Saturday 12 October 2019

Grand Finale Taiwan Excellence eSports Cup (TEEC) 2019 di Berjaya Times Square

Ingat lagi mengenai kejohanan Taiwan Excellence eSports Cup (TEEC) 2019 yang telah saya kongsikan?

Sebelum perasmian berlangsung
Kini, kejohanan TEEC telah pun sampai ke kemuncak apabila pada 11-13hb Oktober merupakan pusingan Grand Finale. Kejohanan ini telah berlangsung secara gilang gemilang di LG Concourse Berjaya Times Square.

Peserta, penganjur, ahli kehormat dan piala kejohanan TEEC 2019
10 Pusingan LAN dan atas atas talian telah menyaksikan 283 pasukan dengan 1,145 peserta telah bersaing untuk bergelar juara. Tiga kategori utama yang akan memenangi RM 10,000 adalah CS:Go, Dota 2dan League of Legends (LOL). Lebih istimewa lagi, juara CS:GO juga akan mewakili Malaysia untuk berentap di Taiwan serta bersaing dengan negara lain seperti Taiwan, Thailand, Filipina dan India untuk merebut hadiah utama USD 2,000!

Acara ini dirasmikan oleh Her Excellency Anne Chung, Wakil Taipei Economic and Cultural Office Malaysia yang memberikan dengan kata-kata ucapan diikuti oleh  En Muhammad Farouq, Ketua Penerangan eSports Malaysia. Kemudian di meriahkan lagi dengan persembahan tarian bertemakan 'gaming'.

Her Excellency Anne Chung

En Muhammad Farouq

Persembahan penari ketika sesi perasmian dengan mengangkat piala TEEC 2019
Kemeriahan dan debaran turut dirasai dengan hiasan lampu bertema 'gaming'. Orang awam turut boleh menyaksikan perlawanan ini secara terbuka. 

Ehsan gambar rasmi Taiwan Excellence. 

Dari ruang atas sebelum arena dirasmikan.


Menariknya sepanjang kejohanan yang berlangsung, ada beberapa tarikan yang sangat menarik perhatian seperti:

1. Pameran daripada penaja kejohanan

Tidak lain tidak bukan, penaja TEEC 2019 yang terkemuka juga berasal daripada Taiwan seperti Aorus, Cooler Master, InWin, MSI, Predator, Republic of Gamers (ROG), Team Group, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK dan ZOWIE.

ZADAK

Dari kiri atas: ZADAK, tempat pemain beraksi dengan laptop MSI
Dari kiri bawah: Kad Grafik dari Team Group, Kad Grafik ZADAK

CPU InWin yang menarik perhatian dilengkapi dengan Kad Grafik yang melahirkan persembahan cahaya di LED luar dan dalam.

Menurut Her Excellency Anne Chung juga, kejohanan ini juga turut boleh menyampaikan mesej Taiwan Excellence kepada peminat eSports dan teknologi terkini di Malaysia. Di mana mereka mempamerkan hasil-hasil inovasi daripada penaja tersebut.

2. Acara 'game' sampingan

Pertandingan sampingan pun ada seperti Tekken 7, Super Smash Bros, PES 2019 dan Mobile Legends: Bang Bang. Pemenang acara ini akan membawa pulang hadiah hingga berjumlah RM 9,000. Oh siap ada pertandingan mini Dota 2!

Tekken 7

Antara yang datang bermain di ROG Phone II


3. Predator Thronos

Satu set Predator Thronos yang bernilai RM 59,999.00 ini telah mencuri tumpuan kejohanan TEEC 2019. Mana tidaknya, saiznya yang agak besar dengan rekaan futuristik ini merupakan set gaming peribadi yang memberikan pengalaman eksra untuk pemain!

Pengalaman yang agak melucukan dan mengujakan dalam masa yang sama.
4. ROG Phone II

Bercerita mengenai telefon bimbit pintar, tidak lengkap jika tidak menyentuh isu bagaimana sebuah telefon mampu memberikan kelancaran permainan kepada pengguna. Oleh itu ASUS Republic of Gamers telah melahirkan telefon ROG terbaharu!

Bersama ROG Phone II terbaru

5. Ektra

Tidak lain tidak bukan kalau tiada ekstra di acara meriah seperti ini bukan. Selain daripada tarian pembukaan, terdapatnya aktiviti menarik seperti pertandingan memasang komponen-komponen eSports, lelongan utama produk-produk eSports pada harga esklusif, cabutan bertuah dan hadiah percuma buat peserta dan pengunjung!

Menarik sungguh apa yang telah mereka usahakan!

Buat pengetahuan semua, kejohanan ini juga turut mendapat sokongan daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Hal ini kerana kejohanan yang boleh disertai secara percuma ini merupakan satu platform anak muda untuk menyerlahkan bakat mereka dalam eSports secara sihat. Bahkan platform ini diakui sebagai #HealthyGaming yang terbuka kepada semua.

Diharapkan eSports di Malaysia berkembang dan ramai ibu bapa yang boleh memberikan sokongan terhadap anak-anak mereka. Disamping itu, diharapakan peminat eSports mampu mengejar impian mereka disamping menyeimbangakan kehidupan realiti mereka.

Sebelum entri berakhir, Taiwan Excellence merupakan badan kerajaan daripada Taiwan (Kerjasama Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Ministry of Economic Affaris (MOEA) ) yang diasaskan sebagai pengiktiraf produk dan jenama inovatif keluaran negera mereka. Penerima anugerah Taiwan Excellence ini berada di taraf tinggi yang boleh dipercayai rakyat Taiwan dan pengguna di seluruh dunia. 

Sehingga kini, badan ini menjadi pemacu utama untuk pengiktirafan produk ciptaan mereka dari segi Pembangunan dan Penyelidikan, Reka Bentuk, Kualiti dan Pemasaran.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi berikut:

Bukan senang nak mengikuti pertandingan eSports secara percuma dan besar seperti ini tanpa syarat yang ketat!

Maka untuk tahun depan, buat para gamers yang berminat boleh siap sedia dan sentiasa ikuti perkembangan terkini daripada Taiwan Excellence untuk kejohanan TEEC akan datang. 

Selamat berjumpa lagi!

18 comments:

  1. siapa yang suka game. kena aware dengan program macam ni. kalau mek, pergi part extra je lah. hehehe

    ReplyDelete
  2. Dah ada program sebegini untuk menghargai gamers kan and pulangan pun boleh tahan menarik kan. Perlu share dengan kengkawan yang suka main gamers kan .

    ReplyDelete
  3. Wow canggihnya, hebat kejohanan macam ni, tidakla gamers main game sia2 je

    ReplyDelete
  4. Wah.. dunia sukan yang selama ni merapatkan hubungan antara negara secara fizikal dah makin berevolusi menjadi digital ye. Kali ni Malaysia dengan Taiwan. Kagum dengan kemeriahan games ni.

    ReplyDelete
  5. Canggih betul, rasa macam ada kat masa depan pulak hehe.. CPU tu menarik! Gamers sekarang memang boleh cari income jika pandai mencari peluang di event macam ni.

    ReplyDelete
  6. Very nice computers leh! If this one put in my room, I will live inside forever! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  7. Wahhh..skrg main game dh bukan stakat hobi tapi dah boleh buat duit. Sis nak jadi gamer gak lah..boleh lagi ke?? Hehehe

    ReplyDelete
  8. Not bad kan sukan e-sport. Hadiah bukan calang2 lumayan. Untuk gamers sgt dengan adanya skill boleh buat duit hehhe

    ReplyDelete
  9. canggihnya, orang local kita ke yang invent ni? bijak2 dah kan anak Malaysia. ada skill, siap boleh buat duit (ni la paling penting)

    ReplyDelete
  10. wah.. yang ni memang sesuai untuk gamers2 ni.. boleh main game sambil join eSports Cup (TEEC) 2019 ni.. mana tahu leh menang hadiah lumayan

    ReplyDelete
  11. Seronoknya!! Mesti gamers2 suka event mcm ni. Kalau saya mungkin suka tengok je, tpi nak main game pun mcm jarang.

    ReplyDelete
  12. pergh gamers sekrg bukan main kosong2..ada pertandingan siap hadiah..tempat pulak hebat..seronok dpaat eprgi tengok ni..wah asus ada keluarkan phone pulak..terbaikla

    ReplyDelete
  13. Sape kaki gamers ni patut dtg sini kan.. Pakkal kita bukan kaki game.. Haha.. Tapi xsangka kaki game pun boleh buat duit sekarang kan.. Kalau bwk husband ke sini teruja dia tgok..

    ReplyDelete
  14. Awesome! Hopefully there will be more eSports event and kudos to Taiwan Excellence.

    ReplyDelete
  15. ada dah baca pasal games taiwan ni kat blog kawan2..memang best ..kalau anak saya ada mau dia join sama sebab dia memang minat main game sttategi camni....

    ReplyDelete
  16. Best!!! Best!!! Next time memang nak join... almaklumla, satu family memang kaki games ya ampunnnn... ni semua tengah berlatih skills masing-masing ni... see you next round ya Kejohanan eSports... hehehehe...

    ReplyDelete
  17. Kaki games ataupun gamers memang sesui datang ke TEEC ni. Dapat berkumpul dengan orang Yang satu minat. Then boleh kongsi pengalaman jugak kan.

    ReplyDelete
  18. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete