Sunday 3 July 2022

AEON Memperkenalkan Fesyen Busana Pengantin, Baju Aktif Sukan dan Pakaian Bercuti di AEON FASHION PREVIEW 2022

KUALA LUMPUR, 30 Jun – AEON telah melancarkan AEON Fashion Preview (AFP) 2022 untuk sesi Julai-Oktober pada 28 hingga 30hb Jun yang telah berlangsung di AEON Maluri. Acara tri-tahunan ini diadakan untuk memperagakan serta berdiskusi mengenai fesyen terbaharu daripada pelbagai jenama bersama AEON. Pelancaran ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah AEON, Naoya Okada dan Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran Kumpulan AEON, Low Ngai Yuen.

Pertunjukkan AFP 2022, Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada dan Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran
Kumpulan AEON, Low Ngai Yuen bersama model peragaan.

                Sesi kali ini, AEON memperkenalkan tiga tarikan utama yang selari dalam menyambut fasa endemic iaitu atletik, pakaian pergi bercuti dan busana pengantin. Siri ini juga menampilkan pelancaran jenama atletik baharu daripada Jepun iaitu innercasual atau iC yang mempunyai ciri teknologi super. Pelancaran ini dilakukan di gim komuniti TRIBES Boxing Studio. Kemudian disambung pula pertunjukkan fesyen pakaian bercuti di MRT dan ditamatkan di AEON Maluri dengan pertunjukkan fesyen busana pengantin.

Tiga tarikan fesyen utama AFP 2022 sesi Julai-Oktober ini adalah seperti berikut:

1. innercasual (iC)

Jenama daripada Jepun yang sangat diraikan AEON kini boleh didapati di Malaysia. Pakaian yang diperkenalkan sebagai pakaian yang sangat selesa, iC diperbuat dariapda kain mesra alam dengan teknologi tambahan untuk meningkatkan fungsi sebagai pakaian atletik. 

AEON bersama Tribe Boxing dalam kerjasama innercasual, iC

Juga diperbuat daripada 100% kapas organic yang bebas daripada kegunaan penyembur serangga dan baja kimia, iC menjanjikan pakian yang ringan, beraliran bebas, tahan lama dan lasak untuk kegunaan berpanjangan serta berulang kali. Ciri ini adalah untuk menyokong pergerakan dan kelasakkan. Tambahan, pakaian ini juga dilengkapi teknologi dan sains yang membuatkan kain menyerap peluh lebih cepat dan kain cepat kering dengan anti bau, anti bakteria dan perlindungan UV.

iC juga menyokong pengguna dalam 4 cara iaitu estetik untuk semua umur dan jenis badan, kefungsian, kelestarian dan mampu milik.

Dalam iC ni juga terdapat 3 gaya berbeza:

Baju innercasual yang selesa, sejuk dan ringan dipakai.

1. Keriangan dan kefungsian pakaian Aktif - ActiveWear
2. Teknologi untuk mempertingkatkan gaya hidup – PeaceFit
3. Kelestarian dalam rangkaian fesyen dengan kolaborasi dengan pereka fesyen serta aktivis british iaitu Katherine Hamnett. Juga seorang perintis feysen beretika. Dalam rangkaian ini terdapat banyak mesej “SAVING THE PLANET” terutama di baju T yang juga merupakan mesej Katherine Hamnett dalam perjuangannya melindungi bumi dan alam sekitar.



2. Pakaian pergi bercuti

Apabila perlancongan domestik memuncak dan pelbagai larangan percutian mula ditarik balik, AEON mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan pelbagai jenama yang bersesuaian untuk dibawa sebagai pakaian ketika anda melancong. Rangkaian ini datang dengan pakaian resortwear hinggalah stress-comfys sampai ke getawaty-clothes. Senang cerita, penuh dengan rekaan musim yang terkini dalam pelbagai saiz di AEON stores sekarang.

Rangkaian ini terdiri daripada:

• Scar
Scar menampilkan tie-dye, potongan lapisan-berkbiar dan beberapa perincian butiran untuk musim mendatang.

• Puteri
Rangkaian yang sopan menepati ciri santai dan terkini. Juga didatangkan dengan pakaian renang muslimah.


• PlusCollection
Dipenuhi dengan saiz yang lebih besar dan dibuat khas untuk memberi keselesaaan serta gaya yang menarik untuk bercuti. Gaya  cetakan bunga di atas kain linen ialah fesyen musim ini. PlusCollection juga ada denim untuk pilihan gaya lain.

• Arcadia
Berfokus kepada gaya penuh kelas, Aracadia menawarkan pilihan yang banyak dengan rekaan malar segar. Baju linen dan seluar bewarna natural dengan warna bumi dilengkapi hiasan sulam membuatkan koleksi ini boleh diguna pelbagai gaya.


• M
Rangkaian khusus untuk sang ibu yang bercuti penuh keselesaan. Rangkaian yang anti kedut, ringan dan mesra penyusuan adalah fokus utama. Rangkaian ini terdiri daripada baju menyusu, seluar, kain yang juga bersesuaian untuk yang mengandung dan menyusukan anak.

• ti:zed
Jenama ini memperkenalkan pakaian yang boleh diguna secara harian dan santai namun masih bergaya seperti baju panas hoodie dan pullovers bagi lelaki, baju kain kapas dengan cetakan pelbagai untuk pelbagai majlis dan terutama sekali untuk pergi bercuti dipelbagai tempat.

• Guys’ Vision
Cetakan yang berani semestinya untuk bercuti. Cetakan atas cetakan ini membuatkan pengguna yang menggayakan Guys’ ini menonjol dan kelihatan bergaya.


Antara kepelbagaian koleksi rangkaian pakaian bercuti adalah seperi di bawah:

Peragaan di dalam MRT dari Stesen Surian ke Stesen Maluri.

PlusSize, Guys Vision & Scar

3. Busana Pengantin

Setelah hampir dua tahun pandemik, ramai majlis perkahwinan terpaksa ditunda bahkan dibatalkan. Kini setelah berakhirnya fasa yang mencabar, ramai yang sudah mula menyambut majlis yang berbahagia ini. 


Oleh itu untuk pertama kalinya AEON memperkenalkan koleksi pengantin dan pengiring yang mesra bajet dan saiz. Kolaborasi koleksi ini dilakukan bersama pereka yang terkenal iaitu Zachrin Jaafar dan Kay Ibrahim serta Ivory Romance yang juga merupakan butik pengantin terkemuka. Rekaan mereka akan mula didapati bermula September nanti.

Ketiga-tiga tema bagi AFP 2022 ini sudah boleh didapati dan bakal berada di kedai fizikal serta kedai atas talian AEON. Untuk membeli rekaan ini boleh layari AEON Lifestyle .

Selingan - AEON Fashion Preview merupakan cara tri-tahunan iaitu acara yang diadakan tiga tahun sekali. Acara yang berlangsung selama beberapa hari ini bukan sahaja berfokus kepada pertunjukkan fesyen terkini semata-mata namun AFP diadakan untuk menjadikan fesyen lebih berteknologi dan lestari.

AFP juga mempunyai sesi diskusi serta perkongsian sehala dan dua hal antara AEON, pereka dan pembekal. Sama ada dari segi teknologi, pemasaran, rekaan dan penjualan. Antara lain AFP juga adalah medan kolaborasi bersama pereka dan jenama lokal, ini membolehkan AEON mempunyai pilihan jelas untuk pelanggan memilih rekaan anak tempatan.

Kesimpulannya, AFP merupakan hab fesyen yang ingin berkembang dari pelbagai segi dengan mengambil kira pelbagai sudut. AEON merupakan perintis dalam Malaysia yang melakukan program sedemikian.

No comments:

Post a Comment