Pada 3hb hingga 6hb yang lalu, saya telah berkesempatan untuk menyertai program Siri 1 #Back2Nature atau dalam bahasa melayunya 'Kembali Kepada Fitrah' yang memfokuskan kepada penjelajahan Negeri Sembilan. Program yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Sembilan ini adalah kerjasama antara Jabatan Perhutanan Negeri Semilan dan Lembaga Perlancongan Negeri Sembilan bertujuan untuk mempromosikan tempat menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Program 4 hari 3 malam itu berlangsung dengan penuh jayanya dikelola oleh NADI Skills. Bagi peserta, kami bermalam di khemah selama 2 malam terawal sebelum bermalam semalam di hotel untuk malam kebudayaan.
Jadual program secara ringkas ialah seperti berikut:
3hb Mac (Bhg.1)
- Bergerak ke Taman Negeri Kenaboi
- Melawat Air Terjun di Jeram Toi
- Melihat demonstrasi panjat pokok dan pengumpulan benih
- Melawat Air Terjun di Lata Kijang
4hb Mac (Bhg.2)
- Pelepasan anak ikan ke sungai di Jeram Berungut
- Pengembaraan ke Jeram Berungut
- Kendirian hidup dan makan di Survival Village
- Water Tubing di Sungai Taman Negeri Kenaboi
5hb Mac (Bhg.2)
- Melawat Kampung Orang Asli, Kampung Tohor
- Lawatan ke Kampung Gagu ke Rumah Gadang Minangkabau Seri Menanti dan makan tengahari
- Melawat Muzium Adat
- Malam kebudayaan
6hb Mac
- Pulang ke Kuala Lumpur
Bagi tanda yang bewarna biru di lakukan di kawasan Taman Negeri Kenaboi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai persedian untuk bermalam di khemah dan melakukan aktiviti lasak, kami dinasihatkan untuk membawa 'sleeping bag', ubat-ubatan, kasut untuk aktiviti meredah sungai, 'drying bag', lampu dan apa-apa barang yang boleh memudahkan kami sepanjang program. Buat makluman semua, liputan perhubungan/telco dan internet adalah sangat lemah hingga tiada. Nak selamat, pakai Celcom.
Jom saya bawakan ke hari pertama program 3hb Mac.
Kami berkumpul seawal 8 pagi di NU sentral dan menaiki van yang telah disediakan untuk menuju ke Taman Negeri Kenaboi. Tapi persinggahan pertama kami ialah ke Jeram Toi yang terletak di Hutan Simpan Berembun, Jelebu. Perjalanan mengambil masa dalam dua jam sahaja.
Melawat Air Terjun di Jeram Toi
Menariknya Air Terjun di Jeram Toi ini mempunyai 7 tingkat kesemuanya. Namun hanya beberapa kolam dan jeram sahaja yang sesuai untuk bermandi-manda. Untuk ke sini, anda kena menyusuri jalan raya secara mendaki. Bagi yang tidak biasa, mungkin akan sedikit pening di dalam kenderaan.
Taman Negeri Kenaboi
Selepas ke Jeram Toi, kami di bawa ke Taman Negeri Kenaboi di mana kami akan bermalam selama dua malam di dalam khemah. Untuk melalui ke tempat perkhemahan, kami menyelusuri jalan merentas jambatan gantung sambil melihat aliran Sungai Kenaboi di bawah.
Salah satu perkara yang menarik mengenai Taman Negeri ini ialah mereka tidak mahu menjadikannya terlalu komersil sehingga merosakkan alam keindahan semula jadi. Bahkan ada tempat-tempat tertentu sahaja yang boleh di masuki oleh pacuan 4 roda dan kenderaan lain. Selebihnya, anda perlu berjalan kaki!
Ini lah dikatakan pemeliharaan dan pemulihan alam.
Di Taman Negeri Kenaboi ini juga disediakan kemudahan untuk pengunjung juga pekerja. Kemudahan tersebut ialah seperti tandas awam, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, pondok rehat, pejabat, bilik mesyuarat, tempat letak kenderaan, dewan kuliah, chalet, dorm dan juga kantin.
Ye ada dorm dan juga chalet! Namun untuk edisi #Back2Nature dan kembali kepada fitrah, pastilah kami bermalam di khemah masing-masing. Jangan risau juga, kerana terdapatnya ruang solat dan pengecasan yang selamat berkunci.
Menariknya pengalaman saya sendiri, di dalam hutan ni tak ada nyamuk atau serangga yang ganas. Agak selesa, bahkan cuaca jugak agak sedap. Malamnya pula akan terasa sejuk. Tempat ini sejujurnya tenang sekali.
Selain itu pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan ini contohnya merentas ke Jeram Berungut, meneroka Gua Harimau, merentas ke Air Terjun Lata Kijang, mendaki Gunung Besar Hantu. mendaki Gunung Kecil Hantu, merentah Lembah Jemaloi, melawat kampung orang asli berdekatan, meneroka Gua Batu Bulan dan mendaki Bukit Enjin.
Tapi kami pergi membuat beberapa aktiviti yang sempat saja ya!
Melihat demonstrasi panjat pokok dan pengumpulan benih
Selain daripada menjaga alam sekitar, Jabatan Perhutanan melalui Taman Negeri Kenaboi juga memperkenalkan usaha untuk menanam pokok-pokok di kawasan yang terjadinya pembalakkan haram di kawasan hutan simpan.
Oleh itu kami di bawa melihat demonstrasi pengumpulan biji benih dengan memanjat pokok.
Melawat Air Terjun di Lata Kijang
Aktiviti terakhir kami ialah melawat Air Terjun di Lata Kijang. Memandangkan kawasan ini agak jauh, kami akan menggunakan pacuan 4 roda untuk menyusuri jalan hutan. Perjalan mengambil masa dalam 15 minit.
Keadaan jalan tidak berturap dan keadaan sekeliling masih penuh kehijauan. Setelah sampai di hadapan jalan Lata Kijang, kami turun daripada pacuan 4 roda dan berjalan sedikit dalam 10 minit untuk ke kawasan Air Terjun.
Kawasan di sini sangat tenang dan udara sangat segar. Suhu di sini juga sejuk begitu juga dengan air yang mengalir. Menariknya juga, air terjun Lata Kijang tidak terlalu nyaring!Tempat ini adalah sesuai untuk bermandi manda cuma terlalu banyak bongkah batu dan perlu berhati-hati.
Program 4 hari 3 malam itu berlangsung dengan penuh jayanya dikelola oleh NADI Skills. Bagi peserta, kami bermalam di khemah selama 2 malam terawal sebelum bermalam semalam di hotel untuk malam kebudayaan.
Jadual program secara ringkas ialah seperti berikut:
3hb Mac (Bhg.1)
- Bergerak ke Taman Negeri Kenaboi
- Melawat Air Terjun di Jeram Toi
- Melihat demonstrasi panjat pokok dan pengumpulan benih
- Melawat Air Terjun di Lata Kijang
4hb Mac (Bhg.2)
- Pelepasan anak ikan ke sungai di Jeram Berungut
- Pengembaraan ke Jeram Berungut
- Kendirian hidup dan makan di Survival Village
- Water Tubing di Sungai Taman Negeri Kenaboi
5hb Mac (Bhg.2)
- Melawat Kampung Orang Asli, Kampung Tohor
- Lawatan ke Kampung Gagu ke Rumah Gadang Minangkabau Seri Menanti dan makan tengahari
- Melawat Muzium Adat
- Malam kebudayaan
6hb Mac
- Pulang ke Kuala Lumpur
Bagi tanda yang bewarna biru di lakukan di kawasan Taman Negeri Kenaboi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai persedian untuk bermalam di khemah dan melakukan aktiviti lasak, kami dinasihatkan untuk membawa 'sleeping bag', ubat-ubatan, kasut untuk aktiviti meredah sungai, 'drying bag', lampu dan apa-apa barang yang boleh memudahkan kami sepanjang program. Buat makluman semua, liputan perhubungan/telco dan internet adalah sangat lemah hingga tiada. Nak selamat, pakai Celcom.
Jom saya bawakan ke hari pertama program 3hb Mac.
Kami berkumpul seawal 8 pagi di NU sentral dan menaiki van yang telah disediakan untuk menuju ke Taman Negeri Kenaboi. Tapi persinggahan pertama kami ialah ke Jeram Toi yang terletak di Hutan Simpan Berembun, Jelebu. Perjalanan mengambil masa dalam dua jam sahaja.
Melawat Air Terjun di Jeram Toi
Menariknya Air Terjun di Jeram Toi ini mempunyai 7 tingkat kesemuanya. Namun hanya beberapa kolam dan jeram sahaja yang sesuai untuk bermandi-manda. Untuk ke sini, anda kena menyusuri jalan raya secara mendaki. Bagi yang tidak biasa, mungkin akan sedikit pening di dalam kenderaan.
Antara laluan, wakaf dan kawasan mandi manda bahagian bawah. |
Tingkat ke dua di Jeram Toi |
Kemudahan di sini juga memudahkan pengunjung untuk bermandi manda dan sentiasa di selenggara. Kemudahan yang disediakan adalah seperti tandas, surau, tapak perkhemahan, wakaf, pejabat, gerai jualan dan tempat letak kenderaan.
Selain daripada bermandi-manda dan berkhemah, Jeram Toi juga adalah salah satu tempat untuk pegunjung mendaki bukit kerana ada 'trail' yang disediakan. Namun adalah diingatkan agar sentiasa berhati-hati kerana anak tangga ke atas adalah curam dan sedikit licin lebih-lebih lagi selepas hujan.
Taman Negeri Kenaboi
Selepas ke Jeram Toi, kami di bawa ke Taman Negeri Kenaboi di mana kami akan bermalam selama dua malam di dalam khemah. Untuk melalui ke tempat perkhemahan, kami menyelusuri jalan merentas jambatan gantung sambil melihat aliran Sungai Kenaboi di bawah.
Salah satu perkara yang menarik mengenai Taman Negeri ini ialah mereka tidak mahu menjadikannya terlalu komersil sehingga merosakkan alam keindahan semula jadi. Bahkan ada tempat-tempat tertentu sahaja yang boleh di masuki oleh pacuan 4 roda dan kenderaan lain. Selebihnya, anda perlu berjalan kaki!
Ini lah dikatakan pemeliharaan dan pemulihan alam.
Terdapatnya jabatan gantung di Taman Negeri Kenaboi. |
Khemah yang ada juga adalah selesa dan luas. Khemah jenis ini boleh memuatkan sebanyak 3 orang. Terdapat katil juga untuk keselesaan. |
Dari sisi luar khemah bahagian wanita. Di tepi itu sahaja ialah sungai Kenaboi. |
Tandas dan tempat mandi. |
Ye ada dorm dan juga chalet! Namun untuk edisi #Back2Nature dan kembali kepada fitrah, pastilah kami bermalam di khemah masing-masing. Jangan risau juga, kerana terdapatnya ruang solat dan pengecasan yang selamat berkunci.
Menariknya pengalaman saya sendiri, di dalam hutan ni tak ada nyamuk atau serangga yang ganas. Agak selesa, bahkan cuaca jugak agak sedap. Malamnya pula akan terasa sejuk. Tempat ini sejujurnya tenang sekali.
Selain itu pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan ini contohnya merentas ke Jeram Berungut, meneroka Gua Harimau, merentas ke Air Terjun Lata Kijang, mendaki Gunung Besar Hantu. mendaki Gunung Kecil Hantu, merentah Lembah Jemaloi, melawat kampung orang asli berdekatan, meneroka Gua Batu Bulan dan mendaki Bukit Enjin.
Tapi kami pergi membuat beberapa aktiviti yang sempat saja ya!
Melihat demonstrasi panjat pokok dan pengumpulan benih
Selain daripada menjaga alam sekitar, Jabatan Perhutanan melalui Taman Negeri Kenaboi juga memperkenalkan usaha untuk menanam pokok-pokok di kawasan yang terjadinya pembalakkan haram di kawasan hutan simpan.
Oleh itu kami di bawa melihat demonstrasi pengumpulan biji benih dengan memanjat pokok.
Kelengkapan yang diperlukan. |
Setelah pegawai tersebut memanjat ke atas, beliau akan menggoyangkan ranting-ranting di atas serta menggugurkan benih-benih pokok ke bawah. Oleh itu hamparan pelapik besar di letakkan di bawah pokok siap-siap untuk memudahkan pengumpulan.
Benih pokok. |
Melawat Air Terjun di Lata Kijang
Aktiviti terakhir kami ialah melawat Air Terjun di Lata Kijang. Memandangkan kawasan ini agak jauh, kami akan menggunakan pacuan 4 roda untuk menyusuri jalan hutan. Perjalan mengambil masa dalam 15 minit.
Keadaan jalan tidak berturap dan keadaan sekeliling masih penuh kehijauan. Setelah sampai di hadapan jalan Lata Kijang, kami turun daripada pacuan 4 roda dan berjalan sedikit dalam 10 minit untuk ke kawasan Air Terjun.
Gambar yang sangat menarik bersama rakan-rakan yang lain. |
Kawasan Lata Kijang ini tersangat indah dan kawasan sekitarnya sangat sejuk. |
Laluan menuju ke Air Terjun ini terdapatnya anak tangga yang kecil dan licin. Adalah diunjurkan untuk sentiasa menjaga jarak serta naik atau turun berhati-hati menggunakan pemegang.
Balik ke Khemah
Usai daripada Lata Kijang, kami kembali ke tapak perkhemahan untuk berehat, sesi suai kenal dan makan malam. Bersedia untuk hari kedua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siri #Back2Nature - Pengembaraan ke Negeri Sembilan (Taman Negeri Kenaboi, Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu) , BHG.1 tamat dan akan bersambung di BHG.2 (KLIK DI SINI)
Sebarang maklumat lanjut atau tempahan pakej boleh rujuk di bawah:
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Laman rasmi: http://forestry.ns.gov.my/index.php/my/
Laman facebook: https://www.facebook.com/LamanRasmiJabatanPerhutananNegeriSembilan
Instagram: https://www.instagram.com/jabatanperhutananns/
Kredit gambar secara pukal: Diri sendiri, Pocket Production, Balqis Athirah, Zulhilmi, Zharif, Kelly, Dboy, Fadzil dan Fareez.
#Back2Nature
#HutanKitaNadiKita
#JPNNS
#DiscoverJelobu
#VM2020
#VisitMalaysia2020
#TamanNegeriKenaboi
#JeramBerungut
#LataKijang
#JeramToi
#TakeMeAnywhere
Ya kami duduk di belakang. Tak nak duduk di hadapan. |

Berani tau tinggalkan kita. Deras wey kat situ.. hahaha jom pi lagi
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.CLUB :-*
add Whatshapp : +85515373217 ^_~