Wednesday 18 March 2020

Siri #Back2Nature - Pengembaraan ke Negeri Sembilan (Taman Negeri Kenaboi, Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu) , BHG.2

Ini adalah bahagian kedua Siri #Back2Nature yang menyambungkan kisah pengalaman hari kedua dan ketiga di dalam pengembaraan ini. Bahagian pertama boleh baca di KLIK SINI.

Untuk hari kedua pada 4hb Mac pula, kami berkumpul seawal 8 pagi untuk bergerak ke Jeram Berungut. Perjalanan menuju ke pintu masuk Jeram Berungut adalah sangat dekat dari kawasan khemah kami. Kami diperlukan untuk menggunakan jaket keselamatan,helmet dan kasut yang sesuai kerana kami akan meredah hutan dan sungai sepanjang perjalanan.

Perjalanan ini kebenyakkannya akan melalui sungai hinggalah ke Jeram Berungut itu sendiri yang semakin dalam. Namun agenda pertama ialah melepaskan anak ikan ke sungai di awal perjalanan.

Pelepasan anak ikan ke sungai di Jeram Berungut

Dalam aktiviti ini, kami bergerak dari tapak perkhemahan menuju ke hutan melalui pintu masuk yang terdekat. Kami meredah hutan melintasi Survival Camp dan memasuki sungai. Apabila sampai ke kawasan sungai yang tenang, pelepasan anak ikan dilakukan.

Ini adalah anak-anak ikan (di dalam plastik). Di luar plastik bukan anak ikan ya.


Sesi melepaskan anak ikan ke sungai oleh Balqis (Media Hulu Langat)
dan juga Megumi (Media Jepun).

Balqis tengah menunjukkan anak ikan.

Pelepasan di lakukan secara ringkas dengan hanya melepaskan mereka ke laluan sungai yang tenang. Tujuan ikan dilepaskan di kawasan ini adalah untuk menambah populasi ikan yang berkurang. Mana tidaknya, dahulu sungai ini penuh dengan ikan, namun sekarang umpama tiada ikan di dalamnya.

Ini juga merupakan salah satu usaha Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dalam memulihara spesies ikan.


Pengembaraan ke Jeram Berungut

Apabila kesemua anak ikan sudah dilepaskan, kamu meneruskan perjalanan lagi untuk menuju ke Jeram Berungut. Sedikit kisah mengenai Jeram Berungut, nama 'Berungut' itu dahulunya berasal daripada bunyi yang dikeluarkan oleh jeram tersebut yang kedengaran seperti orang merungut.


Source: https://blog.tourism.gov.my/roughing-kenaboi-forest-reserve/

Di bahagian hadapan memang cetak dan banyak bongkah-bongkah batu yang licin.
Dahulu kalanya, suara tersebut amat jelas dan nyaring hingga boleh di dengar melepasi beberapa lebih kilometer. Bahkan air yang kelihatan cetek dan tenang dahulunya lebih dalam dan lebih deras berbanding apa yang kami lalui.


Di bahagian pintu masuk ke kawasan jeram.
Semakin dalam dan mendekati Jeram Berungut itu sendiri, kawasan tersebut semakin dalam. Oleh itu amat penting untuk mengenakan jaket keselamatan. Air juga telah kelihatan pergerakan mengalir berbanding sangat tenang di kawasan pelepasan ikan. Batu-batu yang banyak pun kini telah tenggelam dan makin kurang hingga memudahkan lagi perjalanan dalam kawasan dalam.

Waktu ni gambar dah kurang dan tiada sebab tak beli waterproof casing. Dah masuk dalam drying bag siap-siap. Bagi yang nak ambil gambar, wajib bawa 'drying bag', guna 'waterproof mobile phone casing' atau gadget yang kalis air. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan telefon begitu sahaja kerana risiko tergelincir adalah sangat tinggi. Bahkan semakin dalam, air semakin deras. Anda memerlukan tangan dan kaki anda sentiasa dalam keadaan bersedia.


Source: https://blog.tourism.gov.my/roughing-kenaboi-forest-reserve/
Semakin menghampiri jeram, terlihat keindahan terbentuknya alam semula jadi daripada batu. Tempat ini umpama 'Skippers Canyon' dalam siri cerita Lord of The Rings. Tempat ni betul-betul sangat cantik, tenang dan terlalu sukar untuk digambarkan apabila betul-betul berada di sana.

Kami menyusuri laluan air yang semakin dalam dan deras hinggalah kami sampai dihujung di kawasan air terjun deras di Jeram Berungut. Tempat tersebut sangat bahaya kerana terdapatnya pusaran air. Kawsan tersebut adalah sangat dalam kerana anda sudah terapung tanpa menjejak kaki di bawah. Bahagian ini, adalah dinasihati untuk mengikuti arahan pengelola dan pegawai keselamatan bertugas untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.


Kendirian hidup dan makan di Survival Village

Habis saja menjelajahi sungai dan hutan daripada Jeram Berungut kami kembali kepada Survival Village yang dilintasi sebelum pelepasan anak ikan.


Di sini kami di ajar oleh pegawai hutan bertugas cara kendirian hidup menggunakan tumbuh-tumbuhan dan gadget yang ada. Selain itu, kami diperkenalkan dengan beberapa jenis buah, tumbuhan dan binatang yang boleh dijadikan sumber makanan dan perlindungan jika tersadai di hutan ini.
Dua-dua dah lapar dan saya makan maggie kari.

Ukiran Survival Camp di buluh.
Sesi penerangan juga menjelaskan bagaimana dan kenapa kita memerlukan skil yang diterangkan. Antara yang menarik perhatian, kebanyakkan alat, hiasan, dan sebagainya diperbuat daripada buluh kerana Taman Negeri Kenaboi ini banyak buluh di mana-mana. 

Selain itu, kam juga di ajar serba sedikit cara membuat atap dan pelapik daripada daun pelepah pokok. Dan kemudian kami menjamu selera!

Utensil daripada buluh.

Pegawai hutan tengah membelah buluh yang penuh dengan
ubi yang di masak.

Cara membuat sekam api.

Sesi penerangan bubu untuk menangkap ikan.
Sejurus sesi menjamu selera kami bergerak semula ke kawasan khemah untuk makan petang sebelum meneruskan aktiviti water tubing di sungai Kenaboi. Sungai Kenaboi ini ialah sungai yang di bawah jambatan gantung dari kawasan utama ke tapak perkhemahan kami di Taman Negeri Kenaboi.
Water Tubing di Sungai Taman Negeri Kenaboi

Kini tiba masa untuk Water Tubing!

Pelampung yang digunakan adalah sangat berkualiti tinggi dan tahan lasak. Ini adalah penting kerana water tubing di lakukan di kawasan air mengalir yang penuh dengan bongkah-bongkah batu, kayu-kayuan juga tepi tebing.

Anda boleh melakukannya secara bersendirian ataupun beteman. Saya buat dua kali, pertama sendiri dan kedua bersama Balqis. Caranya sangat mudah, kami berjalan membawa pelampung di kawasan permulaan dan duduk terapung sambil di tolak oleh penjaga.

Maka terapung lah bergerak mengikut aliran sungai tersebut. Cuma ada satu kawasan yang agak deras dan mendebarkan (masih selamat) kerana anda mungkin akan terlanggar tepi tebing. Haha. Menakutkan ya tapi tak mencederakan pun. Adalah digalakkan ketika air sedikit dalam kerana apabila cetek dan anda berat atau punggung termasuk dalam pelampung lebih dalam, anda keberangkalian akan terlanggar batu-batu. Hehe.

Tapi ada tips! Caranya, angkat dan menyandar agar anda pelampung tersebut dapat melindungi punggung anda!


Ini lah kawasan deras sampai terlanggar tebing tu. Hehe.

Kali kedua bersama Balqis. Sampai bahagian deras, saya tinggalkan dia dan
paut orang lain pulak. HAHAHA.

Selesai dan santai.
Habis saja Water Tubing adalah masa bersantai. Tempat yang saya duduk ini ialah sungai yang sama. Di belakang itu ialah permulaan Water Tubing dan bahagian kiri saya ialah kawasan tapak perkhemahan. Ya, sangat dekat-dekat je jarak kawasan aktiviti. Sangat selamat!

Hari tersebut diakhiri dengan Press Conference dan makan malam dengan kambing golek!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pada hari ketiga dan terakhir pada 5hb Mac kami di Taman Negeri Kenaboi, kami berkumpul seawal 7.30 pagi dan bersedia untuk check-out daripada khemah masing-masing setelah sarapan. Aktiviti yang dilakukan adalah di luar kawasan Taman Negeri Kenaboi dan berfokuskan kepada eko-perlancongan yang lain.

Kami dibawa menaiki van untuk melawat Kampung Orang Asli iaitu Kampung Tohor untuk destinasi pertama.

Melawat Kampung Orang Asli, Kampung Tohor

Pagi yang indah kami keluar daripada kawasan Taman Negeri Kenaboi yang tadinya itu ke Kampung Orang Asli di Kampung Tohor yang mengambil masa dalam sejam perjalanan. Meski ada kampung orang asli yang berdekatan dengan kawasan perkhemahan kami, kami ke mari kerana ini adalah salah satu tempat yang mesti dikunjungi.


Hiasan kepala.

Salah satu hiasan kepala gadis orang Asli yang sangat cantik.
Kami disambut oleh ketua kampung dengan ucapan alu-aluan kemudian dipersembahkan dengan tarian Sewang iaitu Tarian Orang Asli. Tarian ini diiringi dengan ketukan Centong Buluh. Centong Buluh ini tradisinya dimainkan oleh orang wanita.

Persembahan Tarian Sewang.
Kemudian kami ditunjukkan demo dan diterangkan cara perkahwinan orang Asli dijalankan. Perkahwinan orang Asli adalah sangat mudah dan menyenangkan sekali dengan mas kahwin sebanyak RM 5.50.

Ketika pasangan dikahwinkan, mereka akan diberi makan buah pinang dan sireh sebagai salah satu upacara adat.

Adat perkahwinan Orang Asli. (Demo)

Remaja orang Asli

Antara barang kenduri di atas meja, pengantin demo dan orang kampung.
Akhir sekali kami ada sesi menyumpit! Tok Pelima mendemo serta mengajar cara menyumpit cara yang betul. Untuk tujuan pemburuan, orang Asli akan meletakkan sedikit racun di peluru untuk menyumpit cukup untuk melumpuhkan binatang yang diburu.

Masa ni saya tengah cuba meniup belon! Berjaya tau!

Lawatan ke Kampung Gagu ke Rumah Gadang Minangkabau Seri Menanti dan makan tengahari


Setelah melawat ke Kampung Tohor, kami bergerak ke Kampung Gagu untuk menjamu makanan tengahari. Perjalanan juga mengambil masa dalam sejam.

Sesampainya kami ke sana, matahari adalah sangat terik dan sangat silau tapi tidak terlalu panas. Saya sendiri masih boleh berjalan tanpa menggunakan payung. Menarikkan! Sebelum menjamu selera kami ke Rumah Gadang Minangkabau Seri Menanti yang penuh dengan memorabilia Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ini adalah kerana beliau berasal daripada Kg Gagu itu sendiri.


Di sawah padi yang juga berada di kawasan rumah warisan ini.

Sisi hadapan rumah yang terbentang sangat luas dengan kolam penu ikan. Ikan tak nampak
sebab menyelam. Di sini pun ada itik ya!

Ini adalah punca air daripada gunung berdekatan yang
digunakan untuk mengairi padi.

Pandangan dekat rumah warisan.




Setelah melihat dan melawat luar dan dalam Rumah Gadang ini, kami makan tengahari di Lapau Mak Mok. Lapau ialah kedai kecil dalam bahasa Negeri Sembilan. Makanan disini sedap yang amat dan mempunyai pemandangan Rumah Gadang ini dari atas. Sangat menarik!

Makanan yang disajikan.

Dihadapan Lapau Mak Mok

Pandangan atas daripada Lapau Mak Mok



Melawat Muzium Adat

Destinasi terakhir untuk merasai keindahan di Negeri Sembilan ialah Muzium Adat yang sudah terletak di kawasan bandar. Meski terletak di Negeri Sembilan, Muzium Adat ini mengumpulkan semua adat-adat yang berada di Malaysia daripada Perlis ke Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Mempunyai 5 tingkat dan tingkat atas sekali khusus kepada Adat yang terdapat di Negeri Sembilan yang terkenal iaitu Adat Perpatih atau Minangkabau.

Kelihatan seperti kepala adat.

Kaum Dayak Sarawak

Di sini juga menampilkan Raja-Raja Melayu yang terkini.

Kaum Melayu.

Setelah melihat pameran dan mendengar pameran di dalam Muzium Adat, kini tiba masa untuk kami merasai sendiri pakaian tradisi Adat Minangkabau.

Dihadapan Muzium Adat dengan tanjak Negeri Sembilan
yang besar.

Pakaian Pengantin Minangkabau

Dari kiri, Balqis sebagai Kepala Adat,  saya selaku Pengantin Perempuan, Zharif sebagai Pengantin Lelaki dah
Zul menjadi hulubalang.


Malam kebudayaan


Destinasi terakhir di Muzium Adat membawa kami ke Hotel Palm, Seremban untuk sesi penutupan di Cultural Night dengan tema Flora dan Fauna. Di sini kami berpisah dengan rakan-rakan yang mengikuti trip ini sambil menikmati malam terakhir kami dalam Siri #Back2Nature yang pertama.




Setelah habisnya aktiviti malam kebudayaan, kami bermalam semalam di hotel yang sama. Keesokkan harinya selepas sarapan, kami kembali ke Kuala Lumpur.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut serta menempah pakej yang ada untuk aktiviti perlancongan persendirian, kumpulan bahkan korporat boleh layari di pautan di bawah:

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Laman rasmi: http://forestry.ns.gov.my/index.php/my/
Laman facebook: https://www.facebook.com/LamanRasmiJabatanPerhutananNegeriSembilan
Instagram: https://www.instagram.com/jabatanperhutananns/

Kredit gambar secara pukal: Diri sendiri, Pocket ProductionBalqis AthirahZulhilmiZharifKellyDboyFadzil dan Fareez.

#Back2Nature
#HutanKitaNadiKita
#JPNNS
#DiscoverJelobu
#VM2020
#VisitMalaysia2020
#TamanNegeriKenaboi
#JeramBerungut
#LataKijang
#JeramToi
#TakeMeAnywhere

Siri #Back2Nature - Pengembaraan ke Negeri Sembilan (Taman Negeri Kenaboi, Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu) , BHG.1

Pada 3hb hingga 6hb yang lalu, saya telah berkesempatan untuk menyertai program Siri 1 #Back2Nature atau dalam bahasa melayunya 'Kembali Kepada Fitrah' yang memfokuskan kepada penjelajahan Negeri Sembilan. Program yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Sembilan ini adalah kerjasama antara Jabatan Perhutanan Negeri Semilan dan Lembaga Perlancongan Negeri Sembilan  bertujuan untuk mempromosikan tempat menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Program 4 hari 3 malam itu berlangsung dengan penuh jayanya dikelola oleh NADI Skills. Bagi peserta, kami bermalam di khemah selama 2 malam terawal sebelum bermalam semalam di hotel untuk malam kebudayaan.

Jadual program secara ringkas ialah seperti berikut:

3hb Mac (Bhg.1)
- Bergerak ke Taman Negeri Kenaboi
- Melawat Air Terjun di Jeram Toi
- Melihat demonstrasi panjat pokok dan pengumpulan benih
- Melawat Air Terjun di Lata Kijang 

4hb Mac (Bhg.2)
- Pelepasan anak ikan ke sungai di Jeram Berungut
- Pengembaraan ke Jeram Berungut
- Kendirian hidup dan makan di Survival Village
- Water Tubing di Sungai Taman Negeri Kenaboi

5hb Mac (Bhg.2)
- Melawat Kampung Orang Asli, Kampung Tohor
- Lawatan ke Kampung Gagu ke  Rumah Gadang Minangkabau Seri Menanti dan makan tengahari
- Melawat Muzium Adat
- Malam kebudayaan

6hb Mac
- Pulang ke Kuala Lumpur

Bagi tanda yang bewarna biru di lakukan di kawasan Taman Negeri Kenaboi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai persedian untuk bermalam di khemah dan melakukan aktiviti lasak, kami dinasihatkan untuk membawa 'sleeping bag', ubat-ubatan, kasut untuk aktiviti meredah sungai, 'drying bag', lampu dan apa-apa barang yang boleh memudahkan kami sepanjang program. Buat makluman semua, liputan perhubungan/telco dan internet adalah sangat lemah hingga tiada. Nak selamat, pakai Celcom.

Jom saya bawakan ke hari pertama program 3hb Mac.

Kami berkumpul seawal 8 pagi di NU sentral dan menaiki van yang telah disediakan untuk menuju ke Taman Negeri Kenaboi. Tapi persinggahan pertama kami ialah ke Jeram Toi yang terletak di Hutan Simpan Berembun, Jelebu. Perjalanan mengambil masa dalam dua jam sahaja.

Melawat Air Terjun di Jeram Toi

Menariknya Air Terjun di Jeram Toi ini mempunyai 7 tingkat kesemuanya. Namun hanya beberapa kolam dan jeram sahaja yang sesuai untuk bermandi-manda. Untuk ke sini, anda kena menyusuri jalan raya secara mendaki. Bagi yang tidak biasa, mungkin akan sedikit pening di dalam kenderaan.

Antara laluan, wakaf dan kawasan mandi manda bahagian bawah.


Tingkat ke dua di Jeram Toi

Kemudahan di sini juga memudahkan pengunjung untuk bermandi manda dan sentiasa di selenggara. Kemudahan yang disediakan adalah seperti tandas, surau, tapak perkhemahan, wakaf, pejabat, gerai jualan dan tempat letak kenderaan. 

Selain daripada bermandi-manda dan berkhemah, Jeram Toi juga adalah salah satu tempat untuk pegunjung mendaki bukit kerana ada 'trail' yang disediakan. Namun adalah diingatkan agar sentiasa berhati-hati kerana anak tangga ke atas adalah curam dan sedikit licin lebih-lebih lagi selepas hujan.

Taman Negeri Kenaboi

Selepas ke Jeram Toi, kami di bawa ke Taman Negeri Kenaboi di mana kami akan bermalam selama dua malam di dalam khemah. Untuk melalui ke tempat perkhemahan, kami menyelusuri jalan merentas jambatan gantung sambil melihat aliran Sungai Kenaboi di bawah.

Salah satu perkara yang menarik mengenai Taman Negeri ini ialah mereka tidak mahu menjadikannya terlalu komersil sehingga merosakkan alam keindahan semula jadi. Bahkan ada tempat-tempat tertentu sahaja yang boleh di masuki oleh pacuan 4 roda dan kenderaan lain. Selebihnya, anda perlu berjalan kaki!

Ini lah dikatakan pemeliharaan dan pemulihan alam.


Terdapatnya jabatan gantung di Taman Negeri Kenaboi.

Khemah yang ada juga adalah selesa dan luas. Khemah jenis ini boleh
memuatkan sebanyak 3 orang. Terdapat katil juga untuk keselesaan.

Dari sisi luar khemah bahagian wanita. Di tepi itu sahaja ialah sungai Kenaboi.

Tandas dan tempat mandi.
Di Taman Negeri Kenaboi ini juga disediakan kemudahan untuk pengunjung juga pekerja. Kemudahan tersebut ialah seperti tandas awam, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, pondok rehat, pejabat, bilik mesyuarat, tempat letak kenderaan, dewan kuliah, chalet, dorm dan juga kantin.

Ye ada dorm dan juga chalet! Namun untuk edisi #Back2Nature dan kembali kepada fitrah, pastilah kami bermalam di khemah masing-masing. Jangan risau juga, kerana terdapatnya ruang solat dan pengecasan yang selamat berkunci.

Menariknya pengalaman saya sendiri, di dalam hutan ni tak ada nyamuk atau serangga yang ganas. Agak selesa, bahkan cuaca jugak agak sedap. Malamnya pula akan terasa sejuk. Tempat ini sejujurnya tenang sekali.

Selain itu pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan ini contohnya merentas ke Jeram Berungut, meneroka Gua Harimau, merentas ke Air Terjun Lata Kijang, mendaki Gunung Besar Hantu. mendaki Gunung Kecil Hantu, merentah Lembah Jemaloi, melawat kampung orang asli berdekatan, meneroka Gua Batu Bulan dan mendaki Bukit Enjin.

Tapi kami pergi membuat beberapa aktiviti yang sempat saja ya!

Melihat demonstrasi panjat pokok dan pengumpulan benih

Selain daripada menjaga alam sekitar, Jabatan Perhutanan melalui Taman Negeri Kenaboi juga memperkenalkan usaha untuk menanam pokok-pokok di kawasan yang terjadinya pembalakkan haram di kawasan hutan simpan.

Oleh itu kami di bawa melihat demonstrasi pengumpulan biji benih dengan memanjat pokok. 



Kelengkapan yang diperlukan.

Setelah pegawai tersebut memanjat ke atas, beliau akan menggoyangkan ranting-ranting di atas serta menggugurkan benih-benih pokok ke bawah. Oleh itu hamparan pelapik besar di letakkan di bawah pokok siap-siap untuk memudahkan pengumpulan.


Benih pokok.

Melawat Air Terjun di Lata Kijang 


Aktiviti terakhir kami ialah melawat Air Terjun di Lata Kijang. Memandangkan kawasan ini agak jauh, kami akan menggunakan pacuan 4 roda untuk menyusuri jalan hutan. Perjalan mengambil masa dalam 15 minit.

Keadaan jalan tidak berturap dan keadaan sekeliling masih penuh kehijauan. Setelah sampai di hadapan jalan Lata Kijang, kami turun daripada pacuan 4 roda dan berjalan sedikit dalam 10 minit untuk ke kawasan Air Terjun.


Gambar yang sangat menarik bersama rakan-rakan yang lain.

Kawasan Lata Kijang ini tersangat indah dan kawasan sekitarnya sangat sejuk.
Kawasan di sini sangat tenang dan udara sangat segar. Suhu di sini juga sejuk begitu juga dengan air yang mengalir. Menariknya juga, air terjun Lata Kijang tidak terlalu nyaring!Tempat ini adalah sesuai untuk bermandi manda cuma terlalu banyak bongkah batu dan perlu berhati-hati.

Laluan menuju ke Air Terjun ini terdapatnya anak tangga yang kecil dan licin. Adalah diunjurkan untuk sentiasa menjaga jarak serta naik atau turun berhati-hati menggunakan pemegang.

Ya kami duduk di belakang. Tak nak duduk di hadapan. 

Balik ke Khemah

Usai daripada Lata Kijang, kami kembali ke tapak perkhemahan untuk berehat, sesi suai kenal dan makan malam. Bersedia untuk hari kedua.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siri #Back2Nature - Pengembaraan ke Negeri Sembilan (Taman Negeri Kenaboi, Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu) , BHG.1 tamat dan akan bersambung di BHG.2 (KLIK DI SINI)

Sebarang maklumat lanjut atau tempahan pakej boleh rujuk di bawah:

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Laman rasmi: http://forestry.ns.gov.my/index.php/my/
Laman facebook: https://www.facebook.com/LamanRasmiJabatanPerhutananNegeriSembilan
Instagram: https://www.instagram.com/jabatanperhutananns/

Kredit gambar secara pukal: Diri sendiri, Pocket Production, Balqis Athirah, Zulhilmi, Zharif, Kelly, Dboy, Fadzil dan Fareez.

#Back2Nature
#HutanKitaNadiKita
#JPNNS
#DiscoverJelobu
#VM2020
#VisitMalaysia2020
#TamanNegeriKenaboi
#JeramBerungut
#LataKijang
#JeramToi
#TakeMeAnywhere

Monday 16 March 2020

Sabella X Ella - Kolaborasi Fesyen Muslimah bersama Ratu Rock Malaysia

Pada 13hb Mac yang lepas telah termeterainya kolaborasi baju muslimah terkenal jenama Sabella bersama ratu rock negara, Ella Aminuddin. Maka Sabella X Ella telah rasmi dan sudah mula dipromosikan.

Sabella X Ella - Ella Suka Sabella!

Sabella X Ella dengan cogan kata 'Ella Suka Sabella' merupakan kolaborasi yang menjadikan Ella sebagai duta atau penghias wajah utama Sabella untuk tempoh satu tahun.

Sebagai pengenalan ringkas, Sabella merupakan butik secara talian sepenuh masa yang mula dibina sejak tahun 2016. Bermula daripada satu mesin jahit, pengasasnya Puan Siti Fatimah atau lebih dikenali sebagai Siti Sabella mengambil upah menjahit baju di rumahnya. Beliau pernah menjahit baju sehingga 100 helai sehari!

Hinggalah pada satu masa, suami beliau yang juga merupakan Ketua Pegawai Esekutif Sabella, Encik Mohd Sufian berasa sudah tiba masanya untuk lebih kehadapan untuk memajukan kehidupan mereka serta memberi kehidupan lebih baik kepada anak-anaknya. Maka mereka mula mengambil pekerja serta menyewa kedai untuk mengambil tempahan.

Rezeki pasangan suami isteri ini dipermurahkan hinggalah Sabella mula menempa nama dari bawah. Kini Sabella terkenal dengan pakaian muslimah dan sopan dengan #bajutanpagosok .


Ketika sesi Sabella X Ella termeterai bersama Encik Mohd Sufian (kiri),
Ella Aminuddin (tengah) dan Siti Fatimah (kanan).

Kembali kepada kolaborasi ini, dijangkakan turut mengambil konsep tanpa gosok dan muslimah, rekaan ini datang daripada Sabella dan mungkin juga Ella sendiri yang akan mereka pakaian apabila ditanya kemungkinan tersebut. Bahkan pakaian raya Sabella X Ella juga dalam perancangan mendatang ini.

Pasangan ini juga memilih Ella untuk menjadi duta kerana nama Sabella dan Ella yang sama menjadi daya tarikkan kolaborasi ini. Bahkan, Ella yang kini berketerampilan lebih sopan dan muslimah adalah nampak sangat sesuai. Antara lain, Puan Siti Fatimah merupakan peminat Ella!


Pakaian yang dikenakan oleh Ella ialah daripada
Butik Sabella sendiri.

Apabila ditanya sendiri kepada Ella mengapa beliau bersetuju dengan tawaran Sabella menjadi duta, Ella memberi pendapat bahawa Ella sendiri suka akan pakaian Sabella sendiri. Sebab itu lah muncul slogan 'Ella Suka Sabella!'. Lebih-lebih lagi, Ella menyatakan bahawa baju Sabella yang digayakan beliau pada hari tersebut adalah amat selesa dan sejuk bila dipakai.

Antara lain, Ella berpendapat bahawa baju-baju Sabella ini bagus dalam menggalakkan wanita diluar sana untuk mengenakan pakaian yang lebih sopan dengan harga berpatutan. Beliau meneruskan lagi dengan mengatakan ini umpama dakwah kecilnya dalam mengalakkan muslimah di luar sana untuk menutup aurat. Ella juga berkata dia amat menyokong usahasama suami isteri ini dalam membantu masyarakat dalam perniagaan.

Antara gambar Ella menjadi penghias wajah Sabella,

Untuk pengetahuan umum, Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian Sulaiman membesarkan perniagaan mereka dan menggunakan konsep ejen-dropship untuk membantu usahawan lain untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Kolaborasi ini dikatakan amat mudah bagi kedua-dua pihak dan berjalan dengan penuh lancar. Maka peminat Sabella dan Ella bolehlah dapatkan koleksi Sabella X Ella ini.

Maklumat lanjut dan pesanan boleh layari Sabella HQ di pautan di bawah:

Laman rasmi: https://www.sabella.com.my/
Laman instagram: https://www.instagram.com/sabella_co/
Laman facebook:https://www.facebook.com/sabella.hq

Experience Penang 2020 sempena tahun melawat Malaysia 2020 kini bermula.

Experience Penang 2020.


Experience Penang 2020 dengan slogan rasmi mereka 'The Diversity of Malaysia" telah pun membuka tirai untuk menjemput lebih ramai lagi pengunjung ke Pulau Pinang selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. Malah perasmian Experience Penang di Pullman Hotel, KL baru-baru ini dilakukan oleh CEO Penang Global Tourism (PGT), Encik Ooi Chok Yan.



Sebagai pengenalan ringkas, Penang Global Tourism (PGT) adalah badan yang diamanahkan untuk mempromosi dan menggalakkan industri perlancongan di negeri Pulau Pinang.

Mengapa Experience Penang 2020 ini menjadi tarikkan?

Pulau Pinang sendiri terkenal dengan World's First Tower Curved Skywalk, World's Highest Ropes Course Challenge, World's Longest Water Slide with a Guinness World Record dan pelbagai lagi!

Oleh itu Encik Ooi Chok Yan amat positif dengan perkembangan dan pencapaian Pulau Pinang yang mampu menarik pelancong datang ke sana. Dalam perasmian ini juga, beliau turut menekankan beberapa tarikan utama dan destinasi perlacongan berkisarkan industri khusus.


Tarikan utama tersebut adalah seperti makanan dan gaya hidup, kebudayaan dan warisan, alam semulajadi dan pengembaraan, festival dan majlis terbuka, dan akhir sekali tarikan baru. Manakala untuk destinasi perlancongan berkisarkan industri khusus terdiri daripada perlacongan perkapalan, perlancongan kesihatan, perlancongan perkahwinan dan perlancongan pendidikan.

Tarikan Utama

1. Makanan dan Gaya Hidup



Pulau Pinang amat terkenal di dunia dengan makanan jalanan yang mempunyai pelbagai rasa menarik dan berkualiti. Padal tahun 2019 sahaja Pulau Pinang di namakan sebagai "World's Top 30 Best Cities for Street Food" oleh Mirror Online mankala CNA Luxury pula memaparkan Pulau Pinang dalam rancangan mereka.

Di Pulau Pinang, pelbagai buah-buahan, sayuran dan rempah ratus yang boleh diperolehi sepanjang tahun. Balik Pulau merupakan salah satu tempat di Pulau Pinang yang menjadi pusat makanan terkenal. Anda boleh menemui pelbagai jenis makanan seperti cucur pisang, cucur ubi kentanf, roti gula dan jus buah pala!

Antara makanan yang menarik pula ialah Laksa Penang, Cendol, Pasembor dan Asam Laksa. Asam Laksa Pulau Pinang pula telah mendapat tempat di tangga ketujuh dalam CNN's Listing of The World's 50 Best Food (2018).

2. Kebudayaan dan Warisan



Selain daripada daripada pewartaan lokasi di George Town, Pulau Pinang yang menyaksikan pertembungan budaya barat dan timur, tidak juga dilupakan warisan dan budaya Pulau Pinang itu sendiri. Penduduk Pulau Pinang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India juga masih mengamalkan adat, budaya dan warisan turun temurun.

Jika anda melalui selok belok negeri Pulau Pinang ini, anda boleh lihat pelbagai warisan masih di kekalkan seperti Cina dengan Opera Cina nya, Melayu dengan pembuatan songkok dan India dengan perniagaan menjual bunga bagi pemujaan.

Terbaharu Pulau Pinang telah memperkasakan lagi seni jalanan mereka yang terkenal dengan memperkenalkan 5 pop-up container yang menampilkan mural istimewa. Mural tersebut berkatitan dengan kawasan tersebut. Bahkan di setiap mural container yang besar ini turut menyediakan peta kawasan menarik yang boleh dikunjungi di sekitarnya.

Dibawah merupakan pop-up container yang dihiasi dengan mural.



Pop-up ini hanya akan berada di kawasan tersebut sehingga pertengahan tahun ini ataupun jika keadaan mengizinkan sehingga akhir tahun. Jadi adalah wajib singgah sebelum seni ini diturunkan.

3. Alam Semulajadi dan Pengembaraan



Meski pembangunan di Pulau Pinang adalah cepat dan moden, terdapatnya beberapa tempat alam semulajadi yang boleh dikunjungi. Tempat alam semulajadi yang penuh pengembaraan ini pula penuh dengan kehijauan yang menenangkan.

Contoh tempat tarikan alam semulajadi yang berkisarkan alam dan penuh pengembaraan ialah Entopia by Penang Butterflu Farm, Taman Negara Pulau Pinang, Escape Theme Park, Teluk Bahang dan Tree Top Walk di The Habitat.

4. Festival dan Majlis Terbuka




Sebagai sebuah negeri yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, Pulau Pinang tidak lekang dengan pelbagai pesta, majlis dan festival terbuka yang boleh diikuti serta oleh pengunjung. Pesta seperti Penang Hot Balloon Fiesta, Penang Durian Festival, Penang Hill Festival Penang Bridge International Marathon dan Hungry Ghost Festval adalah sangat besar dan sering menjadi tumpuan orang ramai.

Namun di musim COVID-19, terdapat beberapa acara ditangguhkan, dibatalkan ataupun dibuat secara kecil-kecilan. Adalah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengemaskini diri anda dengan maklumat terbaru oleh KKM dan Kerajaan Pulau Pinang.

Untuk melihat senarai majlis dan festival sila rujuk di bahagian bawah artikel ini *.

5. Tarikan Baru



Selain daripada tarikan alam semulajadi dan sejarah, terdapat juga tarikan moden dan campuran antara kesemuanya. Ada yang mengujakan, ada yang menenangkan dan ada pula yang luar biasa.

Contoh tempat yang anda boleh kunjungi ialah The Gravityz di mana anda boleh melakukan aktiviti World's Highest Rope Course Challenge ataupun anda boleh kunjungi Tech Dome Penang Houses untuk membuat terjunan di World's First Free Standing Vertical Drop Slide.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom layan video Penang Experience 2020 yang menampilkan tarikan yang ada di Pulau Pinang.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlancongan Industri Khusus

Dalam topik Perlancongan Industri Khusus ini agak menarik. Meski tidak nampak seperti pusat perlancongan yang menampilkan kebudayaan dan kecantikkan sesuatu tempat, industri ini juga memberikan impak yang besar kerana ramai antara rakyat Malaysia dan luar negara berkunjung ke Pulau Pinang untuk menikmati servis daripada Perlancongan Industri Khusus ini.

1. Perlancongan Perkapalan

Di George Town, Pulau Pinang terdapattnya Pusat Pelabuhan yang diberi nama The Swettenham Pier Cruise Terminal telah menjadi tarikan utama dan berpotensi di Asia. Lebih menarik lagi pelabuhan ini adalah sangat dekat dengan bandar George Town itu sendiri.

Perkara ini menjadikan Perlancongan Perkapalan sangat mengujakan bagi pelancong apabila usai tiba di pelabuhan, mereka boleh turun dan berkunjung ke tapak warisan dunia UNESCO.

2. Perlancongan Kesihatan

Tahukah anda bahawasanya Malaysia merupakan di tangga teratas dalam dunia dari segi Perlacongan Kesihatan? Manakala Pulau Pinang menjuarai kategori yang sama dalam Malaysia.

Menariknya lagi Malaysia merupakan nombor satu dalam 'Best Healthcare in the World 2019' oleh Global Retirement Index by International Living. Oleh sebab Pulau Pinang mempunyai banyak institut kesihatan yang berkualiti yang sentiasa di pantau oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perlancongan, Pulau Pinang menjadi destinasi tarikkan pengunjung dan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan.

Contoh insitusi berkenaan yang baharu ialah Island Medical City (IMC) di pulau dan Penang Show Chwan Hospital di Seberang Perai. Pembinaan IMC itu sendiri akan memuatkan sebanyak 600 buah katil dan hotel untuk pelancong kesihatan. Manakala Penang Show Chwan Hospital akan menjadi hospital pelbagai kepakaran yang memuatkan sebanyak 250 buah katil.

3. Perlancongan Perkahwinan

Bagi pasangan pengantin yang mempunyai tema untuk majlis atau penggambaran kahwin mereka, Pulau Pinang merupakan salah satu tempat di mana anda boleh menemui pelbagai budaya serta warisan untuk dijadikan tema.

Contohnya di George Town sahaja terdapat budaya barat, budaya timur dan pencampuran antara adat. Pelbagai bangunan seperti Bangunan Peranakan dan Grand Colonials adalah tempat menarik untuk penggambaran kahwin. Bukan itu sahaja, terdapatnya ruang-ruang yang berlatarkan budaya lain seperi kaum Melayu dan India boleh di tempah untuk mengadakan majlis perkahwinan.

4. Perlancongan Pendidikan

Malaysia yang kini menduduki tangga di atas UK, Perancis dan Jepun dalam World Talent Ranking oleh International Institute for Management Development adalah merupakan salah satu kejayaan usaha penaiktarafan skill warga tempatan dan pekerjaan.

Pulau Pinang sendiri juga menjadi pilihan pelbagai Insititusi untuk mendirikan pusat pendidikan tinggi dan antarabangsa. Kebanyakkan berdasarkan korikulum antarabangsa yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.

Contoh institusi pendidikan yang ada di Pulau Pinang ialah Universiti Sains Malaysia, Penang Medical College dan RIMA College.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda terfikir bila dan nak buat apa di Pulau Pinang? Anda boleh lihat video di bawah untuk rancangan anda. Ada pesta durian ya.


Menariknya lagi PGT akan turut serta dalam MATTA Fair di WTC, KL yang akan berlangsung pada 1hb hingga 3hb Mei akan datang bersama-sama dengan 16 buah hotel dan tarikan. Manakala bagi anak jati Pulau Pinang dan penduduk yang tinggal di Pulau Pinang akan menikmati diskaun istimewa sehingga 50% untuk hotel dan tempat tarikan yang terpilih di bawah program 'Penang Lang'.

Mengikuti perkembangan berkenaan dengan COVID-19, pelancong adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi garis panduan saranan KKM dalam menghindari virus ini berjangkit.

Segala info lanjut mengenai Experience Penang 2020 ada di bawah:

Penang Global Tousim
Alamat: 8-B (1st floor) The Whiteaways Arcade, Lebuh Pantai, George Town, 10300, Penang
No. tel: +604 264 3456

Laman web rasmi: https://mypenang.gov.my/
Facebook: https://www.facebook.com/penangglobal.tourism/
Instagram: https://www.instagram.com/penang.experience/
Twitter: https://twitter.com/penangxperience
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/penangglobaltourism

*Untuk mengetahui majlis dan festival yang diadakan di Pulau Pinang boleh singgah ke http://mypenang.gov.my/events/all-events