Black Forest Chocolate yang pernah
terkenal dulu-dulu. Boleh rasa keenakkan coklat dan kemanisan berry di dalam. |
|
Memperkenalkan 5 perisa daripada 18 perisa aiskrim di atas.
Atas dari kiri: Cookies and cream, cerealicious, madagascar aiskrim
Bawah dari kiri: Pandan Kaya Toast dan French Earl Boba Ais kirm |
Rasa aiskrim ni sangat-sangat berkrim namun tak rasa berat langsung pun. Apa nama tertera, itu lah rasa dia sebiji! Aiskrim boba tu pulak, bila makan, kat bawah dia ada boba tu, sedap!
Menarik kan? Rasanya pun sangat-sangat ringan tidak manis
bahkan rasa segar! Keseluruhannya sangat-sangat berbaloi untuk merasa sesuatu
yang luar biasa kan. Sangat-sangat cantik pula sampai sayang nak makan. Nasib boleh
ambil gambar jadi kenangan masuk instagram!
Pada zaman instagram ni juga, kita tak kan pernah lekang
untuk mengambil gambar bukan? Selain makanan, tempat juga adalah salah satu
ciri yang dititikberatkan. Jadi saya juga akan berkongsi beberapa gambar reka
bentuk dalaman yang sangat ‘instaworthy’!
|
Dari ruang hadapan CDLC. Mereka sediakan tempat duduk untuk Instaworthy anda tau! |
|
Di dalam juga ada ruang mengambil gambar dengan lampu neon ini. |
|
Tempat duduk yang lebih minimalis dan santai sangat sesuai bagi sesiapa yang nak "chillax" |
|
Salah satu 'instaworthy' wall yang ada. |
|
Menariknya, CDLC bangga menunjukkan ruang serta proses pembuatan mereka. Mereka yakin akan kualiti
mereka tanpa perlu menutupi sebarang keraguan. |
|
Ruang pertama yang anda akan nampak. 18 perisa aiskrim, susunan kotak monochrome dan menu/informasi/saiz
yang terpampang di dinding |
|
Tempat bancuhan air dan pengakuan mereka mengenai 100% proses mereka. |
|
Salah satu ruang yang berdekatan dengan pintu masuk. Di sini, 'lighting ialah on point' |
|
Lampu yang minimalis. |
|
Set kulinari yang cantik dan unik. |
|
Bahan semulajadi yang mereka gunakan juga dipaparkan sebagai
hiasan seperti daun teh dan bunga telang (bunga buat nasi kerabu). |
Ha, cantikkan? Jangan sampai aiskrim cair pulak nak ambil
gambar nanti ya!
Anda boleh ke CLDC bermula 18 Mac 2018, Isnin depan ya.
Pembukaan rasmi CLDC pasti akan membawa satu kejutan buat anda. Nak ke CLDC?
Anda boleh rujuk maklumat di bawah.
|
Ruang kedai hadapan CDLC, nampak tak tempat duduk hadapan tu? (belakang mak cik baju pink) |
|
Pandangan luar dari dalam. |
Anda boleh mulai mengunjugi CDLC bermula 18 Mac hadapan ketika pembukaan rasmi mereka.
Crème De La Crème
Alamat: 35G,
Ground Floor, Jalan SS21/60 Damansara Utama.
(Sebaris dengan Hong Leong Bank
di kawasan Damansara Uptown – The Starling Mall)
Masa
perniagaan: Ahad – Khamis 12pm – 11pm
Jumaat &
Sabtu 12 pm – 12am
Anda boleh menggunakan hashtags #mycdlc #cremedelacreme #BestoftheBest #BestInTown dan tag @mycdlc di Instagram anda. Mana tau dapat ditampilkan di instagram CDLC!
Sekian sahaja buat entri kali ini, selamat mencuba keenakan
aiskrim artisan CLDC ya! Jangan lupa tangkap gambar dan kongsikan pengalaman anda.