Sunday 21 August 2022

TASNEEM MARKETPLACE, Platform Baharu Jana Pendapatan Menjadi Usahawan

BANGI, 19 Ogos – Tasneem Business Legacy yang terkenal dengan jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds telah secara rasminya melancarkan platform  usahawan dengan kolaborasi jenama besar tempatan seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo yang dinamakan Tasneem Marketplace. Pelancaran ini juga turut menyaksikan upacara menandatangani Memorondum Persafahaman (MoU) antara jenama terbabit.

Pengasas Aqiqah Centre, Abdul Halim; Ahmad Rafizal, Ketua Pegawai Eksekutif Tasneem MarketPlace ITMP); Haridah Sahri, Ketua Pegawai Operasi TMP; Nor Husna. Pengasas Eyyo Kids; Fanessa, wakil Tanamera dan Arif Fadzil selaku wakil daripada Pustaka Darul Iman.

Majlis tandatatangan memorandum persefahaman (MoU) Tasneem Marketplace oleh Tasneem Business Legacy bersama jenama tempatan lain iaitu Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyo.

Apa itu Tasneem Marketplace (TMP).

Pelancaran Tasneem Marketplace dengan usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.

Jenama produk yang boleh didapati di Tasneem Marketplace bercirikan pilihan semulajadi.

TMP ini berfungsi sebagai e-dagang kepada pelanggan yang ingin membeli pelbagai barangan bayi, kanak-kanak, ibu dan kegunaan kelurga daripada jenama terbabit. Di samping itu, TMP juga menjadi platform e-perniagaan kepada ‘Business Partner’ atau penjual yang berdaftar.

Objektif TMP.

Objektif Tanseem Business Legacy mewujudkan TMP adalah untuk menyokong sistem perniagaan mereka yang sedia ada. Di samping itu, platform ini diwujudkankan untuk meningkatkan servis, sistem dan pilihan barangan untuk pelanggan. Secara tidak langsung ini akan turut membantu penjual TMP meningkatkan jualan mereka.

Antara lain, platform yang ada ini juga boleh membantu jenama tempatan lain yang terbabit untuk menambah cabang sumber penjualan mereka yang sedia ada.

Bersama bakal usahawan Tasneem Marketplace ketika majlis pelancaran.

Pihak TMP juga telah meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022 dan 50,000 usahawan menjelang Disember 2023. Dengan penambahan usahawan di bawah TMP, TMP juga turut mensasarkan untuk membuka Distribution Channel atau dalam bahasa melayu Pusat Pengedaran di beberapa buah negeri untuk lebih memudahkan penghantaran produk ke pelanggan dengan lebih cepat.

Kelebihan TMP.

Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Kelebihan menjadi penjual di TMP ialah:

○ Daftar PERCUMA
○ Jana pendapatan tanpa perlu keluarkan modal dan tanpa simpan stok
○ Pelbagai rangkaian produk untuk dipromosi
○ HQ uruskan pengeposan produk kepada pelanggan
○ Pelan pemasaran disediakan untuk bantu dapatkan pelanggan
○ Pelbagai ganjaran menarik menanti
○ Bonus dibayar seawal 7 haribulan bulan seterusnya
○ Penyata pendapatan disediakan

TMP juga turut menawarkan pelanggan dengan banyak kelebihan. Kelebihan menjadi pelanggan di TMP ialah seperti berikut:

○ Daftar percuma
○ Produk berkualiti dijamin asli keluaran anak tempatan dalam niche bayi, kanak-kanak & keluarga
○ Beli produk dengan tawaran hebat yang tidak boleh didapati di mana-mana. Lebih jimat, lebih berbaloi di TMP berbanding beli terus dengan jenama-jenama ini secara berasingan
○ Pelbagai hadiah lumayan yang boleh ditebus menggunakan point yang terkumpul apabila membeli barangan di TMP dan boleh dapat cashback minimum 3%!
○ Hadiah yang boleh ditebus menggunakan point terkumpul adalah seperti Umrah, Laptop, Ipad, produk barangan jenama terbabit dan banyak lagi

Keterangan lanjut mengenai TMP.

TMP bakal membantu lebih ramai lagi usahawan menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan modal dan simpan stok. Sesuai buat suri rumah dan bakal usahawan yang mempunyai masa terhad.

TMP bakal memperlihatkan previu rasmi mereka di Telegram. Orang ramai yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini TMP boleh lah jemput masuk ke Telegram Previu TMP di sini -> Telegram Previu .

Manakala untuk laman web rasmi TMP anda boleh layari di pautan ini -> www.tasneemmarketplace.com

No comments:

Post a Comment