Tuesday, 5 March 2019

Apa itu Delyva? - Delyva platform servis pengeposan membantu peniaga online

Assalammualaikum,

Pernah dengar apa itu Delyva?

Apa itu Delyva ya?

Ha, Delyva merupakan sebuah platform atas talian yang disediakan untuk semua urusan pengeposan Malaysia dan luar negara. Terdapat lebih 200 buah negara yang tersenarai dalam data Delyva! Platform ini juga memfokuskan kepada peniaga yang ingin menjimatkan kos pengeposan di sambil membantu mereka untuk menaiktaraf sistem perniagaan mereka.

Anda seorang peniaga yang selalu menghadapi masalah ini?


Sistem Delyva ini percuma untuk pendafataran dan cara penggunaan plan top up berpilihan diperkenalkan agar peniaga  mampu menyesuaikan bajet mereka. Sangat sesuai digunakan oleh peniaga baru mahupun yang lama.


Pendaftaran adalah percuma di laman Delyva

Jom kenali servis ditawarkan!

Delyva menawarkan:

- Perbandingan harga dan caj penghantaran servis pos di Malaysia dan luar negara
- Pencetakkan sendiri label printing anda on the spot
- Menawarkan sistem COD untuk pelanggan anda (Tak perlu lah anda pergi COD!)
- Menawarkan kutipan pos di rumah/premis anda
- Mempunyai perlindungan liabiliti sehingga RM 200 setiap post dengan pilihan insuran premium
- Sistem notifikasi efektif melalui SMS atau Email dalam urusan anda
- Penghantaran barang melalui jalan laut ke Sabah dan Sarawak
- Penghantaran pada hari yang sama
- Servis pilihan top up yang fleksibel

Dan banyak lagi yang akan datang!

Apa servis pilihan top up?

Antara servis pilihan top up yang ada

Servis pilihan top up ini ialah anda beli top up di Delyva dengan beberapa keistimewaan setiap top up. Anda boleh pilih mana yang bersesuaian dengan anda. Bagi yang masih baru, servis top up ini ialah tidak wajib namun adalah sangat digalakkan untuk lebih penjimatan dan penggunaan servis yang lebih optimum.

Setiap pengeposan, top up anda akan ditolak mengikut bayaran yang dikenakan terhadap servis/caj pengeposan anda. 

Setelah top up habis, hanya beli top up yang baru!


Apa kata mereka yang pernah menggunakan Delyva ni?

Kartini Suhari - Stokis Mirabelle & peniaga sabun buatan tangan
"Delyva membantu menjimatkan masa dan tenaga. Saya tidak perlu menghadapi barisan beratur yang panjang lagi" 
Pro DIY Kit

"Tanpa Delyva, saya terpaksa pergi ke Poslaju sendiri dan membazir masa. Delyva membantu saya untuk lebih fokus dengan perkara yang lebih penting dalam perniagaan saya"

Normasliana - Pengasas bersama Ralisya Resources
"Saya sangat berpuas hati dengan kadar Delyva. Saya boleh memohon servis pengambilan barang pos tanpa sebarang kos tambahan, malah pilihan top up minimum sangat bersesuaian dengan perniagaan kami"


Cara penggunaannya semudah 1,2,3!


3 langkah utama sahaja.

Setelah anda ke laman Delyva serta melihat semua perbandingan servis yang ada dan terpikat dengan servis yang diinginkan. Anda boleh terus ke proses yang paling utama iaitu proses tempahan pengeposan.

1. Tempah

Tempah pesanan melalui e-commerce bersepadu atau fail excel atau isi borang penghantaran melalui borang pesanan.

2. Cetak

Kemudian, cetak label penghantaran yang mengandungi nombor jejak (tracking number), barcode dan maklumat penghantaran. Lekat di barang yang hendak dihantar.

3. Hantar

Tunggu rakan kongsi Delyva (Mat Despatch, Aramex dan lain lain) untuk mengambil barang anda untuk dihantar. Atau anda boleh tinggalkan di drop-off point paling dekat dengan anda.

Mudah dan menjimatkan masa.

Hanya secara atas talian sahaja.

Jadi hargai masa anda dan gunakan lah untuk menjaga diri anda atau beriadah bersama keluarga. Kerana kesihatan dan keluarga tidak dapat dicari ganti.

Biarkan Delyva membantu anda untuk meringankan tugasan pengeposan perniagaan anda.

Ambil masa yang ada untuk merehatkan diri.

Anda boleh layari ke laman rasmi dan sosial Delyva dengan pautan di bawah:

Laman rasmi: https://delyva.com/my/
Facebook: https://www.facebook.com/DelyvaMY/
Instagram: https://www.instagram.com/delyva_my/

Sehingga berjumpa lagi di lain entri. Tata!

39 comments:

  1. Memang Delyva ni semakin popular dah sekarang.. mudah sangat untuk mereka yang berniaga online ni.. tak pelru keluarga beratur bagai, nak tempuh jam bagai.. fuh buang masa kan.. call je delyva dan set je semua dengan Delyva.. gerenta boleh ada free time untuk merehatkan badan dan tak stress terkejar-kejar macam selalu.. kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Boleh focus more on business. Yg surirumah pun senang lagi lagi yg ada anak tu. Takyah dah susah susah heret and ikut sekali pergi keluar pos barang. Duduk je rumah pun boleh. Sambil sibuk dgn business tu, ada jugak masa nak layan anak kan..

      Delete
  2. ni first time dengar. bagusla ada company mcm ni/ hustle free dan tak memeningkan kepala peniaga online dan pembeli.. harap lebih ramai tahu tentnangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ramai ramai share baru ramai yg tahu hehe

      Delete
  3. Bagus ada byk alternative utk hantar barang bg peniaga skrg. Bila ada servis pelbagai, baru semua akan buat baik2 kan. Cara Delyva ni pun mcm senang je nak post out barang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang sangat senang. Klik klik je dah siap.

      Delete
  4. This is my first time heard about Delyva ni, nampak menarik..sesuai untuk semua peniaga online dan urusan online sahaja kan...ini baru la dinamakan semuanya dihujung jari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Online ni memudahkan keje kita. We need to upgrade ourselves so that we can move forward.

      Delete
  5. first time dengar service penghantaran ni..macam menarik pulak service dia..bagus laa sekarang dah banyak service penghantaraan. jadi peniaga boleh memilih yang mana terbaik dan sesuai dengan bisness mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Delyva ni boleh buat integration tau. Customer isi details diaorg and seller just click the untuk confirm order and proceed with the shipment.

      Delete
  6. Wah mudahlah la yer ad servis macam ni.Terutama buat-buat peniaga-peniaga online.Tak perlu lagi bersusah payah beratur panjang2 kt pos office tu.Kite pembeli pun seronok barang cpt smp.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jimat masa. So masa yg lebih tu boleh guna untuk focus more on doing sales.

      Delete
  7. wahhhh baru first time dengar pasal servis nie. ini satu berita gembira buat peniaga2 online di luar sana. lepas nie mudahlah buat mereka utk berniaga. tak terkejar-kejar lagi. thanks for the info ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes everything are through online. Memang mudah sangat.

      Delete
  8. First time jugak baca dan tahu pasal delyva ni. Nanti nak cek di mana area berdekatan tetapi wajib ada printer la kan. Nak kene cetak sendiri dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul. Nak buat business sekarang memang kene ada printer sebab keje pun jadi mudah.

      Delete
  9. dah makin popular Delyva ni tapi ramai jugak yang tak tahu kan..tapi mmg bagus utk org yang berniaga..memudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ramai lagi yg tak tahu. Boleh lah share biar lebih ramai yg tahu. Mudahkan keje diaorg pulak tu hehe

      Delete
  10. First time dengar nama Delyva. Coverage dia kat seluruh Malaysia ke kak? Sebab sekarang ni ruby guna perkhidmatan Pos Malaysia je untuk collect. Beli banyak-banyak parcel bag tu sesiap. Sekarang ruby cari alternatif nak tulis alamat dan print kat kertas pos tu. Lenguh menulis. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes coverage seluruh Malaysia guna next day delivery (poslaju). Ya memang lenguh lagi lagi bila nak kene post banyak barang. Book je through Delyva and print je consignment note daripada Delyva. Senang. Takyah nak tulis tulis dah. Parcel pun bebas nak guna parcel apa pun.

      Delete
  11. Mudah ada service macam ni kan. Sangat memudahkan orang yang buat business. Kalau bisness jenis laku n banyak sale mmg patut guna service ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Memang sangat mudah. Duduk rumah pun business tetap jalan hehe

      Delete
  12. First time dengar perkhidmatan ni. Not bad juga ya. Tak pernah hantar barang selain dr pos malaysia. Nanti bkh rekomen kat member yg buat jualan online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes this should be recommend to others. Let all know.

      Delete
  13. Tak pernah dgr pasal delyva ni.. Dia lebih kirg macam kurier yg lain ke cmne.. Atau dia ada penghantaran ke luar negara skli? Tp bgus gk sbb kurier yg ade skrg pon xberapa cekap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Delyva ni platform untuk book delivery through online. Bawah delyva ni ada courier seperti Poslaju, Nationwide, Aramex, etc. Yes Delyva pun ada provide untuk international shipping. Register and book kat app.delyva.com . Register free je.

      Delete
  14. Mudahlah pasni ada servis macam ni! Tak perlu dah susah-susah start enjin kereta dan pergi pejabat pos nak pos barang. Nasib baik ada delyva ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dah jimat duit minyak kan kat situ hehe. Rate pun quite lower than walk in.

      Delete
  15. Honestly I think this is really brilliant as you can really save a lot of time without the need to go to the centre personally.

    ReplyDelete
  16. suka..sebab memudahkan kerja ...peniaga online wajib guna , lagi dah nak2 masuk bulan puasa nih mesti banyak benda nak pos dan banyak kerja nak kena buat...so delyva boleh tolong kita selesaikan masalah dan meringankn beban kerja posting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Let the delivery part handled by Delyva and you pun boleh focus more on your business in terms of sale.

      Delete
  17. Ooo.. This will really make my life easier especially while handling the travel rescue kit campaign. . Thanks dear

    ReplyDelete
  18. Sekarang banyak postage servis. Bagus dapat menyenangkan kerja utk postage ni.

    ReplyDelete
  19. Sangat fleksibel n memudahkan bila ada servis camni.. First time AM dengar.. Boleh la AM cuba n rekomen kan kat member2 yg buat business online..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes AM patut guna and do let others know! Hehe

      Delete
  20. Thank you so much sharing about Delyva. Those yg nak guna boleh terus register kat app.delyva.com ;)

    ReplyDelete