Friday 18 March 2022

McDonald’s Pandu-Lalu Tampin Kini Rasmi, Wujudkan Banyak Peluang Pekerjaan

Pada 8 Mac lalu, McDonald’s telah merasmikan restoran pandu-lalu di Tampin, Negeri Sembilan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun selaku Menteri Besar. Selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke negeri membangun, McDonald’s menyasarkan untuk menyumbang kepada inisiatif Kerajaan negeri ini dengan pembangunan sosio ekonomi negeri dan menawarkan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat khususnya di Tampin melalui pembukaan Restoran McDonald’s di Tampin ini.


YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin pada 8 Mac 2022.
TERLETAK DI TEMPAT STRATEGIK

Restoran di Tampin ini merupakan restoran McDonald’s ke-15 yang dibuka di Negeri Sembilan, dengan lokasi yang sangat strategik berdekatan dengan sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan membolehkan aksesibiliti yang mudah bagi pelanggan dari pelbagai kawasan. Bahkan jarak restoran ini dan Stesen Keretapi Tampin/Pulau Sebang hanya kira-kira 2.5km sahaja. Kawasan sekelilingnya pula penuh dengan tarikan pelancong dan kawasan komuniti setempat.

Oleh hal tersebut, McDonald’s Malaysia menjangkakan restoran ini mampu menyediakan hidangan saat-saat keriangan kepada pelanggan dari kawasan sekitar. Sejak dibuka pada penghujung tahun 2020, restoran ini telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan dan membanggakan bagi sebuah restoran yang masih muda. 

REKA BENTUK MENARIK

Bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin dan telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s.  Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.



Sumber: Rilekslah.com

PEMBANGUNAN BILIK TERAPI SENSORI RONALD MCDONALD

Selain dari reka bentuk yang unik, Restoran McDonald’s Tampin ini juga ditampilkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad.  Bilik terapi sensori ini disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. 



Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin merupakan satu-satunya cawangan McDonald’s yang dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, tajaan bersama Ronald McDonald House Charities dan Yayasan Jaafar Ahmad.

Sehingga kini, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald – Ronald McDonald House Charities (RMHC) telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia. Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) adalah merupakan rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia dengan kos tajaan lebih daripada RM4 juta. Sumbangan ini telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa di seluruh Malaysia.



Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran.

PENYERAHAN BAYARAN ZAKAT BERNILAI RM 180 RIBU

McDonald’s Malaysia sebagai sebuah organisasi yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan dan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat. Oleh itu pada majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  MAINS telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.



 YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

 PELAN MASA HADAPAN MCDONALD’S MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

McDonald’s Malaysia telah merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di Rembau, Senawang dan Rasah. Hal ini turut boleh membawa perubahan lagi positif dan memberi impak kepada sosio ekonomi negeri bagi Negeri Sembilan selain daripada restoran yang sedia ada.

Ternyata pembukaan restoran McDonald’s di Negeri Sembilan kini bukan sahaja membangkitkan keterujaan penduduk setempat untuk pilihan tempat makanan mengenyangkan tapi turut memberi kesyukuran kepada komuniti setempat atas peluang pekerjaan yang disediakan. 


Jemput singgah ke Restoran Pandu-Lalu McDonald’s Tampin!

No comments:

Post a Comment