Friday, 24 May 2019

7 Kelebihan Star Vendors - Jualan Besar-Besaran Raya 72 Jam Tanpa Henti di PWTC (Harga terlajak runtuh!)

Salam semua,

Hari ni saya berkesempatan jejak kaki sendiri ke Star Vendors di PWTC yang telah berlangsung pada hari ini 24 Mei sehingga 27 Mei nanti.

Di hadapan pintu masuk dewan.

Pengenalan ringkas mengenai Starvendors ni ialah Festival Jualan Raya yang diadakan 72 jam tanpa henti yang menampilkan 62 artis dan beberapa bisnes tempatan dan bumiputra lain. Jumlahnya mencapai lebih 400 lebih bisnes dengan 600 lebih jenama tau! Masya Allah banyak sungguh peluang yang diwujudkan.

CEO & COO, Ifa Raziah yang juga terkenal sebagai pengacara dan pelakon kat Malaysia ni berkata ketika pelancaran bahawa perniaga di sini akan memberikan harga kompetitif, berpatutan dan diskaun agar semua dapat menikmati jualan raya ni.

Ketika ucapan, persembahan dan perasmian Star Vendors. Ucapan daripada Ifa Raziah sebagai CEO & COO Star Vendors
serta perasmian oleh Tuanku Permaisuri Selangor.
Meskipun ini projek sulung beliau , festival ni tadi dah mendapat sambutan hangat. Namun masih boleh berjaya dikawal oleh krew Star Vendors. Selain itu, hari ni juga merupakan perlancaran rasmi bagi Star Vendors yang dirasmikan oleh Tuanku Permaisuri Selangor iaitu Tuanku Norashikin yang manis berbaju kurung. Manakala selain Ifa Raziah sendiri, telah ada beberapa selebriti terlibat yang dah datang seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Asyraf Muslim, Zizi Kirana, Erra Fazira, Ziana Zain, Watie Elite dan ramai lagi lah!

Fakta menarik mengenai Star Vendor ini ialah Ifa Raziah bertungkus lumus menjadikan program ini sebagai kenyataan dalam masa 2 bulan sahaja! Bahkan menarik minat Maybank, Neffos, Nuccar dan Kingsmolten untuk menaja serta menggempakkan lagi festival raya ini. Manakala Suria FM merupakan radio rasmi informasi bagi Star Vendors.

Oleh itu, jom saya perkenalkan Starvendors sambil berkongsi pengalaman dan perasaan saya sendiri masa pergi tadi.

7 Kelebihan Starvendors yang menjadikan festival ini terbaik:

1. Pendaftaran melalui sistem atas talian dengan imbasan code sahaja! Tak perlu berebut, tak perlu pakai gelang tangan mahupun cop tangan kita tau!

2. Sebanyak 453 booth di tiga aras yang boleh dikunjungi bahkan booth artis dan bisnes tempatan saling ditempatkan bersebelahan antara satu sama lain. Semua peniaga dilayan sama rata. 

3. Dibuka 72 jam tanpa henti! Semua orang boleh datang bila-bila masa.

4. Harga dijamin bukan ‘hisper have-have’. Kebanyakkan peniaga dan artis memberikan harga runtuh dan istimewa untuk festival kali ini selari dengan misi Ifa Raziah yang ingin festival ini mampu milik! Pengguna Maybank QR Scan & Pay dapat menikmati 20% diskaun sebanyak dua kali di mana-mana booth!

5. Pemberian duit raya kepada 1000 pengunjung pertama oleh artis dengan penuh meriah dan teratur!

6. Kunjungan artis tempatan tanpa henti yang juga sangat mesra disapa peminat. Pengunjung yang membeli barangan dengan harga murah pun boleh mendapatkan peluang untuk mengambil gambar dengan artis tanah air kita.

7. Konsert Malam Kemuncak Star Vendors di pentas utama PWTC oleh 12 penyanyi bertema hari raya serta banyak aktviti menarik seperti cabutan bertuah setiap hari pukul 1 pagi, ‘back-to-back’ persembahan artis dan edaran bubur lambuk setiap pukul 6-6.30pm oleh Ifa Raziah.

Sejujurnya kelebihan ini adalah sangat pasti tiada madah berhelah bak kata Ziana Zain gitu. Pengalaman saya pergi sendiri tadi pun penuh kagum. Kagum disebabkan Ifa Raziah betul-betul memahami kita sebagai bakal pelanggan untuk memberikan keselesaan maksimum. Fuh macam bodek tapi bukan tau! Hahaha. Serius ni terbaik yang pernah saya alami.

Beliau sendiri berkata kepada pihak media bahawasanya Star Vendors ini juga dilaksanakan untuk membantu usahawan dengan memberi tapak sewaan yang rendah daripada harga pasaran. Tidak lupa juga, lokasi yang dipilih ini merupakan mesra pengguna bagi yang ingin bersolat, laluan OKU, tempat berbuka dan sebagainya yang selesa sepanjang 72 jam Festival berlangsung.

Bayangkan lah, festival Star Vendors Jualan Mega Raya 2019 ni mampu memberikan harga rendah kepada pengunjung meski dibuat dalam skala besar. Bahkan idea untuk membuka 72 jam sebenarnya membuka peluang kepada peniaga untuk mencari rezeki yang lebih dan pengunjung untuk pergi ke sana di masa mereka kelapangan. (Rujuk kat gambar dibawah untuk melihat beberapa jualan murah)

Bagi saya secara peribadi kenapa saya rasa Star Vendors ni istimewa ialah apabila artis yang terlibat semua mesra alam. Waktu bagi duit raya pun Watie Elite sanggup mengunjuk sampul raya satu-satu ke tangan pengunjung terawal tadi. Siap nak ambil gambar ke video ke masih memberikan senyuman. Ni baru artis tanah air kita. Susunan booth pun campur-campur je artis dengan bukan artis, sama-sama berkongsi pengaruh agar semua dapat dikunjungi. Saya rasa terharu bila layanan adil diberikan.

Cukuplah rasa terharu kat atas ni, jom saya bawa ke booth-booth yang sempat di lawati di Starvendors tadi.

Ini ialah booth Ifa Raziah sendiri. Terletak antara booth yang lain. Istimewanya, booth Ifa Raziah hanya
satu ruang dan ringkas je. 


Selain itu, ada juga peniaga daripada Brunei Darussalam juga turut serta! Gembira boleh cakap Brunei tau!

Tradisi Melayu tak kan lapuk dek zaman. Kini kembali trend tengkolok bersama capal. Kat BMO pasti boleh
cari mana yang dikehendaki.

Serba merah jambu comel!

Di atas merupakan beberapa booth peniaga yang boleh saya kongsikan berdasarkan mana yang saya rasa menarik daripada 400 lebih buah booth yang ada. Ini pilihan peribadi lah, walhal banyak lagi yang menarik tau.


Ada jugak yang sempat saya tangkap ketika cuci mata tau seperti kat bawah ni.

Ini sambal viral Che'Nor. Kat sini terlajak murah!

Safiey Elias menyertai Star Vendor dengan produk kosmetik baru beliau.

Antara tempat 'insta worthy'
Kopi ni sedap bak kata penggemar kopi Kak Atie yang tolong
ambik gambar sepanjang Festival ni. Hehe

Bahkan RM 50 untuk tiga! Biar betul? Memang betul!!!
Ye, dah rasa kain dia memang kualiti tinggi. Sumpah! RM 20 je satu.


Orang cina pun beli tau. (Hehe saya kenal dia, saja je)

Satu-satunya booth menjual dekorasi dalaman rumah! Ala macam
kedai Jepun yang kita selalu masuk habis duit tu~

Ha, ini lah salah satu barang dekorasi yang dijual.

Buat pembaca kat luar sana, saya sangat galakkan untuk datang berkunjung ke Starvendors untuk merasai apa yang saya sendiri kongsikan dengan anda dekat entri ni. Sebelum menghabiskan perkongsian, Ifa Raziah juga bercadang untuk merancang membawa Starvendors ke Johor, Sabah dan Sarawak. Rasanya ada yang berminat tak?

Maklumat lanjut boleh rujuk di bawah ya.

STARVENDORS di PWTC – Putra World Trade Centre
Hall 2,3 & 4
2 4 -  27 Mei 2019
Jumaat – Ahad
72 Jam tanpa henti

Instagram rasmi: https://www.instagram.com/starvendors/

Oh tahu tak, pada akhir nanti akan ada 'Bossku' menampilkan diri dengan memperkenalkan pakian batik perniagaan 'Bossku' sendiri? Ha tunggu tau! Selamat membeli belah di Starvendors semua!

1 comment:

  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete