Assalammualaikum semua,
Saya tahu semua dah tak sabar nak raya sakan, tapi bawa
bertenang sebab puasa belum habis lagi. Hehe.
Berbalik kepada topik raya, banyak dah buat persiapan nak
mencari baju untuk diri sendiri dan keluarga. Untuk kali ni saya nak
perkenalkan satu butik yang menerapkan pemerkasaan tradisi melayu dalam setiap
fesyen mereka iaitu BMO 1980.
|
Hijau hijau si baju raya, mengapa bukan hijau tu tak sebaya? Haaaaa jawab!
Saya (kiri-kot kot dah lupa siapa saya kan) bersama keluarga Balqis (sebelah saya). |
Baju melayu tradisional, baju melayu ‘slimfit’, baju melayu
pesak, tengkolok, capal hingga ‘custom-made’ pakaian tradisi ialah kepakaran
BMO 1980 sendiri. Anda perasan tak sekarang ni fesyen tengkolok dan capal mula
kembali menjadi bualan.
‘Let me just say this gittew’, BMO 1980 ni dari dulu dah
menjadi ‘trendsetter’ sebelum yang lain ikut sekali. Zaman kurta dulu dari
tahun 2008. Masuk majalah semua. 2015 kembali meletup semula bila BMO 1980 bawa
ke Mood Republik.
Lepas tu baju melayu
slimfit mesra solat pun sejak 2005.
Sekarang ni zaman tengkolok dan capal pulak kembali lagi disebabkan BMO 1980. Oleh
itu, mari saya kongsi dengan anda BMO 1980 ni ada apa!
Fesyen lelaki:
Tengkolok / Tanjak / Setanjak/Destar
Bukan ‘hipster’ tapi orang melayu zaman dulu memang pakai
tengkolok. Memandangkan mereka ni mahir dalam pakaian istana dan badan
beruniform, tengkolok yang dibuat ialah ‘adjustable ready made’ tengkolok.
Tambah lagi mereka mempunyai kilang kain sendiri, banyak pilihan corak dan
warna tengkolok yang ada.
|
Comel je budak pakai kan. |
|
Kat sini, krew pun pakai tau tengkolok. |
|
Boleh bezakan cara lipatan tengkolok kat sini dari negeri lain-laint tak? |
Tengkolok dewasa dan kanak-kanak boleh didapati sebelum
habis stok ya.
Fakta menarik = BMO 1980 merupaka pakar dalam adat melayu.
Maka tengkolok yang ada ialah berbeza-beza mengikut negeri. Ada yang tengkolok
Selangor, Perak dan sebagainya. Bila kat sini, krew BMO 1980 sendiri akan
mengajar serba sedikit cara pakai tengkolok yang betul.
Bukan sebarang pakai tau!
Baju Melayu
Ingat Baju Melayu ingat tradisi kita. Ada yang moden, cekak
musang, teluk belanga, potongan lurus, potongan ‘slimcut’ dan sebagainya. Cuma
datang cari mana yang terdetik je kat butik ni. Menariknya meski ada baju
melayu yang direvolusikan di sini, keselesaan tetap menjadi keutamaan apabila
pengarah esekutifnya sendiri mengakui bahawa baju melayu haruslah selesa di
bawa solat.
|
Baju Melayu lelaki dewasa. Saiz kecik sampai besar pun ada |
Selain warna dan rekaan baju melayu berbeza, sebenanrya kain
serta corak yang ada di butik ini pun berbeza. Boleh rasa kain kapas, kain
linen, kain pasang dan sebagainya. Sebab lain-lain orang mempunyai tahap
keselesaan pemakaian berbeza.
Baju Kurta dan Jubah
Orang melayu kita sudah mula berjubah untuk hari raya dan
puasa. Kalau berjubah mesti tahap selesa kita nak cari tu ialah senang
berjalan, sejuk tak rimas, dan senang duduk betul kan? Jubah kat sini menepati
ciri tu. Sempat lah tengok potongan jubah yang ada, jubah tu tak meletakkan
rekaan cantik semata bagi potong lurus je tapi ada pembukaan yang ‘just nice’
untuk berjalan dan solat. Kain pulak jenis tak tekap jadi duduk tak rasa
tersangkut!
Bagi kurta pulak, kurta sini terlajak banyak pilihan
berbanding kat luar sana. Kurta dari seringkas nak pakaian harian ke kurta
secantik nak pergi majlis. Kurta panjang, kurta pendek, kurta corak, kurta
poket segala jenis kurta lah semua ada. Ini saya cadangkan untuk beli satu bagi
yang nak cuba, sebab keselesaan dia ‘tip-top’. Satu je masalah, saya perempuan.
Hehe.
Samping
Di samping itu kita ada samping. Ha samping apa tu?
Bercerita mengenai BMO 1980 semula, dah butik ini ialah butik
jahitan atau ‘tailored brand’, samping yang ada bukan setakat samping songket.
Samping yang ada termasuk samping kain tenun tau. Ringan dan sejuk sikit
berbanding songket.
|
Samping budak dan dewasa. |
Ada yang ready-made dan kena pakai sendiri jugak di sini.
Dan bagi lelaki yang sudah berkahwin, jangan tertiba masa tengak mencuba tu
terpakai atas lutut pulak. Eh, nanti abang-abang di BMO 1980 dengan orang rumah
pandang semacam tau. Ada hati lagi ya! Haha.
Tapi jangan risau lah, dari segi pemakaian cara simpul
samping tu krew butik boleh tolong dan cerita apa maksud disebalik maksud jenis
ikat samping. Bagus jugak ada butik yang masih utuh kepada jati bangsa sendiri
kan!
Fakta = Dalam Bahasa Melayu Brunei, samping dipanggil
sinjang. (Ya, saya penutur dan berketurunan Brunei tau!)
Capal
Dari tengkolok di kepala, baju ke badan, samping ke pinggang
akhirnya capal ke kaki. Lengkaplah seorang lelaki melayu terakhir di situ.
Gagah perkasa jangan tetiba ada keris nak ke pelamin sudah!
Kat sini capal yang dibuat pun guna pakar mereka sendiri.
Jahitan kemas, pegang pun tak ringan, material padu. Ada 5 jenis warna tali
capal yang ada boleh dipilih sini dengan pelbagai saiz. Barulah atas sampai bawah lengkap perkasa!
|
Capal koleksi BMO 1980 |
Fesyen perempuan:
Baju Kurung Lace
Secara jujurnya, BMO 1980 lebih kepada fesyen tradisi lelaki
Melayu ‘ready-made’. Namun meraka juga masih turut serta memperkenalkan baju
untuk perempuan dari sekecik saiz kanak-kanak ke sebesar saiz wanita.
Untuk baju istimewa sikit lebaran 2019 ni, mereka
memperkenalkan baju kurung lace. Warna pastel dan potongan ringkas sudah cukup
bila dipadankan dengan kain lace di baju dan kain satin. Tips untuk pemilihan,
sila pilih satu saiz lagi besar dari badan sebab kalau sejenis makan banyak
perut tu memang nampak ya! Macam saya!
Baju Kurung dan Kurung Kedah
Selain kurung lace tadi, kat sini tetap ada baju kurung
biasa dan baju kurung kedah. Beza nya ialah potongan dan kepanjangan baju dia.
Untuk nampak ayu manis wanita melayu terakhir boleh pilih baju kurung. Manakala
untuk nampak tinggi lampai bergaya boleh pilih kurung kedah.
Saya suka baju yang dbuat mempunyai dua zip depan belakang.
Memudahkan untuk kita pakai juga sesuai untuk di pakai oleh ibu yang menyusukan
anak.
|
Kain yang sama, baju kurung berbeza. |
|
Siapa kata fesyen ringkas tak lawa ke wanita bujang selain daripada yang lace tu~ |
Ekstra!!!
Selain di atas, BMO 1980 turut membuat kelengkapan umrah
haji, baju uniform korporat, pakaian ‘custom made’ dan hampir semua berkaitan
dengan jahitan. Senang cerita, butik ini asalnya butik jahitan premium. Pemilik
BMO 1980 sendiri ialah tukang jahit yang belajar di England tau!
Reputasi BMO 1980 sebenarnya dalam kalangan dunia korporat
dan peminat pakaian tradisi ialah satu butik ‘all tailored goodness in one
brand’. Macam yang saya cakap tadi dari ‘custom-made’ sehingga ‘ready made’
semua elok sangat!
Sekarang ini, BMO 1980 ingin melangkah dan memperluaskan
lagi jenama mereka kepada orang ramai termasuk lah orang bukan melayu sendiri.
Visi dan misi ialah untuk memperkasakan tradisi melayu melalui pakaian kepada
semua peringkat umur.
|
Anak angkat dua orang tu boleh cari keluarga baru kot. Haha. |
Terdapat jugak ruang ‘Clearance Sale’ dibahagian luar
serendah RM 80 sepasang baju melayu dewasa!
|
Kanak-kanak |
|
Orang dewasa |
Untuk bulan puasa ini, masa beroperasi dari 10 pagi sehingga
2 pagi dibuka setiap hari tanpa cuti. Akan ditutup ketika raya nanti pada 4
haribulan jun ini dan bakal dibuka seminggu kemudian.
Pandangan peribadi:
Kalau tak bagi ulasan sendiri tak sah. Sebab tu nama dia
berkongsi betul tak?
Di BMO 1980 saya sendiri cuba, rasa material dan tengok
jahitan setiap jenis produk depan mata. Apa yang mereka kata, itu lah mereka.
Kualiti memang terbaik tak boleh sangkal. Cuma kat sini lebih kepada lelaki
berbanding perempuan.
Umpama kita ke butik-butik wanita baju kurung, jubah,
tudung, telekung yang menyelit pakakian lelaki sikit-sikit sebagainya. Macam
itu lah butik ini tapi versi lelaki. Ha gitu. Nak apa-apa aksesori berkaitan
dengan fesyen islamik dan tradisi melayu memang semua ada.
Bila datang sini, rambang mata untuk pilihan lelaki. Dari
luar sampai ke dalam. Penuh pilihan dengan setiap jenis yang ada di pasaran dan
tiada dipasaran. Kalau perempuan pulak, di dua sudut je. Pakaian dewasa
dan kanak-kanak perempuan satu tempat yang
sama.
Harga pulak memang berbaloi ya. Saya tak tipu nak kata
tempat ni murah dan semua mampu milik. Kat sini konsep dia, anda
bayar untuk kualiti anda dapat. Saya pun banyak kali kata, ada perkara yang
kita kena beli mahal untuk tahan lama dan keselesaan.
BMO 1980 ini ialah salah satunya. Lagipun mana nak dapat
produk butik ‘premium tailored brand’ dengan harga macam ni? Sedangkan baju
yang bukan ‘tailored’ pun dijual harga yang sama atas nama penjenamaan. Kat
situ saya pun ada satu point yang harus kita fikirkan.
|
Manis sedondon. Tapi baju maroon tu siapa? Haaaa |
Kalau tak boleh ke butik fizikal, boleh lah beli dan tengok-tengok
dibutik atas talian. Boleh rujuk kat maklumat lanjut di bawah nanti. Tapi ada
beberapa yang masih tak dikemaskini tau di atas talian. Jadi lagi baik kalau
dapat ke butik fizikal ya!
Lagi satu, jangan nak beli masa raya ni je, ada raya haji,
ada majlis lain dan untuk pakai hari-hari pun boleh tau. Saya pun ada bajet
lebih ni nak beli kurung kedah lepas raya. Sebab lawa. Hahaha.
Maklumat lanjut:
BMO 1980
Kedai:
BMO 1980 @ DAGANG AVENUE, AMPANG
G-5, Dagang
Avenue, Jalan Dagang B/3A,Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Phone : +603 4278
4238
BMO
1980 @ WISMA YAKIN, KL
No 20, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur.
(behind Omar Ali)
Phone : +603 2602 3303
Masa Operasi:
10am – 8pm (biasa)
Hari Operasi: Setiap hari
Selamat menyambut hari raya aidilfitri dan semoga sepanjang puasa
tahun ini penuh berkat. In Sha Allah. Jumpa lagi!