Sunday, 16 October 2022

Tak Guna Marketing Murahan dan Gelaran Datuk, Kak Ell Tetap Buat Jualan RM34 Juta Setahun.

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Baru-baru ini Kak Ell telah menyambut ulang tahun ke-4 di Majlis Kak Ell Fantasy Night 2022 di hotel terkemuka di Shah Alam. Majlis dihadiri seramai lebih daripada 280 orang tetamu dengan berpakaian mengikut tema termasuk lah Kak Ell yang mengenakan pakaian seorang ratu dari alam fantasi.

Kak Ell ditengah-tengah bersama pememang anugerah Kak Ell Top Sales di Majlis
Fantasy Night 2022 di Double Tree by Hilton, Shah Alam.

 "Saya bangga pakai nama sendiri!" itu jawapan Kak Ell yang terkenal dengan tagline “Memang Cantik” apabila ditanya tentang produk kecantikkan keluarannya yang menggunakan nama sendiri.

Anak kepada penoreh getah ini, Sharmila Johan, 41, yang juga merupakan ibu kepada tiga orang anak menganggap nama yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini. "Ini macam satu hadiah juga untuk mak dengan ayah sebab pilih nama yang baik untuk saya," tambahnya lagi.

Juga, Kak Ell tidak bergantung dengan marketing murahan dan gelaran Datuk kerana dia percaya dengan melakukan perniagaan secara professional dan menjaga adab juga boleh membuatkan perniagaannya berjaya. Hasilnya, tahun lalu sahaja syarikat yang ditubuhkan oleh Kak Ell mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.

“Ada yang bertanya tak susah ke pikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan, mak dan anak? Saya ‘enjoy’ dan bersyukur macam ni.”

"Sebagai wanita, mustahillah saya tak bernafsu nak memiliki barang-barang mewah, kan? Tapi, saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak ‘over’,” ujarnya lagi.

Biarpun memiliki beberapa buah kereta mewah di rumah, bagi Kak Ell itu semua adalah sekadar pinjaman daripada-Nya, bukan satu simbol kekayaan yang perlu dimegahkan. Malah, usahawanita ini berkata yang dia lebih suka untuk menghabiskan duit yang diperolehi untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik, membantu kawan-kawan dan ahli keluarga, menyumbang semula kepada sekolah yang pernah diduduki dan berkongsi dengan ibu bapa.

Kak Ell dalam ucapan pembukaannya,

Kak Ell turut memberi pesanan kepada orang ramai, "Saya nak pesan, walau berjaya macam mana pun, jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Syurga bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang yang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin.”

“Saya tak boleh main cakap lepas sahaja. Saya ada keluarga dan anak yang perlu dijaga. Malah, saya beruntung kerana pengguna tegar jenama saya sendiri mempertahankan kualiti produk yang dihasilkan hingga ia terus relevan dan dipercayai,” Kak Ell menyambung.

Bahkan dengan menjaga kualiti produk, produk-produk Kak Ell diuji dengan badan profesional hingga boleh mendapatkan kelulusan KKM dalam setiap produknya. Lebih kehadapan lagi, produk Kak Ell juga boleh didapati secara terus di farmasi Healthland di KLCC dan The Gardens Mall.

Meskipun dia turut mengaku pernigaannya tidak meletup dan naik dengan pantas tanpa marketing melampau seperti ‘founder’ lain, Kak Ell percaya viral marketing tidak menjamin sesebuah jenama berkekalan di pasaran. Dia berpegang kepada prinsip pernigaan profesional dengan menggunakan servis telemarketing hingga membuahkan hasil konsisten yang tidak hanya setakat satu-satu masa sahaja.

Kejayaan Kak Ell dengan penubuhan wisma Kak Ell.

"Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah," katanya lagi.

Selain itu, apabila ditanyakan stratergi Kak Ell tidak menggunakan artis atau infuencer sebagai duta, Kak Ell menjawab, “Produk Kak Ell ini terkenal dengan produk jeragat. Kalau kita guna artis dan influencers yang sememangya cantik dan muda adalah tidak berpadanan. Bagaimana kita nak sampaikan maklumat produk dengan betul? Lagipun kebanyakkan pengguna Kak Ell adalah berusia 40an dan 50an di mana cara pendekatan yang digunakan juga adalah berbeza”.

Kak Ell  turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars berkata, “Saya baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan,”

Kak Ell juga mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM 5 juta. Ini boleh dicapai kerana mengikut sejarah rekod lepas dengan hebahan meluas produk Kak Ell, jenama kecantikkan tempatan ini mampu mencatat jualan sehingga RM34 juta setahun.

Kak Ell ini bukan lah jenama asing sebenarnya meskipun kehadiran media sosial tidak segempak jenama kecantikkan lain. Ini adalah kerana Kak Ell sering bekerjasama dengan Suria FM hingga tagline Kak Ell “memang cantik” sering kedengaran di corong radio tersebut. Pendekatan ini lah yang membuatkan penggunanya datang dengan sendirinya.

Pada majlis yang sama juga, Kak Ell turut melancarkan produk yang ke-48 iatu Fairy Glow Oil iaitu ‘face oil’ daripada gabungan lima minyak terpilih bersaiz mini. Produk ini digandingkan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang telah dilancarkan awal pada bulan lepas. Maka terhasil lah gabungan produk yang diberi nama Fantasy Beauty selaras dengan tema majlis.

Kak Ell Fantasy Beauty Combo Package - Fairy Glow Oil
& Glowing Day Cream.

Pengumuman produk baharu.


No comments:

Post a Comment