Wednesday 11 September 2019

Kejohanan Kelayakan Esports Dota 2, LoL dan CSGO dibawakan oleh ASUS ROG di Battle Arena - Taiwan Excellence Esports Cup 2019!

Pada 7hb September 2019 lepas telah berlangsungnya sesi pusingan kelayakkan LAN yang ke-10 (terakhir) untuk Kejohanan Taiwan Excellence Esports Cup 2019 (TEEC 2019) di Battle Arena, PJ.

Glamour!

Pentas besar pusingan kelayakkan TEEC 2019 di Battle Arena.


TEEC 2019 kali ini memfokuskan permainan PC Gaming Dota 2, League of Legends (LoL) dan Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO).

TEEC kali ini telah menarik sebanyak 31 pasukan bertanding serta bersaing untuk mendapatkan hadiah teratas yang berjumlah RM 113,000. Namun pada final nanti setiap pemenang kategori akan memenangi RM 10,000.

Menariknya pemenang CS:GO di Pusingan Final pada bulan Oktober nanti akan mewakili Malaysia ke Pertandingan antarabangsa di Taiwan. Di sana, mereka akan bersaing dengan Filipina, Thailand, Taiwan dan India untuk memenangi USD 2,000.

Jom lihat kepanasan pada hari tersebut:

Pemain yang berada di dalam ruang kotak pentas utama

Pemain yang berada di dalam ruang kotak pentas utama bagi permainan
Dota 2

Pemain yang berada di dalam ruang kotak pentas utama

Pemain yang berada di dalam bilik lain di Battle Arena untuk CS:GO

Ruang legar yang sangat santai

Antara penaung dan grafik kad yang digunapakai.

Dihadapan bilik-bilik gaming Battle Arena

Menariknya pada pusingan kali ini, pihak Taiwan Excellence bersama penaja ASUS ROG turut menampilkan hardware gaming yang digunapakai oleh para pemain. Bahkan orang yang berkunjung juga boleh merasai sendiri pengalaman teknologi terkini ini.

Antara yang ditampilkan pada kali ini ialah komputer riba gaming ROG Strix SCAR III , G531prosesor Intel Core i7 9750H, NVIDIA GeForce RTX 2070 GPU dan juga 16GB
RAM

Komputer riba gaming ROG Strix SCAR III

Grafik kad T-Force

Grafic kad T-Force daripada Taiwan

Selain itu, di TEEC 2019 juga menampilkan gabungan hardware jenama lain seperti msi:



Nampak macam msi GeForce-RTX-2080-Ti-SEA-HAWK-X
Sedikit fakta menarik mengenai TEEC 2019:

1) Penyertaannya dibuka secara awam dimana SEMUA orang boleh menyertainya tanpa ada title pro.
2) Penyertaan percuma oleh Taiwan Excellence!
3) Penyertaan terdahulu dibuka secara online
4) Berlangsung setahun sekali!

Jadinya bagi sesiapa yang berminat boleh lah cuba pada tahun depan pula ya! Bahkan bagi yang berminat tapi tiada pasukan juga boleh menyertai pertandingan ini. Pihak TEEC akan mencarikan anda pasukan untuk anda ikuti sekiranya anda lepas pusingan kelayakkan. 

Ini kerana TEEC dan Taiwan Excellence ingin menjadikan kejohanan ini sebagai terbuka serta bersifat komuniti di mana semua orang berpeluang menyertai kejohanan hebat yang dibuat secara gah dengan kelengkapan gaming yang terkini. Antara lain, obejektif mereka ingin menjadikan budaya Esports diterima ramai. 

Barulah semua orang berpeluang merasai permainan sebenar tanpa perlu menjalani proses yang begitu rumit. Menarik kan?

Kembali kepada TEEC 2019, Final Kejohanan TEEC 2019 pula akan berlangsung pada 11 Oktober nanti di Berjaya Times Square di mana orang awam sendiri boleh menyaksikan pertarungan yang mendebarkan. Selain daripada pertandingan Dota 2, LoL dan CS:GO oleh para pemain, penganjur turut mengadakan aktiviti pertandingan ringan bagi pengunjung atau orang awam yang berminat pada 11-13hb Oktober bersempena penganjuran TEEC 2019 nanti!

Bahkan pertandingan ringan tersebut menawarkan wang tunai berjumlah RM 9,000 untuk dimenangi!

Pertandingan ringan atau acara gaming subsidiari ini menampilkan permainan seperti Tekken 7, PES 2019, Mobile Legends: Bang Bang dan Super Smash Bro! Pendaftaran pun sudah dibuka dan segala maklumat lebih lanjut boleh lah singgah ke laman web rasmi mereka.

Antara lain, seperti pusingan LAN ke-10 di Battle Arena, Pusingan Final di Berjaya Times Square juga menampilkan teknologi terkini dalam dunia perkomputeran dan PC gaming. Segala komputer riba ASUS ROG terbaharu, kad grafik NVIDIA GeForce dan lain-lain pc hardware lain juga di pamerkan. Bahkan orang awam boleh mencuba kehebatan teknologi ini.



Oleh itu, semua dijemput hadir untuk ke Pusingan Final TEEC 2019 dan menyertai aktiviti yang disediakan oleh Taiwan Excellence di:

Lokasi: Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Tarikh: 11-13hb Oktober (Final 11hb Oktober & aktiviti 11-13hb Oktober)

Maklumat lanjut boleh layari Taiwan Excellence (Malaysia):

Laman rasmihttps://www.taiwanexcellence.org/my
Facebook rasmihttps://www.facebook.com/TaiwanExcellence.MY
Instagram rasmihttps://www.instagram.com/taiwanexcellencemy/

Sebelum mengakhiri entri, saya sendiri merasakan bahawa TEEC 2019 ini memerlukan akaun sosial media rasmi sendiri seperti Facebook dan Instagram untuk lebih memfokus kepada Esports ni. Anda pula rasa bagaimana?

Apa yang anda boleh bagi cadangan untuk TEEC lebih dikenali dan dapat sambutan di masa hadapan? Atau ada apa-apa cadangan lain?

Jom komen di bawah!

15 comments:

  1. wah bestnya zai dpt join taiwan excellence ni..seronok nmpk smua gamers semua main. stuju kena ada akaun socmed dan promosi lebih awal..

    ReplyDelete
  2. Pernah kesini sekali beberapa bulan yang lepas. dekat jugak dengan tempat kerja masa tu. Memang best sangat n look so hitec.

    ReplyDelete
  3. fuhhh...ni kalau anak-anak Sal tengok pasti ternganga .. excited sungguhla bila dok bercerita pasal action dalam game . Tunggu anak besar sikit la dulu baru dedahkan dyorang dunia gaming ni

    ReplyDelete
  4. kalau dulu main game sebagai hobi je.. tp zaman skrg siap ada competition lagi yg bagi gamer.. bagus la macam ni kan..

    ReplyDelete
  5. tu diaaa. kalau gamers ni mesti syok habis pergi event macam ni. kalau mek, so so lah. huhu.

    ReplyDelete
  6. ini baru betul... main game yang ada faedahnya. nak main game tak salah, tapi pastikan balance dengan aktiviti lain dan pembelajaran. if you are really good in games, boleh join kejohanan eSport macam ni.

    ReplyDelete
  7. Kalaulah sis pandai main game atau ada pertandingan main game utk umur2 cam sis ni boleh le sis join..dapat gak duit kalau menang..hehehe.

    ReplyDelete
  8. Menarik event esport ni. Menang besar tu. Bukan sikit RM. Hehehe. Zaman akak dulu takda pun gini. Main game kat pc lawan online sengsorang. hahaha

    ReplyDelete
  9. Esport ni dah makin mendapat tempat di malaysia. Hadiahnye lumayan

    ReplyDelete

  10. Ini lah beza dulu dan skrg. Dulu kain game dkatanya hobi yg sia2. Tp tgk skrg, siap boleh buat duit tu. Btw nur setuju pihak teec perlu ada acc socmed utk lebih dkenali ramai. Balun semua channel kalau boleh

    ReplyDelete
  11. Menarik nya event ni. Nak kena ajak mmber sbb ramai yg minat main game espport. Thanks share ya

    ReplyDelete
  12. Memang best ni buat peminat game online. Meriah nampak event ni. Game ni hobi yang make money orang kata. Untung sape yang suka main game online macam ni

    ReplyDelete
  13. Bagi kaki gamers memang best la kan daapt sertai event ni. Boleh dapat maklumat baru. Boleh kenal dengan ahli gamers yang lain.

    ReplyDelete
  14. ni anak bujang sukalah sebab game strategi...nanti nak tanyalah dia kot dia nak join ...thanks info

    ReplyDelete
  15. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete