Sunday 20 March 2022

WIRDORA KINI DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Berita baik bagi warga Putrajaya dan berdekatan kerana Wirdora kini membuka cawagan ketiga dan terbesar sekali dengan keluasan 370 kaki persegi  di IOI City Mall, Putrajaya. Apa yang membanggakan lagi, Wirdora mampu membuka ketiga-tiga cawangan di KLCC, KL East Mall dan IOI City Mall dalam masa setahun sahaja. Ini pencapaian hebat sejak penubuhan mereka pada tahun 2017 selain daripada memiliki Ibu Pejabat di Ampang Jaya, Selangor.

Wirdora yang sememangnya terkenal dengan aksesori wanita berhijab esklusif juga menjual produk hijab mereka sendiri beserta beberapa aksesori harian untuk wanita dan lelaki seperti butang baju melayu dan rantai pelitup muka.  Oleh itu, pembukaan cawangan terbaharu yang besar ini lebih memudahkan mereka untuk menampilkan lebih banyak rangkaian produk-produk secara fizikal untuk kemudahan para pelanggan mereka.

Menurut pengasas jenama Wirdora ini iaitu Wirdalina Tauhet, cawangan di sini antara menjadi sasaran kerana lokasi yang sangat strategik dan penuh dengan tumpuan pelanggan. Terletak di Unit 74, Level 1 di IOI City Mall, cawangan ini sangat mudah dijumpai kerana terletak di kawasan eskalator Centre Court.

Pemotongan riben sempena majlis
pembukaan oleh Wirdalina, Khairool Anwar
dan keluarga. Diserikan dengan kehadiran
Hawa Rizwana.

Peragaan produk Wirdora

Dengan pembukaan cawangan Wirdora yang berkonsepkan elegan dan moden selari dengan imej produk mereka, imej produk penuh elemen esklusif dan premium dapat ditampilkan lebih baik. Bahkan pembukaan butik fizikal ini mengikuti landasan perancangan pengasas dan suaminya, Khairool Anwar Laksama untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.

Sesi berucap pengasas Wirdora

Wirdalina juga berkata, “Kebanyakkan pelanggan kami suka melihat produk secara fizikal. Ini kerana produk kami juga seperti akesori wanita yang lain di mana mereka suka membelek dan mencuba sendiri produk tersebut. Kami percaya kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Alhamdulillah, maka tertubuhlah Wirdora di sini.”

Memiliki suasana butik yang kemas dan selesa, cawangan Wirdora di IOI City Mall ini menawarkan lebih daripada 300 pilihan produk menarik bermula pada harga serendah RM 10 hinggalah ke RM 500. Rangkaian produk di sini termasuklah kerongsang, peniti skaf, tudung bawal, tudung selendang, pelitup muka, rantai pelitup muka, stokin tangan, anak tudung, butang baju melayu, tas kerongsang dan bermacam-macam lagi.



Apa yang menariknya lagi mengenai produk ini, produk Wirdora hanya menggunakan produk berkualiti tinggi seperti Kristal asli dan besi kukuh. Kristal asli ini pula bekilau dengan penuh bergelipan, tahan lama dan hanya diperolehi daripada sumber yang sah sahaja demi memelihara alam. Manakala kualiti besi yang digunakan adalah berkualiti tinggi iaitu keluli tahan karat bersalut palladium agar besi kalis karat, licin, kuat, lasak, tidak lendur dan tajam agar kain tidak rosak.

Dengan produk berkualiti tinggi serta rekaan sangat cantik namun masih dalam lingkungan harga mampu milik, sesiapa juga boleh tampil dengan penuh elegan, esklusif, premium mahupun mewah dengan produk Wirdora ini tidak kira berhijab atau tidak. Oleh hal itu, para pelanggan mereka tidak hanya berada di Malaysia bahkan telah tersebar ke luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

Raya dan puasa yang menjelang tiba ini, pembukaan cawangan Wirdora terbaharu ini juga mungkin memberi tanda kepada pelanggan dan bakal pelanggan untuk mempersiapkan busana raya dan puasa tahun ini dengan padanan akesori esklusif ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Wirdora di www.wirdora.com atau jika anda berminat untuk menjadi stokis, ejen atau dropship boleh lah menghubungi mereka di talian 018-2724897.

 

No comments:

Post a Comment