Saturday, 7 June 2025

LG “AFFECTIONATE INTELLIGENCE” - Peralatan rumah dan elektronik pengguna berkuasa AI tercanggih yang memahami anda


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2025 – LG Electronics Malaysia (LG) baru-baru ini memperkenalkan visi teknologi yang bersifat empati di LG Convention tahunan yang berlangsung di Bangsar South. Dikuasakan oleh teknologi Affectionate Intelligence (AI), pameran ini menampilkan rangkaian elektronik pengguna berasaskan AI yang mengagumkan, sekali gus mengukuhkan komitmen LG sebagai Syarikat Penyelesaian Kehidupan Pintar yang mencipta teknologi yang benar-benar memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna.

Konvensyen berprestij ini telah menjadi platform utama negara untuk pelancaran inovasi terkini LG serta pengenalan produk baharu LG di Malaysia selama lebih sedekad. Teras pembentangan LG kali ini ialah pendekatan transformasi melalui Affectionate Intelligence (AI) yang menekankan visi syarikat terhadap masa depan di mana teknologi bukan sahaja melaksanakan tugasan secara automatik, malah memahami, menyesuaikan diri dan memperkayakan pengalaman harian—menjadikan pengguna rasa difahami dan dihargai.

“Usaha seterusnya bukan sahaja merangkumi peningkatan tahap kepintaran teknologi, tetapi juga untuk melengkapkannya dengan empati,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

“Peralatan elektronik pengguna berkuasa AI kami menunjukkan bagaimana kami mencipta penyelesaian yang memahami keperluan sebenar manusia, bukannya memaksa pengguna menyesuaikan diri dengan teknologi. Inovasi ini mempelajari tingkah laku anda untuk menjangkakan keperluan tanpa memerlukan arahan – ini akan memberikan anda lebih masa untuk perkara yang benar-benar penting.”

Rangkaian produk yang dipamerkan termasuk TV OLED terbaharu LG yang lengkap dengan pemprosesan gambar dan bunyi pintar berasaskan AI yang mengoptimumkan pengalaman tontonan berdasarkan kandungan dan persekitaran. Paparan pintar ini menyampaikan hiburan diperibadikan yang menyesuaikan diri dengan citarasa dan keadaan bilik.


Sistem penyaman udara LG AI Air DualCool™️ turut menarik perhatian pengunjung dengan teknologi penyejukan pintar yang mempelajari corak penggunaan dan melaras suhu serta aliran udara secara automatik untuk keselesaan optimum sambil memaksimumkan kecekapan tenaga.

Mesin basuh LG dengan teknologi AIDD (AI Direct Drive) menunjukkan bagaimana kecerdasan buatan mengubah cara kita mencuci pakaian. Ia mampu mengesan jenis fabrik dan saiz muatan secara automatik, lalu melaraskan kitaran basuhan untuk memberikan cucian yang lebih optimum—sambil membantu menjaga ketahanan pakaian yang lembut dan halus.


Konvensyen ini turut memperkenalkan peti sejuk LG MoodUP yang lengkap dengan panel pintu LED yang boleh bertukar warna dengan menggunakan aplikasi ThinQ serta pembesar suara Bluetooth terbina dalam yang membolehkan sambungan ke peranti luar untuk memainkan muzik pilihan anda. Dengan mod yang pelbagai, anda boleh mengubah suasana dapur mengikut kesukaan anda, sekali lagi membuktikan bagaimana AI boleh memperkayakan pengalaman dapur harian.

Melengkapkan barisan produk berfokuskan AI, LG turut memperkenalkan rangkaian ketuhar gelombang mikro pertamanya di Malaysia yang tersedia dengan Teknologi Smart Inverter, salutan antibakteria EasyClean™️, pelbagai mod memasak serta pemanasan dan penyahbekuan cepat serta sekata untuk pengalaman memasak yang mudah dan menyenangkan. Para pengunjung juga berpeluang melihat mesin pencuci pinggan LG yang direka khusus untuk kediaman Malaysia dengan ciri penjimatan masa dan tenaga.

Para hadirin turut diberi peluang eksklusif untuk menyaksikan kerusi urut LG Healing-Me Arte, pemenang 2024 Red Dot Design Award, menampilkan reka bentuk lembut dan melengkung, keselesaan ergonomik dan kawalan intuitif. Turut dipamerkan ialah penyahlembap LG PuriCare™️ Majove DUAL Inverter dengan sokongan LG ThinQ™️ untuk pemantauan mudah, serta mod Smart+ yang memberikan keselesaan tersuai dengan mengesan kelembapan semasa dan melaras kelajuan pemampat serta kipas secara automatik untuk udara yang menyegarkan.

LG juga memperkenalkan Penulen Air LG PuriCare™️ ATOM-U yang baharu dilancarkan, sambil menampilkan bagaimana rangkaian inovasi LG dapat berfungsi secara harmoni dan menyatu secara semula jadi dalam kediaman moden rakyat Malaysia.

Dengan tumpuan utama kepada Affectionate Intelligence, LG Malaysia menjemput pengguna tempatan untuk menyambut era baharu kehidupan yang lebih pintar, mudah dan sihat – menjadikan “Life’s Good” melalui teknologi yang benar-benar memahami dan mengambil berat.

Antara promosi yang sedang berlangsung

Untuk maklumat lanjut mengenai LG Malaysia, sila layari laman web rasmi LG di https://www.lg.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia.

Friday, 6 June 2025

HUAWEI’S LATEST WATCH 5 SERIES NOW AVAILABLE IN MALAYSIA, PROVIDING A SMARTER AND SLEEKER WAY TO STAY HEALTHY

KUALA LUMPUR, 6 JUNE 2025 - The highly anticipated HUAWEI WATCH 5 Series is now officially available in Malaysia, ushering in a new era of intelligent wearables engineered to support health, productivity, and effortless personal style. Marking ten years since the debut of the first HUAWEI WATCH in 2015, the fifth-generation model is the brand’s most advanced yet, offering cutting-edge health tracking, intuitive gesture controls, eSIM connectivity, and a refined design that adapts from workouts to weekend wear.


Redefines the limit of a smartwatch with fingertip health tracking to gesture controls, and eSIM connectivity 



Sleek and strong finish for everyday wearability

Available in two versatile sizes, 42mm and 46mm, the HUAWEI WATCH 5 is crafted to match every lifestyle. The 42mm version comes in elegant Sand Gold and Beige, while the 46mm makes a statement with a bold new Purple variant. Built with 904L stainless steel and aerospace-grade silver alloy, each watch is up to 45% lighter and nearly twice as durable as conventional stainless steel models. Both versions feature scratch-resistant spherical sapphire glass and a selection of stylish, waterproof straps in fluoroelastomer, titanium, or composite, now available in fashion-forward denim and silk-inspired textures.


Fingertip X-TAP sensors for instant health insights

At the core of the WATCH 5 Series is HUAWEI’s groundbreaking Multi-sensing X-TAP technology, which merges ECG, PPG, and tactile sensors into a seamless fingertip interface. With just three seconds of contact, users can launch Health Glance, a 10-metric health snapshot that includes heart rate variability, blood oxygen (SpO2), and emotional well-being. The industry-first fingertip SpO2 sensor delivers enhanced accuracy by tapping into the body’s thinnest skin and richest capillary areas.



Smarter control, no screen touch needed

Built for convenience, the HUAWEI WATCH 5 Series introduces intuitive gesture navigation. With simple double taps or slides, users can answer calls, manage their music, trigger smartphone cameras, or activate voice assistants, all without touching the screen. Meanwhile, eSIM-ready models let users stay connected even without a smartphone, making the watch ideal for on-the-go lifestyles, from early morning runs to spontaneous travel.


Battery life that goes the distance

The HUAWEI WATCH 5 Series is designed to power through your schedule. In Standard Mode, the 46mm model offers up to 4.5 days of usage, while the 42mm provides up to 3 days. Switch to Battery Saver Mode, and these figures jump to 11 and 7 days, respectively, giving users the freedom to go longer between charges without sacrificing functionality.



Nationwide Availability: 

Be among the first to grab yours online starting 5th June via the HUAWEI Official Website, Shopee, Lazada, and the HUAWEI Official TikTok Shop. Prefer an in-person experience? Head to your nearest HUAWEI Experience Stores from 7th June and try it on for yourself. Early purchasers will enjoy exclusive launch rewards, including a complimentary pair of HUAWEI FreeBuds 5, a three-month Health+ subscription, and additional gifts worth up to RM746, while stocks last.

For more information, latest updates, or promotions about Huawei, please visit the HUAWEI Official Website, the HUAWEI Official Facebook page, or Instagram



Thursday, 5 June 2025

Hairppiness guardian Kini Kembali Untuk Memberikan Rambut Sihat dan Hidup Ceria Dengan Promosi Produk Rambut

Petaling Jaya, 4 Jun 2025: Bulan ini, guardian Malaysia meraikan segala-galanya tentang mahkota kepala melalui kempen Hairppiness, yang berlangsung dari hari ini hingga 1 Julai 2025.

guardian-hairppiness-one-utama-event
Hairppiness yang berlangsung bermula 4hb Jun sehingga 8hb Jun di 1Utama

Berikutan kejayaan kempen “All About Hair” tahun lalu yang mendapat sambutan luar biasa, guardian Malaysia kini kembali bersama rakan-rakan jenama strategik untuk membantu ANDA Serlahkan Kecantikanmu melalui solusi penjagaan rambut yang menyihatkan, mentransformasi, dan membina keyakinan.

Kempen ini menyerlahkan komitmen guardian Malaysia sebagai kurator utama dalam memilih jenama, produk dan solusi terbaik untuk penjagaan kesihatan rambut ANDA. Jenama-jenama terpilih merangkumi tiga kategori utama: ‘Rambut Cantik & Rawatan’, ‘Anti-Kelemumur, Penjagaan Kulit Kepala & Anti-Rambut Gugur’, serta ‘Warna & Gaya Rambut’. Di samping itu, produk-produk seperti KORDEL’s dan BIO-LIFE juga menyokong kesihatan dalaman secara menyeluruh – menekankan pentingnya penjagaan dari dalam sebagai asas kepada rambut yang sihat dan bersinar.

“Kami di guardian Malaysia ingin membantu anda Serlahkan Kecantikanmu melalui penjagaan rambut yang menyeluruh – dari akar dan kulit kepala hinggalah ke hujung rambut, termasuk ekspresi warna yang mencerminkan keperibadian anda,” jelas Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.

Dengan rangkaian jenama berkualiti tinggi, guardian Malaysia adalah destinasi sehenti untuk semua keperluan penjagaan rambut. Pemilihan produk kami menekankan aspek kesihatan rambut, selaras dengan prinsip jenama kami, ‘Nurturing MY Wellbeing’. Nilai ini dizahirkan secara kreatif menerusi nama kempen yang catchy, Hairppiness, gabungan perkataan ‘hair’ dan ‘happiness’.

RAMBUT BERMAYA, ANDA CERIA

Pelanggan boleh mendapatkan promosi hebat seperti 80% diskaun dan hadiah percuma


“Hairppiness, yang menjadi kata kunci kempen kami bulan ini, bermula dengan pengetahuan yang tepat, sokongan yang tepat dan penjagaan yang tepat,” sambung Anna

Pengetahuan yang tepat disampaikan melalui siri video eksklusif bersama pakar guardian Malaysia yang akan dikongsi secara dalam talian di Instagram guardian (https://www.instagram.com/guardianmy/) dan Facebook guardian (https://www.facebook.com/Guardianmy/) bagi membolehkan ANDA mendapatkan tip dan trik terbaik untuk rambut yang lebih ‘happy’. Sokongan yang tepat pula diberikan melalui konsultasi dan nasihat oleh ahli farmasi dan kakitangan guardian secara bersemuka, sama ada di stor mahupun di acara ruang legar seperti hari ini. Penjagaan yang tepat diperolehi melalui pemilihan produk dan jenama yang disesuaikan khas, merangkumi keperluan dari kulit kepala hingga ke hujung rambut.

HAIRPPINESS DI 1UTAMA: 4 HINGGA 8 JUN 2025

Antara aktiviti di acara atrium Hairppiness di 1Utama

Kempen Hairppiness oleh guardian Malaysia bermula secara rasmi hari ini dengan acara atrium di pusat beli-belah 1Utama, dan akan berlangsung sehingga hujung minggu ini (8 Jun). Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli MYguardian Rewards akan menikmati pelbagai ganjaran menarik, termasuk:

● 2x mata ganjaran untuk produk terpilih

● Diskaun tambahan 5% untuk SEMUA pembelian, sebagai tambahan kepada promosi di seluruh negara

● Pengering rambut Philips PERCUMA untuk 60 ahli MYguardian Rewards pertama yang berbelanja sebanyak RM120 di atrium (Tertakluk kepada terma dan syarat)

● Dapatkan nasihat peribadi daripada pakar perunding mengenai sebarang masalah atau keperluan rambut anda!

Jom daftar dan masukkan kod referal [ 20109995 ] untuk mendapatkan 150 poin percuma!

Untuk menambahkan kemeriahan, acara atrium ini turut menampilkan program Hairppiness Indulgence dimana pengunjung boleh menebus gelato percuma, mencuba aktiviti Wind Chamber’s Hair-raising Excitement, dan berpeluang memenangi Hadiah Kejutan Bertuah dengan setiap pembelian di atrium!

“Bila rambut anda terasa hebat, anda bebas menjadi diri sendiri dan melakukan apa sahaja,” kata Anna mengakhiri.

Acara Hairppiness yang terbuka untuk orang awam ini diadakan di Concourse Court di level Ground Floor berhampiran dengan AEON 1Utama. 

Jom lihat video TikTok yang menampilkan acara Hairppiness yang sudah berlangsung rabu lepas:
@zandra.zane Promo sampai 80% off! 😍 Sampai 8hb Jun ni sahaja. Nak mudah pergi ke sini? Boleh cari AEON ground floor. Terus boleh jumpa Hairppiness guardian event!🥰 @guardian Malaysia #guardianmy #hairppiness #guardianhairppiness ♬ girls like me don't cry (Sped Up) - thuy

Kempen Hairppiness di semua guardian Malaysia

Bagi memastikan ANDA di luar sana mendapat manfaat sepenuhnya daripada pilihan penjagaan rambut terbaik, kempen Hairppiness akan berlangsung sehingga 1 Julai 2025 di semua stor guardian Malaysia serta stor dalam talian di www.guardian.com.my. Pelbagai promosi terpilih dan hadiah dengan pembelian (GWP) turut ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, khas untuk ANDA, ANDA dan ANDA di seluruh negara!

Temui Hairppiness anda bersama guardian!

#MYguardian
#Hairppiness
#MYguardianRewards
#OwnYourBeautiful

Saturday, 31 May 2025

MYguardian Rewards Cecah 3 Juta Ahli – guardian Ubah Cara Rakyat Malaysia Berbelanja dan Menjaga Diri

Kuala Lumpur, 29 Mei 2025 - guardian Malaysia secara rasminya telah melancarkan inovasi terbaharunya dalam penglibatan pelanggan - program MYguardian Rewards melalui aplikasi guardianMY. Ia merupakan sebuah platform kesetiaan generasi baharu digital sepenuhnya, digamifikasi dan diperibadikan, direka untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia bagi setiap pembelian serta meningkatkan pengalaman membeli-belah ke tahap yang lebih tinggi.

Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, ketiga dari kiri bersama dengan KRU

Program ini telah dilancarkan dalam sebuah majlis penuh warna-warni di Kuala Lumpur, diserikan dengan fiesta belon udara panas dan konsert secara langsung oleh kumpulan hip-hop legenda, KRU. Pelancaran ini memperkukuhkan misi guardian untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk “Serlahkan Kecantikanmu” – melalui kesejahteraan, nilai dan kegembiraan dalam kehidupan seharian.

Priscilla Wu (tengah) bersama Anna Wong (kanan), Pengarah Pemasaran guardian Malaysia dan Corynn Wong, Ketua Kesetiaan guardian Malaysia melancarkan program MYguardian Rewards di hadapan
Belon Udara Panas di Myguardian Rewards Fiesta

“Platform MYguardian Rewards lebih daripada program kesetiaan,” jelas Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia dan Brunei.

“Ia adalah ekosistem digital yang intuitif, dibina khusus untuk pelanggan kami. Ia direka khas untuk ANDA, pelanggan guardian, menawarkan ganjaran dan pengalaman eksklusif yang diperibadikan serta-merta dengan setiap imbasan. Paling hebat, ia adalah PERCUMA!”

Teraju Digital: Satu Aplikasi. Ganjaran Serta-Merta.

MYguardian Rewards direka bentuk mesra pengguna dengan elemen ganjaran serta-merta seperti:
  • Mata ganjaran dan rebat serta-merta semasa pembayaran - di stor fizikal dan dalam talian.
  • Penyertaan automatik dalam peraduan dengan setiap pembelian.
  • Tawaran harian menarik
  • Hadiah istimewa sempena bulan kelahiran yang diperibadikan
  • Student Pass Tuesday - pelajar berumur 21 tahun ke atas akan menikmati diskaun tambahan 10% setiap Selasa dengan menunjukkan kad pelajar mereka.
Sebagai ganjaran permulaan, ahli yang mendaftar akan menerima 10X mata ganjaran untuk pembelian pertama serta baucar Guardian bernilai RM250 secara percuma. Tambah 150 MYpoint dengan meletakkan kod referal 20109995 !! Berbaloi-baloi!

Gerakan yang Mencetus Gelombang

Sejak pelancarannya awal Mac lalu, MYguardian Rewards telah mencetus fenomena dengan lebih 3 juta rakyat Malaysia mendaftar, menjadikannnya salah satu program kesetiaan paling popular di Malaysia, dengan lebih RM5 juta dalam bentuk ganjaran tunai telah diagihkan setakat ini.

“Ini bukan sekadar program kesetiaan - ia adalah penghargaan kami kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka,” tambah Priscilla.

“Dengan guardian, anda bukan sekadar berbelanja - anda melabur dalam kesihatan, kesejahteraan, dan kini, ganjaran anda sendiri. Dan kami berhasrat untuk menjadikan MYguardian Rewards sebagai program ganjaran #1 di negara ini.”

Malam Penuh Kenangan

Untuk meraikan pelancaran rasmi ini, guardian menganjurkan acara istimewa MYguardian Rewards Fiesta di TRX, menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pengalaman belon udara panas, reruai interaktif, dan konsert penuh bertenaga yang diterajui oleh kumpulan hip-hop legenda KRU, menjadikannya malam yang tidak akan dilupakan oleh para peminat dan ahli.

Melangkaui Sekadar Ganjaran

“Di guardian, kami percaya kecantikan dan kesejahteraan harus seiring dengan tanggungjawab,” kata Priscila. “MYguardian Rewards mencerminkan visi kami untuk membina komuniti yang lebih sihat dan lebih berkeyakinan - disamping menjadikan setiap pengalaman membeli-belah seakan sebuah perayaan. Kami mahu pelanggan untuk “Serlahkan Kecantikanmu. Utamakan kesejahteraan, ganjaran, dan masa hadapanmu.”

Guna kod referal 20109995 untuk dapatkan 150 MYpoint segera!

Daftar untuk MYguardian Rewards di aplikasi guardianMY hari ini dan mula kumpul ganjaran anda!

#MYguardianRewards
#OwnYourBeautiful
#MYguardian
#MYguardianRewardsFiesta