Saturday 29 October 2022

Raihan, Ustaz Don Daniyal dan Naim Daniel Antara Barisan Selebriti Konsert Amal Agungnya Cinta Disember Ini.

PERHATIAN!! - Konsert & makan malam ini sudah diubah menjadi konsert sepenuhnya. Sila layari artikel terbaharu mengenai maklumat baru dan harga tiket yang lebih rendah di sini Konsert Penuh Agungnya Cinta Baharu.

Kuala Lumpur, 28hb Oktober – Yayasan UNITI dan Afocus Media Ventures (AMV) telah bekerjasama dalam menganjurkan konsert amal hibrid yang dinamakan Agungnya Cinta yang akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada ambang tahun baru.

Majlis Perasmian Konsert Agungnya Cinta.

Yayasan UNITI telah ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan yayasan gerak kerja amal yang telah banyak membantu ramai orang yang berkeperluan termasuk para pelajar dalam melahirkan 1 Graduan dalam 1 Keluarga. Oleh itu, melalui Konsert Agungnya Cinta, Yayasan UNITI dijangka mensasarkan sumbangan kepada:

-          Feet 4 Life

Program ini merupakan program pemberian kaki palsu prostetik percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Uniti Waqi Sdn. Bhd. dan Kedidi Global Sdn. Bhd.

-          1 Keluarga 1 Graduan

Program ini menampilkan beberapa siri program pendidikan yang khusus ditujukan kepada pelajar daripada golongan keluarga B40. Melalui program ini, mereka berharap agar sekurang-kurangnya seorang pelajar daripada setiap keluarga ini layak melanjutkan pelajaran sehingga ke IPT.

-          Tuisyen Percuma

Program Tuisyen Khas telah dijalankan sejak tahun 2010 lagi. Tujuan tuisyen percuma ini diwujudkan adalah untuk meringkan beban keluarga dengan membiayai sebagaian kos pendidikan serta menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik.

-          Waqaf Tunai ASEAN Mall

Pusat beli-belah yang terletak di Pattani ini merupakan ASEAN Mall yang berfokuskan dalam memasarkan produk dan makanan halal untuk masyarakat tempatan serta bertindak sebagai gerbang produk halal wilayah ASEAN atau secara ringkasnya pusat sehenti barangan halal ASEAN. Melalui ASEAN Mall juga, usahawan Malaysia boleh memasarkan produk mereka di tahap antarabangsa.

ASEAN Mall ditubuhkan oleh Kumpulan UNITI Asia iaitu kumpulan induk bagi Yayasan Uniti, Pattani Holdings dan Koperasi Islam.

Bagi pihak AMV pula selaku produser media Islamik kontemporari pula menjayakan konsert dalam pemilihan penyampai cerita dan penyanyi bertepatan dengan demografik bakal penonton dalam menjayakan konsert ini kelak. AMV juga memastikan susun atur program konsert berjalan lancar serta menghiburkan.

Sesi soal jawab media bersama penganjur dan selebriti terlibat.

Berkenaan dengan Konsert Agungnya Cinta, konsert amal hibrid ini amat berbeza daripada konsert amal lain kerana konsert ini adalah sebuah makan malam dengan hidangan ala mediterranean yang dilengkapi pengisian sirah Nabi Muhammad SAW diselang-selikan dengan persembahan nasyid dan sebagainya. Tidak seperti konsert lain juga, konsert ini tidak menetapkan had umur di mana konsert ini sesuai buat seisi keluarga termasuk kanak-kanak.

Konsert yang dijangka dihadiri 800 orang ini bakal dihiburkan dengan riwayat Rasullah dalam bentuk tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal yang juga pengacara majlis dan Imam Muda Megat Mohd Zaid. Melengkapi konsert, penyanyi yang turut hadir ialah Raihan, UNIC, Mirwana dan Naim Danial. Juga, terdapatnya persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak dan persembahan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.

Ustaz Don ketika menyampaikan sedikit sirah Nabi yang bakal diceritkan pada hari Konsert.

Tambahan pula Konsert Agungnya Cinta ini merupakan alternatif terbaik dalam meyambut ambang Tahun Baru 2023 tanpa hiburan yang melaikan.

Butiran konsert pula adalah seperti berikut:

                Konsert Agungnya Cinta

                Tarikh: 30 Disember 2022
                Masa: 8.00pm -11.30pm
                Lokasi: Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur dan Siaran Langsung Berbayar

                Tiket (Sumbangan):

Pakej SUMBANGAN 1 - RM250

1 x Bahagian Sumbangan
1 x Cenderahati Eksklusif
1 x Pas Maya #KAC2022

Pakej SUMBANGAN 2 - RM500

2 x Bahagian Sumbangan
2 x Cenderahati Eksklusif
2 x Pas Maya #KAC2022

**Pakej SUMBANGAN 1 & 2 Hanya mendapat akses kepada Siaran Langsung Berbayar sahaja.

Pakej INDIVIDU - RM1,100

1 x Bahagian Sumbangan
1 x Cenderahati Eksklusif
1 x Tiket ke #KAC2022

Pakej BRONZE - RM10,000

10 x Bahagian Sumbangan
10 x Cenderahati Eksklusif
10 x Tiket ke #KAC2022
1 x Meja di BRONZE Zone

Pakej SILVER - RM20,000

20 x Bahagian Sumbangan
20 x Cenderahati Eksklusif
20 x Tiket ke #KAC2022
1 x Meja di SILVER Zone

Pakej GOLD - RM30,000

30 x Bahagian Sumbangan
30 x Cenderahati Eksklusif
30 x Tiket ke #KAC2022
3 x Meja di GOLD Zone

Pakej PLATINUM - RM50,000

30 x Bahagian Sumbangan
30 x Pas Meet & Greet
30 x Cenderahati Eksklusif
30 x Tiket ke #KAC2022
3 x Meja di PLATINUM Zone
Perletakan Logo & Penghargaan Lisan

***Tiket atau sumbangan boleh mengikuti harga pakej atau ditambah mengikut keikhlasan.
****Tiket juga boleh dipindah milik atau diwakafkan oleh penyumbang. 

Segala maklumat lanjut mengenai Konsert Agungnya Cinta, Yayasan UNITI, AMV, kempen dan urusan pembelian tiket boleh lah layari di pautan https://kac.amv.events/ .

 

Thursday 20 October 2022

MAGGI® Sambut 51 Tahun di Malaysia Penuh Meriah Dengan Acara MAGGI® SAH Malaysia di Ibu Negara.

KUALA LUMPUR, 19hb Oktober - Mi MAGGI® telah menyambut ulang tahun ke 51 tahun bertapak di Malaysia dengan kempen tahunan MAGGI® SAH Malaysia! Kempen ini turut dianjurkan bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke 65 tahun dan Hari Malaysia yang ke 59 tahun. Acara ini diadakan di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) dengan kolaborasi serta kehadiran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS), selebriti tempatan dan pempengaruh makanan.

Dari kiri : Merasmikan Final MAGGI® SAH Malaysia Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (M) Berhad; Mr Chew Soi Ping,  Pengarah Eksekutif Jualan Nestle Malaysia dan Singapore; Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Business MAGGI®, Nestlé (M) Berhad dan Madam Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Pernigaan Bahagian Profesional Nestlé.


Sambutan ini juga disambut meriah dengan kemunak final MAGGI® SAH Malaysia ; Kembara Duniaku dalam menerokai ciptaan Mi MAGGI® paling ‘viral’. Pada masa yang sama, MAGGI® menganjurkan acara terbesar tahun ini dengan kehadiran ramai pengunjung dan tetamu yang sama-sama meraikannya dengan berpakaian tradisi Malaysia.

Kehadiran yang memberangsangkan daripada tetamu dan orang awam.

Mi MAGGI® yang telah diperkenalkan sejak 1971 ini telah sebati dengan rakyat Malaysia. Tidak lengkap sesebuah rumah itu tanpa semangkuk Mi MAGGI® yang mengenyangkan dan tidak lengkap lah tiada sepinggan MAGGI® Mi Goreng di mamak.

Oleh itu, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad dalam ucapannya berkata, "Kempen MAGGI® SAH Malaysia! dengan tema DuniaKu Bersama MAGGI® merupakan sambutan ke atas kekayaan dan kelangsungan sejarah MAGGI® dari rumah ke kedai makan serta memberi penghargaan kepada kulinari kreatif datang daripada warung, mamak dan trak makanan seluruh negara. Semua ini membentuk corak bewarna warni kehidupan rakyat Malaysia."

Juan menambah, "MAGGI® SAH Malaysia! yang juga telah memasuki tahun ke-tiga bertekad dalam mencari budaya makan rakyat Malaysia seperti makan bersama-sama di kedai makan tempatan dengan hidangan MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengendali makanan telah berhadapan dengan kesulitan ketika pandemik melanda tapi kini dengan ramai rakyat Malaysia yang sudah mula bersosial dan makan di luar seperti biasa, kempen ini ingin menyambut hidangan Mi MAGGI® paling unik dan viral mereka !"

Pada sesi ucapan yang sama, Geetha Balakrishna selaku Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad berkata, "MAGGI® mengakui bahawa pengendali makanan di Malaysia mempunyai banyak sejarah bersama MAGGI® dengan menghidangkan juadah pelbagai kepada pelanggan pelbagai latar belakang. Hidangan yang dinikmati ini menjadi momen indah yang mencipta kehangatan dan jalinan mesra. Oleh itu, MAGGI® SAH Malaysia ! merupakan sambutan untuk hubungan bersama rakyat Malaysia yang sudah lama."

''Dengan semangat “You and MAGGI®, Cook The Difference”, kami cuba untuk memberi inspirasi dan dokongan kepada rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan melalui masakan sama ada untuk mereka, untuk orang tersayang di rumah mahupun dalam perniagaan dalam mencipta hidangan MAGGI® yang memikat."

Kempen ini turut melaksanakan rancangan ‘travelogue’ melalui Kembara DuniaKu MAGGI® SAH Malaysia! yang bersiaran setiap sabtu 7.30 malam di TV3. Rancangan ini menampilkan duta MAGGI® Sheila Rusly, duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan duta MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique dalam pengembaran mencari 12 warung tempatan seluruh Malaysia yang mempunyai resepi MAGGI® ‘viral’. Kesemua pengendali makanan ini turut dijemput datang pada majlis kemuncak untuk diberikan plak pengiktirafan atas hidangan MAGGI® mereka.

Sembang-Sembang MAGGI dengan pengendali majlis Nazrudin Habibur Rahman bersama hos Kembara Duniaku duta MAGGI®, Sheila Rusly dan duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman.

Menariknya lagi, MAGGI® turut menganjurkan cabaran atas talian buat pengendali makanan iaitu ResepiKu KreatifKu yang memberi inspirasi kepada pengendali makanan diluar sana dalam memperlihatkan resepi kreatif mereka. Dengan acara kemuncak ini, sebanyak lapan orang finalis telah bertanding untuk mendapatkan hadiah berjumlah RM10,000 kesuluruhan.

Pada masa yang sama juga, kempen ini turut mengajak pengguna untuk mengikuti cabaran ResepiKu DuniaKu juga secara atas talian dengan acara kemuncak menyaksikan 12 finalis bertanding untuk mendapatkan tiga hadiah utama bernilai RM5,000 setiap seorang.

Pemenang memasak ResipiKu KreaktifKu dan ResipiKu DuniaKu di final MAGGI® SAH Malaysia!


Acara turut menyaksikan penyerahan plak kehormat kepada PRESMA dan PRIMAS atas pengiktirafan mereka dalam sumbangan dan usaha menyelia serta menghidupakan semula perniagaan pengendali makanan seperti sedia kala. Plak ini juga merupakan tanda penghargaan MAGGI® atas sokongan yang utuh kepada mereka dengan vendor yang mencapai sebanyak 4500 di PRESMA dan 1500 di PRIMAS.

Penyerahan plak kehormat kepada C. Krishnan, Timbalan Presiden PRIMAS (dua dari kiri) dan Dato’ Hj Jawahar Ali, Presiden PRESMA (dua dari kanan)

Acara yang meriah dihadiri tetamu berpakaian tradisi  turut berpeluang merasai masakan oleh pengendali makanan yang terlibat, menjamah produk daripada Nestlé dan mengambil gambar menarik sekitar acara MAGGI® SAH Malaysia.

Antara konsumer MAGGI® datang dari Malaysia!


Antara pengendali makanan yang turut berkongsi
hidangan percuma bersama tetamu.

Salah satu sudut bergambar.

Acara meriah diadakan di Lanai, MaTiC.

Juan Aranols selaku salah seorang juri masakan.

Finalis ResepiKu KreatifKu

Finalis ResepiKu DuniaKu

Acara diakhiri dengan beberapa persembahan dan sesi bergambar bersama pemenang dan peserta yang terlibat dalam acara Acara MAGGI® SAH Malaysia.

1 Malaysia Drum Symphony dan penyanyi Ms Evie Feroza. 

Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® SAH Malaysia ! anda boleh layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/

Sunday 16 October 2022

Tak Guna Marketing Murahan dan Gelaran Datuk, Kak Ell Tetap Buat Jualan RM34 Juta Setahun.

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Baru-baru ini Kak Ell telah menyambut ulang tahun ke-4 di Majlis Kak Ell Fantasy Night 2022 di hotel terkemuka di Shah Alam. Majlis dihadiri seramai lebih daripada 280 orang tetamu dengan berpakaian mengikut tema termasuk lah Kak Ell yang mengenakan pakaian seorang ratu dari alam fantasi.

Kak Ell ditengah-tengah bersama pememang anugerah Kak Ell Top Sales di Majlis
Fantasy Night 2022 di Double Tree by Hilton, Shah Alam.

 "Saya bangga pakai nama sendiri!" itu jawapan Kak Ell yang terkenal dengan tagline “Memang Cantik” apabila ditanya tentang produk kecantikkan keluarannya yang menggunakan nama sendiri.

Anak kepada penoreh getah ini, Sharmila Johan, 41, yang juga merupakan ibu kepada tiga orang anak menganggap nama yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini. "Ini macam satu hadiah juga untuk mak dengan ayah sebab pilih nama yang baik untuk saya," tambahnya lagi.

Juga, Kak Ell tidak bergantung dengan marketing murahan dan gelaran Datuk kerana dia percaya dengan melakukan perniagaan secara professional dan menjaga adab juga boleh membuatkan perniagaannya berjaya. Hasilnya, tahun lalu sahaja syarikat yang ditubuhkan oleh Kak Ell mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.

“Ada yang bertanya tak susah ke pikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan, mak dan anak? Saya ‘enjoy’ dan bersyukur macam ni.”

"Sebagai wanita, mustahillah saya tak bernafsu nak memiliki barang-barang mewah, kan? Tapi, saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak ‘over’,” ujarnya lagi.

Biarpun memiliki beberapa buah kereta mewah di rumah, bagi Kak Ell itu semua adalah sekadar pinjaman daripada-Nya, bukan satu simbol kekayaan yang perlu dimegahkan. Malah, usahawanita ini berkata yang dia lebih suka untuk menghabiskan duit yang diperolehi untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik, membantu kawan-kawan dan ahli keluarga, menyumbang semula kepada sekolah yang pernah diduduki dan berkongsi dengan ibu bapa.

Kak Ell dalam ucapan pembukaannya,

Kak Ell turut memberi pesanan kepada orang ramai, "Saya nak pesan, walau berjaya macam mana pun, jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Syurga bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang yang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin.”

“Saya tak boleh main cakap lepas sahaja. Saya ada keluarga dan anak yang perlu dijaga. Malah, saya beruntung kerana pengguna tegar jenama saya sendiri mempertahankan kualiti produk yang dihasilkan hingga ia terus relevan dan dipercayai,” Kak Ell menyambung.

Bahkan dengan menjaga kualiti produk, produk-produk Kak Ell diuji dengan badan profesional hingga boleh mendapatkan kelulusan KKM dalam setiap produknya. Lebih kehadapan lagi, produk Kak Ell juga boleh didapati secara terus di farmasi Healthland di KLCC dan The Gardens Mall.

Meskipun dia turut mengaku pernigaannya tidak meletup dan naik dengan pantas tanpa marketing melampau seperti ‘founder’ lain, Kak Ell percaya viral marketing tidak menjamin sesebuah jenama berkekalan di pasaran. Dia berpegang kepada prinsip pernigaan profesional dengan menggunakan servis telemarketing hingga membuahkan hasil konsisten yang tidak hanya setakat satu-satu masa sahaja.

Kejayaan Kak Ell dengan penubuhan wisma Kak Ell.

"Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah," katanya lagi.

Selain itu, apabila ditanyakan stratergi Kak Ell tidak menggunakan artis atau infuencer sebagai duta, Kak Ell menjawab, “Produk Kak Ell ini terkenal dengan produk jeragat. Kalau kita guna artis dan influencers yang sememangya cantik dan muda adalah tidak berpadanan. Bagaimana kita nak sampaikan maklumat produk dengan betul? Lagipun kebanyakkan pengguna Kak Ell adalah berusia 40an dan 50an di mana cara pendekatan yang digunakan juga adalah berbeza”.

Kak Ell  turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars berkata, “Saya baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan,”

Kak Ell juga mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM 5 juta. Ini boleh dicapai kerana mengikut sejarah rekod lepas dengan hebahan meluas produk Kak Ell, jenama kecantikkan tempatan ini mampu mencatat jualan sehingga RM34 juta setahun.

Kak Ell ini bukan lah jenama asing sebenarnya meskipun kehadiran media sosial tidak segempak jenama kecantikkan lain. Ini adalah kerana Kak Ell sering bekerjasama dengan Suria FM hingga tagline Kak Ell “memang cantik” sering kedengaran di corong radio tersebut. Pendekatan ini lah yang membuatkan penggunanya datang dengan sendirinya.

Pada majlis yang sama juga, Kak Ell turut melancarkan produk yang ke-48 iatu Fairy Glow Oil iaitu ‘face oil’ daripada gabungan lima minyak terpilih bersaiz mini. Produk ini digandingkan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang telah dilancarkan awal pada bulan lepas. Maka terhasil lah gabungan produk yang diberi nama Fantasy Beauty selaras dengan tema majlis.

Kak Ell Fantasy Beauty Combo Package - Fairy Glow Oil
& Glowing Day Cream.

Pengumuman produk baharu.


Saturday 15 October 2022

Marrybrown Perkenal Menu Citarasa Korea Dengan Menu K-Crunch Baharu. Oh sarang-K!!

Petaling Jaya, 13 Oktober 2022 – Marrybrown sekali lagi tampil dengan menu baharu siri pengemberaan Around the World. Kali ini Marrybrown membawa pelanggan untuk berSarang-K dengan citarasa Korea melalui menu K-Crunch baharu. Marrybrown selaku Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia rasmi melancarkan menu K-Crunch dengan jayanya dan menu ini tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh Negara.

Menu K-Crunch baharu daripada Marrybrown

Dengan pengalaman dalam menghidangkan makanan berkualiti kepada peminat Memang Best mereka, Marrybrown kekal dengan misi mereka untuk menawarkan "Ada Kelainannya" dan lazat untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia. K-Crunch pasti menambat hati pelanggannya dengan sedikit sentuhan rasa Malaysia untuk menu inspirasi Korea ini.

Oleh itu, pada oktober ini, Marrybrown berbesar hati menyajikan menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. Penggemar kini boleh menikmati menu K-Crunch Marrybrown berinspirasikan Korea dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis yang berkualiti sambil berimaginasi dalam suasana di Korea yang mengujakan!

“Budaya moden Korea semakin mendapat tempat di Malaysia. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menemui cara tersendiri untuk merakam detik-detik manis K-pop. Sama seperti rakyat negara yang mengintegrasikan budaya Korea, kami di Marrybrown turut dipengaruhi gelombang Hallyu dalam penyediaan makanan dengan sentuhan tempatan untuk menjadikannya lebih menarik," kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Seperti budaya K-Pop yang terkini, menu K-Crunch merupakan hidangan sensasi yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan citarasa sentuhan Korea dengan sempurna. Menu hidangan K-Crunch yang boleh didapati sejak 13hb oktober adalah seperti di bawah:

- K-Crunch Chicken Combo
Hidangan: 2 ketul ayam rangup, kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa. Harga: bermula daripada RM20.90.

Dua ketulan ayam rangup dengan sos Gangjeong peda
manis bersama kentang goreng dan K-Frizz.

- K-Crunch Chicken Burger Combo
Hidangan: Chicken burger, kentang goreng dan minuman K-Fizz,
Harga: bermula daripada RM16.90.

Burger ayam dengan sos Gangjeong pedas manis
dipadankan dengan kentang goreng dan K-Frizz.

- Kimchi Rice Bowl Combo
Hidangan: Nasi kimchi, potongan ayam dengan sos K-Crunch pedas manis, telur rebus, hiasan nori dan minuman K-Frizz
Harga: bermula daripada RM13.10.

Menu penuh seimbang dengan nasi kimchi dan
minuman yang menyegarkan.

- K-Crunch Box Meal 
Hidangan: K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz.
Harga: bermula dari RM26.50. 

Burger ayam, ayam rangup MB, dumpling ayam,
kentang goreng dan minuman K-Frizz

- K-Crunch Chicken Dumpling & Cheesy Sausage
Hidangan: Chicken Dumpling dan Cheesey Sausage
Harga: bermula daripada RM7.90.

Dumpling ayam dan sosej keju bersama sos
Gangjeong pedas manis.

- K-Crunch Chicken Burger
Hidangan: K-Crunch Chicken Burger - single (satu)
Harga: bermula daripada RM12.90

Burger ayam rangup diluar, lembut di dalam.
Roti ban juga lembut.

- 2-pc K-Crunch Chicken
Hidangan: 2 ketul ayam K-Crunch
Harga: bermula daripada RM15.50

Rangup dan pedas menyelerakan.

- Kimchi Rice Bowl
Hidangan: Nasi kimchi - single (satu)
Harga: bermula daripada RM10.80

Nasi kimchi yang sangat mengenyangkan.

- K-Frizz
Hidangan: Minuman K-Frizz sahaja (satu)
Harga: bermula daripada RM4.90

K-Frizz minuman yang menyegarkan daripada
buah "yuzu" dan buah markisa.

“Selaras dengan objektif kami yang sentiasa menginginkan sesuatu yang berbeza, kami sangat gembira kerana dapat memberikan kelainan yang baharu kepada rakyat Malaysia yang sentiasa suka mencuba! Kami yakin setelah mereka merasai menu K-Crunch kami, mereka akan dapat berinspirasi mencipta detik-detik K-pop mereka tersendiri,” tambah Dato’ Joshua lagi.

Marrybrown kini megah bertapak di dunia dengan 500 buah restoren di 16 buah Negara dengan melayani berjuta-juta orang pelanggan. Oleh itu penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna adalah keutamaan mereka.

Review ringkas saya, sos Gangjeong kat Marrybrown sedap!!! Memang boleh rasa pedas bukan pedas manja tau. Manis tu pun ada tapi je tak terlalu manis pun sos. Ni memang boleh makan lagi. 

Kegemaran saya? Dumpling chicken & cheese sausage, ayam rangup K-Crunch dan K-Crunch Chicken Burger! 

Menikmati hidangan daripada menu K-Crunch baharu.

Sila ke Marrybrown untuk merasakan pengalaman seperti di drama Korea dengan hidangan K-Crunch ini! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Website: https://marrybrown.com/
MB App: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV

#Marrybrown
#MarrybrownMY
#SomethingDifferent
#MBKCrunchChicken
#MBAroundTheWorld