Monday 16 March 2020

Sabella X Ella - Kolaborasi Fesyen Muslimah bersama Ratu Rock Malaysia

Pada 13hb Mac yang lepas telah termeterainya kolaborasi baju muslimah terkenal jenama Sabella bersama ratu rock negara, Ella Aminuddin. Maka Sabella X Ella telah rasmi dan sudah mula dipromosikan.

Sabella X Ella - Ella Suka Sabella!

Sabella X Ella dengan cogan kata 'Ella Suka Sabella' merupakan kolaborasi yang menjadikan Ella sebagai duta atau penghias wajah utama Sabella untuk tempoh satu tahun.

Sebagai pengenalan ringkas, Sabella merupakan butik secara talian sepenuh masa yang mula dibina sejak tahun 2016. Bermula daripada satu mesin jahit, pengasasnya Puan Siti Fatimah atau lebih dikenali sebagai Siti Sabella mengambil upah menjahit baju di rumahnya. Beliau pernah menjahit baju sehingga 100 helai sehari!

Hinggalah pada satu masa, suami beliau yang juga merupakan Ketua Pegawai Esekutif Sabella, Encik Mohd Sufian berasa sudah tiba masanya untuk lebih kehadapan untuk memajukan kehidupan mereka serta memberi kehidupan lebih baik kepada anak-anaknya. Maka mereka mula mengambil pekerja serta menyewa kedai untuk mengambil tempahan.

Rezeki pasangan suami isteri ini dipermurahkan hinggalah Sabella mula menempa nama dari bawah. Kini Sabella terkenal dengan pakaian muslimah dan sopan dengan #bajutanpagosok .


Ketika sesi Sabella X Ella termeterai bersama Encik Mohd Sufian (kiri),
Ella Aminuddin (tengah) dan Siti Fatimah (kanan).

Kembali kepada kolaborasi ini, dijangkakan turut mengambil konsep tanpa gosok dan muslimah, rekaan ini datang daripada Sabella dan mungkin juga Ella sendiri yang akan mereka pakaian apabila ditanya kemungkinan tersebut. Bahkan pakaian raya Sabella X Ella juga dalam perancangan mendatang ini.

Pasangan ini juga memilih Ella untuk menjadi duta kerana nama Sabella dan Ella yang sama menjadi daya tarikkan kolaborasi ini. Bahkan, Ella yang kini berketerampilan lebih sopan dan muslimah adalah nampak sangat sesuai. Antara lain, Puan Siti Fatimah merupakan peminat Ella!


Pakaian yang dikenakan oleh Ella ialah daripada
Butik Sabella sendiri.

Apabila ditanya sendiri kepada Ella mengapa beliau bersetuju dengan tawaran Sabella menjadi duta, Ella memberi pendapat bahawa Ella sendiri suka akan pakaian Sabella sendiri. Sebab itu lah muncul slogan 'Ella Suka Sabella!'. Lebih-lebih lagi, Ella menyatakan bahawa baju Sabella yang digayakan beliau pada hari tersebut adalah amat selesa dan sejuk bila dipakai.

Antara lain, Ella berpendapat bahawa baju-baju Sabella ini bagus dalam menggalakkan wanita diluar sana untuk mengenakan pakaian yang lebih sopan dengan harga berpatutan. Beliau meneruskan lagi dengan mengatakan ini umpama dakwah kecilnya dalam mengalakkan muslimah di luar sana untuk menutup aurat. Ella juga berkata dia amat menyokong usahasama suami isteri ini dalam membantu masyarakat dalam perniagaan.

Antara gambar Ella menjadi penghias wajah Sabella,

Untuk pengetahuan umum, Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian Sulaiman membesarkan perniagaan mereka dan menggunakan konsep ejen-dropship untuk membantu usahawan lain untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Kolaborasi ini dikatakan amat mudah bagi kedua-dua pihak dan berjalan dengan penuh lancar. Maka peminat Sabella dan Ella bolehlah dapatkan koleksi Sabella X Ella ini.

Maklumat lanjut dan pesanan boleh layari Sabella HQ di pautan di bawah:

Laman rasmi: https://www.sabella.com.my/
Laman instagram: https://www.instagram.com/sabella_co/
Laman facebook:https://www.facebook.com/sabella.hq

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.CLUB :-*
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete