Tadaaa~~ Saya nak buat ulasan tentang cerita KL ZOMBI yang ditayangkan pada 29 Ogos yang lepas.
Ha, bagi siapa yang tak tau siapa pelakonnya, sila lah merujuk kepada gambar di bawah:
Ya pelakon utama ialah Zizan Razak!!! Memang lawak juga lah walaupun ada unsur berlebihan. Tapi tetap terbaik.. :D Cerita ini berkisarkan tentang virus zombi boleh tersebar dan merebak satu Kuala Lumpur. Pada masa tu jaga lah Zizan atau Nipis dalam cerita ini menyelamatkan kawan-kawan dia.
Jalan cerita memang boleh dijangka dan tidak berat. Yelah, sebab cerita ini bukan nak buat cerita menyayat hati tapi lebih kepada santai. Memang bagus tengok untuk sekadar hiburan melepaskan tekanan. Tapi mari layan sama-sama ye..
Baiklah saya selitkan beberapa babak dalam cerita ini ya:
Masa ni Nipis (Zizan) hendak menyelamatkan kakak kembarnya Ana (Izara)~ Kakak kembar woooo!! hee |
Ha, yang ini memang lawak, sempat aksi 'minta nombor' kat kubur. :P |
Jadi walauapapun, cerita ini memang baik sesangat sebab bila tengok memang gelak sakan je. Tapi entah lah kenapa ramai yang berfikiran negatif dan mengatakan cerita ini sampah. Kita seharusya menyokong janganlah nak kutuk. Kalau nak kata kritik, tak pula disalurkan dalam saluran yang betul tapi memaki hamun dan canang cerita buruk pasal filem ini tak bagus.
Memang cerita ini boleh dianggap sebagai karya picisan, namun kerana karya picisan juga yang menjadi pilihan dalam menghilangkan tekanan di minda. Tak kan lah nak tengok cerita berunsur berat masa tengah susah, bertambah serabut masalah tersebut bukan?
Jadi yang baik dipuji, yang buruk dibaiki. Kalau bukan kita yang membantu diri kita, tak mungkin lah orang luar yang susah-susah dibasahi keringat memajukan industri perfileman Malaysia.
Itu je buat entri ini. Renung-renungkan lah.
Tata~ ~
No comments:
Post a Comment