Pada hari selasa lepas saya berkesempatan menghadiri sesi suai
bersama Dr Buds Organics dan Karen Murrell. Program ni adalah sesi khas bagi
mengenali dengan lebih lanjut apa dia kedua-dua jenama yang ditampilkan.
Di sesi suai Guardian #guardiangayasquad |
Soalan: Apa kisah disebalik
penubuhan jenama ini?
Dr Buds Organics: Merupakan
satu jenama pecahan untuk jenama Buds Organics. Buds Organic dibina bersama
oleh KK Soo untuk anak-anak kecil beliau yang menghidapi eczema. Beliau
menggunakan pengalaman dan latihan sebagai ahli kimia untuk menghasilkan produk
Buds Organic.
Kesinambungan daripada Buds Organic yang befokuskan kepada anak-anak kecil, KK Soo memutuskan untuk menghasilkan produk yang berfokuskan kepada remaja ke atas (Sampai tua pun boleh tau) dan ini juga berkaitan dengan pengalaman beliau dan anak-anaknya yang meningkat remaja. Lalu terhasilah Dr Buds Organics. Perkataan Dr disini memberi petunjuk bahawa produk ini juga khas untuk 'merawat' masalah yang dihadapi.
Antara produk dari rangkaian Dr Buds Organic hair care dan kesemua 20 warna lipstik Karen Murrell |
Soalan: Bagi sesi suai Guardian ni, apa yang diperkenalkan daripada Dr Buds Organics dan Karen Murrell?
Dr Buds Organics: Dr Buds memfokuskan kepada dua jenis penjagaan rambut iaitu
Dandruff Rescue dan Hair Loss Rescue. Kedua-dua ini adalah masalah yang sangat
banyak terjadi dengan kita..
Mereka memperkenalkan set rangkaian penjagaan penuh untuk
mendapatkan keputusan yang lebih efektif bermula dengan syampu, pelembap rambut
dan serum. Tujuannya juga berbeza-beza dari segi membersih secara keseluruhan,
melembab dan merawat kulit serta helaian rambut dan akhirnya serum untuk
menggalakkan kulit kepala yang sihat.
Diperbuat daripada semua bahan organik daripada formulasi,
bungkusan dan sumber pembuatan. Bahkan diiktiraf oleh ECOCERT dari Perancis
yang merupakan paling ketat di dunia! Jadi tak perlu gusar lah.
True Love, warna merah yang memikat dengan satu-satu memiliki reka bentuk terbaharu seumpama edisi terhad pula!
Karen Murrell memfokuskan kepada produksi natural dan selamat
diiktiraf FDA bahkan lipstik mereka juga selamat jika dikonsumasi. Menarik kan?
Tak perlu risau kalau tengah makan termakan lipstik tu.
Menjanjikan intipati tumbuhan luar biasa seperi minyak Tea-Tree anti bakteria, sari Liquorice anti-radang, aloe vera, fructan dan prebiotik untuk pertumbuhan bakteria baik! |
Diperbuat daripada minyak alpukat, minyak evening primrose, candelilla, wax carnauba, kayu manis dan oren. Juga ada wax dari lebah. |
Soalan: Bagaimana anda boleh yakin dengan kebaikkan produk yang dinyatakan?
Dr Buds Organics: Pemilik dan pencipta formula iaitu KK Soo merupakan orang
yang terlatih dan berpengalaman menjadi ahli kimia. Bahkan Dr. Amir Hamzah,
pakar alergi dan immunuologist daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur
mengiktiraf akan keberkesanan serta dedikasi KK Soo dalam mencipta produk yang
betul-betul selamat.
Bahkan produk Dr Buds Organic juga boleh didapati di Pantai
Hospital KL sendiri!
Ingat saya pernah sebut tentang ECOCERT? ECOCERT merupakan badan
antarabangsa yang sangat tegas dalam mengawal mana-mana jenama berdaftar
dibawah mereka dengan sentiasa ke premis pemprosesan, pembungkusan dari A
sampailah Z.Ini untuk memastikan semua bahan selamat, organik, tidak
membahayakan dan tiada perbuatan penganiayaan. Bahkan ECOCERT meletakkan aras
tertinggi di dunia dalam bidang bahan organik yang dipercayai!
Mereka berkata bahawa tiada mineral oil berasaskan petroleum,
tiada carmine iaitu membunuh kebah untuk pewarna, tiada tar arang untuk agen
pemekat dan tiada tricolsan iaitu pengawet yang memberi kesan buruk seperti
radang kulit.
Soalan: Review dan komen personal?
Dr Buds Organics: Bagi saya pulak, saya belum lagi pernah
pakai syampu ni berterusan. Saya memilih Anti-Dandruff. Sebolehnya beli satu
rangkaian lagi elok kerana apabila kita cuci kulit kepala dan rambut,
kedua-duanya akan menjadi kering sikit.
Oleh sebab itu kena pakai pelembab dan seterusnya serum untuk kesan yang lebih maksimum. Tapi jangan risau, wakil Dr Buds Organics sendiri berkata, kita boleh cuba sikit-sikit transisi barangan penjagaan rambut kita ke Dr Buds Organics. Bahkan kita masih boleh pakai produk lain bersama. Tidak akan menimbulkan tindak balas berlawanan. Cuci pertama kali pun dah boleh nampak bersih, namun bagi yang rambut golong-golong, kena makan masa sikit sebab rambut golong-golong degil sikit suka tangkap kelemumur. Kena bagi perhatian jugak kat bawah-bawah tu.
Dari segi bau pulak, bau rangkaian Dr Buds Organics sangat-sangat lembut dan wangi yang tak menusuk ke hidung. Sangat-sangat bau natural. Setiap jenis tak mempuyai tekstur warna dan bau yang sama tau. Berbeza kerana formula rawatan mereka pun sudah tentu berbeza.
Barulah kita tau bahawa Dr Buds Organics memang mengkhusushkan sesuatu penyelesaian masalah dengan betul-betul.
Oleh sebab itu kena pakai pelembab dan seterusnya serum untuk kesan yang lebih maksimum. Tapi jangan risau, wakil Dr Buds Organics sendiri berkata, kita boleh cuba sikit-sikit transisi barangan penjagaan rambut kita ke Dr Buds Organics. Bahkan kita masih boleh pakai produk lain bersama. Tidak akan menimbulkan tindak balas berlawanan. Cuci pertama kali pun dah boleh nampak bersih, namun bagi yang rambut golong-golong, kena makan masa sikit sebab rambut golong-golong degil sikit suka tangkap kelemumur. Kena bagi perhatian jugak kat bawah-bawah tu.
Dari segi bau pulak, bau rangkaian Dr Buds Organics sangat-sangat lembut dan wangi yang tak menusuk ke hidung. Sangat-sangat bau natural. Setiap jenis tak mempuyai tekstur warna dan bau yang sama tau. Berbeza kerana formula rawatan mereka pun sudah tentu berbeza.
Barulah kita tau bahawa Dr Buds Organics memang mengkhusushkan sesuatu penyelesaian masalah dengan betul-betul.
Karen Murrell: TAHAN
LAMA dan melembabkan! Saya pakai daripada pagi tahan sampai malam. Lelebih lagi
pakai True Love (Merah), warna merah dia umpama tint dan tidak mudah hilang.
Makan minum air tak mudah hilang.
Cuma formula lipstik Karen Murrell bukan matte kerana mereka menggunakan sumber minyak pelembab semulajadi untuk rawatan bibir. Kena guna trick kemam tisu dan tepek loose powder sikit untuk mendapatkan tekstur matte.
Cuma formula lipstik Karen Murrell bukan matte kerana mereka menggunakan sumber minyak pelembab semulajadi untuk rawatan bibir. Kena guna trick kemam tisu dan tepek loose powder sikit untuk mendapatkan tekstur matte.
Soalan: Boleh didapati di mana dan berapa harganya pula?
Kedua-dua produk Dr Buds Organics dan Karen Murrell boleh didapati
esklusif hanya di Guardian Malaysia sama ada di kedai fizikal mahupun atas
talian. Namun Karen Murrell menyatakan tidak semua produk mereka masuk di
Guardian, tapi masih meliputi kebanyakkan kedai fizikal Guardian yang sedia ada
dan mereka akan mengembangkan kemasukkan produk keluaran mereka pada masa
hadapan.
Bagi Dr Buds Organics harganya bermula daripada RM 49.90 manakala
Karen Murrell bermula daripada RM 83.85.
Antara rangkaian yang ada. |
Selain daripada kedai fizikal Guardian, anda boleh membeli produk
Dr Buds Organics dan Karen Murrell di kedai atas talian Guardian di guardian.com.my
Atau anda boleh mengikuti perkembangan, promosi dan macam-macam
aktiviti Guardian di media sosial mereka seperti yang tertera di bawah:
Instagram: https://www.instagram.com/guardianmalaysia/
Sebelum saya nak habiskan entri ni, saya kongikan apa yang saya
dapat ketika menghadiri sesi suai ini.
Bersama rakan serumah juga blogger. |
Tak sabar nak kongsikan penggunaan lipstik dan set syampu ni. |
Hingga bertemu lagi!
Tata~
Bersama rakan blogger, wakil Guardian, wakil Dr Buds Organic dan wakil Karen Murrell |
Dr Bud ni produk dia macam makin banyak dah orang review.. sebab yang bestnya produk dia natural dan organic kan.. no paraben dan no chemical.. sebab tu orang banyak cari Dr Bud ni.. produk yang diyakini selamat digunakan
ReplyDeleteSaya suka produk organic... bestnya dapat set shampoo..
ReplyDeletebestnya dapat test produk dr buds nih. ai selama ni dok usha je kat rak guardian tu. Hahahaha
ReplyDeleteDr Buds ni macam ada juga produk untuk bayi. Kalau dah oranik tu mesti cuba la kan sebab tolak bahan kimia. Senang je nak cari produk ni hanya kat Guardian je.
ReplyDeleteRawlins sejenis yang suka vampy colours lippies so terus tertarik pada lippie kat pic yang almost last tu. Cantik warna coklatnya. Hehe
ReplyDeleteBrand ni saya rasa sebelum ni pernah dengar tapi brand untuk baby dan budak budak. Iye ke brand yang sama ni ye?
ReplyDeleteTak oernah dengar brand Dr Bud tapi kalau amsuk guardian memang diyakini. Nanti nak try lah set Dr Bud Anti Dandruff Rescue tu. Musim oanas macam ni rambut mudah berpeluh dan kelemumur mudah ada .Nak cegah kena dapatkan syampu ni.
ReplyDeleteBagus ade sesi perkongsian macam ni. PPernah dengar produk Dr Buds ni.. Memg bagus produk dia ni. .Wah gincu tu. .Menawan
ReplyDeleteOrang perempuan suka lah kalau ada acara macam ni memang best bukan setakat dapat produk yang penting dapat berjumpa kawan-kawan heheheheh.... dalam erti kata lain membawang oppsss...
ReplyDeletedah mudah nak cari produk organik sekarang ni..dekat guardian pun dah ada.. Dr Buds ni mmg antara produk yang best untuk dicuba. ok gak cuba sebab rambut liez ni mmg susah nak terima syampoo sebarangan..
ReplyDeleteTeringin nak Cuba hair loss syampoo tu cm menarik je kan. Rangkaian lipstick banyak je warna-warna mengancam .Hehhe kena pergi guardian cepat2 ni .
ReplyDeletePernah dengar tentang nama produk ni. Tapi buat masani tak pernah lagi beli.
ReplyDeleteDah beberapa review dah terbaca pasal Dr buds ni. Nti boleh la cari..
Hritu mcm perasan jenama ni kat guardians tp xtau apa..rupanya utk hair care ye... Skrg byk jenama dh masuk watsons mahupun guardian kan..
ReplyDeleteI love Dr Buds Organic cos of its ingredients! Bestnya dapat pergi event yg memperkenalkan produk2 ni. Dapat tau in details psl produk ni.
ReplyDeletenew product in town :) since berjaya masuk watson means produk ni high production and memang kene follow standard safety. selamat lah untuk dicuba tanpa was-was gitu. hehe. kita sangat jarang beli barang kat watson. lama tak masuk sana
ReplyDeleteWah, ada produk baru lah jenama Dr Buds Organic. Produk brand ni memang best sangat pakai kan? Nak beli la kat guardian nanti,hair care produk tu, kebetulan syampu pun dah nak habis ni
ReplyDeletebestkan sesi macam ni...kita boleh melihat dan mempelajari sesuatu produk tu dengan mendalam lagi...paling penting ada banyak tips yang dikongskan...btw salam kenal hari tu hehehe
ReplyDeleteDr Buds Organic memang produk organik yang dipercayai orang ramai. Karen Murrell lipstick ni nampak menarik dgn bahan2 semulajadi. Nak beli cuba jugak! Terima kasih.
ReplyDeleteDah try result dia mmg terbaik , 5hari dah nampak anak rambut tumbuh 💖💖💖💖🥰😍😘☺️
ReplyDelete