Friday 1 March 2024

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) Mengadakan Majlis Anugerah dan Penghargaan Usahawan dan Agensi Kerajaan

Ampang, 26 Januari 2024 - Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dengan bangganya mengumumkan penganjuran majlis "Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" yang berlangsung pada di Grand Barakah Hotel, Ampang Point.

dpum-dewan-usahawan-perniagaan-malaysia-malam-anugerah
Anugerah Jasamu Dikenang  DPUM di Grand Hotel Barakah


DPUM atau nama asal sebelum penjenamaan semula, Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) telah mengadakan majlis ini untuk memberi penghormatan kepada 40 usahawan yang telah menyumbangkan jasa dan kejayaan mereka dalam dunia perniagaan. Tidak dilupakan juga penghargaan buat agensi kerajaan yang bersama-sama DPUM dalam membantu usahawan untuk melangkah lebih jauh dalam dunia perdagangan. Dengan tema "Jasamu Dikenang", majlis ini bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang para usahawan yang telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan ekonomi negara.

Sebagai sebahagian daripada penghargaan, seketariat DPUM juga turut diberikan pengiktirafan atas bantuan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada DPUM. Penghargaan ini mencerminkan penghargaan dan sokongan DPUM terhadap usaha-usaha mereka yang menjadikan DPUM di tahap yang tinggi seperti sekarang.

Maj
lis ini turut dihadiri oleh Presiden DPUM, Dato' Seri Abu Hasan Mohd Nor, Dr. Raja Putra Shah dari RHEA Corporation Sdn Bhd, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Dato Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan Sharifah Food Industries Sdn Bhd, Hjh Rohani Borhan dan Pengarah Urusan Excell Way Worldwide Sdn Bhd. Desmond Hiew. Selain itu, 12 Agensi dan Kementerian yang sering bekerjasama dan membantu usahawan DPUM turut datang untuk memberi sokongan seperti FAMA, PERNAS, MATRADE, PERKESO, MOTAC, Kementerian Perlancongan, MARA, TEKUN, ANGKASA, MITI dan SIRIM.

Antara penerima anugerah usahawan pada majlis ini ialah Excell Way Worldwide Sdn. Bhd. bagi Anugerah Usahawan Kilang GMP Terbaik dan SHRF Food Industries Sdn. Bhd., bagi Anugerah Food Industri Korporat Terbaik.

dpum-dewan-usahawan-perniagaan-malaysia-malam-penerima-anugerah
Penerima Anugerah Usahawan pada majlis makan malam baru-baru ini.

Majlis makan malam yang diacarakan oleh pelakon Abon turut meriah dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli, Keena Mentot, Malek Redzuan dan Herman Tino. Tidak lupa juga, terdapat persembahan istimewa daripada Raja Teh Tarik Asia, Syed Khaidhir Syed Abdullah yang menampilkan kemahiran menarik teh tariknya.
Turut mengisi ruangan majlis, beberapa gerai pameran daripada beberapa usahawan bawah DPUM menampilkan produk dan perkhidmatan seperti produk harumanis, makanan sedia dimakan dan teh tarik. Pameran ini merupakan peluang yang unik bagi usahawan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan mereka dan menjalinkan kerjasama dengan pihak lain dalam komuniti perniagaan.

Sedikit Pengenalan mengenai DPUM: Mendukung Usahawan Malaysia Sejak 2013

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dibentuk pada tahun 2013 dengan matlamat utama untuk menjadi sokongan utama kepada komuniti usahawan di Malaysia. DPUM memahami bahawa kejayaan perniagaan tidak hanya bergantung kepada keberanian untuk berjinak-jinak dalam pasaran, tetapi juga kepada pengetahuan dan bimbingan yang efektif.

presiden-dewan-perniagaan-usahawan-malaysia-abu-hasan
Presiden DPUM, Dato' Seri Abu Hasan Mohd Nor

“Sejak DPUKM bermula 15 tahun lalu kami banyak melahirkan usahawan-usahawan berjaya walau pun tanpa sebarang bantuan atau geran daripada Kerajaan,” 

"Dahulu kami dikenali sebagai Dewan Usahawan Perniagaan Kecil Malaysia, sekarang kami telah melaksanakan penjenamaan semula dengan menukar nama persatuan sebagai Dewan Usahawan Perniagaan Malaysia (DPUM) untuk memandangkan Dewan juga semakin besar hingga mencapai ke luar negara," ujar Presiden DPUM, Dato' Seri Abu Hasan Mohd Nor pada majlis ketika sesi temu ramah.

Ibu pejabat DPUM yang berada di Kuala Lumpur ini juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia dan juga luar negara.

“Setekat ini kami mempunyai 15,000 ahli-ahli yang aktif terdiri bukan sahaja dari kalangan usahawan Melayu tempatan tetapi usahawan-usahawan dari Indonesia, China dan Thailand,” tambah beliau lagi.

dpum-indonesia-malaysia
Tangkap layar berita dari Indonesia. Sumber: TV One News

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia yang sedang berada dalam proses penjenamaan semula daripada nama asal Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia bakal menyaksikan pelbagai perubahan termasuk laman web rasmi, penstrukturan semula, pengenalan kepada digital dan sebagainya.

Kelebihan penyertaan menjadi ahli DPUM

DPUM mengalu-alukan semua usahawan sama ada usahawan yang baru memasuki dunia usahawan, peniaga tepi jalan dan pelbagai tahap untuk menyertai mereka untuk meluaskan lagi langkah mereka. Yuran keahlian yang rendah dari RM150 bagi keahlian biasa dan RM500 setahun untuk korporat.

DPUM berkomitmen menyediakan platform dan rangkaian (networking) yang menyokong usahawan tempatan. Sejak penubuhannya, DPUM tidak hanya memberikan perkhidmatan pembangunan perniagaan tradisional, tetapi juga turut memberikan tunjuk ajar dalam bidang-bidang penting seperti teknologi, pemasaran, dan pengeluaran.

Antara jenis bantuan atau latihan yang ada di DPUM ialah studio untuk menjalankan pemasaran usahawan, membawa usahawan ke luar negara untuk menyertai EXPO perniagaan, membantu usahawan mencari pembekal yang berkualiti untuk perniagaan mereka, membantu usahawan menembusi pasaran luar negara, melancarkan proses pinjaman dengan bimbingan DPUM dan sebagainya.

dpum-dewan-perniagaan-usahawan-malaysia-ke-antarabangsa
Antara delegasi yang membawa nama negara ke pentas usahawan antarabangsa. Sumber: Facebook Dewan Usahawan Perniagaan Kecil Malaysia (Sebelum penjenamaan semula).

Lebih menarik lagi, DPUM mempunyai studio tiga tingkat yang menyediakan perkhidmatan pembuatan jingle dan video untuk ahli DPUM yang memerlukan. Ahli juga berpeluang untuk menyiarkan perniagaan mereka melalui saluran mytvusahawan yang diterbitkan secara atas talian.

Bak kata Presiden DPUM, “Kami sentiasa melaksanakan program bimbingan kepada golongan usahawan bagi membantu mereka berjaya sekali gus menghasilkan produk berkualiti dari aspek pembungkusan dan rangkaian perniagaan agar dapat menembusi pasaran global."

Dengan pendekatan ini, DPUM berharap dapat melonjakkan kejayaan usahawan di Malaysia melalui bantuan dan pembimbingan yang berkualiti.

....................................................................................................................................................

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DPUM atau hendak menjadi ahli boleh rujuk di bawah:

Alamat: No. 2, Wisma RKT Tingkat 3, Jalan Raja Abdullah, Off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Facebook: Dewan Pernigaan Usahawan Kecil Malaysia (Belum bertukar nama)
Email: info@dpukm.com

Kredit gambar: Kak Fas Online

No comments:

Post a Comment