Thursday 12 September 2013

Fried Chicken that almost similar to KFC's Fried chicken

I did copy this from Yahoo! Shine [I can't remember what topic it is!]

So I just want to share back this recipe.. :D Enjoy it~

Ingredients:
2 cups flour
2 tablespoons salt
2 tablespoons pepper
4 tablespoons paprika
1 teaspoon garlic salt
1 tablespoon dry mustard
1 tablespoon French thyme, ground
1 tablespoon dried sweet basil, ground
1 teaspoon oregano, ground
1 tablespoon Jamaica ginger, ground (regular ground ginger will work too)
2 cups buttermilk
2 2 ½- 3 lb. chickens, cut into 8 pieces each
Vegetable oil for frying (canola and peanut oil work too)
Directions:
Mix dry ingredients in large bowl. Set aside.
Put chicken and buttermilk in two large plastic Ziploc bags or a flat dish and marinate in the refrigerator for at least two hours, turning every 30 minutes. This tenderizes the meat as well as removes any blood.
When ready to cook, remove chicken pieces from buttermilk, shake off excess liquid. Toss with dry ingredients. The chicken should be lightly covered, but it's okay if there are a few missed spots. You can also shake chicken with the dry ingredients in a large Ziploc bag.
Fill a large, heavy bottomed skillet or deep pot with enough oil to cover halfway up the largest piece of chicken. Heat oil to 325-350 degrees. If you don't have a cooking thermometer, wait for small bubbles to form.
Adjust heat so the oil bubbles are steady but not too rapid. Working in two or more batches, place the coated chicken in the hot oil. After about eight minutes, the chicken will be golden brown underneath. Turn over once and cook for an additional eight minutes or until nicely browned on both sides. The cooking process will agitate the pieces slightly, so you don't need to shift them around in the pan.
After frying, place chicken on a metal sheet tray covered in a paper towel and transfer to 200-degree oven to keep warm until serving. The chicken will stay moist for up to an hour.


That's all.. Tata~

Friday 6 September 2013

Review: Cerita TANDA PUTERA

Hai, hari tu saya dah buat serba sedikit ulasan tentang sebuah cerita fiksyen. Sekarang saya nak buat pula ulasan cerita sejarah TANDA PUTERA. :)

Sebelum tu mari lihat gambar dari cerita tersebut:

Tanda Putera!! Terbaik



Rushdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak yang merasmikan FELDA



Ini babak cemas!!!

Faezah Elai sebagai isteri Tun Abdul Razak
Sinopsis cerita ini senang, semua cerita ini berkisarkan tentang Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail yang meredakan rusuhan kaum 13 Mei 1969. Mereka terpaksa menggembleng tenaga dan memerah keringat dalam menstabilkan negara pada masa itu. Rentetan peristiwa yang agak tragis dan kematian satu demi satu tokoh negara menyebabkan pilihan drastik perlu dilakukan. Kisah ini bermula dari pilihan raya umum sehingganya kematian Tun Abdul Razak.

Cerita ini keseluruhannya agak menarik dan penuh dengan info-info sejarah. Biarpun banyak babak yang dianggap kontroversi namun berjaya disampaikan dengan penuh berhati-hati. Bagi pandangan saya cerita ini agak seimbang dan tidak berat sebelah seperti yang dikatakan segelintir pihak. Hal ini kerana cerita ini turut mengkritik semua pihak secara langsung dan tidak langsung berkenaan tragedi 13 Mei 1969. Sebagai contoh Tun Dr Mahathir yang lantang bersuara sehingga dipecat dari UMNO dan komunis yang memenggal kepala seorang lelaki cina. 

Cerita ini juga ada berunsur ganas di mana kanak-kanak harus ditemani oleh penjaga. Namun masih memberi pengajaran. Tidak lekang dari kritikan juga cerita ini kerana teknik CGI and 'green screen' yang agak lemah. Ini juga termasuk teknik editan dan mutu pelakon tambahan. Agak ketara penggunaan CGI yang kurang berkesan, lakonan 'green screen' dan editan yang tidak mahir serba sedikit mengurangkan emosi penonton.Yelah, ketara sangat latar belakang tu kelihtan palsu dan kartun. Selain itu, pelakon tambahan yang tidak dalam keadaan terbaik menghambarkan situasi. Siap pula ada babak ganas-ganas pelakon tu senyum-senyum.

Sebelum pergi dengan lebih jauh, di bawah ini saya sertakan satu gambar tipu... Heh heh heh..
Gambar yang dicanang-canang dalam usaha memboikot filem Tanda Putera
Gambar di atas ni menyebabkan segelintir pihak mempertikaikan Shuhaimi Baba sebab ada CCTV zaman dulu. Pertama sekali, saya sudah menonton Tanda Putera, tak pernah pun terlintas atau ternampak hatta sekalipun babak ini. Kedua, tak ada nya babak yang terlampau sempurna, memanglah ada kesilapan. Cerita hollywood yang meletup dan terbaik dipawagam pun boleh ada salah, inikan pula filem Malaysia (Bukan nak menyindir filem Malaysia ye). Kesimpulannya, kalau dah nak kutuk tu memang kutuk habis kan. Tengok lah dulu jangan nak main jaja je cerita dongeng, katanya nak Malaysia bersifat liberal~~ Mana pulak unsur liberalisme nya??

Lagi satu, ada pulak beberapa pengkritik kata cerita ini rasis. Mereka (Seperti biasa nama tidak akan disebut) boleh nak kata wujudnya dialog "oh cina potong" dan "oh melayu mengamuk" yang sengaja melaga-lagakan kaum dan membakar sifat perkauman. Apa kes mereka ini,tak ada langsung wujudnya dialog tersebut. Bak kata Johan yang selalu jadi Awie-----> INI SEMUA POYO!!! Yang ini memang sah-sah kena "beli" ni~ Ketara sangat tak menonton..

Jadinya, kalau tak tengok cerita tu, jangan nak meyampuk serta berlagak nak jadi pengkritik bebas. Buat panas antarabangsa je. Katanya tak nak rakyat diperbodoh-bodohkan sedangkan dia yang membodoh-bodohkan rakyat.. Ohhh betapa ironinya orang-orang sebegini. Dah lah tak tengok siap nak boikot cerita ini pula. APAKAH KEJAHILAN perlakuan mereka ini. Satu lagi hal, yang selalu saya tengok di Facebook tu, mereka yang anti TANDA PUTERA ni main kongsi je gambar dan fakta yang tak betul. Padahal tak melihat mahupun menontonya pun. Memalukan saya je melihat perangai yang serba tak moden ini.

Walauapapun saya tetap berbangga menjadi Rakyat Malaysia sebab menayangkan lagu Negaraku di panggung wayang. Biarlah segelintir orang mempertikaikan namun kena ingat, kita rakyat Malaysia dah tak hormat lagu negaraku, tak kan nak suruh orang luar yang berdiri tegak bukan??

Tidak kisah lah membenci parti politik mana-mana pun tapi Malaysia ini tanah tumpahnya darah kita. Sayanglah negara kalau pun benci sesetengah pihak. (Saya tak sebut sebab tak elok~)

Berbangga lah berdiri mendegar lagu Negaraku

Bagi sesiapa yang belum menonton, pergi lah menonton. Sebab cerita ini bukan berkisarkan perkauman cuma hendak bercerita tentang tragedi rusuhan kaum 13 MEI 1969. 

Jangan cepat melenting kalau tengok cerita ini. Sebab cerita ini memang kisah benar kalau tak percaya jangan jaja cerita yang bukan-bukan. Pergi kaji semula sejarah lama dari pelbagai sumber. Biar bagi terang sikit fikiran. Sebelum itu saya berbangsa Melayu-Cina yang sokong cerita ini!!! Anda mesti ingat yang ini kisah lama dan tak semua yang hidup di zaman itu masih berpegang dengan prinsip perkauman mereka.

Itu saja, selamat menonton.

Tata.

Thursday 5 September 2013

Review: Cerita KL ZOMBI~

Hai, saya rasa agak lama juga tidak membuat sebarang ulasan bukan? Jadi, saya terfikir pula nak buat satu.

Tadaaa~~ Saya nak buat ulasan tentang cerita KL ZOMBI yang ditayangkan pada 29 Ogos yang lepas.

Ha, bagi siapa yang tak tau siapa pelakonnya, sila lah merujuk kepada gambar di bawah:



Ya pelakon utama ialah Zizan Razak!!! Memang lawak juga lah walaupun ada unsur berlebihan. Tapi tetap terbaik.. :D Cerita ini berkisarkan tentang virus zombi boleh tersebar dan merebak satu Kuala Lumpur. Pada masa tu jaga lah Zizan atau Nipis dalam cerita ini menyelamatkan kawan-kawan dia. 

Jalan cerita memang boleh dijangka dan tidak berat. Yelah, sebab cerita ini bukan nak buat cerita menyayat hati tapi lebih kepada santai. Memang bagus tengok untuk sekadar hiburan melepaskan tekanan. Tapi mari layan sama-sama ye.. 

Baiklah saya selitkan beberapa babak dalam cerita ini ya:

Masa ni Nipis (Zizan) hendak menyelamatkan kakak kembarnya Ana (Izara)~ Kakak kembar woooo!! hee



Ha, yang ini memang lawak, sempat aksi 'minta nombor' kat kubur. :P

Jadi walauapapun, cerita ini memang baik sesangat sebab bila tengok memang gelak sakan je. Tapi entah lah kenapa ramai yang berfikiran negatif dan mengatakan cerita ini sampah. Kita seharusya menyokong janganlah nak kutuk. Kalau nak kata kritik, tak pula disalurkan dalam saluran yang betul tapi memaki hamun dan canang cerita buruk pasal filem ini tak bagus.

Memang cerita ini boleh dianggap sebagai karya picisan, namun kerana karya picisan juga yang menjadi pilihan dalam menghilangkan tekanan di minda. Tak kan lah nak tengok cerita berunsur berat masa tengah susah, bertambah serabut masalah tersebut bukan?

Jadi yang baik dipuji, yang buruk dibaiki. Kalau bukan kita yang membantu diri kita, tak mungkin lah orang luar yang susah-susah dibasahi keringat memajukan industri perfileman Malaysia.

Itu je buat entri ini. Renung-renungkan lah.

Tata~ ~



Monday 15 July 2013

Happy Ramadhan :DDDD

Assalammualaikum and hey ho hello folks~

I know I have been not updated my blogs quite for a long time.. >.< I AM BUSYYYY

Nahh.. now I am free, I wish you all Happy Ramadhan to all muslims. So we as muslims should appreciate and occupy this holy months with all good deeds and let it be continously afterwards. Therefore I would love to share the 'niat' of fasting and the prayer of breaking the fasting.


The blue title is for 'niat' fasting for tomorrow, the red title is for 'niat' fasting for a month of ramadhan and the last one with green title is for breaking the fast.

For any extra information about fasting and Ramadhan please  click the links below:



Hmm, I think I should move on somehow.

Tata.. :D