Sunday, 16 November 2014

Lawatan ke RTC Bekenu

Salam semua~

Mula-mula, saya lupa bila saya pergi Bekenu nak tulis cerita ni. Lepas tu saya tak ada 'selfie' a.k.a ambik gambar perasan cantik untuk entri ni sebab saya jadi tukang gambar. Hahahaha.. tapi walau apa pun, entri ni khusus kepada RTC walaupun cerita ni memang tak lengkap sebab kertas pasal cerita ni hilang~ sebab saya dah pindah (hee~ rahsia)

Bermulanya bila ke Bekenu hujung minggu, jadi ambik la keputusan tulis cerita pasal RTC. Jadi tema entri kali ni talaaaaaa "Biar Gambar Berbicara". Mempersembahkan~ 




Ni sepupu yang sekali jalan dengan saya. Kiri: Ka Pizah ,
Kanan: Adil. Kedua-duanya guna nama singkatan, nama
sebenar--> hehehehehehe

Ni jugak teman pergi Bekenu. Dari kiri: Mimin, Emah,
Ka Pizah dan Ka Nono. Semua lebih tua dari saya
kecuali yang Emah ni. Heh heh heh~


Sebelah tanda RTC tu ada tempat letak kereta yang banyak
berbanding sebelum ni masa belum siap, Ya Allah, nak cari
tempat tu MENCABAR!
Masa ni belum rasmi, jadi bendera tarak ada tapi tiang
adala~ Ni kawasan depan bangunan RTC

Tadaaaa, Bahagian depan bangunan RTC. Belakang
yang hijau tu ada orang jual makanan~ Woo~


Bab ni.. hmm saya skip ya~


Pasar Basah. Kat sini orang beli ikan semua tu lah. Tapi
bukan yang sayur-sayur~ oh ya, sebelah Pasar Basah ni
ada orang jugak jual barangan asas bagi sedap macam
telur, bawang dan garam~ hehehe..
ada jugak benda-benda makan suka-suka macam keropok~

Tamu Kering. Kat sini anda boleh lihat ada jual sayur-sayur,
buah-buah, benda yang jarang dapat kat bandar-bandar. Satu
lagi, beli kat sini lebih jimat sebab orang-orangnya tak
kedekut. Boleh main tawar harga dan kuantiti lebih berbaloi!

Saya nak buat kesan khas tapi GAGAL. (T^T)

Kakak dan Abang yang ramah (saya dah lupa nama). Saya
sempat jugak lah cerita sikit-sikit sama mereka ni. Mereka
ramah siap bagitau lagi yang minggu depannya ada acara
merasmikan RTC (yang saya tak sempat datang tu) oleh
Menteri, eh ke Timbalan Perdana Menteri?? Tak ingat. Senang
cerita kakak ni memang terbaik sebab cerita macam-macam
pasal Bekenu. (y)

Pasar Makanan.. Hue hue hue..tak tau nak panggil apa~
Ni gambar paling akhir sebab rasanya saya dah letak
apa yang patut kat RTC ni~ Hee.. kalau tertinggal, saya
minta maaf sangat-sangat sebab tak sengaja. Oh ya, cucur
sukun sedap!!!!!!!!!!!!!!!


Jadi kalau anda ada masa, sila datang ke Bekenu dan singgah ke RTC di hujung minggu. :) Kalau jumpa saya jangan malu tegur, nanti saya boleh tunjukkan (bayar sendiri.. hahahaha) cucur sukun (kalau ada lah)

Tata~ 

No comments:

Post a Comment