Petaling Jaya, 13 Oktober 2022 – Marrybrown sekali lagi tampil dengan menu baharu siri pengemberaan Around the World. Kali ini Marrybrown membawa pelanggan untuk berSarang-K dengan citarasa Korea melalui menu K-Crunch baharu. Marrybrown selaku Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia rasmi melancarkan menu K-Crunch dengan jayanya dan menu ini tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh Negara.
Menu K-Crunch baharu daripada Marrybrown |
Dengan pengalaman dalam menghidangkan makanan berkualiti kepada peminat Memang Best mereka, Marrybrown kekal dengan misi mereka untuk menawarkan "Ada Kelainannya" dan lazat untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia. K-Crunch pasti menambat hati pelanggannya dengan sedikit sentuhan rasa Malaysia untuk menu inspirasi Korea ini.
Oleh itu, pada oktober ini, Marrybrown berbesar hati menyajikan menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. Penggemar kini boleh menikmati menu K-Crunch Marrybrown berinspirasikan Korea dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis yang berkualiti sambil berimaginasi dalam suasana di Korea yang mengujakan!
“Budaya moden Korea semakin mendapat tempat di Malaysia. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menemui cara tersendiri untuk merakam detik-detik manis K-pop. Sama seperti rakyat negara yang mengintegrasikan budaya Korea, kami di Marrybrown turut dipengaruhi gelombang Hallyu dalam penyediaan makanan dengan sentuhan tempatan untuk menjadikannya lebih menarik," kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Seperti budaya K-Pop yang terkini, menu K-Crunch merupakan hidangan sensasi yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan citarasa sentuhan Korea dengan sempurna. Menu hidangan K-Crunch yang boleh didapati sejak 13hb oktober adalah seperti di bawah:
- K-Crunch Chicken Combo
Hidangan: 2 ketul ayam rangup, kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa
“yuzu” dan markisa. Harga: bermula daripada RM20.90.
Dua ketulan ayam rangup dengan sos Gangjeong peda manis bersama kentang goreng dan K-Frizz. |
- K-Crunch Chicken Burger Combo
Hidangan: Chicken burger, kentang goreng dan minuman K-Fizz,
Harga: bermula daripada RM16.90.
Burger ayam dengan sos Gangjeong pedas manis dipadankan dengan kentang goreng dan K-Frizz. |
- Kimchi Rice Bowl Combo
Hidangan: Nasi kimchi, potongan ayam dengan sos K-Crunch pedas manis, telur rebus, hiasan nori dan minuman K-Frizz
Harga: bermula daripada RM13.10.
Menu penuh seimbang dengan nasi kimchi dan minuman yang menyegarkan. |
- K-Crunch
Box Meal
Hidangan: K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz.
Harga: bermula dari RM26.50.
Burger ayam, ayam rangup MB, dumpling ayam, kentang goreng dan minuman K-Frizz |
- K-Crunch Chicken Dumpling & Cheesy
Sausage
Hidangan: Chicken Dumpling dan Cheesey Sausage
Harga: bermula daripada RM7.90.
Dumpling ayam dan sosej keju bersama sos Gangjeong pedas manis. |
Burger ayam rangup diluar, lembut di dalam. Roti ban juga lembut. |
Rangup dan pedas menyelerakan. |
Nasi kimchi yang sangat mengenyangkan. |
K-Frizz minuman yang menyegarkan daripada buah "yuzu" dan buah markisa. |
“Selaras dengan objektif kami yang sentiasa menginginkan sesuatu yang berbeza, kami sangat gembira kerana dapat memberikan kelainan yang baharu kepada rakyat Malaysia yang sentiasa suka mencuba! Kami yakin setelah mereka merasai menu K-Crunch kami, mereka akan dapat berinspirasi mencipta detik-detik K-pop mereka tersendiri,” tambah Dato’ Joshua lagi.
Marrybrown kini megah bertapak di dunia dengan 500 buah restoren di 16 buah Negara dengan melayani berjuta-juta orang pelanggan. Oleh itu penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna adalah keutamaan mereka.
Review ringkas saya, sos Gangjeong kat Marrybrown sedap!!! Memang boleh rasa pedas bukan pedas manja tau. Manis tu pun ada tapi je tak terlalu manis pun sos. Ni memang boleh makan lagi.
Kegemaran saya? Dumpling chicken & cheese sausage, ayam rangup K-Crunch dan K-Crunch Chicken Burger!
Menikmati hidangan daripada menu K-Crunch baharu. |
Sila ke Marrybrown untuk merasakan pengalaman seperti di drama Korea dengan hidangan K-Crunch ini!
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:
Website: https://marrybrown.com/
MB App: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown
TV
#MarrybrownMY
#SomethingDifferent
#MBKCrunchChicken
#MBAroundTheWorld
No comments:
Post a Comment