Friday 26 January 2018

Lip and Co. review part II - lipstik tint dan gel eyerbrow senang pakai

Salam semua~

Hari tu saya berpeluang lagi sekali untuk menerima barangan khas daripada Lip and Co.! Kali ini saya berpeluang menerima BROW FILLER LONG-WEAR GEL BROW PENCIL ( LIMITED EDITION ) dan WATER TINT ULTRA LONG-WEAR LIP TINT

Daripada nama pun dah tau ekstra istimewa sebab edisi terhad dan "water" based formula~ Tapi seperti biasa lah, produk ni tak payah was-was sebab memang halal, tak ada binatang terseksa dan sebagainya.

Jom kita mula review!

Produk yang diberikan.

Memang tak pernah mengecewakan, selain tak kedekut Lip and Co jenis proper bagi barang. 

Dapat hadiah lawa lagi~~

BROW FILLER LONG-WEAR GEL BROW PENCIL ( LIMITED EDITION ) dan WATER TINT ULTRA LONG-WEAR LIP TINT!!!!!

Empat benda <3

BROW FILLER LONG-WEAR GEL BROW PENCIL
 ( LIMITED EDITION )

Di datangkan dalam dua warna iaitu LIGHT BROWN & RICH BROWN. Tapi kena bagi perhatian dekat bungkusan. Sebab tiada code. Jadi jangan salah pilih~ tapi boleh beza mana satu light dengan rich.

Yang dark sikit tu rich brown. Yang light tu light brown. Jangan risau ya sebab warna dia tak brown yang sampai bila pakai nampak pelik. lel.

Ini lah dia~

Review sendiri:

- Dia bagitau tahan 8 jam boleh tahan. Tapi saya pakai lebih daripada 8 jam. Saya pakai 14 jam! Pakai dari pagi sampai ke malam. Tak ada pudar atau cair dan sebagainya. Cenggitu je~
- Dia bagitau water resistant. Memang water resistant habis. Hahaha Gosok guna air tak hilang~ 
- Dia bagitau smudge proof. Yang ni betul, sebab saya dok garu2 pun tak hilang. 
- Sangat-sangat the very pigmented. Sapu sikit gitu dah ada warna! JIMAT jugak! (Sangat sesuai untuk mekap photoshoot jugak!)

Jadi apa yang dia bagitau tu betul. Boleh percaya. Tapiiii

- Pakej ni sekali pulas eye brows gel, tak boleh dipulas balik. Kena berhati-hati pulas sikit-sikit.
- Rasa menyusahkan tak? Hahaha kena lah kawal tangan anda ye. Sebab alasan Lip and Co. ialah untuk melindungi formula mereka. 
- Perasan tak, kalau yang boleh pulas keluar kedalam, formula tu kering. Hujung-hujung tu warna akan jadi pudar? Yang tu lah yang dielakkan.
-Namun, anda tak perlu risau, eye brows gel dia pusing boleh kawal, tak akan terlajak sebab ada spring kat dalam jadi boleh pulas bagi keluar sikit-sikit. Jangan risau okeh!


 RICH BROWN
Dia pigmented. Sapu sikit, ringan-ringan. Lepas tu ratakan dengan spoolie dia.
Dah jadi~~ Oh! Lagi satu, senang nak pakai! Hujung dia tak terlalu tebal jadi senang
nak bentuk kening~

Tengok dekat-dekat! Warna ni, boleh pakai hari-hari atau special occasion. Warna yang sangat sesuai untuk menggantikan warna hitam untuk kelihatan kurang garang. Sebab hitam kadang-kadang garang gilos dan bagi nampak kening tebal. 

LIGHT BROWN
Light brown ni..... MACAM KOREA habis! Hahaha. Sama gak senang bentuk. Punya lurus
kening bila saya bentukkan sekejap je. (Ni jujur, bukan auta lel)

Light brown ni, mula macam tak yakin pakai. Tapi warna diat tak terlalu light sampai muka nampak tak bermaya. TAPI dia bagi muka lagi lembut dan muda! Saya pakai dengan warna pink tu masih matchy2 lagi~


WATER TINT ULTRA LONG-WEAR LIP TINT

Didatangkan dalam 4 warna. Yang saya akan review ialah Cupid's Kiss #01 dan Aphrodite #02. Mengancam tak nama warna dia? Seksiiiiii~ Cara nak guna dia, sapu satu lapisan untuk tint bewarna lembut atau dua lapisan untuk warna yang lebih pekat dan menarik.

Antara lain, boleh digunakan untuk menjadi lip liner. Lagi mestrukturkan bibir lebih menonjol gittew~ aummm~

Fakta menarik: Produk ini mengandungi Vitamin B5 bagi memberikan bibir lebih hydrate tak kering  dan Aloe Vera Extract untuk melembutkan melembapkan bibir. Barulah mungil~
Ini lah bintang water tint lipstik kita. Water based ya! jadi tak rasa melekit, senang apply
dan lebih sesuai untuk mana-mana jenis bibir. Kering ke mungil ke~ semua boleh~
Review sendiri:

- Dia bagitau tahan 8 jam. Sama gak, pakai lebih 14 jam. Haha tapi hujung-hujung ke 12 jam tu dah mula pudar dah.
- Dia bagitau light weight, okay ni betul. Pakai tak ada cermin tak boleh rasa. Dah sapu ke dah ada warna. Bila pakai rasa tak pakai apa-apa. Bila apply memang ada rasa basah-basah, once kering. Tak rasa!
- Dia bagitau transfer proof. Ya! Tapi bila sapu biar dia kering dulu. Jangan terus gatai nak cium siapa-siapa dulu. Haha. Dia kejap je kering tak perlu nak kejungkan bibir berminit-minit. 
- Dia bagitau water based, memang water based. Tak rasa melekit apa~

Boleh pakai hari-hari! Tapiiii...

- Kena pakai hati-hati, sebab water based ni terlalu senang sapu sampai anda akan terlajak bila first time pakai. Hahaha ni serius lawak. Sebab warna dia sangat the very pigmented too untuk tint water based lipstick tau!
- WAJIB tunggu dia kering dulu~
- Warna dia semi-matte ke matte. Nak matte biar bagi dua lapis bagi kering okeh!

Aphrodite #02
Saya pakai SATU lapis je. Sebab saya jenis suka natural-natural gitu. Ni nampak lembut-lembut. Manis u'olls~

Bagi dekat sikit. Saya sapu kat tengah ratakan pakai hujung tip dia je. Hujung tip dia kecik (tak kecik sangat). Mudah nak sampai ke hujung bibir dan mudah nak sapu rata ke seluruh bibir. Warna ni manis!

Cupid's Kiss #01
Yang ni kita pun sapu SATU lapis. Warna ni terlajak seksi terang naw naw~Sesuai gak untuk
yang nak seksi atau bold mekap~

Saya sejenis pakai tint tak satu bibir. Sebab suka double kan dengan lipstik. Tahukan anda? Bahawa lip tint sesuai untuk jadi base lipstik anda agar tahan lebih lama dan tak perlu apply berkali-kali? chewahhhh~ 

Akhir kata sebagai review general~

Saya suka! Haha cuma berharap eye brows gel tu bukan limited edition. Nanti habis susah nak cari. Saya suka pakai sebab tahan lama. Rasa kalau tak remove boleh sampai esok hari. Time malam tu pun warna tak pudar. Definitely will always use bila I kena mekap sendiri untuk shooting mana-mana! 

Eye brows gel tu VERY RECOMMENDED. Just hati-hati bila beli banyak kena compare both colour. Mudah tersalah warna sebab tak ada code kat packaging dia.

Water tint gel, kalau siapa suka, I also recommend this. Kalau yang tak biasa pakai macam saya, boleh try sebagai base sebab tahan lama gilos. And very recommended untuk light make up ya. Thick make up not really match. Will suggest it untuk daily wear~ Oh, jimat too sebab pakai sikit jew~

Adakah anda tahu saya menggunakan produk Lip and Co. lain kat wajah? Kecuali water tint dan eye brows gel tu lah.
Produk lain di sini http://thirteenpersona.blogspot.my/2017/12/lip-and-co-review-lipstik-murah-orginal.html
Harap jumpa anda lagi bersama Lip and Co. Oh, sebelum mengundurkan diri, saya ada projek khas bersama Lip and Co ahad ni. Tunggu ya! 

Nak beli atau usha Lip and Co.? Sila lah ke:

Website: www.lipandco.com

FB/Instagram/Twitter: @lipancobeauty
INSTAGRAM           : www.instagram.com/lipan dcobeauty
FACEBOOK            : www.facebook.com/lipandc obeauty 

OFFICE                   : +6 010 232 4066
MOBILE/WHTAPP  : +6 
016 715 0253

Tata~


No comments:

Post a Comment