Kuala Lumpur, 15 November 2025 – guardian Malaysia mengumumkan bahawa ahli farmasinya di seluruh negara kini bergelar Pakar Derma Bertauliah. Dengan pengetahuan yang lebih mendalam dan tepat, mereka kini lebih bersedia untuk memberikan rundingan profesional serta menjawab persoalan pelanggan berkaitan penjagaan kulit, terutamanya dalam aspek penjagaan kulit derma dan keperluan kulit sensitif.
Satu sesi ‘previu’ eksklusif telah diadakan dengan menghimpunkan hampir 150 wakil media, pempengaruh dan tetamu jemputan khas. Para tetamu berpeluang merasai sendiri sesi rundingan peribadi secara bersemuka bersama Pakar Derma Bertauliah. Kaunter pemeriksaan kesihatan kulit dan reruai penyelesaian penjagaan kulit turut disediakan di samping sesi bengkel interaktif.
Peningkatan pengetahuan ahli farmasi guardian yang diperkasakan dengan penggunaan alat Pemeriksaan Kesihatan Kulit Berasaskan AI kini diperkenalkan di stor-stor Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 seluruh negara. Peranti Pemeriksaan Kesihatan Kulit yang direka dari Korea itu membantu pelanggan mengenal pasti keperluan kulit mereka menerusi 12 parameter, antaranya kedutan, lingkaran gelap, cela, liang pori dan jerawat, SEMUANYA dalam hanya 3 minit.
Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, berkata: “Sebagai destinasi pilihan utama untuk semua keperluan penjagaan kulit, guardian Malaysia berbangga menjadi peruncit kesihatan dan kecantikan pertama di negara ini yang mengetengahkan kepakaran ahli farmasi sebagai pakar kulit derma.”
Beliau menambah bahawa inisiatif ini direalisasikan melalui Akademi Radiance oleh guardian, yang bekerjasama dengan rakan-rakan jenama untuk menyusun dan membangunkan kurikulum yang memfokuskan kepada isu-isu kulit yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk ekzema, jerawat, hiperpigmentasi dan kulit sensitif.
Sebagai sebahagian daripada kurikulum berstruktur itu, ahli farmasi juga didedahkan kepada pelbagai topik mengenai penjagaan kulit yang disampaikan oleh pakar dan pelatih daripada rakan jenama serta pakar-pakar dermatologi terkemuka Malaysia.
Kata Pakar: Penjagaan Kulit dan kaitannya dengan Kesihatan Menyeluruh
Turut hadir pada acara tersebut ialah Dr Ch’ng Chin Chwen, pakar dermatologi yang menegaskan: “Kebanyakan orang ‘terlupa’ bahawa kulit merupakan organ terbesar tubuh manusa. Ia berfungsi sebagai ‘perisai’ penting yang melindungi tubuh, organ sensori, membantu dalam sintesis vitamin D dan mengawal suhu badan seseorang. Oleh itu, amatlah penting untuk menjaga kesihatan kulit memandangkan peranannya yang besar dan pelbagai dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan individu.”
Melihat kepada peningkatan ketara masalah kulit derma dan keperluan kulit sensitif, timbul persoalan sama ada rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang tepat untuk menjaga kesihatan kulit mereka?
“Akses kepada nasihat pakar boleh terus dipertingkatkan, dan pengetahuan adalah kuasa. Apabila rundingan dan analisis kulit dilakukan dengan betul, kesedaran terhadap kesihatan sebenar kulit akan membantu individu memilih penyelesaian yang tepat untuk menangani masalah kulit mereka,” tambah Dr Ch’ng.
Ahli Farmasi guardian: Pakar Derma Mesra Kejiranan Anda
Nasihat pakar tidak seharusnya disamakan dengan maklumat rambang dari Internet atau petua turun-temurun daripada keluarga, sahabat dan rakan sekerja. “Terlalu banyak maklumat terdapat di luar sana dan sebahagiannya tidak tepat. Ini menyebabkan pelanggan keliru atau tersilap faham,” jelas Priscilla.
Hasrat untuk menawarkan analisis kulit peribadi menggunakan peranti berkuasa AI di samping memastikan pelanggan mendapat akses kepada ‘maklumat yang betul’, telah menjadi pencetus kepada penubuhan Akademi Radiance. Dengan sokongan rakan-rakan jenama dalam menyusun kurikulum komprehensif untuk ahli farmasi guardian, inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran ahli farmasi guardian Malaysia, malah ia menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan profesional berterusan yang membolehkan mereka memperoleh mata CME (Continuous Medical Education).
“Pelancaran Pemeriksaan Kesihatan Kulit Berasaskan AI dan Pensijilan Kepakaran Derma untuk ahli fasmasi kami menegaskan komitmen guardian Malaysia untuk memperkasakan ANDA dengan pengetahuan dan panduan yang tepat ke arah kulit yang lebih sihat,” kata Priscilla.
Mereka yang mempunyai kebimbangan tentang kesihatan kulit digalakkan untuk mendapatkan rundingan daripada Pakar Derma Bertauliah kami. Ahli MYguardian Rewards berpeluang menikmati baucar ganjaran dan kit sampel. Ketahui lebih lanjut di Derma Skin Lab guardian Malaysia.
#guardianNo1
#guardianSkinHealthCheck
#MYguardian

%20x%201080(H).jpg)
No comments:
Post a Comment