Tuesday 5 April 2022

Majlis Jamuan Penghargaan Kalista dan Perlancaran Produk Baharu

Cyberjaya, 2 April 2022 – Majlis Jamuan Penghargaan Kalista telah diadakan penuh meriah di Skyglass @ Skypark Cyberjaya. Majlis yang bertemakan ‘Glorious Evening Tea’ ini dihadiri oleh pengasas Nur Hidayah Sa’adon, suami serta ejen dan stokis dari seluruh Malaysia.

Hidayah bersama suaminya di Majlis Kalista baru-baru ini.

Tujuan utama pada majlis tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada lima orang ‘Monster Leader’, lapan orang ‘Leader’ dan tujuh orang  ‘Top Sales’  atas usaha serta pencapaian mereka yang memberangsangkan. Di samping itu, majlis diadakan sekali dengan jamuan sebelum ramadan tiba untuk merayakan ejen dan stokis yang turut menjadi keluarga besar Kalista yang semakin membesar sejak penubuhannya pada tahun 2019.

Bersama stokis dan ejen Kalista.

Kalista yang terkenal dengan dendangan lagu mereka “cantik, kurus, bergaya” ini menawarkan produk berasaskan minuman kecantikkan. Minuman kecantikkan ini diasaskan untuk membantu badan pengguna sihat bertenaga di samping mengurangkan berat badan pengguna tanpa perlu mengalami kesan sampingan yang menyakitkan.

Sesi temu ramah media bersama pengasas.

Menurut pengasas Kalista, Hidayah, majlis ini diadakan khas untuk memberi penghargaan serta ganjaran bagi mereka yang terpilih kerana telah mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan oleh pihak Kalista. Jelas Hidayah lagi, dengan tetapan sasaran dan hasil usaha semua ejen dan stokis mereka pada tahun lepas sahaja telah mencecah jutaan ringgit. Ini membuatkan Hidayah dan suaminya pada tahun ini telah mensasarkan jualan RM 15 juta.

Hidayah turut bersyukur produk mereka masih mendapat sambutan hangat selama Kalista masih bertapak 3 tahun ketika ditubuhkan pada hampir permulaan pandemik yang melanda.

Kejayaan ini tidak bukan dari hasil usaha lebih 100 ejen dan stokis Kalista serta pelan marketing syarikat yang tidak putus-putus mempromosikan produk secara atas talian juga secara luar talian. Selain itu, Kalista turut menyediakan kelas-kelas untuk membantu para ejen dan stokis untuk memudahkan lagi penjualan mereka seperti penyediaan bahan pemasaran, video berkualti, pelbagai kempen menarik, jemputan kolaborasi bersama artis dan banyak lagi.

Siti Zainab dan suami.

Pada majlis yang sama juga, salah seorang ‘Monster Leader’ dan juga ‘Top Sales’ iaitu Siti Zainab Binti Jamaludin turut berkongsi rasa syukurnya kerana merasa dihargai apabila diberi penghormatan serta ganjaran atas usahanya di Kalista sejak awal penubuhan minuman kecantikkan ini.

Setia bersama Kalista, Siti Zainab yang terlibat dalam dunia perniagaan khususnya bidang kosmetik sejak tahun 2014 ini berkata bahawa dia bertahan di Kalista ini kerana produk ini sentiasa mempunyai permintaan tinggi dan tak putus-putus meski pandemik telah melanda. Tambahan pula, dia juga tidak perlu menonjolkan diri seperti perniagaannya sebelum ini. Bahkan pada tahun 2021 sahaja, dia telah mencatat jualan RM 2 juta.

Ibu kepada dua anak ini turut berkata, dia sendiri menggunakan produk Kalista untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Siti Zainab sendiri mencatat penurunan 19kg dari 68kg ke 49kg dengan penurunan berat badan kelihatan jelas dalam tempoh 2 bulan sebanyak 4 kotak ketika itu. Dalam perniagaan ini, Siti Zainab tidak keseorangan kerana perniagaan ini dijalankan bersama suaminya iaitu Encik Huzaime. Mereka berdua positif dengan jajaran jualan mereka sebelum ini dan mensasarkan untuk membuat jualan bersama Kalista sebanyak RM 10 juta pada tahun ini. Mereka sebagai satu pasukan turut dibantu oleh tiga orang staf selain daripada ejen dan stokis di bawah pimpinan mereka.

Pelancaran produk terbaru Kalista

Dalam majlis yang sama, Kalista turut melancarkan produk baharu iaitu Kalista Dhara berperisa tembikai susu yang merupakan edisi keluaran khas di bulan Ramadan dan syawal ini sahaja. Kalista Dhara ini boleh dibeli daripada ejen dan stokis mereka yang sah bermula 3 April ini.


Kalista Dhara perisa tembikai susu

Untuk mengetahui tentang produk Kalista dan berminat menjadi ejen boleh lah singgah ke Facebook rasmi Kalista di sini.

Wednesday 30 March 2022

RM600 Ribu Zakat Perniagaan McDonald’s Diterima Lembaga Zakat Selangor, Mangsa Banjir Terima Sumbangan

Majlis penyerahan zakat perniagaan oleh McDonald’s Malaysia dan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir telah berlangsung di McDonald’s Banting baru-baru ini. Sejumlah RM600 ribu telah dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan tahun 2021 berjumlah RM600 ribu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), jumlah yang tertinggi sejak McDonald’s mula membayar zakat kepada LZS. Sehingga tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Jumlah bayaran ini juga telah merekodkan dua pencapaian yang mengagumkan kerana ini merupakan jumlah zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor dan jumlah tertinggi secara keseluruhan bagi McDonald’s Malaysia sendiri sejak mula membayar zakat perniagaan enam tahun lalu. 

Pembayaran zakat perniagaan ini bermula apabila syarikat utama McDonald’s yang bertapak di Amerika Syarikat telah diambil alih oleh Lionhorn Pte.Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 1hb Disember 2016. Ini menjadikan McDonald’s sebagai syarikat khidmat segera yang terkenal ini dimiliki oleh majoriti pemegang saham dan pelabur islam.


Selain daripada bayaran zakat, McDonald’s Malaysia juga turut menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar. Penerima terdiri daripada 50 buah keluarga terpilih sekitar Banting yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.


McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada setiap keluarga yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.


Majlis pembayaran zakat perniagaan dan penyerahan sumbangan ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, yang menyaksikan sumbangan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia, kepada  En. Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor.


Dalam ucapan pembukaan, Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia turut berkata ,“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald’s Malaysia, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat. Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bermakna di mana kami mampu menyumbang zakat sebanyak RM600 ribu bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya, khususnya golongan yang terjejas akibat banjir di daerah Banting, Selangor,”


Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia ketika ucapan pembukaan

Beliau turut berkata lebih tujuh ribu aktiviti komuniti dibawah seliaan Rumah Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dijalankan di seluruh negara untuk membantu lebih banyak lagi orang yang memerlukan. Bukan setakat itu sahaja, McDonald’s komited dalam membantu anak-anak asnaf di bawah program pembiayaan pelajar kolej komuniti hingga SKM Tahap 3 terutama bidang pemakanan dan telah memanfaatkan 46 anak asnaf setakat ini. 


Dengan sokongan yang terus menerus daripada penduduk Malaysia, McDonald’s Malaysia masih mampu berdiri teguh meski turut berhadapan dengan situasi COVID-19. Ini membuatkan McDonald’s Malaysia ingin terus-menerus menyumbang kepada komuniti setempat.


Setakat tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. McDonald’s Malaysia juga merupakan antara pembayar zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor. Tambahan pula, sumbangan zakat perniagaan bagi negeri-negeri lain pula akan menyusul tidak lama lagi.


Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen Halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.


Oleh kerana McDonald’s Malaysia menunjukkan suri teladan perniagaan yang baik, Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor turut berkongsi beberapa kata, “LZS amat mengharapkan sumbangan berterusan daripada syarikat korporat di luar sana seperti McDonald’s Malaysia demi menyantuni kelangsungan asnaf di Selangor. Lebih-lebih lagi jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin dijangka meningkat kesan daripada situasi ekonomi sekarang. Ini bermakna keperluan agihan zakat juga akan turut meningkat seiring dengan pertambahan asnaf di Selangor.” 


Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan,
Lembaga Zakat Selangor ketika berucap di majlis.


Dengan itu diharapkan agar penduduk Malaysia akan dapat terus menerus menyokong McDonald’s Malaysia serta percaya bahawa makanan dan minuman yang disediakan di seluruh McDonald’s di dalam Malaysia ini terjamin halal toyyiban.

Sunday 20 March 2022

WIRDORA KINI DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Berita baik bagi warga Putrajaya dan berdekatan kerana Wirdora kini membuka cawagan ketiga dan terbesar sekali dengan keluasan 370 kaki persegi  di IOI City Mall, Putrajaya. Apa yang membanggakan lagi, Wirdora mampu membuka ketiga-tiga cawangan di KLCC, KL East Mall dan IOI City Mall dalam masa setahun sahaja. Ini pencapaian hebat sejak penubuhan mereka pada tahun 2017 selain daripada memiliki Ibu Pejabat di Ampang Jaya, Selangor.

Wirdora yang sememangnya terkenal dengan aksesori wanita berhijab esklusif juga menjual produk hijab mereka sendiri beserta beberapa aksesori harian untuk wanita dan lelaki seperti butang baju melayu dan rantai pelitup muka.  Oleh itu, pembukaan cawangan terbaharu yang besar ini lebih memudahkan mereka untuk menampilkan lebih banyak rangkaian produk-produk secara fizikal untuk kemudahan para pelanggan mereka.

Menurut pengasas jenama Wirdora ini iaitu Wirdalina Tauhet, cawangan di sini antara menjadi sasaran kerana lokasi yang sangat strategik dan penuh dengan tumpuan pelanggan. Terletak di Unit 74, Level 1 di IOI City Mall, cawangan ini sangat mudah dijumpai kerana terletak di kawasan eskalator Centre Court.

Pemotongan riben sempena majlis
pembukaan oleh Wirdalina, Khairool Anwar
dan keluarga. Diserikan dengan kehadiran
Hawa Rizwana.

Peragaan produk Wirdora

Dengan pembukaan cawangan Wirdora yang berkonsepkan elegan dan moden selari dengan imej produk mereka, imej produk penuh elemen esklusif dan premium dapat ditampilkan lebih baik. Bahkan pembukaan butik fizikal ini mengikuti landasan perancangan pengasas dan suaminya, Khairool Anwar Laksama untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.

Sesi berucap pengasas Wirdora

Wirdalina juga berkata, “Kebanyakkan pelanggan kami suka melihat produk secara fizikal. Ini kerana produk kami juga seperti akesori wanita yang lain di mana mereka suka membelek dan mencuba sendiri produk tersebut. Kami percaya kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Alhamdulillah, maka tertubuhlah Wirdora di sini.”

Memiliki suasana butik yang kemas dan selesa, cawangan Wirdora di IOI City Mall ini menawarkan lebih daripada 300 pilihan produk menarik bermula pada harga serendah RM 10 hinggalah ke RM 500. Rangkaian produk di sini termasuklah kerongsang, peniti skaf, tudung bawal, tudung selendang, pelitup muka, rantai pelitup muka, stokin tangan, anak tudung, butang baju melayu, tas kerongsang dan bermacam-macam lagi.



Apa yang menariknya lagi mengenai produk ini, produk Wirdora hanya menggunakan produk berkualiti tinggi seperti Kristal asli dan besi kukuh. Kristal asli ini pula bekilau dengan penuh bergelipan, tahan lama dan hanya diperolehi daripada sumber yang sah sahaja demi memelihara alam. Manakala kualiti besi yang digunakan adalah berkualiti tinggi iaitu keluli tahan karat bersalut palladium agar besi kalis karat, licin, kuat, lasak, tidak lendur dan tajam agar kain tidak rosak.

Dengan produk berkualiti tinggi serta rekaan sangat cantik namun masih dalam lingkungan harga mampu milik, sesiapa juga boleh tampil dengan penuh elegan, esklusif, premium mahupun mewah dengan produk Wirdora ini tidak kira berhijab atau tidak. Oleh hal itu, para pelanggan mereka tidak hanya berada di Malaysia bahkan telah tersebar ke luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

Raya dan puasa yang menjelang tiba ini, pembukaan cawangan Wirdora terbaharu ini juga mungkin memberi tanda kepada pelanggan dan bakal pelanggan untuk mempersiapkan busana raya dan puasa tahun ini dengan padanan akesori esklusif ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Wirdora di www.wirdora.com atau jika anda berminat untuk menjadi stokis, ejen atau dropship boleh lah menghubungi mereka di talian 018-2724897.

 

Friday 18 March 2022

McDonald’s Pandu-Lalu Tampin Kini Rasmi, Wujudkan Banyak Peluang Pekerjaan

Pada 8 Mac lalu, McDonald’s telah merasmikan restoran pandu-lalu di Tampin, Negeri Sembilan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun selaku Menteri Besar. Selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke negeri membangun, McDonald’s menyasarkan untuk menyumbang kepada inisiatif Kerajaan negeri ini dengan pembangunan sosio ekonomi negeri dan menawarkan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat khususnya di Tampin melalui pembukaan Restoran McDonald’s di Tampin ini.


YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin pada 8 Mac 2022.
TERLETAK DI TEMPAT STRATEGIK

Restoran di Tampin ini merupakan restoran McDonald’s ke-15 yang dibuka di Negeri Sembilan, dengan lokasi yang sangat strategik berdekatan dengan sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan membolehkan aksesibiliti yang mudah bagi pelanggan dari pelbagai kawasan. Bahkan jarak restoran ini dan Stesen Keretapi Tampin/Pulau Sebang hanya kira-kira 2.5km sahaja. Kawasan sekelilingnya pula penuh dengan tarikan pelancong dan kawasan komuniti setempat.

Oleh hal tersebut, McDonald’s Malaysia menjangkakan restoran ini mampu menyediakan hidangan saat-saat keriangan kepada pelanggan dari kawasan sekitar. Sejak dibuka pada penghujung tahun 2020, restoran ini telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan dan membanggakan bagi sebuah restoran yang masih muda. 

REKA BENTUK MENARIK

Bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin dan telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s.  Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.



Sumber: Rilekslah.com

PEMBANGUNAN BILIK TERAPI SENSORI RONALD MCDONALD

Selain dari reka bentuk yang unik, Restoran McDonald’s Tampin ini juga ditampilkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad.  Bilik terapi sensori ini disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. 



Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin merupakan satu-satunya cawangan McDonald’s yang dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, tajaan bersama Ronald McDonald House Charities dan Yayasan Jaafar Ahmad.

Sehingga kini, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald – Ronald McDonald House Charities (RMHC) telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia. Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) adalah merupakan rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia dengan kos tajaan lebih daripada RM4 juta. Sumbangan ini telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa di seluruh Malaysia.



Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran.

PENYERAHAN BAYARAN ZAKAT BERNILAI RM 180 RIBU

McDonald’s Malaysia sebagai sebuah organisasi yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan dan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat. Oleh itu pada majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  MAINS telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.



 YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

 PELAN MASA HADAPAN MCDONALD’S MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

McDonald’s Malaysia telah merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di Rembau, Senawang dan Rasah. Hal ini turut boleh membawa perubahan lagi positif dan memberi impak kepada sosio ekonomi negeri bagi Negeri Sembilan selain daripada restoran yang sedia ada.

Ternyata pembukaan restoran McDonald’s di Negeri Sembilan kini bukan sahaja membangkitkan keterujaan penduduk setempat untuk pilihan tempat makanan mengenyangkan tapi turut memberi kesyukuran kepada komuniti setempat atas peluang pekerjaan yang disediakan. 


Jemput singgah ke Restoran Pandu-Lalu McDonald’s Tampin!